Saturday, March 22, 2008

MKJ RESDPON (24)

MELI DISERANG PENYAKIT LUMPUH?

AGAK lama saya tidak muncul dan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar. Dalam tempoh itu macam-macam khabar tersebar. Rakan lama dari Kota Darulnaim ada telefon tanya, macam mana dengan keadaan 'demo', mudah-mudahan demo masih mampu bergerak. Itulah demo berani nak kacan lawan 'tok guru' sangat, orang mulut masin. Kawe walaupun tak Pas mana pun tak berani lawan selagi tok guru ada.

Dengar pada nadanya yang lain macam, saya tanya lebih lanjut daripadanya. Tahulah saya bahawa kononnya tersebar khabar, saya diserang penyakit lumpuh pada malam keputusan PRU12. Ada yang kata saya juga sudah 'gila' terpaksa dipakaikan baju getah, kononnya terlalu 'frust' kerana Umno/BN bukan sahaja gagal tawan Kelantan sebagaimana yang saya firasatkan tetapi Umno/BN juga kehilangan 4 negeri + 1 yakni Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor + Wilayah Persekutuan.

Terkejut rakan saya itu bila saya katakan bahawa saya dalam keadaan sihat sejahtera dan awal pagi lagi sudah berada di pejabat penerbitan saya kerana dua lagi penerbitan baru akan mula 'dionkan'. Saya tidak memberi respon terhadap komen-komen dalam blog ini kerana komputer saya gunakan di rumah rosak, kononnya diserang virus.

Sejak blog saya http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ digodam, komputer saya belum benar-benar sendik dan pakar-pakar pembaik-pulih komputer naik pening dibuatnya. Walaupun diformat semula pun, saki baki penyakitnya tetap ada. Baru semalam siap dibaik pulih walaupun masih sanggkut-sangkut jugak.

Saya tidak muncul kerana masalah komputer, bukan kerana saya lumpuh atau pun kerana dimasukkan ke ward gila. Macam yang saya dah kata, saya bukan orang parti politik: siapa menang siapa kalah saya tak akan dapat apa-apa.

Cuma kalau Pas/BA kalah teruk, saya yang menjalankan perniagaan dalam bidang kemediaan dapatlah sedikit faedah kerana lazimnya jualan akhbar dan majalah alternatif serta buku akan lebih mendapat sambutan. Berdasarkan pada pengalaman lepaslah, kalau Pas/BA menang besar perniagaan media ni kurang laju sikit.

Tetapi nampaknya dalam keadaan BA menang dan timbul pelbagai masalah termasuk masalah dalam perlantikan MB dan exco serta kenyataan-kenyataan ketua kerajaan negeri-negeri dikuasai BA yang agajk kontroversi, peluang untuk perniagaan media alternatif berkembang dan dikembangkan nampak ada harapan dan ada pancaran cahaya di hujung terowong.

Kalau dilihat seimbas pandang, nampak peniaga macam saya ni kejam kerana cuba eksploitasi dan memanipulasi keadaan semasa. Macam mana pun ianya adalah suatu lumrah, macam kita mahu dapatkan madu lebah, ibu lebahnya terpaksa disua karak sehingga ada di antaranya yang mampus terbakar, ada unsur-unsur kekejaman.

Bila kita mahu makan daging lembu barangkali hanya untuk beberapa suap sahaja, kita terpaksa hadapi hakikat lembu kena disembelih, bukannya hanya dihiris sejumlah daging yang kita mahu tanpa mengorbankan seekor lembu. Bagi saya apa yang sedang berlaku adalah merupakan waktu yang sangat sesuatu untuk kembangkan perniagaan media alternatif.

Kerana itu selain dari Mingguan Wasilah dan Fajar Islam, saya sedang menyusun, malah dalam proses mengambil kakitangan dan dalam proses penambahan modal untuk mengendalikan penerbitan AL-AHAQ (akhbar mingguan) dan majalah-majalah KONSEP, ANEKA PERISTIWA dan GELETEK di samping saya telah membuat permohonan lima bagi permit baru dengan harapan ianya akan diluluskan, setidak-tidaknya 50 orang kalangan mereka yang menganggur akan berpeluang mendapatkan pekerjaan.

Dulu saya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan kerenah dalam mendapatkan permit kerana saya terlabel sebagai pro-pembangkang terapi sekarang ini bila saya sendiri ada nombor keahlian Umno, saya berharap saya tidak akan hadapi masalah lagi untuk dapatkan permit-permit penerbitan kalau benarlah keahlian parti akan tentukan mudah atau payahnya untuk dapatkan permit.

Walaupun pendaftaran keahlian Umno cawangan Jalan Hamzah Lama adalah saya diluar pengetahuan saya (saya juga kini ahli Pas bagi cawangan Seni Budaya) saya berterima kasihlah kepada sesiapa yang curi daftar nama saya dan paling berterima kasih saya kepada pihak yang menghantar maklumat tentang kehalian Umno saya ke blog ini.

Saya akan cuba imejkan diri sebagai ahli Umno dan mudah-mudahan kehalian Pas saya akan gugur dengan sendirinya (anggaplah saya sudah lompat parti) supaya nantinya kalau sebagai ahli Umno pun saya tetap hadapi macam-macam kesusahan untuk dapatkan permit atau apa yang patut peniaga Bumipuitera patut dapat, pada pilihanraya umum akan datang (jika masih ada umur) saya akan boleh menulis apa yang patut saya tulis tentang Umno berdasarkan pengalaman menjadi sebahagian dari orang Umno.

Saya akan tetap dengan slogan dan pendirian akan redas dan redah tanpa kompromi. Dalam pada itu mulai esok (kalau tidak ada sebarang musakah dan aral melintang) saya akan mulai postingkan rencana bersiri yang dijangka memakan masa setahun siarannya mengenai Melayu. Saya yakin ianya berfaedah untuk anak-anak yang masih belajar di pusat-pusat pengajian tinggi.

Sebelum saya undurkan diri, maka seperti biasalah, saya akan responi komen-komen yang dihantar dan komen-komen itu adalah sebagaimana berikut;

32 comments:
1. Anonymous said...
hok ni molek kalau demo baca ore umno belajar nak kenal tuhe;Sukar diakui, namun.. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.. Mujur barangkali UMNO dan BN masih menguasai sebahagian besar Kerajaan Negeri dan turut kekal memerintah Malaysia... Moga-moga ada kalangan kita di peringkat atas pimpinan UMNO mampu menterjemahkan signal yg terbit dari keputusan PRU12 kali ini utk memperbetulkan kembali UMNO. Ibarat menelan ubat yang pahit namun baik utk melegakan kesihatan. Tolong sampaikan suara hati rakyat ini kepada Pak Lah dan MT UMNO. Kita harus bersyukur ke hadrat Illahi, kerana kuasaNya lah maka undi protes kali ini walaupun memberi kesan besar dengan kehilangan 5 negeri ke tangan pembangkang, namun Allah s.w.t Maha Kuasa dan Bijaksana bilamana tidak menyeluruhkan kesepakatan undi protes kali ini.. Jika tidak keranaNya maka hanyut dan hancur dan karamlah bahtera UMNO dan BN dilautan politik Malaysia utk selamanya...http://www.cybertroopers.net/modules.php?name=News&file=article&sid=176guano ore demo meli baru sedar kuasa tuhe ko


MKJ RESPON: Lazimnya manusia yang disayngi oleh Allah akan diuji dengan macam-macam ujian...dengan kesakitan...kemiskinan...kegagalan... kekekecewaan serta bala bencana supaya manusia akan insaf kerana bila dalam keadaan sakit...kecewa...sengsara dan ditimpa bala, barulah manusia teringatkan Allah.

