Tuesday, March 4, 2008

MKJ RESPON (12)

SYUKURLAH kesihatan saya semakin pulih dan dapat memberi respon sekali lagi bagi sessi kedua hari ini terhadap komen-komen yang dihantar, dimulakan dengan komen yang dihantar melalui posting RKJ RESPON (11) sebagaimana berikut;

8 comments:
Anonymous said...
1. Anonymous said...
makan ubat2 tu.... gi la jumpa tok bomoh... mana tau kot2 xdan nak ngundi gak... rugi la so undi BeeNd.pahtu cepat2 la minta maaf ngan ore2 hok demo duk upat keji, duk tudoh mcm2 tu...kalu xdan mintak maaf gak berat la demo.

MKJ RESPON: Ubat sekadar ikhtiar dah dimakan....jumpa bomoh daklah...kawe tak percayakan bomoh. Demo ni nak suruh kawe cepat padam. Terima kasihlah...memang demo dah terpngaruh dengan pimpinan tertinggi demo...harap orang mampus....suruh anak perantauan yang kelik ke Kelantan untuk mengundi BN ditimpa kemalangan. Demo pakai ajaran Islam mano ni? Islam hak Allah suruh Nabi Muhammad s.a.w. serukan bukan lagu tu. Mengumpat dilarang...pemimpin demo kata boleh. Pah nak suruh orang ppakat sokong lagu mana...barang terbalik-kuan abih.

WEYYYY LA... BAKPO NYO JD GITU... BILA PULAK KAWE DOA SURUH DEMO MATI, SAPO LA KAWE NAK DOA SUH DEMO MATI CEPAT.... KAWE KATO TU KALU KALU... MUGA KAWE NI XDOK FIRASAT2 NI MUGA KAWE JENIS ORE KEMACHA JAH, NGAJIPUN SETAKAT SPM JAH...
MELI WEYYY... KEPIMPINAN TERTINGGI KAWE ADOLAH POK LOH...KAWE ULANG SEKALI LAGI POK LOH, KALU KELATE GAK NUAR MUSA...NUAR MUSA PAHAM DOK, KAWE MASIH LAGI AHLI UMNO WALAU KAWE X PERNAH BAYAR YURAN, KEAHLIAN KAWE X DIPECAT LG, KAWE X PERNAH JADI AHLI PARTI MUGA LAIN BIAR PAHAM SIKIT....
TP YANG PASTI KALAU KAWE BALIK NI KAWE AKAN UNDI PAS, ITU HAK KAWE ORE LAIN XLEH NAK KATA BEGAPO.
AMBO HARAP ORE2 LAIN AKAN TERBUKA HATI SUPA AMBO JUGAK AKAN NGUNDI PAS/PKR.
TIDAK SEMESTINYA AMBO BIAS KO PAS AMBO ORE PAS...
KO PERLU KAWE BERSUMPAH SUPA DEMO BERSUMPAH TU, KALAU ADO SAPO2 CABAR KAWE KAWE BULEH GAK BERSUMPAH SUPA MELI BUAT TU
.

MKJ RESPON: Pemain politik macam anda payah nak diduga. Tengok gaya anda tulis...saya agak anda orang Pas. Memang ak salah oranng Umno undi Pas/PKR dan tak salah orang Pas undi Umno...cuma dalam peraturan parti mungkin tak boleh. Macam mana langgar peraturan parti tak sampai jadi kafir.

Saya tak minta anda bersumpah...saya dulu bersumpah kerana orang desak...kononnya saya ni makan upah Umno sedangkan saya bukan orang parti politik. Yang pasti saya lebih suka duduk sebelah pihak yang kalah. Masa Pas kalah dulu saya sokong Pas...bila Pas menang saya tak berapa sokong dah
.

March 3, 2008 10:43 PM
2. Anonymous said...
salam...

Abg meli... lagu mano kes Husam saman demo tu, jalan lagi ko senyap gitu jah, kalu senyap gak belawok la Husam tu, takut nak saman Abg Meli....
Tolong respon deh nak tahu jugak lagu mano perkembangan terbaru, buleh la buat buah kempen PRU12 ni ko guano
.

MKJ RESPON: Tak sebarang surat susulan lagi. Mungkin dia sibuk dengan kempen pilihanraya. Kita tengok kelihlah lepas pilihanraya ni. Dulu Kelantan Water Sdn Bhd saman saya dan akhbar Harian Watan berjuta-juta, Datuk Ibrahim Ali pun pernah hantar surat lawyer dan Pas Pasir Puteh juga saman...tapi satu pun tak jalan.

March 3, 2008 10:59 PM
3. Anonymous said...
meli... lagu mano ngan blog demo hak kena godam tu... dh kenal ko sapo hak buat, baso celako la sapo2 hak buat tu?
demo kato dah hantar surat ko blogger... apa kata blogger?
demo kata dh minta tlg mimos check.... apo kato mimos?
kalu boleh gak royak la deh sini supaya semua org buleh tahu,
muga ado jugak ore kata demo sendiri punahkan atau delate blog tu, takut kena saman ko Husam.
kawe royak doh xkan meli nak buat gitu muga meli tak takut ngan saman tu, kalau nak saman, saman biar lebih 1 bilion kalau sikit2 baik x payah, pahtu meli sanggup masuk penjara muga boleh makan free.


RKJ RESPON: Tak tau lagi. Ikut beberapa orang pakarlah...katanya untuk leburkan blog saya itu memakan belanja yang agak besar. Bukan sakat blog jah ghaib seolah-olah tak pernah wwujud...komputer saya pun kena diformat semula.

Saya ni tak reti mana soal-soal komputer ni. Ada yang kata blog saya tu meletup sendiri kerana terlalu banyak dilayari. Untuk minta kerjasama blogspot dan mimos ni bukan kerja mudah untuk orang marhain macam saya ni. Macam mana saya akan terus cuba. saya ni pelik sikit...benda yang payah...yang tu lah saya suko terok-padat gi.

Saya leburkan sendiri? Dalam blog tu yang membuat saya terima surat lawyer bukan saya yang tulis...tapi penyilau-kelih blog yang hantar. Kalau saya disaman...isi kandungan blog dari awal hingga akhir sangat berguna untuk saya buat pembelaan.

Sekarang kalau disaman saya tak boleh buat apa lagi dah...cuma adalah rakan-rakan penyilau-kelih yang ada hantar mana-mana yang sempat mereka simpan...tapi tak menyeluruh.

Walaupun perkakas untuk pembelaan diri dah tak ada...saya tak gentar untuk menghadapi saman
.