Di samping itu manusia yang tahan diuji dengan kesakitan, kesusahan, kekecewaan, kemiskinan dan sebagainya pula akan turut diuji dengan kesenangan, yang lazim kalah diuji dengan kemenangan.

Berbanding dengan kesusahan...manusia banyak yang masuk neraka kerana diuji dengan kesenangan keana itu nabi dan pimpinan kerajaan Islam lebih memilih hidup susah dari senang, memilih hidup payah dari mudah, memilih miskin dari mewah.

Jika dilihat kepada apa yang berlaku dalam PRU12...ianya adalah kerana Allah mahu Umno diselamatkan....maka pimpinan parti itu diuji dengan suatu keputusan pilihanraya yang di luar jangka.

Kalau Pak lah sebagai PM dan Presiden Umno mampu bertahan dengan ujian...Umno akan kembali mantap...yang tak tahan dan tak faham dengan apa yang tersirat di sebalik apa yang berlaku akan tinggalkan perjuangan.

Keputusan PRU12 boleh membantu Pak lah dan para pejuang tulen dalam Umno melihat siapa yang menyertai Umno demi perjuangan dan siapa yang menyertainya kerana kepentingan peribadi.

March 15, 2008 11:47 AM
2. Anonymous said...
MimPi Wak Hamad selepas PR12 iniDi Petik daripada melikapakjangakKawe nok tamboh ckit hok Wak Hamad mimpi...1.Tok guru tak mengajar lagi di Medan Ilmu, kalau sihat tok guru akan naik mengajar di atas kelab pas di dewan zul. MPKB tak jadi wak yeh Pas lagi gi pasang khemah di Jalan dato pati.-xdok hal kalu tok guru nok ngajar ilmu agama,UMNO blh bui…2.Semua kereta EXCO kena serah balik kepada kerajaan termasuk kereta tok guru dok naik selama kening.-termasuk kereta Mercedes hok Tok Guru duk naik loni3.Ore Pas hak kuat-kuat akan berasa malu yg amat sangat, ore Pas hak tak kuat akan istihar sokong BN Jugak.-xpo orang UMNO blh terima asal demo tobat nasuha4.Rombakan kabinet pas kelantan akan di buat. Pesuruhjaya dan timbalan nya mungkin akan dipegang oleh pemimpin yang sekarang dilihat tongo. Hak napok cerdik akan senyap tupah dok kira berapa banyak paedah di dapati sepanjang pas memerintah.-Romboklah nok rombak gak,nasi jadi bubur doh5.Semua jawatan politik, tok ngulu,halaqat, penyelia halaqat, urusetia penerangan dan yg sewaktu dengannya termasuk ahli majlis daerah akan terlucut. Tak dak kijo habis puak tu dan mungkin ada yang jjupa abe meli mitak kerja di Melimediaplus.-xdok dohla tok ngulu Pas hok mangok selamo keni…6.Ore UMNO dan Bn akan mangok khasnya kakitangan kerajaan hak tak leh akat muka kena nganjing ka ore Pas la ni.-ni bare tentu…slamo ni demo duk pelekeh kito..arini kito sekeh palo demo pulok…7.Ore Pas tertanya-tanya bakpo kita kalah? Bakpo rakyat tak undi kita , ada salah begapo kita dengan rakyat?-doh demo byk wk dosa dgn rakyat..kecek pelawok sokmo…8.Hasil post mortem yang dibuat antara sebab pas kalah ialah orang Pas tidak hidup zuhud serupa tok guru.gi dengar tok guru ngajar tapi perangai tak serupa tok guru.-padea muko…dgr tok guru ngajar tp ngato koorang no 1…9.Tok wakil Pas hak menang berasa malu nak masuk ke dalam kawasan kota Darulnaim dan ke DUN. Muka berasa tebal 14 inci sewaktu nak gi angkat sumpah.-doh selamo kenni duk jeh orang UMNO keno demo baru muko tu letok punggung…10.YAB Datok Awang adek akan keluar statmen ajak pembangkang bekerjasama memajukan kelantan.-xajok xapo…org lagu ni xleh wk sain..kekoh kito semula…11.Banyak lembu akan disembelih oleh ore UMNO meraikan kemenangan di Kelantan.-ni bare tentu..xmenepun lembu tumbang banyok doh….12.Ku LI dan Mat Yaakob kata dia bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah Taala dapat tengok Kelantan di perintah oleh BN semula.-hola ni pemimpin hok main peranan penting bakpo Pas blh meretoh kelate…13.Komen Tok Guru ialah " Nabi pun pernah kalah dalam peperangan. apa susahnya? Kita hormati keputusan rakyat dan Pas akan memastikan BN hanya menang sepenggal sahaja"-dea lagi kecek besar…nok bnding dgn Nabi panggil xdgr‘’Hok tentu Pas kaloh kerana keegoaan mereka sendiri dan terlalu banyak wak dosa dengan Tuhan”Posted by kujian at 3/06/2008 10:44:00 AM 7 comments Bahan gelak antarabangsa. Tengah tunggu mimpi terbaru wak hamad umno?


MKJ RESPON: Tidak semua mimpi menjadi realiti. Saya dah jumpa dengan Wak Hamad dekat kuliah Jumaat Tok Guru. Melihat pada wajahnya...saya boleh melihat kemurnian hatinya. Seorang yang selamba dan tidak berkepentingan peribadi...rasanya Wak Hamad akan sentiasa jadikan lilin yang membakar diri untuk cerahkan sebuah bilik...dia juga umpama sebutir pelita yang memberi cahaya tanpa terpikir bahawa di bawah pelita itu sendiri terpaksa bergelap tanpa cahaya. Negara memerlukan orang macam Wak Hamad...

March 15, 2008 7:00 PM
3. Anonymous said...
Tajunm Respon . . .Abe Li kata : maka adalah lebih baik kita kalah daripada menang, ... Syukur alhamdulillah, itulah hikmahnya.Orang yang dah biasa kaya tak tahu betapa enaknya ubi kayu. Orang sesak pulak dok mikir lagu mana la rasa spagetti. Semasa di bawah Gerakan dulu kita tak tahupun bahawa di PP tu ada orang Melayu, tapi bila DAP memerentah, baru kita nampak, rupanya ramai Melayu di atas pulau itu. Dimanakah mereka selama ini? Dimanakah suara mereka? Tenangkah mereka selama ini? Kenyangkah mereka? Lenakah tidur mereka? Atau, adakah mereka sedang mengigau sekarang ini? Tiba-tiba sahaja bangkit dan bercakap tentang hak, tentang masa depan, tentang kuasa, tentang itu tentang ini. Mengapa baru sekarang
?

MKJ RESPON: Walaupun orang tua-tua akan bermadah: "sudah terantuk baru tengadah" bagi memperingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dari melakukan kesilapan, namun tak ramai di kalangan kita yang menghayati untaian kata-kata itu.