March 3, 2008 11:15 PM
4. Anonymous said...
WEYYYY LA... BAKPO NYO JD GITU... BILA PULAK KAWE DOA SURUH DEMO MATI, SAPO LA KAWE NAK DOA SUH DEMO MATI CEPAT.... KAWE KATO TU KALU KALU... MUGA KAWE NI XDOK FIRASAT2 NI MUGA KAWE JENIS ORE KEMACHA JAH, NGAJIPUN SETAKAT SPM JAH...
MELI WEYYY... KEPIMPINAN TERTINGGI KAWE ADOLAH POK LOH...KAWE ULANG SEKALI LAGI POK LOH, KALU KELATE GAK NUAR MUSA...NUAR MUSA PAHAM DOK, KAWE MASIH LAGI AHLI UMNO WALAU KAWE X PERNAH BAYAR YURAN, KEAHLIAN KAWE X DIPECAT LG, KAWE X PERNAH JADI AHLI PARTI MUGA LAIN BIAR PAHAM SIKIT....
TP YANG PASTI KALAU KAWE BALIK NI KAWE AKAN UNDI PAS, ITU HAK KAWE ORE LAIN XLEH NAK KATA BEGAPO.
AMBO HARAP ORE2 LAIN AKAN TERBUKA HATI SUPA AMBO JUGAK AKAN NGUNDI PAS/PKR.
TIDAK SEMESTINYA AMBO BIAS KO PAS AMBO ORE PAS...
KO PERLU KAWE BERSUMPAH SUPA DEMO BERSUMPAH TU, KALAU ADO SAPO2 CABAR KAWE KAWE BULEH GAK BERSUMPAH SUPA MELI BUAT TU.

...........Bingai punya manusia, bagitau keling botol bole le......


MKJ RESPON: Guano pulok?

March 3, 2008 10:43 PM

March 4, 2008 12:53 AM
5. Anonymous said...
Tak faham bakpo yang Berehim Ali nak tang / tampar Khairy ni, Khairy ada salah apa kat dia?


MKJ RESPON: Takleh kiro mugo dia orang bekeng. Kata dulu sebelum tang...kalau ssaloh Khairy kena tang curi ke sapo-sapo...takdik pasa-pasal masuk lokap ssari dua. Ko guano?

March 4, 2008 3:57 AM
6. Anonymous said...
Kabar kor Tok Guru Nik Aziz ni?? Kata orang UMNO tolak Nabi, tolak Tuhan, tolak Qur'an sama la macam kata orang UMNO orang kapir!! Kalu orang UMNO balas lagu mana?? Tak kor huru-hara negeri nanti??


MKJ RESPON: Saya rasa Pas dalam keadaan terdesak sungguh. Kenyataan dan cakap-capak pemimpin jadi jenis tak kaba belako. Keputusan undian yang saya buka dalam blog saya ni pun nampak berpihak ke Umno. Saya sediri pun jadi naik goba hak sengotinya. Ajat hati nak bakar semangat pejuang dan ahli jemaah...nampaknya dok nampaok nak ko punah ranah.

March 4, 2008 4:04 AM
7. Anonymous said...
MKJ RESPON: Orang Pas bertakbir lagi. Itulah juga gayanya Ibrahim Ali sumpah seranah orang Pas dulu...termasuk Tok Guru Nik Aziz. Hanya orang Pas yang mati rasa sahaja akan undi Ibrahim Ali.

Kalau tidak digugurkan dari keahlian Umno...sumpah seranahnya kepada Umno sekarang akan disasarkan kepada Pas dan orang-orang Pas. Kalau Ibrahim Ali masih Umno...bayangkan apa yang akan dibalasnya dalam isu 'orang utan', isu mengumpat dibenarkan
.

KALU JENIS MANUSIA TAK AKAN UNDI BRAHIM ALI, TAK TAU LE KALU JENIS PLASTIK.\

MKJ RESPON: Hak peliknyo orang Pas ni...Gobala PKR baca ayat Quran pun boleh takbir. Kawe tu tak masuk Islam pun.

March 4, 2008 5:08 AM
8.Anonymous said...
Kabar kor Tok Guru Nik Aziz ni?? Kata orang UMNO tolak Nabi, tolak Tuhan, tolak Qur'an sama la macam kata orang UMNO orang kapir!! Kalu orang UMNO balas lagu mana?? Tak kor huru-hara negeri nanti?

......Heran gaponya, kalu mengikut Tok Guru Buncik Ghanu orang UMNO jjadi kapir sejak tahun 1987 lagi.(rujuk amanat haji hadi dalam ceramah beliau di Bangul Pradon 07hb.April 1987) muga UMNO dok berkawan dengan MCA dan MIC.

PAS + DAP = ??????????? (heran ye..dia berkawan dengan DAP tak apa pulak)


MKJ RESPON: Kalau meludah ke langit ke mana lagi akan jatuhnya ludahan kalau tidak ke muka sendiri. Kalau ditepuk air di dulang ke mana lagi air akan mercik kalau tidak ke muka sendiri. Bila beraso kita jah lebai dan Islam gat...boleh gomol belaka la wei...boleh kata belaka tak kira kafir tak kafir pun.

Boktan kes lagu ni 'lah yang Pas koho lama koho orang tak berapa nak undi. Kerjasama dengan MCA dan MIC tak boleh, dengan DAP tak apa. MCA dan MIC dan pernah mengaku terang-terang tentang negara Islam tapi DAP tak pernah setuju untuk pembentukkan negara Islam. Tokdan otak kawe ni fikir weh benda-benda lagu ni
.

March 4, 2008 5:40 AM
Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Berikut adalah dua daripada 21 komen yang dihantar melalui posting MOHON MAAF yang belum saya respon yakni;

March 3, 2008 1:27 PM
1. Anonymous said...
Perhatikan kata2 spesis yg tak lagu gadai.... Mat Sabu & Brahim ali.. baso bekecek serupo Tuhe (Allah) & malaikat ni saing dio....! ado lagi la yg duk angguk dengar dua ekor ni bekecek, pada hal tahu doh belako, dio duo ni bekecek sama klah dgn 'ore ute'


MKJ RESPON: Marah benar nampaknya. Minat orang ni payah nak kikislah. Mis-mis kalu Mat Sabu dan Brehim Ali kentut pun mereka akan kata wangi dan harum semerbak walaupun kedua-dua dalam seminggu tak berenti baham ikan perkasam.

March 3, 2008 7:06 PM
2. Shifu67 said...
Hari tu.. Nasaruddin besohor lancar slogan "PAS For All".... berbangga majlis pelancaran tu ada tarian singa dan gendang india. Menyohor nak tunjuk ore cina & india sokong pas.

Hari ni tokey Pas for all mari cuba nasib kalu2 boleh tumpang cari make di klate. Hok peliknyo bakpo Nasaruddin tak pakai slogan yg dia dok jaja di kuala lumpor hari tu di bachok ni?

Kawe pernah kata doh (tulis) slogan 'PAS for All' tak akan laku di kelate atau ghanu!.... bakpo tu? jawapannya mudoh jah... kerana tak dok perkataan ISLAM dale slogan tu. PAS mana boleh terima kalu tak dok tulis lagu tu.... bagi PAS asal boleh tepek parkataan 'Islam' tak po doh... pakai beres selalu.... leh masuk syurga selalu... boleh panggil ustad selalu! Pah ke Ito nya panggil ustad puok ni! Tak lama lagi ustad amy searh pulok!

Nasaruddin mari tanding bachok... tak berani nak sebut 'PAS for All' mugo kalu sebut lagu tu bangkali takut ore PAS Bachok kata dia sekular. Bab ni NAsaruddin kena belajar dgn Takiyuddin... lagu mana nak duduk di Kelate.... kerana Takiyuddin sudah faham... setaro mana sekali pun... ore kelate tetap akan panggil dia 'ore luar'

Setaro Takiyuddin yg bawak tubik idea 'Bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh' tu tak leh buang lagi imej 'ore luar' kalu Nasaruddin bekecek pasal for all-for all ni gak.... koho la berat.

Sebab tu kawe nak tanyo mudoh jah ke ore Bachok.... mano demo lebih kenal antara Aang Adek dgn Nasaruddin ni? mana agaknya lebih mudah nak jumpo antara dio dua ore ni. Kalu ore Bachok tak sei Awang Adek jadi menteri besar kelate... kawe tak tahu nak kata ghapo la. Demo pakat ambik pikir sendiri la.

Memang la bagi ore PAS berat utk bagi undi ke BN... tapi demo kena mikir semeta... tak kei demo tak sei awang adek jadi menteri besar kelate terutamanya ore Bachok la.

Sekali ni jangan la demo fikir payoh2... kerana undi demi akan membolehkan kita ada pemimpin besar diperingkat negeri dan negara. Jangan kerana tak kena dgn nafsu kita hari ni, dan kerana nak puah kei nafsu kita hari ni... demo rela awang adek kalah.... dan demo rela, hok kita buat hari ni, pah ke anak cucu kita jadi payoh tak dok ore boleh buat minta tolong.

Akhirnyo.... bila kita nak awang adek jadi menteri besar... tak kei kita nak biarkan dia menang sore2... supaya Bachok kita ni jadi gagah.. maka kita mesti la menang belako di tawang, perupok dan jelawat baru la ore tak leh nak hehh doh. Baru la Bachok kita ni koho tambah sohor
!

MKJ RESPON: Khabar dari Bachok ni pelik-peliklah. Ada kata Umno kuat...ada pula kata Umno takleh gi. Bbunyi kata Dr Awang Adek kita akan kalah belako...Dun dan parlimen. Dengar ko khabar Cikgu sedap duduk,

Lagu mana pun dalam congak-congak sayalah...Umno akan dapat buat kerajaan pada pilihanraya umum kali ni...Datuk Awang Adek kena benang untuk jadi MB. Kalu alasan kata calon Pas bertanding dalam waris warah...Dr Awang Adek takdok waris warah ke?.

Tapi saya minta tabik ddulu lagi...kalau dah menang nanti tok-tok wakil Umno jadi tak kaba kediri getek gat...saya akan tegur, kritik dan bangkang. Hok comel gat...Kuliah Jumaat Tok Guru tu biar terus berjalanlah...biar nampak Umno terbuka dan bukan pengjalang pada majlis-majlis ilmu.

Llo ni puak-puak Pas dok ugut pengundi...kalu Pas kalah gat...Kuliah Jumaat tak akan ada lagi. Buat macam di Rusila la...walaupun Umno/BN perintah Terengganu...kuliah di Rusila terus berjalan macam biasa.

Kalu nyo gi larang Kuliah Jumaat Tok Guru...nyo ppakat menyetok...bokali dan sepenggal jah la. Hak gi dengar kuliah tu saya nampak orang Umno pun ramai.


March 3, 2008 7:41 PM
Post a Comment

Berikut pula satu daripada 56 komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (10) yang belum saya responi iaitu;

March 3, 2008 4:44 AM
1. Anonymous said...
Cerita-cerita di grass root di Kelantan menunjukkan BN sedang mendahului. PAS Kelantan amat tertekan sekali. Walaupun Nik Aziz dah pesan jgn sentuh peribadi calon, nampaknya pemimpin PAS terpaksa membelakangkan nasihat itu. Sbb itulah banyak ditimbulkan isu-isu memburukkan calon BN. Tapi, hakikatnya, rakyat Kelantan dah tak boleh terima taktik membutuk-burukkan org lain. Mereka semakin menyampah dengan cara PAS.

Jadi PAS tiada cara lain. Maka seorang pemimpin PAS tu mencanangkan isu pengundi hantu dan sebagainya. Ini adalah ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mereka tahu PAS akan kalah, memang sudah tdk dpt dipertahankan lagi. Dari terus bertahan, mereka rasa lebih baik membuat kajian utk mencari alasan kekalahan mereka nanti!!!!!!!!!!!


MKJ RESPON: Bunyi hebat tapi mmikir macam budak-budak. Boleh ccayo dan takut ke hantu. Tak pelik kalu sakit bisul pun gi jumpa bomoh...minta tolak cende badi. Toksir ccayo ke takdir dan suratan langsung...pah toksir dok mengaku lemah sediri. Manusia kelas mano lagu ni. Kalau ada degree pun manusia lagu ni jenis degree sukat cupak bokali.

March 3, 2008 9:48 PM
Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SEKIAN, JUMPA LAGI ESOK!!!!!

25 comments:

Anonymous said...

Hak mana gi taklimat pegawai kerani pilihanraya pakat dok ngepek bakpa pejabat tanah bachok dok pilih budak-budak dan surirumah sebagai kerani mengundi..
Masa dok isi borang pun puak dia pakat nanar tak reti nak isi bore..Katanya habis anak beranak ore jabat tanah hak jadi kerani pilihanraya...Ada seorang PO kata dia boleh seorang kerani hak tak reti baca...Lagu mana ni..wat kija lagu ni..nih. Jame-jame sekala hak jadi kerani ni puak-puak cikgu dan ore kerja jabat hak dok besa pege pen dah...

Boktan nak ka elaun 200 rial maka tak kan tak reti kelih butir mata setara mana ore hak nak jadi kerani...

Anonymous said...

Kebanyakan tokoh dan pejuang Islam kecewa dengan haluan bersifat kepelbagaian dan pendekatan tredesak mengikut keadaan yang dibawa oleh parti Pas.


Dekan Pasca Siswazah Kolej Undang- Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Mohamad Mustapha Ishak berkata, ini termasuk mengeluarkan fatwa yang menyimpang, menimbulkan kontroversi sehingga menyebabkan pengikutnya keliru.


Menurutnya, Pas memperlihatkan corak perjuangan baru dengan tidak terlalu mengutamakan pegangan Islam semata-mata setelah masyarakat menolak fahaman politik radikal yang dibawa mereka.


''Perjuangan mereka (Pas) kali ini pasti mengecewakan tokoh-tokoh pejuang Islam yang setia bersama parti itu kerana mengorbankan asas perjuangan parti mereka sebelum ini.