Umno asyik menang memanjang dan mereka tidak tahu kesiksaan dan kesakitan orang kalah. Bila kalah pada lima buah negeri tetapi masih lagi menang di sembila buah negerti di samping masih berkuasa di pusat...nampak sangat mengelabahnya orang Umno...seolah-olah Umno/BN sudah lumpuh.

Mereka tidak sedar bahawa tidak ada negara di dunia ini yang memerintah dengan majoriti 2/3 macam Umno/BN memerintah Malaysia...kebanyakannya memerintah dengan majoriti mudah. Saya yakin selepas beberapa bulan...orang Umno/BN akan hilang gelabah...malah keputusan PRU12 akan menjadikan sedar bahawa hari tidak selalunya cerah dan mereka kena ada persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi hari kelam membalam.

Ertinya kekalahan yang dihadapi adalah yang terbaik untuk Umno/BN kalau kerananya akan menjadikan pendukung dan penyokong parti itu menjadi pendukung dan penyokong yang lebih berkulaiti...jangan utamakan kuantiti...sehingga tergamak mendaftar nama orang sebagai ahli tanpa merujuk dan meminta keizinan empunya diri, ianya adalah kekalahan yang akan mebndatangkan kebaikan.

Perbuatan mendaftar nama orang tanpa diberitahu dan mendapat keizinan empunya diru adalah bersifat menipu parti sendiri kerana melihat kuantiti melebihi kepentingan kuantiti dan ianya adalah suatu perbuatn yang merugikan parti. Kalau individu yang didaftarkan namanya tanpa keizinan dan pengertahuannya jenis terlalu berkira, mungkin tindakan undang-undang akan diambil kerana ianya boleh melibat kerosakan orestasi, reputasi pendirian seseorang.

Tentang persoalan anda kenapa baru sekarang, jawabnya tidak ada orang yang mengaduh sebelum merasa sakit. Selepas terasa sakit baru orang mengaduh....malah ada yang akan menangis dan merintih kerana tidak tahan menanggung sakit.

March 16, 2008 7:51 AM
4. Anonymous said...
Ore hak mene jangan dok agah...rasanya lebih mudah jadi ore kalah...ore mene akan berdepan dengan realiti..hak selama ni dok dalam angan-angan dan mencanang mimpi pada rakyat.Apakah ore mene dapat memuaskan hati semua rakyat..atau sekadar untuk segelintir kroninya sahaja.


MKJ RESPON: Soal agah, manggak dan sebagainya tidak timbul kalau menang atau kalah dilihat sebagai suatu takdir dan suratan-Nya, apatah lagi jika melihatnya sebagai suatu bentuk ujian. Macam mana seseorang itu menerima kekalahan dan kemenangan, bergantung kepada tahap kualiti iman dan taqwa masing-masing. Ada orang menangis kerana kalah dan ketawa terbahak-bahak kerana menang...ada pula orang yang menangis kerana menang dan ketawa kerana kalah...ada orang menangis pun tidak ketawa pun tidak kerana kalah atau pun kerana menang.

March 16, 2008 8:49 AM
5. Anonymous said...
KUALA LUMPUR 16 Mac - Belum pun seminggu menggalas jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadu `terperanjat’ dengan beban kerja barunya itu.Beliau meluahkan perasaan demikian kerana tidak menjangkakan peranan sebagai seorang Menteri Besar akan menuntutnya bekerja bagi tempoh yang lama setiap hari.Menurutnya, beliau tidak ada masa untuk berehat selepas memegang jawatan itu setelah terpaksa berada di pejabat seawal 6 pagi setiap hari.Keadaan itu, katanya, nyata berbeza selepas meninggalkan dunia korporat apabila beliau lebih banyak berehat.“Saya tidak sangka kerja sebegini banyak (selaku Menteri Besar) tetapi saya akan tetap bekerja,” katanya di sini hari ini.Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.-Apakah bebanan tugas MB kelantan sesibuk MB Selangor.Kalau melihat prestasi selama 18 tahun Kelantan lagu tu jah perintahan Islam denagan ore utan tak ada beza belah mana.


MKJ RESPON: MB Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diperhatikan oleh rakyat di negeri masing-masing sama yang menyokong atau menentang mereka. Berbanding dengan menteri besar dan ketua menteri di sembilan buah negeri yang lain, MB selangor, Perak dan Kedah terutama serta Ketua Menteri Pulau Pinang kena buktikan mereka lebih baik dari mb dan ketua menteri yang lepas. Untuk mencatat rekod yang lebih baik itulah yang jadi masalah kerana ianya adalah harapan rakyat yang jumlahnya ramai dan cara pemikiran dan penilaian mereka pula berbeza-beza.

Masa berkasih sayang, kentut baru lepas makan ikan/daging perkasam pun diktakan baunya tak teruk....bila dah kahwin...bau ketiak pun dah jadi masalah...kalau lepas kentut ikan/daging perkasam dalam kelambu...boleh balah sampai bawa ke mahkamah syariah padahnya.

March 16, 2008 8:55 AM
6. Anonymous said...
SELEPAS melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 ini, hati saya mula bertanya, apa akan terjadi pada masa depan bangsaku ini? Terutamanya masyarakat Melayu Pulau Pinang. Sesal di atas sikap pengundi terdiri daripada penyokong parti Pas dan PKR, kebanyakannya Melayu yang mengundi bukan atas dasar fikiran sendiri tetapi di atas dasar disuruh atau dipujuk mengundi DAP.Terdapat juga penyokong Pas yang lengkap berkopiah putih dengan bangganya mengibarkan bendera DAP pada hari mengundi seolah-olah jika DAP menang, maka parti itulah yang diharapkan untuk membela Islam dan menegakkan hukum Islam di bumi Allah ini.Sekarang ini sudah ramai orang Islam baru mulai sedar akan kesilapan mereka mengundi DAP tetapi untuk apa? Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum pilihan raya, Pas dan DAP menafikan yang mereka mempunyai kerjasama, ini adalah untuk mengabui mata penyokong masing-masing. Selepas pilihan raya terbukti dan nyata bahawa mereka sebenarnya mempunyai pakatan rahsia dengan menubuhkan kerajaan campuran di beberapa buah negeri.Contohnya di negeri Perak, Menteri Besar terdiri dari parti Pas sedangkan DAP mempunyai kerusi yang lebih dari Pas dan PKR. Nyata di sini DAP sebenarnya menjadi ‘Menteri Besar’ melalui wakil Pas. Mereka telah lupa bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah berkata: ‘‘Langkah mayat saya dulu sebelum Pas boleh menubuhkan negara Islam’’ dan Presiden Pas pernah berkata bahawa Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah pemimpin yang telah mencapai tarikh luput. Tetapi hari ini masing-masing lupa dan sesungguhnya Melayu mudah lupa.Teras perjuangan Pas adalah untuk menegakkan hukum Allah tetapi jika mereka mengadakan hubungan dengan DAP yang ternyata menolak Islam, bolehkah agenda mereka terlaksana?– ANAK JATI Pulau Pinang
.