''Hanya kerana mereka terdesak untuk mendapatkan pengaruh dan akhirnya menukar haluan perjuangan parti untuk selari dengan realiti politik masyarakat majmuk di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Hari ini, media melaporkan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam kerana parti itu tidak lagi menggunakan slogan 'Membangun Bersama Islam' dalam manifestonya.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dilaporkan berkata, sejak Pas menjalinkan pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti itu telah menggugurkan perkataan Islam.


Dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, parti itu dilihat tidak lagi memperjuangkan Islam sebaliknya memperkenalkan pendekatan baru untuk disesuaikan dengan keadaan semasa masyarakat kini.


Bermula dari situ, katanya, wujud pelbagai fatwa baru daripada kedua-dua pemimpin ulama Pas yang pasti membuat kenyataan yang bukan sahaja mencetuskan kontroversi malahan kekeliruan di kalangan umat Islam dan rakyat.


"Contohnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membenarkan perbuatan mengumpat.


"Mana perjuangan berasaskan Islam seperti hukum hudud, kempen sembahyang lima waktu, kempen menutup aurat dan mengharamkan aktiviti hiburan yang boleh mengundang maksiat yang disebut-sebut dahulu," katanya.


Menurutnya, strategi Pas diubah setelah menyedari parti itu tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengundi Melayu yang merupakan majoriti kaum di negara ini satu masa dahulu.


Katanya, perjuangan parti perlu disesuaikan dengan keadaan semasa untuk menang pada Pilihan Raya Ke-12 termasuk bekerjasama dengan parti alternatif seperti DAP dan PKR bagi memudahkan mereka mendapat undi pelbagai kaum.


Sementara itu, ahli sejarah, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud berpendapat, Pas tidak berminat untuk memperjuangkan isu perjuangan Islam seperti hukum kafir, halal haram sepanjang kempen pilihan raya ini.


Bagi pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, mereka akan rugi sekiranya membincangkan perkara itu sedangkan tumpuan utama adalah untuk mendapat mandat untuk berkuasa.


"Janji untuk menjadikan negara kebajikan dan memberikan beberapa habuan kepada pengundi adalah gimik semata-mata bertujuan untuk menarik kembali pengaruh mereka," ujarnya.


Beliau berkata, Pas juga sanggup menyuramkan warna Islam yang menjadi pegangan mereka selama ini dan membenarkan perkara yang selama ini bertentangan dengan ajaran agama.


Ditanya adakah Pas akan terus mengekalkan corak perjuangan baru itu, beliau memberitahu, ia bergantung kepada keputusan pilihan raya sekiranya mereka menang atau sebaliknya.

fadly ramly said...

PAS DAN HARAKAH SAMA KUAT MEMBOHONG.
Ini antara janji2 manis Negara Kebajikan - PAS kepada rakyat sekiranya mereka menang dalam PRU :

1. Kurang harga minyak
- bagaimana PAS nak kurangkan harga minyak sedangkan bayaran parking sekian tahun meningkat di Kelantan. Di Kuala Terengganu sendiri, sewaktu PAS memerintah, kadar parking kereta meningkat. Lagi harga parking mereka naikkan, inikan pula harga minyak apabila mereka memerintah. Masa zaman PAS memerintah, ada ke harga barang turun?? Soal yang kecil pun mereka tak boleh nak turunkan, inikan pula harga minyak. PAS ingat dia yang kawal harga minyak. Dulu MB (Haji Hadi) kata jumpa minyak atas darat... mana minyaknya?? Mat jenin betul PAS nie...

2. Hapuskan ISA
-nak hapuskan ISA macam mana. Bagaimana PAS nak halang bapa ayam dan pengedar dadah serta penyeludup senjata api tanpa ISA. PAS nak berhujah dan melepaskan bapa ayam dengan mudah?

3. Sistem pembelajaran percuma di sekolah rendah dan menengah - tiada bayaran tambahan.
-mudah sahaja PAS bercakap, tapi semua sekolah bawah kerajaan PAS di negeri Kelantan mengenakan kadar yuran. Mana ada PAS bagi pendidikan percuma? Macam mana dengan yuran sekolah PASTI, Kolej Kubang Lembek & Rhusila?? Percuma ke?? Sekolah sendiri pung bayar mahal... Porah...

4. Perkhidmatan kesihatan percuma
- hospital kerajaan: selama ini apakah perkhidmatan kesihatan berbayar. Semua rakyat menikmatinya dengan percuma kecuali bayaran pendaftaran RM 1. Takkan RM 1 pun tak nak bagi?

5. Warga emas - elaun sara hidup
- selama ini apakah kerajaan PAS di Terengganu dahulu beri elaun kepada semua warga emas di Terengganu? Warga emas di Kelantan dapat elaun ke?

KESIMPULANNYA MUDAH SAHAJA. BUKAN NEGARA KEBAJIKAN YANG PAS NAK TUBUH. TAPI NEGARA KEBURUKAN YANG PAS NAK BAWA.

NEGARA KEBAJIKAN??
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Ceramah pun mintak pitih dengan orang...
Porah PAS!!!

fadly ramly said...

Nik Aziz Dan Peristiwa Israk Mikraj


Sdr Editor!

Dalam parti pembangkang khususnya Pas terus sibuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mendahului rakan-rakannya yang lain apabila menyatakan hasratnya untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mungkin tidak seperti rakan-rakannya, Nik Aziz sebenarnya sedar SPR yang samalah juga yang membolehkan beliau menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan lebih 15 tahun.

Disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem demokrasi dan perjalanan pilihanraya di negara inilah juga membuatkan beliau seperti pemimpin “menongkat langit”.

Keghairahan Nik Aziz untuk terus duduk di kerusi empuk Menteri Besar Kelantan juga menyebabkan beliau lupa dengan kata-kata yang pernah dihamburkan dulu.

Ibarat meludah ke langit. Mungkin ini pepatah yang paling sesuai buat Nik Aziz.

Jika dahulu beliaulah pemimpin yang paling lantang menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad, kini kata-kata sindiran termasuk kecaman yang pernah dillafazkannya telah terlapit ke muka sendiri.

Nampaknya segala tuduhan beliau terhadap mantan Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir sebelum Tun bersara terpalit ke muka sendiri.

Nik Aziz sepatutnya mengambil pengajaran daripada peristiwa dalam Israk Mikraj.

Sebagaimana peristiwa di dalam Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril melihat satu peristiwa di mana sekumpulan manusia yang memikul bebanan. Makin banyak bebanan dipikul makin ditambah bebanan tersebut.

Lalu bertanya Rasulullah s.a.w kepada Jibril, apakah gambaran kepada peristiwa berkenaan.

Lalu dijawab Malaikat Jibril, sesungguhnya inilah gambaran pemimpin di akhir zaman yang mana makin banyak bebanan, makin ditambah bebanan tersebut, maka akhir sekali orang yang memikul bebanan dihumban ke dalam neraka kerana tidak mampu memikulnya.

Justeru Nik Aziz selaku pemimpin dan cendekiawan Islam seperti yang diwar-warkan oleh penyokong mereka perlu memperhalusi sedalam-dalamnya peristiwa tersebut.

Pengundi DUN Chempaka

fadly ramly said...

Roslan SMS, Setiausaha Akhbar Yang Berbelit



Laman HarakahDaily membuat penafian berkenaan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh bahawa Presiden Pas, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang angkuh kerana enggan bersalam dengan calon Barisan Nasional.

Inilah kerja HarakahDaily sebenarnya, membuat fitnah dan dakyah terhadap berita yang sudah pun tersiar untuk tatapan rakyat.

Artikel bertajuk "Dakwa Presiden PAS angkuh, fitnah jahat Idris Jusoh" bertarikh 26 Februari 2008.

Malahan mereka mendakwa Haji Hadi terpaksa bergegas kerana ingin menghadiri sidang media berhubung protes mengenai duti setem yang dimatikan.

Itu satu lagi fitnah kerana SPR sendiri sudahpun menafikan berita palsu tersebut sehinggakan Mat Sabu mengamuk dan mengoyak memorandum di pejabat SPR.

Beginilah perangai orang yang kononnya memperjuangkan Islam, begitu munafik dan keras sekali.

Tapi sebenarnya kenyataan Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang membuktikan mereka sebenarnya menipu iaitu dia mengulas tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung dengan 'FITNAH' itu kerana kononnya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya pada pilihan raya umum ini.

Kalau benar ini adalah fitnah, kenapa tidak berani menyaman penfitnah itu?

Jelas membuktikan ianya bukan fitnah tetapi kenyataan yang cuba ingin dinafikan oleh Roslan yang mengaku tidak akan mengambil tindakan atas "FITNAH" itu.

fadly ramly said...

Just nak share, sebab aku tak puas hati bebenor ngan cara Nik Amar jaga kawasan dia di Pengkalan Chepa, especially di area rumah dia sendirik kat Kampung Panchor ni... Tak tau la berapa ramai anak Kelantan kat sini dan berapa ramai yang tahu atau tinggal kat area Pengkalan Chepa, tp kalau korang tinggal berdekatan dan ada masa, datanglah dan siasat sendiri adakah betul atau tidak cerita aku ni....betul ko abe meli

Aku ni duduk kat kawasan kampung panchor gak dulu kat pinngiran jer, tp kalau dah siap Projek Perumahan Desa Mardhiah Binaraya dah kira kat tengah tengah area kampung panchor la tu... dan aku cukup kecewa dgn cara Nik Amar 'jaga' kampung ni, kenapa aku cakap gini, first sebab majoriti penduduk kat sini yang buat dajjal, buat kacau, suka sebar fitnah, buat jenayah dan sebagainya mengaku mereka ni, ada hubungan baik dengan Nik Amar. Mulanya aku tak caya sebab ingatkan sengaja nak burukkan nama Nik Amar, tp bila Nik Amar tahu beberapa insiden diorang ni buat perkara perkara tak baik, tp Nik Amar buat tak tahu jer... hanya imam masjid panchor jer yang tegur time khutbah Jumaat, Nik Amar memang tahu bebenar dan dia buat tak dengar sahaja, sibuk ke sana ke mari duk berceramah pasal politik, tu yang aku mula hangin satu badan.

Antara anak anak emas Nik Amar kat area ni adalah sekelompok penyangak yang tinggal bertentangan dengan tapak projek Desa Mardhiah Binaraya. Diorang ni orang kaya kaya la jugak, ada bas sekolah dan bas kilang, tak silap aku nama syarikat Wira Rantau Enterprise dan semua bergelar Sayed dan Raja, kira keturunan baik baik la sangat, wal hal perangai ngalahkan setan. Banyak buat dajal, suka ambik harta benda orang sesuka hati, disebabkan bas dia, jalan dalam kampung tu pecah pecah, ada lak sekor bekas banduan sial yang jadi pengedar mercun kat situ pernah baling rumah seorang warga emas dengan mercun dan tongkol kayu hanya kerana warge emas tersebut memarahi dia kerana kerap baling mercun ke arah rumahnya, si celaka bekas banduan (khabarnya nama dia Omar, Sayed ke Raja aku tak tau) bertindak baling warga emas tu ngan mercun yang kuat giler bunyinya, kurang ajar! Nik Amar tahu insiden ni, tp buat buat tak tahu jer...

Malam maal hijrah, berdentum kuat bunyi dentuman mercun seolah olah sambut malam tahun baru orang putih. kalau bunyi mercun, tak de tempat lain kecuali kat area belakang sekolah arab, berdepan dengan tapak projek perumahan desa mardhiah binaraya. Takkan Nik Amar tak dengar, sedangkan imam masjid panchor yang tinggal jauh dari kws tersebut boleh dengar, Nik Amar diam jer le... maklumlah, anak buah dia ni, dah tua nak mampus pun, main mercun macam budak kecik... Imam masjid tegur perbuatan diorang ni, tp apa dia balas, tiap kali azan kat masjid panchor, Maghrib especially, kerap diorang main mercun kuat kuat macam nak cabar Imam jer... tp tak pe la Nik Amar sayang diorang, dah duk penjara pegi jamin, kesian dengan ibu penyagak bekas banduan tu duk merengek mintak tolong lepaskan anak dia dari penjara... dah keluar perangan macam setan, dah tua bangka, perut dah boroi masih perangai cam budak budak, kuang ajo... banyak hal la penyangak penyagak kesayangan Nik Amar ni buat, orang yang duk di sekitar mereka tahula camne rasa, aku ni bakal jiran jer, dah rasa risau ngan kewujudan penyangak penyagak ni, yelah diorang ada defender kuat, NIK AMAR.

Ada plak dulu kawan aku sendirik nih, dia berniaga kat premis yang disewa dari penyagak penyagak kesayangan Nik Amar, bila dah maju, ramai customer, penyagak penyagak Nik Amar ni halau diorang, kununnya sedara dia nak berniaga pulak, tak sesempat, dihalaunya kawan aku tu macam binatang, so satu family dia merempat tgh2 malam, aku tumpangkan diorang dua malam sblm diorang berhijrah ke tempat lain nak cari rezeki...

Nak tahu kenapa Nik Amar defend sangat diorang nie?? sebab diorang ni orang kaya kaya, ada duit banyak, boleh buat jasa kepada parti, boleh buat hentian bas ngan logo parti, boleh tolong derma sikit sikit untuk parti dan sebagainya, so diorang ni buat apa pun, tak pe la, politik lebih penting dari keharmonian, ketenteraman dan kemuafakatan penduduk.

Biasanya orang PAS akan cakap, politik dan agama adalah satu, orang UMNO politik ngan agama adalah dua perkara berbeza, tp dari perilaku Nik Amar yang bela benor penyokong dia w'pun buat banyak masalah pun tak berani tegur takut hilang sokongan/sumbangan, boleh ke kita kategorikan dia ni seorang pemimpin yang menganggap agama dan politik adalah satu???