MKJ RESPON: Orang Pas dia mengaji banyak...kitab rujukannya jugak banyak. Mereka ada hujjah untuk membolehkan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor tidak seragam. Anda tengok sahaja...DEB pun dia boleh sokong bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mansuhkan. Anda jangan risau...bukan sahaja para pengundi tetapi Allah juga menilai apa yang mereka buat sama ada apa yang dibuat sama dengan apa yang dicakap atau tidak.

March 16, 2008 5:12 PM
7. Anonymous said...
PERTEMUAN MB SELANGOR DENGAN PENDUDUK PANGSAPURU PERMAI SG.BESIBeliau juga mengarahkan mana-mana penyokong Keadilan dan orang ramai yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli Keadilan hendaklah berbuat demikian dengan segera dan seberapa ramai yang boleh.Fairuz yang juga turut sama memberi ucapan ringkas menjelaskan bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang (tunjuk perasaan oleh Umno) adalah kerja mereka yang tidak faham dan mahu menerima hakikat kekalahan mereka.Mengenai dakwaan pembangkang (pemimpin BN) mengatakan Kerajaan Pulau Pinang menolak DEB ianya tidak benar sebalik apa yang berlaku ialah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan apa yang beliau tidak setuju ialah mengenai pelaksanaan DEB itu sendiri yang penuh rasuah, berlaku kronisme dan juga ketidaktelusan dalam pengagihannya."Soal DEB ini juga tidak perlu berbangkit lagi kerana perlaksanaannya sudah lama tamat," ujar beliau disambut dengan tepukan gemuruh. Majlis sambutan itu sunyi daripada rakaman kamera tv dan kehadiran wartawan akhbar gergasi seperti mana lazimnya-BENARKAH LIM SEBAIK ITU? APAKAH ORANG MALAYSIA SEKARANG SUDAH TIDAK PEKA LAGI DENGAN MATLAMAT SEBENAR DEB DAN HANYA MEMANDANG REMEH PERKARA ITU...BETAPA ORANG MELAYU SEKARANG SUDAH LUPA DAN MENGGANGAP DEB TIDAK MEMPUNYAI APA-APA NILAI UNTUK ORANG MELAYU..DAN BETAPA MELAYU MUDAH LEKA DENGAN KATA-KATA PEMIMPIN DAP..YANG SELAMA INI MEMUSUHI ISLAM...MELAYUKU MUDAH LUPA.


MKJ RESPON: Tidak mustahil agaknya kepada MB elangor, Ketua Menteri Pulau Pinang jauh lebih baik dari Ketua Menteri Melaka dan Ketua Menteri Pulau Pinang jauh lebih mengutmakan kepentingan Melayu berbanding dengan Ketua Menteri Melaka. Orang Selangor kena berbanggalah dengan MB mereka yang dah mereka beri mandat.

March 17, 2008 6:33 AM
8. Anonymous said...
Sejak bila pulak juak-juak umno ni suka bercakap tentang Islam? Bila kalah baru teringat pada Islam? Atau sekadar nak memburuk-burukkan parti Islam? Yang kalah tu terimalah seadanya. Pinjam kata kairi," jangan nak jadi beruk-beruk di jalan raya". Cukuplah...cukuplah


MKJ RESPON: Islam boleh dicakapkan oleh setiap umat Islam. Itu yang nabi suruh. Anda siapa untuk melarang apa yang nabi suruh...apakah bagi anda orang Umno bukan orang Islam?. Parti politik suku...agama suku. Yang tak boleh dipisahkan ialah agama dengan politik...bukannya agama dengan parti politik. Antara parti politik dengan politik dua wajah yang berbeza lebih jauh dari langit dengan bumi walaupun sebutannya seakan serupa.

Bercakap tentang Islam tidak boleh berhenti selagi kita ada nyawa. Soal anda nampak Umno tidak Islamik tetapi DAP-PKR-Pas lebih Islamik, itu pandangan anda. Di sisi Allah belum tentu pandangan anda itu betul.

March 17, 2008 6:46 AM
9. Anonymous said...
Hak ore kalah...ore tak cara dah..hak duduk geger lani ni ore hak mene..Ya ka nak..nak menegak kan Islam ...nampak gaya serupa nak mampuh Islam..


MKJ RESPON: Tak kira kalah atau menang...tetapi soal berkecek berkira...berbahas berhujjah kena berkesinambungan kerana ia dituntut oleh agama. Cuba semak surah Al-Asyr. Islam tak akan mampus kerana ianya milik Allah....yang akan mampus adalah umat Islam yang lebih yakinkan kepimpinan bukan beragama Islam dari yang beragama Islam...yang melihat apa yang DAP buat misalnya lebih Islamik dari yang Umno buat.

March 17, 2008 7:08 AM
10. Anonymous said...
Beruk-beruk di jalan raya tu perangai puak Pas lah tak leh nampak bas lalu...semua bawa hantu..dia tak tahu hantu-hantu tulah hak kelik ngundi pasnya..


MKJ RESPON: Benda dah berlaku dan orang Terengganu yang taksub dengan dakwaan bahawa dalam sistem pilihanraya negara ini wujudnya pengundi hantu yang dicetuskan oleh pemimpin mereka...dah terima padahnya....Terengganu kekal di bawah pemetintah Umno/BN. Percayakan hantu tidak berapa molek dalam Islam.

Secara tersiratnya, Allah takdirkan Kelantan kekal di bawah Pas dan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor jatuh ke tangan BA adalah untuk menafikan kewujudan pengundi hantu. Sebenarnya Allah tolong Umno dan SPR, khususnya pengerusinya yang menjadi mangsa prejudis. Dalam melihat yang tersurat....kita kena lihat yang tersiratnya juga. Itulah faedahnya akal.

March 17, 2008 7:11 AM
11. fadly ramly said...
Aku dapat maklumat peraih undi bagi Pas untuk pilihanraya baru-baru ini pun terima bayaran RM1000.... Mana Pas dapat duit ni? Dari derma jihad ke atau dari bantuan asing?


MKJ RESPON: Maklumat itu belum tentu betul. Macam mana pun sekadar apa yang saya tahulah...setiap pengundi yang tinggal di luar dan pulang mengundi di Kelantan dibayar RM100 di samping dibayar tambah bas, kapalterbang atau minyak kereta jika ada resit dan tiket ditunjukkan sebagai bukti. Dari mana duit diperolehi sukar untuk dipastikan. Khabarnya ramai tokoh-tokoh korporat yang bantu.

March 17, 2008 7:19 AM
11. Anonymous said...
Ketakutan PAS Pada DAP & PKR PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak. Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut. Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara. Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil. - NAMPAKNYA PAS LEBIH MENJAGA HATI RAKAN SEKONGKOL NYA...BUKANKAH ITU ANTARA AGENDA YANG SERING DILAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI...KALAU TAK BERANI BUAT MAKNANYA KERAJAAN SEKARANG TAK ADA BEZANYA DENGAN KERAJAAN ORAN UTAN DULU...


MKJ RESPON: Kalau MB Perak orang Pas tetapi keadaan kerajaan sama seperti dulu...premis hiburan ada di mana-mana...premis perjudian juga ada di mana-mana...arak boleh dibeli dan diminum dengan terbuka...maka ianya lebih bersifat retorik semata. Kalau perbuatan tidak sama dengan yang dilaung-laungkan...maknanya kerajaan BA Perak tak akan tahan selama mana.