Ada ke dalam agama Islam, pemimpin perlu biarkan rakyatnya yang banyak bagi benefits kat dia buat apa saja jenis kezaliman ke atas rakyat yang lain???

Aku harap betul Nik Amar kalah kali ni, dah bertahun memerintah langsung tak aman kampung nih, nak try tengok cara orang UMNO plak memerintah, kalau Nik Amar jg kawasan, harmoni, aman, selamat, tenang, aku kompom sokong dia, tp kalau macam ni la... sori... aku pujuk anak beranak aku, anak buah aku, adik beradik aku semua, bo lah sokong dio, gapo hok kito buleh selamo ni???

fadly ramly said...

Pas tidak cerminkan Islam sebenar

KEMAMAN 25 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Ahmad Said kesal di atas sikap segelintir penyokong parti Pas yang menggunakan perkataan kesat, sekali gus tidak mencerminkan dasar Islam pembangkang itu.

Menurutnya, antara perkataan kesat yang kerap digunakan Pas untuk menyerang UMNO ialah 'bodoh' dan 'hancur UMNO' sedangkan mereka (Pas) mengaku memperjuangkan dasar-dasar Islam.

Beliau berkata, perkataan tersebut tidak sepatutnya dilemparkan sekiranya Pas benar-benar memperjuangkan Islam kerana agama suci itu menegah setiap penganutnya mencerca orang lain.

''Sepatutnya penyokong Pas menunjukkan contoh yang baik kerana mereka mengaku memperjuangkan Islam," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-12 di Pejabat Daerah Kemaman di sini semalam.

Dalam pertandingan kerusi Parlimen Kemaman, BN yang diwakili oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Fariz Abd. Tulis @ Musa.

Bagi kawasan DUN Air Putih, calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokthar, 40, akan ditentang calon Pas, Ismail Harun manakala DUN Kemasek pula, BN mempertaruhkan Rosli Othman, 41, yang ditentang calon Pas, Mohd. Mahadi Nawi, 37.

Bagi DUN Kijal, Ahmad ditentang oleh calon Pas, Hazri Jusoh, 38, manakala DUN Chukai, calon BN yang juga penyandangnya, Datuk Mohamed Awang Tera, 58, ditentang calon Pas, Hanafiah Mat, 48.

Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Datuk Abu Bakar Ali, 63, ketika ditemui pula berkata, walaupun digugurkan beliau akan terus bekerja keras bagi memastikan calon BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum kali ini.

Anonymous said...

Terengganu BN Kenal Pasti 400 Pengundi Hantu Di Marang

MARANG, 4 Mac (Bernama) -- "Kami tahu ada 400 pengundi hantu di Marang yang akan mengundi untuk (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.

"Menggunakan alamat di Kampung Rusila. Kami ada semua nama mereka. Semua 400 orang luar selepas kami semak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana nama mereka sudah ada dalam senarai. Mereka adalah pengundi hantu PAS," katanya.

Idris membuat kejutan itu selepas mengulas tindakan PAS untuk menangani salah laku dengan mengagalkan sebarang tindakan untuk membawa masuk pengundi hantu pada pilihan raya umum Sabtu ini dan menjawab dakwaan oleh PAS mengenai perkara itu.

"Pergilah cari pengundi hantu jika ada. Ia tidak wujud." katanya selepas merasmikan kompleks makanan di Tebingan Marang di sini.

Baru-baru ini Persuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mendakwa terdapat 85,000 pengundi hantu yang akan masuk ke Kelantan dan Terengganu bagi memastikan kemenangan BN di kedua-dua negeri itu.

Anonymous said...

Hj Hadi berkmpg di rhu rendang
Marang -- Calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Razali Idris berkata setelah masuk enam hari berkempen beliau serta jenteranya sudah berjaya membuatkan penyandang kawasan tersebut iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus berkampung.

Jelas beliau walaupun pertama kali diberi kepercayaan mewakili BN bertanding apatah lagi di kawasan yang dianggap kubu kebal Pas namun setakat ini jenteranya telah melaksanakan tugas dengan baik sehingga memaksa Pas mengerah segala jenteranya untuk mempertahankan kawasan tersebut.

Beliau berkata strategi jentera BN telah membuatkan Hadi sukar untuk keluar dari kawasannya bagi membantu calon Pas yang lain khususnya di negeri itu.

"Kita akui tentangan yang diterima cukup sengit. Pas telah mengerahkan segala jenteranya untuk mempertahankan kawasan presiden mereka.

"Dengan komitmen jentera dan respon pengundi setakat ini kita yakin satu kejutan besar akan berlaku di negeri ini pada 8 Mac nanti", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Mengenai cabaran sebagai calon BN untuk menentang Presiden Pas, Razali yang juga Ketua Pemuda UMNO Marang berkata jentera parti pembangkang cukup agresif dan sering melakukan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

Namun katanya jentera BN sama sekali tidak melayani provokasi sedemikian sebaliknya menumpukan kepada gerak kerja khususnya menemui pengundi di setiap kawasan tersebut.

"Janji kita kepada pengundi ialah menumpukan perhatian khusus untuk meringankan beban golongan miskin dan menghapuskan kemiskinan tegar hingga ke akar umbi.

"Malah kawasan ini yang geografinya berdekatan dengan Pantai Marang dan Pantai Kelulut akan dijadikan pemangkin kepada peningkatan ekonomi penduduk di kawasan ini untuk terlibat di dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)", ujarnya.

Anonymous said...

"Fatwa" Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan jelas menunjukkan kealpaan beliau terhadap pesanan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan arahan agar kepimpinan parti itu tidak mencerca atau menyerang peribadi lawan baru-baru ini.

Mungkinkah Hadi terlupa atau sengaja buat-buat lupa. Dalam hirarki kepimpinan Pas, bukankah Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi selain merupakan penasihat kepada seluruh ahli parti itu.

Namun apa yang dapat disimpulkan daripada "fatwa" tersebut, Hadi sudah melanggar arahan pimpinan tertinggi beliau. Mungkin Hadi merasakan ilmu agamanya melebihi Mursyidul Am yang boleh mengatasi segala-galanya.

Adakah Hadi tidak mahu menerima pakai nasihat yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan beliau gara-gara tekanan yang dihadapi olah parti pembangkang terbabit pada pilihan raya kali ini.

Jika ini senarionya, bermakna Nik Aziz hanya sekadar ada jawatan sahaja, namun segala tutur katanya tidak diendahkan.
Fatwa Hadi vs nasihat nik aziz,mana satu nk di pakai
Dari satu sudut lain, mungkin bekas Menteri Besar Terengganu itu melihat Nik Aziz sama sahaja dengan beliau kerana pernah menggelarkan orang-orang UMNO sebagai orang utan sebelum ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Muafakat Hadi ajak mengumpat, Nik Aziz kat tepi, cuma tunggu dan llihat!