March 17, 2008 7:22 AM
12, fadly ramly said...
Aku mengucapkan "syabas" kepada bekas ahli koporat yang kini jadi ahli politik yang keparat, Tan Sri Khalid yang menjadi MB Selangor, lepas ini kita dapat air freelah, jangan cakap saja Tan Sri, do it!Aku ada terbaca NST pagi ini, yang mengatakan yang DEB telah mengkayakan Tan Sri sehingga dia menjadi mewah dan popular, tapi sayang, dia kata dia tak mahu DEB ada di selangor dan akan mengikuti jejak langkah Lim JR nak mansuhkan DEB.Aku amat terkejut beruk di buatnya.Aku kenal Tan Sri sejak aku zaman remaja lagi, namanya memang popular di sana sini, seorang bisnes man yang berjaya, PNB, Kumpulan Guthrie memang dalam poket beliau. Aku pernah makan semeja dengan dia, dia ni baik orang nya dan ada wawasan dan pemikiran terbuka.Tapi sayang.........itu dulu, sekarang dah jadi anak emas Abang Nuar, member baik Lim Kit Siang dan Lim JR dan Tuan Guru Hadi Awang.Kita akan tengok lakonan mantap Tan Sri Khalid selama 4 tahun ini...


MKJ RESPON: Sama-sama kita tunggu dan lihat. Masa akan terus berjalan ke depan dan tidak akan undur ke belakang.

March 17, 2008 7:22 AM
13. fadly ramly said...
Pas mengharapkan anak Kelantan yang berada di luar negeri ini yang mahu pulang berkonvoi mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 8 Mac ini ditimpa musibah.Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata kepulangan anak Kelantan dari perantauan yang ditaja Pergerakan Pemuda UMNO itu semata-mata mahu mengundi BN.Katanya, tujuan mereka yang menjatuhkan kerajaan Islam yang dibangunkan Pas itu tidak diberkati dan kemungkinan mereka ditimpa kecelakaan di jalan raya nanti.Berita Harian, 22 Februari 2008Kata memperjuangkan Islam... Tapi mendoakan benda yang buruk untuk sesama Islam... Ni Islam jenis apa yang dibawa oleh Pas ni?


MKJ RESPON: Islam tidak pernah menghalalkan cara. Tuhan Maha Adil. Kita tengok hasil doa kebinasaan...siapa yang akan binasa. Menang di Kelantan bukan bermakna itu bukan satu kebinasaan. Bala datang dalam pelbagai bentuk. Misalnya dalam manisnya gula...boleh menjadi penyumbang kepada kencing manis. Tidak mustahil dalam kemenang yang diagahkan...akan ada bala petakanya.

March 17, 2008 7:23 AM
14. fadly ramly said...
Hadi Awang mengeluar kan kenaytaan konon nya bakal MB Umno 'menderhaka' dalam isu perlantikan MB.Kita cuma mapu tersenyum kerana, ternyata pas masih bersikap seperti dahulu walau pun telah memenangi beberapa buah negeri!!!Apakah pas ini jenis yang jelas melihat kelemahan org lain sedang kan kelemahan sendiri mereka tutup rapat???Kalau mahu dikira derhaka, sudah pasti tindakan LKS yg juga sekutu rapat pas itu lebih dahulu patut dipanggil penderhaka. LKS yg terang2 ingkar, bila mengarah kan kesemua ADUN DAP di Perak memboikot acara sultan. Apakah itu pas bukan anggap derhaka????Ternyata sikap assobiyah pas, semakin parah sehingga menyalah semua pihak lain dan membenarkan semua yg dilakukan oleh pihak dan kawan sendiri!!!Kita tidak kisah gelaran apa pun yang Pas mahu lebel kan tetapi biar lah pendirian itu jelas dan tidak memihak !!! Jika itulah sikap pemimpin pas..apakah itu dikatakan ajaran isalm sejati???


MKJ RESPON: Orang banyak baca kitab...tentu adakalanya boleh menghalalkan cara. Tapi rakyat perhati dan nilai. Saya ada dengar pimpinan Pas yang ganti Tok Guru Nik Aziz memberi kuliah Jumaat di dataran Ilmu Kota Bharu kata....arak dibolehkan diimport bagi menampung keperluan rakyat bukan Islam di negara Islam. Kalau import dibolehkan...maknanya jual arak tak boleh. Macam mana pun bina kilang katanya dilarang.

March 17, 2008 7:24 AM
15. fadly ramly said...
Pas mmg terkenal dengan sikap menghalal kan cara!!! Demi untuk menang PRU mereka akan laku apa saja...!!!!Contoh yg jelas, isu akidah pun mereka permain kan termasuk lah mengkafir kan umno krn menjalin kerjasama dengan parti2 bukan melayu!!!!Tp sekarang apa sudah jadi...nampak nya demi kuasa, pas rela menjadi lembu DAP di Perak!!


MKJ RESPON: Itulah yang katakan bala...ciri-ciri bala sedang dihadapi oleh Pas. Macam mana wakil tunggalnya di DUN Pulau Pinang boleh menghalalkan cara untuk sokong kerajaan DAP...macam mana MB Perak mampu guna kuasanya sebagai MB dari Pas dengan bilangan exconya lebih ramai dari DAP kalau pun Pas campur dengan PKR. Demikian juga dengan Selangor...apakah PKR akan dengar kata Pas atau DAP dalam apa juga hal yang akan dibangkitkan dalam DUN.

Kita tunggu apa jadinya nanti bila sidang DUN sulung berlangsung di Pulau Pinang, Kedah dan Perak walaupun DUN Kelantan dan Kedah mungkin lebih linang.

March 17, 2008 7:25 AM
16. fadly ramly said...
Nak tahu sikap Pas sebenarnya, tanya bekas ahlinya macam Ustaz Omar Khalid dan Datuk Nakhaie Ahmad(Pengerusi Yadim)Nak tahu sikap PKR? Tanya Chandra Muzaffar dan Ruslan KassimNak Tahu DAP macam mana? Tanya Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas ahlinya yang lain...PAS + PKR + DAP = 2 KALI LIMA!!!


MKJ RESPON: Jangan risau...menjelang pilihanraya umum ke-13, tsunami politik akan kembali melanda. Berjuta orang akan mengambil sikap sebagaimana yang diambil oleh Umar Khalid, Nakhaie Ahmaf, Candra Muzaffar, Ruslan Kassim, Lee Lam Thaye dan sebagainya.

March 17, 2008 7:25 AM
17. fadly ramly said...
PARTI MELAYU BUKAN DOMINEN DALAM PAKATAN PEMBANGKANGDalam satu penulisan saudara Lutfi Othman yang memulakan mukadimahnya dengan menyebut :Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.Pengakuan ini dibuat sendiri oleh sauara Lutfi Othman , pengarang lidah rasmi tabloid harakah.Saya memetik kata-katanya yag perlu kita renungi dan kita amati sebagai bangsa Melayu.Di sini beliau banyak meyentuh bahawa kuasa politik perlu dibahagikan samarata dengan kaum lain dan Melayu tidak aka ada keistimewaan. Apakah Lutfi sudah lupa akan perjuangan asal PAS yang mahu meneggakan Negara Islam dan utuk merealisasikan perjuangan ii parti Melayu perlu menjadi parti dominen dalam satu pakatan.Apa yang berlaku sekarang adalah hak keistimewaan orang Melayu kini dicabul dan diserahakan bulat-bulat oleh Parti PAS (kononnya memperjuangkan Islam)Kata beliau lagi : campuran merupakan dinamika poilitik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi.Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan. Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil.Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.Jelas beliau lagi tentang kekuatan tersendiri gabugan Pembangkang - PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti. Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan >gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno.Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP. Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa.Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominant Cina.Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum. .Tidak wajar menyesal Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentara dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.Dipetik daripada Detikdaily.Nota: Apakah saudara Lutfi tahu apa yang dituliskan atau menulis hanya untuk meyedapkan hati beliau sendiri apabila rakyat telah mula marah da meyesal mengundi parti pembangkang. Hanya beberapa hari sahaja mereka memeggang kuasa di lima negeri telah mula menampakkan betapa lemahnya parti PAS dan PKR yang terpaksa tunduk kepada DAP, salahkah pengundi merasa menyesal mengundi barisan pembangkang baru-baru ini dan mereka kini merasakan menyerahkan hak istimewa orang Melayu kepada pembangkang. Fikirkanlah……


MKJ RESPON: Kalau Saudara Ahmad Lutfi bukan Ketua Pengarang Harakah...saya yakin nada tulisannya akan lain nadanya.

March 17, 2008 7:41 AM
17. fadly ramly said...
SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.


MKJ RESPON: Hakikat yang kena diterima...menjadi kerajaan tidak semuda menjadi pembangkang.

March 17, 2008 7:43 AM
18. fadly ramly said...
Perbezaan pendapat DEB antara PAS, DAP dan PKRPKR :* Berpendapat perlaksanaan DEB gagal memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua kaum di negara ini termasuk orang Melayu* Menyediakan satu dasar baru yang lebih telus dan terbuka tanpa membezakan kaum untuk memberi bantuan* Mansuhkan dasar-dasar DEBPAS* Mengakui perlaksanaan DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1971 berjaya memastikan ekuiti orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi tidak dipinggirkan* Mengekalkan dasar-dasar DEB.DAP* Melupuskan DEB dan membebaskan pentadbiran negeri dari DEB yang didakwa lebih membantu orang Melayu di samping dikatakan menjadi punca kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.* Menyemarakkan sentimen perkauman dan menutup pintu kesenangan orang Melayu.* Mansuhkan dasar-dasar DEB


MKJ RESPON: Kaalau negeri-negeri dikuasai DAP-PKR-PAS tak mahukan DEB biarlah. DEB kena diteruskan dan tumpukan ke sembilan negeri yang diperintah oleh Umno?BN. Tak salah kalau kita biarkan negeri-negeri diperintah DAP-PKR-PAS buat dasar sendiri yang lebih baik dari DEB, Kalau ianya lebih berkesan....kerajaan pusat boleh tiru nanti.

March 17, 2008 7:45 AM
19. Anonymous said...
Baru a' Kau Tahu Guan Eng! SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.


MKJ RESPON: Itulah yang saya katakan antara bala dan petaka.

March 17, 2008 7:45 AM
20. fadly ramly said...
TAHNIAH kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menggerakkan tindakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Apa Anwar peduli, sebab dia sudah kaya. Kalau negara huru-hara, dia boleh bawa anak isteri ke luar negara, kawan baik pun ramai di sana, pergi jahanam dengan Malaysia.Tahniah kepada Anwar kerana berjaya mendalangi demonstrasi dan perhimpunan haram semata-mata kerana kuasa. Hindraf pun disokong juga. Mungkin orang Melayu pun boleh ikut sama pada ketika tanah rizab sudah tidak ada, hak dalam ekonomi pun sudah sama rata.Melayu Pulau Pinang pun sudah mula merayu kepada pemimpin bukan Melayu supaya mereka tidak terperosok ke penjuru. Lepas ini di mana pula, mungkin Perak dan Selangor juga, tapi apa nak dikata, orang Melayu sendiri yang rela, nak kata apa, padan muka?Tahniah kepada Anwar kerana telah menanamkan azam di dada saya untuk mendidik anak-anak sendiri supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah lupa diri, hidup mati insya-Allah di sini, menyokong DAP dan PKR jangan sekali! Hai orang Melayu, merekakah pemimpin yang kita mahu?


MKJ RESPON: Lima tahun tempoh masa untuk buat penilaian.

March 17, 2008 4:27 PM
21. fadly ramly said...
BA (Barisan Alternatif) Selangor adalah pakatan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendukung cita-cita dan aspirasi dengan cogan kata:Membela dan berkhidmat untuk rakyat;Sedia mentadbir Negeri Selangor.Tema perubahan yang dibawa oleh BA Selangor adalah:Selangor Bersih, Maju dan BerkebajikanTonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat.BA yakin bahawa negara ini kaya dengan pelbagai sumber terutamanya minyak dan gas. Malangnya kekayaan ini tidak dapat dinikmati seperti sepatutnya oleh rakyat jelata.Di atas keyakinan ini, langkah pertama yang akan dilakukan oleh BA jika diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan adalah menurunkan harga minyak dan gas. Kesan segera yang bakal berlaku adalah kawalan terhadap kenaikan harga barang. Harga barangan dan perkhidmatan yang murah sudah pasti akan memberi nikmat langsung dan merata kepada rakyat.Pada masa yang sama, BA Selangor yakin bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil pendapatan.Pengurusan kekayaan negeri yang tidak berhemah dengan berlakunya pelbagai pembaziran telah menafikan rakyat nikmat yang sepatutnya mereka kecapi. Akibatnya rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi dan membebankan.Kesan daripada jurang ekonomi yang semakin meruncing telah mewujudkan pelbagai gejala sosial dan berlakunya jenayah yang berleluasa.Jika dipilih, kami mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini. Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan, kekayaan negeri akan dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada kemajuan negeri.Melalui dasar dan pelaksanaan pentadbiran beramanah, kami akan memberi khidmat cemerlang dengan mengurangkan kos sara hidup bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat berlipat ganda daripada hasil dan sumber kekayaan negeri.Dengan itu tawaran-tawaran kami adalah:Pentadbiran:· Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.· Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.· Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.Sosial dan Kebajikan Rakyat:· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.Kesihatan Rakyat:· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.Ekonomi Rakyat:· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.Keselamatan Rakyat:· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.


MKJ RESPON: Cukup bagus untuk diwujudkan sebagai suatu kenyataan. Biar rakyat lebih kaya dari pemimpin macam mana semasa pemerintahan Umar Ibnu Aziz. Nak bayar zakat pun payah kerana rakyat kaya belaka....khalifah pula hanya ada sehelai jubah sahaja. Kalau Selangor berjaya buat contoh macam....bukan setakat Malaysia...seluruh nusantara pun berjaya ditawan bagi fasa pertama dan sterusnya akan berjaya menakluki dunia.