Anonymous said...

Negara Kebajikan...Satu ungkapan yang cukup indah didengar. Namun jika diperhalusi manifesto Pas yang diketengahkan pada pilihan raya umum ke-12 kali ini, ianya tidak seindah seperti yang disangkakan.

Ini keranaa sepanjang Pas memerintah Kelantan sejak 18 tahun yang lalu, konsep negara kebajikan yang diwar-warkan hari ini belum pernah dilaksanakan untuk kepentingan rakyat negeri terbabit.

Sepatutnya dalam tempoh memerintah Kelantan sejak empat penggal lalu, mereka boleh melaksanakan apa yang diwar-warkan hari ini untuk dijadikan rujukan kepada apa yang ditawarkan kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang sedang berlangsung.

Sebagai contoh, untuk membuktikan Pas mengambil berat kebajikan rakyat, parti itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menurunkan bayaran letak kenderaan di bandar ini dan beberapa bandar kecil lain.

Begitu juga dengan beberapa cukai lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul di pasar-pasar dan bayaran memproses permohonan tanah yang menyusahkan rakyat.

Jika mereka benar-benar mahu mewujudkan negara kebajikan, perkara yang dinyatakan ini tidak wujud di Kelantan yang digelar negeri Serambi Mekah dan Kota Bharu Bandaraya Islam.

Jika di Kelantan yang mereka kuasai pun mereka tidak berupaya tunjukkan unsur kebajikan, apa yang mereka janjikan di peringkat nasional hanya janji yang langsung tiada tanggungjawab untuk ditunaikan.


Serambi makkah + bndr raya islam + manifesto = kosong

Masalah yang membabitkan kuasa kerajaan negeri pun mereka tidak boleh selesaikan, inikan pula nak turunkan harga minyak yang merupakan masalah dunia.

Kesimpulannya, tiada apa yang percuma diberi oleh kerajaan Pas Kelantan berbanding Kerajaan Pusat yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Anonymous said...

Kenyataan Hadi yang bertukar-tukar!



Penulis begitu pening kepala dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ini berikutan satu artikel di dalam HarakahDaily bertajuk "PAS boleh lantik orang Cina jadi menteri' yang disiarkan pada 7 Februari 2008.

PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang bukan daripada kalangan umat Islam. Hujah mereka berdasarkan ayat al-Quran, surah Ali-Imran:ayat 28 yang dibaca separuh :

Terjemahan tersebut : “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin yang lain. Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah…”

Tetapi apakah hukuman kafir kepada UMNO itu benar kerana apa pula rasional PAS apabila mereka bekerjasama dengan DAP?

Adakah tuduhan kafir kerana bekerjasama atau berkongsi kuasa dengan DAP juga kembali kepada PAS berdasarkan tuduhan kafir PAS kepada UMNO hanya kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti komponen lain di dalam BN?

Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hudud hanya 0.0001 peratus dari Islam apabila PAS gagal melaksanakan hudud setelah mereka memenangi Kelantan dan Terengganu.

Terdapat satu surat terbuka kepada pemimpin PAS yang telah dikirimkan oleh seorang pembaca di Utusan Malaysia bertarikh 22 Ogos 2006 "Surat terbuka untuk pemimpin PAS" oleh Zaki Kelate di mana beliau telah mempersoalkan tindakan pemimpin PAS mempermainkan al quran dan sunnah untuk tujuan politik.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, tolaklah hudud itu dengan terdapat sebarang kesamaran (subahat dalam sesuatu kes atau kesalahan), (riwayat Tarmizi dan lain lainnya).

Pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. seorang sahabat bernama Ubaidillah ibn Jahsy yang menjadi suami kepada Ummu Habibah telah menjadi Kristian selepas berhijrah bersama baginda ke Habsyah. Apa tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.? Baginda mengahwini isteri Ubaidillah ibn Jahsy, iaitu Ummu Habibah untuk memberi perlindungan kepadanya. Ada pun Ubaidillah ditinggal, dilupakan dan mati secara normal seperti orang lain.

Al-Azhar melalui akademi penyelidikan Islamnya telah mengeluarkan fatwa membatalkan hukuman bunuh terhadap orang Islam yang meninggalkan agama Islam.

Anonymous said...

Untuk menang, parti politik seperti Pas, sanggup melakukan apa saja, walaupun terpaksa menyelewengkan ideologi dan melintar-pintaskan penyokong.

Rekod pilihan raya lalu menunjukkan prestasi Pas hanya meningkat apabila ia bekerjasama dengan parti pembangkang seperti pada Pilihan Raya Umum 1969, 1974, 1990 dan 1999.

Pada 1969, Pas mewujudkan persefahaman dengan parti pembangkang, termasuk pembangkang bukan Melayu, untuk menentang Umno dan Perikatan.

Pada pilihan raya itu, Pas menang 12 kerusi Parlimen dan 40 negeri.

Begitu juga ketika Pas bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan campuran pada 1974, Pas memenangi 14 kerusi Parlimen dan 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 1990, Pas berjaya menawan semula Kelantan daripada BN setelah mewujudkan kerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang disertai Parti Semangat 46. Pas menang tujuh kawasan Parlimen dan 33 kerusi DUN ketika itu.

Pada pilihan raya 1999, Pas menubuhkan Barisan Alternatif (BA) dengan DAP dan Keadilan (kini Parti Keadilan Rakyat - PKR), dengan mencapai kemenangan 27 kawasan Parlimen dan 98 kerusi DUN.

Kejayaan ini adalah yang terbesar buat Pas dan ia adalah lebih dua kali ganda berbanding ketika ia bergabung dengan BN 25 tahun sebelumnya.

Ketika pilihan raya 1999 iaitu sewaktu bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas berkompromi dan memadamkan ideologi serta manifestonya untuk menubuhkan negara Islam.

Kerana hendak 'memberi muka' kepada DAP, dan menang dalam pilihan raya, Pas sanggup menjadi hipokrit dan menggugurkan matlamat yang terpenting dalam ideologi Islam parti itu.

Ini menunjukkan Pas sanggup tidak menjadi Pas, asalkan parti itu dapat melihat peluang memperluaskan kuasanya, walaupun pada ketika ia dapat mengalahkan calon Melayu sendiri yang mewakili Umno-BN dan memenangkan calon bukan Melayu DAP di kawasan yang bercampur dengan jumlah pengundi Melayu kecil.

Pernah berlaku perbalahan dalam Pas disebabkan taktik ingin menang dalam pilihan raya 1999, tetapi ia berjaya dibendung.

Namun pada 2004, Pas sekali lagi digegarkan oleh perbalahan dua "puak sekular" dan "puak Islam" dalam parti itu yang berpunca daripada keghairahan untuk menang besar dalam pilihan raya seperti dilakukannya pada 1999.

Dalam Pas, fenomena yang berkisar daripada perebutan pengaruh antara puak 'sekular' dan 'fundamentalis' boleh disusur sejak 1956.