March 17, 2008 8:02 PM
22. Pak Kadok said...
"Kita bukan nak buang DEB, kita nak hapuskan amalan kronisme dalam DEB."kata Ketua Menteri sebuah kerajaan di Utara Tanah Air, yang mana Presiden parti nya adalah ayah beliau, setiausaha agung (jawatan paling penting parti .. parti apa yg jawatan paling kanan setiausaha agung bukan presiden) kepunyaan beliau, dan ketua wanita di pegang oleh isteri beliau.Presiden Pok, S/U Anok, Ketua Wanita Menantu.nak hapuskan kronisme? hehehehhe ... jo lo dah .. anok beranok ramai ramai gitu ore panggil nepotisme .. dia nak buang kronisme .. takpo la dia amal nepotisme pun, dia bukan menentang nepotisme .. dia menentang kronisme jah.nak buang DEB royat la nak buang DEB, tak payah dok bagi alasan kiri kanan lagi.takpe ..ada orang melayu nak tolong takbir.


MKJ RESPON: Bangkai gajah tak boleh diselindung di sebalik seurat bulu hidung.

March 17, 2008 10:27 PM
23. Pak Kadok said...
berkata juga menteri besar salah sebuah negeri termaju di Malaysia."Masa saya dalam DEB, DEB masih belum korup. Selepas saya keluar, DEB mula korup. saya hanya nak hapuskan korupsi ini, bukan DEB"ho lah .. budak budak Sekolah Sains, MRSM, IKM, Matrikulasi, UiTM, hok boleh loan MARA (ngaji ko, nego ko), Prosper .. lagu tu belako ..maso dia tengah pakai, guna, boleh pekdoh .. masa tu mana ada korup lagi .. korup lepas dia dah dapat khijo besar ... mapuh gi lah ore lepas ni .. DEB takdok pun, aku jadi doktor doh .. enjineer doh .. loyar doh ... nego besa doh ... DEB kena hapus doh la .. sebab korup ... masa aku ambik loan nak ngaji sekolah dulu .. masa aku dok ngaji di sekolah sains, mrsm, matrik dulu .. DEB tak korup lagi .. lepas aku grad tu .. DEB korup .. jadi kena la buang DEB ni .. baru adil ..bereh .. sebab tu ada kata DEB korup tahun 70an .. ada kata start 80an .. ada kata start 90an .. 2000 ... ikut pada umur ore hok demo tanya.ore melayu malu dah nak kait dgn tongkat DEB ni .. orang lain takleh rasa peduli apa .. janji aku dah lepas .. dah hebat .. malu la nak harap ko tongkat lagi.nak buang .. buang je boss .. dok cari alasan gapo nyo. dale Quran takdok DEB nih .. dale hadis pun takdok. tak caya .. tanya tok tok guru .. mesti demo tu setuju dgn kawe ... dan MB salah satu negeri termaju.


MKJ RESPON: Bokali boleh kawe tambah....ado negeri takdok rusing apa....takdok pitih mintak sedekah dengan rakyat....tadah sumpit...kopiah dan serban...bila dah rakyat berjaya dicucuk hidung dan dilembukan...nak perintah negeri jadi mudah...kalau bantah...demo masuk neraka...kawe takpolah...ada senarai dok dalam syurga...asal gi ke akhirat bowok bendera bulan...mengaku pengikut taksub tok guru....

March 17, 2008 10:42 PM
24. Anonymous said...
Salammm...Bakpo duk geger pasal DEB?Bukankan DEB mula2 terhapus semasa pelancaran WPI kat johor?org melayu yg mula2 hapuskan DEB, lagipun DEB yg betul2 untung keparat2 melayu.


MKJ RESPON: Daripada laba untung keparat Melayu...lebih baik labat keparat Cina. Biar Melayu sama-sama kering gusi...baru padan muka.

March 17, 2008 11:32 PM
25. Anonymous said...
Kalau dah hapus bakpo Kit Siang anak beranak nak hapuskan sekali lagi...Itu maknanya DEB masih lagi mempertahankan hak istimewa ore melayu.


MKJ RESPON: Nak hapus hak hapus doh pelik jugak. Sama dengan menatang hak katak mampu doh baru nak sembelih. Buleh makan ko dak menatang lagu tu?

March 18, 2008 8:11 AM
26. Anonymous said...
Guana abe li banyak hari tak respon..sakit ke? atau tersangat sibuk dengan urusan busines
.

MKJ RESPON: Sebab pertama komputer rosak teruk. Semalam baru pulih. Kalau nak kira sibuk dengan perniagaan...sibuk jugaklah. Tapi kalau komputer tak rosak...masa untuk blog ni tetap ada. Jangan bimbang.

March 18, 2008 8:17 AM
27. Anonymous said...
Kalau dah hapus bakpo Kit Siang anak beranak nak hapuskan sekali lagi...Itu maknanya DEB masih lagi mempertahankan hak istimewa ore melayu..... DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???


MKJ RESPON: Demo kena tau...gu Lim Guan Eng sekarang ni orang Pas. Dia tau kalau cakap tak betul berddoso. Utusan, Berita Harian, TV1, TV3 jah buat cerita...hok dok bbodo rakyat Malaysia sampai ke tua. Lim Gua Eng tu pemimpin yang suci, you know...lebih suci dari Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi. Kah!Kah!Kah!

March 18, 2008 6:03 PM
28. Anonymous said...
.... DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???March 18, 2008 6:03 PMSebab tu melayu mudah lupa diri kan?


MKJ RESPON: Mugo dalam Quran...dalam Hadis pun tak sebut...kena buat dasar khusus untuk orang Melayu. Kerana itu Dewan Pemuda Pas sokong Lim Guan Eng....MB Perak hak nak suruh DEB kekal nampaknya tak berapo lamo boleh duduk kerusi MB...DPP sendiri pun sokong hapuskan DEB...kes barang takdok dalam Quran dan hadis bokali.

March 19, 2008 10:55 AM
29. wak hamad said...
Salamperjuangan... assalamualaikum.....Harap bertenang ..jangan dok sibuk pasal DEB, kabinet baru, krisis di teganu lebih-lebih sangat.Sempena maulidurrasul eloklah pas dan umno pakat buka kitab sirah apakah hak nabi nak serupa hak puak kita pakat dok buat.Al fatihah untuk allahyarham tok guru hj Lah Lubuk Tapah.nampaknya usaha melahirkan pengganti ulama mulut masin tak ada sangat hak banyak nya ulama mulut huduh.....hak tu banyak.pandai-pandai hj hadi kata calon MB teganu derhaka.... Tuanku gi bbisik bila dengan demo?Demo tu hak derhaka dengan rakyat teganu sapa kena reject tahun 2004 patut sedar kediri.....tahun 2008 negeri lain buleh menang demo dok mengakok lagi...bereti-bereti lah hj hadi weh...bo la jadi liability kepada pas nya. buat abis pitis bayar elaun yb ... habuk pun tarak... la ni napok byk statmen akhbar mujur roslan sms tulis... harap ka demo tak ada ggapo pun...maaf lah puak-puak ayah cik.


MKJ RESPON: Waalaikumusallam! Dengar orang alim ni saya tak berapa berani. Saya tak muncul lama dalam blog ni pun dah tersebar khabar kononnya saya diserang lumpuh kerana tentang tok guru. Kalu lagu tu gat ramailah hak lumpuhnya boktan tak sokong tok guru. Macam mana sama-sama kita sedekahkah al-Fatihan untuk Tok Guru Haji Lloh Lubuk Tapah yang telah berpulang ke rahmatullah. Ramai sungguh manusia yang ziarahi jenazahnya...dari Iraq, Iran dan negara-negara Arab di samping Sultan Brunei dan Sultan Kelantan turut ziarah. Negara kehilangan ulamak yang tidak terlibat dalam politik secara langsung. Apalah agaknya nasib pusat pengajian pondok Lubuk Tapah selepas ini?

March 19, 2008 2:26 PM
30. Anonymous said...
DEMO DGR KO LIM GUAN ENG KATO NAK HAPUSKAN DENGAR MOLEK GU, DIA NAK HAPUSKAN BAB MANO....KALAU DEMO DUK DGR UTUSAN, BERITA HARIAN, TV1, TV3...PAH BILO2 PUN DEMO BODO.... BODO PAH KO TUA.PAH WPI TU APO PULAK KOMEN DEMO.... MELAYU SENDIRI HAPUSKAN DEB APO CERITO, BAKPO X GEGER GEPAR???Ni sorang hak tak berapa ngaji tinggi, napok cerdik sangat tapi tak tau beza antara DEB dengan WPI. Hok baca utusan, berita harian, tgk TV3,TV1 bodo pah ko tua, tapi demo hok baca ..............BODO PAH MAPUH.


MKJ RESPON: Suratkhabar kena baca, tv kena tonton dan radio kena dengar. Atas kitalah pula nak nilai mana betul mana salah. jangan dok borong kata tak betul belaka. Lama-lama kita akan jadi katak bawah tempurung.

JUMPA LAGI!!!!


1 comment:

wak hamad said...

Apabila Nama Kambing Jamnapari Disebut-sebut

PAGI tadi (jam 1:30 pagi) ketika menjamu selera di gerai ayam kampung di Lubuk Jong, Rantau Panjang saya jadi sedikit terkejut apabila sekelompok pelanggan kedai itu bercakap perihal projek kambing Jamnapari di Rong Chenak, To Uban.

Begitu mendengar kelompok itu bercerita hal kambing saya jadi hilang selera untuk makan dan terus memasang telinga ke arah mereka untuk mengetahui apakah intipati cerita berkenaan. Soal kambing mengambing ini cukup sensitif bagi saya! Al maklumlah komisyen yang diharapkan dibahan orang di tengah jalan!

Saya tidak tahu apakah mereka jujur memperkataka soal projek bernama Jihad Ternak itu, ataupun sekadar ingin memberi tahu kepada saya apa yang sudah jadi dengan projek berkenaan. Tentu penjenguk blog ini tidak lupa mengenai kisah kambing dan seseorang lelaki sasa berbaju petak-petak merah yang pernah muncul dalam blog ini.

Saya perturunkan antara petikan dialog kelompok berkenaan yang juga merupakan pelanggan kedai ayam kampung itu yang rata-rata berusia lingkungan 40 hingga 55 tahun.

"Apa jadi dah dengan projek kambing di Rong Chenak, agaknya dah pecah kandang kot?" kata yang berbaju Melayu lusuh. Pecah kadang, maksudnya kesemua kadang kambing bernilai hampir sejuta di Rong Chenak itu sudah penuh dengan anak-anak kambing yang baru dilahirkan.

"Entahlah..." jawab pula yang seorang lagi sambil menggongong paha ayam. Yang seorang ini nampak kurang berminat dan lebih kemarut untuk makan.

"Ba kali perserta projek berkenaan dah kara raya...!" sambung yang tadi. Saya sesekali menjeling ke mukanya ingin mencerapi saiap dia sebenarnya. Di hujung hati semacam ada bara api.

"Kawan dengar dah lingkup. ?"kata pula yang berada disebelah yang berbaju Melayu lusuh.

"Takkan lingkup dah..?" acah yang berkupiah putih. Bumbung kupiahnya tajam macam kubah masjid Tibet.

"Dah... dah lingkup, dah lama hancur dah. Di Rong Chenak la ni tinggal gok (kandang) sahaja dengan tangki air yang mahal itu.... kambing dah tak ada sekor rabuk," jelas yang tadi hanya diam dan asyik makan. Dia seolah tahu dan arif apa yang berlaku di Rong Chenak.

"Betul ke?" tekan yang agresif tadi.

"Betul.... dah tak tahu ke mana dah. Bunyi khabar kambing tu dah dibahagikan kepada orang ramai. Ada setengahnya dapat dua tiga ekor seorang. Wakil rakyat pun ada juga hak dapat, dia bagi sesama dia" jelasnya lagi.

"Sapa dia...?" tanya yang berada disebelah pakai kupiah.

"Bunyi khabar wakil rakyat hak nak jadi Exco tetapi tak leh jadi tu pun ada ambil juga. Dia gi curi letak rumah dia. Ada dua tiga ekor di rumahnya.... besar-besar pula tu..." lanjut yang pakai kupiah lagi seperti tahu benar apa yang berlaku dan melihat sendiri kambing-kambing di rumah wakil rakyat yang tidak boleh jadi Exco itu.

Mendengar kata-kata itu saya tergaman. Dalam kepala terus mencari siapakah gerangan wakil rakyat berkenaan. Yang nak jadi Exco tak boleh ... sapa? Masakan dia tergamak curi kambing yang diuntukkan untuk rakyat. Tidak mungkin, wakil rakyat Pas tahu halal dan haram. Semuanya tahu hukum hakam. Mereka tidak pernah makan duit rakyat walaupun setengah dinar!

Terasa ketika itu juga ingin bertanya kepada orang yang menutur cerita itu. Biar jelas, tidak elok kala dia buka budu tengah kedai begitu. Malu kerajaan Nik Aziz , kalau wakil rakyatnya makan kambing rakyat. Saya tak percaya... tetapi kalau tidak berlaku masakan cerita itu boleh diecer begitu sekali.

Tetapi kerana saya tidak kenal yang bercakap itu tidak berani nak tanya dia sendiri. Saya kurang senang sungguh mendengar cakap-cakap kelompok berkenaan. Mungkin dia sengaja membuka cerita itu supaya saya tahu. Saya rasa mereka juga kenal saya dan tahu kerja saya.

Selepas makan mereka berlalu begitu saja tanpa menoleh kepada meja kami yang jaraknya tidak sampai 15 kaki dari mejanya. Hanya yang berkupiah putih melemparkan senyuman hamar kepada saya sambil megangguk 'pok ka' dua kali.

Dalam perjalanan pulang fikiran jadi tidak menentu. Terasa ingin menyiasat siapakah wakil rakyat hak nak jadi Exco tetapi tak leh jadi Exco itu yang dikatakan mencuri kambing jantan di Rong Chenak itu.

Tetapi bila mengenangkan projek berkenaan sudah berkubur, tidak ada gunanya untuk bangkar dan bangkit lagi. Lagipun saya sudah ramalkan awal-awal projek binatang berjanggut itu akan musnah dan gagal akirnya kalau orang yang bertanggungjawab membawanya balik tidak ikhlas dan jujur. Asal kapas menjadi benang, dari benang di buat baju...

Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya! Wowwww...wowwww....! [lbk. jong. 1:30 am 24/03/08]

WAK PETIK DRPD BLOG ABG TI.

SAPO HAK TAHU LAGI BULEH ROYAK BIAR JELAS LA KES KAMBING NI. WAK TAK BERAPO SOHEH LAH.