Pada tahun itu, Dr Burhanuddin Al-Helmi mengambil alih kepemimpinan Pas yang merosot daripada Dr Abbas Alias, setelah beliau mengalahkan Zulkifli Mohamad dalam pemilihan parti.

Kerana pembabitan beliau dalam gerakan politik kiri sebelumnya, Dr Burhanuddin pernah tidak diyakini dan dicurigai untuk memimpin Pas pada 1956.

Oleh itu, di samping meraikan kemenangan dalam pemilihan tahun itu, pemimpin Pas mengingatkan Dr Burhanuddin supaya tidak menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Namun sepanjang masa ketika beliau menjadi wakil rakyat Pas, suara lantangnya yang kedengaran jelas mengenai kebangsaan Melayu, ketuanan Melayu dan Melayu Raya.

Malah dia bersumpah ketika Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan dalam tahun 1948 yang dia akan terus memperjuangkan kebangsaan Melayu atau nasionalisme Melayu.

Beliau membuat ucapan penting mengenainya di Parlimen dan menyokong usul Datuk Onn bahawa kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu mestilah bernama 'Melayu'.

Kemudian apabila usul dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 1961 untuk menubuhkan Malaysia, Dr Burhanuddin menyokong usul kerajaan ini.

Beliau kemudian menambah 'Melayu Raya' kepada usul itu untuk mencakup Indonesia, Filipina dan Kepulauan Melayu. Tetapi usul pindaan Dr Burhanuddin ini ditolak oleh Parlimen.

Walaupun nasionalisme atau assabiyah ini pernah diterima oleh Dr Burhanuddin sebagai salah satu prinsip, selain Islam dalam perjuangan Pas, namun kepada pemimpin Pas tahun 1980-an, perjuangan yang berasaskan assabiyah menjadi haram.

Selepas Dr Burhanuddin meninggal dunia pada 1969, kepemimpinan Pas jatuh kepada Tan Sri Mohd Asri Muda, juga seorang nasionalis yang ditugaskan untuk merealisasikan penubuhan sebuah negara Islam.

Kerana tidak bersetuju dengan beliau berikutan mirip kepada nasionalisme, pemimpin Pas yang cenderung kepada revolusi ala Iran mengatur gerakan untuk menggulingkannya.

Namun menoleh ke belakang, apakah bezanya Pas di bawah mana-mana pemimpinnya dulu atau sekarang. Bukankah semuanya menggunakan nama agama untuk menang pilihan raya?

Bezanya, kali ini, Pas menggantikan manifesto 'negara Islam' dengan 'negara kebajikan' kerana ingin mengambil hati rakan kongsinya, PKR dan DAP. Bukankah ini penyelewengan?

fadly ramly said...

PEMBANGKANG POLITIKKAN AGAMA, SESATKAN UMAT!
Apa yang berlaku sekarang amatlah mendukacitakan. Terdapat pemimpin pembangkang yang sanggup mempermainkan bangsa dan agama demi kepentingan politik. Yang lebih menyedihkan pemimpin yang sering mendabik dada kononnya memparjuangkan Islam tetapi ungkapan itu hanyalah pemanis mulut tetapi hati penuh dengan hasad dengki, laknat dan segala niat yang menjijikkan.

Hakikatnya umat Melayu sayang kepada agama, bangsa dan negara. Umat Melayu juga sayang kepada pemimpin. Umat Melayu tidak akan biarkan negara jatuh ke tangan musuh. Musuh memang suka kalau umat Melayu bergaduh sesama sendiri. Apatah lagi musuh yang dinamakan iblis. Untuk mengatasi supaya umat Melayu tidak berada di dalam kerugian marilah mengingati kembali pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ‘Apabila ada pergaduhan di antara kamu, maka hendaklah ada yang bangun untuk menyelesaikannya. Hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan Sunnahku’.

Apabila semua merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW perkara yang rosak menjadi elok. Semua akan selamat di dunia dan akhirat. Beriman dengan ucapan, beriman dengan perbuatan dan beriman dengan hati. Semua orang Islam hendak kembali kepada Allah SWT. Bagaimana hendak kembali KepadaNYA jikalau sesama sendiri bermusuhan.

Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci Al Quran, Surah Al’ Imran ayat 103 yang bermaksud ‘ Berpegang-peganglah kamu ke tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai’. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT di atas ayat tersebut, hendaklah merdhakan diri menuju kepada maksud ayat tersebut dengan lafaz serta mempraktikkan zahir dan batin dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Kalau apa sahaja dibuat dengan niat di hati kerana Allah SWT dengan mengikut perintah Allah SWT buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang nescaya umat Islam menjadi satu. Satu dengan ertikata “Menyatu”. Contohnya seperti kopi, gula, susu dan air datang dari tempat yang berlainan dan keturunan jenis yang berlainan, kerana Allah SWT menjadikan kopi kerana Allah SWT menjadikan gula, kerana Allah SWT menjadikan susu kerana Allah SWT menjadikan air dan kerana Allah SWTlah ia menyatu menjadi satu di dalam satu bekas. Ianya tidak akan dapat dipisahkan lagi walaupun di mana sahaja ia berada.

Sebagai umat Islam hendaklah selalu beriman kepada Allah SWT dan berjanji setiap kali menunaikan solat. Sesungguhnya Solat, ibadah, hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT. Tiap-tiap apa yang dikerjakan dengan menyebut di hati kerana Allah SWT sudah tentu kita akan menyatu dan bersatu menjadi satu.

Hakikatnya dalam soal agama seseorang itu tidak seharusnya hipokrit, ekstrim hingga menghancurkan agama itu dan umatnya. Agama Islam tidak meminta umatnya berpecah belah, mengeluarkan kata-kata nista, memfitnah apatah lagi bagi tujuan politik. Seluruh umat Islam haruslah menolak fahaman sebegini kerana ia bakal menghancurkan keindahan agama dan membinasakan umat.

fadly ramly said...

Mungkin pemimpin dan penyokong PAS tidak mengambil iktibar pesanan Allah dan Rasul tentang fitnah....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (Surah al-Baqarah, ayat 191).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina; yang banyak mencela; yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 29)

Hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang sedang menggunting lidah dan bibir dengan gunting. Baginda SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah mereka itu? Jibril menjawab: Mereka adalah penyebar fitnah.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

fadly ramly said...

Apa Lagi Yang Salah Dengan Kerajaan Hari Ini?



WAHAI ORANG-ORANG MELAYU MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM !

Banyakan bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..MALAYSIA, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita..... SIAPA YANG MELAHIRKAN KITA ? Jawapannya sudah pasti IBU ! SIAPA YANG BERSAMA IBU KITA ? Jawapannya tentulah BAPA !

Cukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan....dan lagi! APAKAH NAMA IBU NEGARA KITA ? Jawapannya KUALA LUMPUR ! APAKAH NAMA PARTI DAN BAPA KEMERDEKAAN NEGARA KITA? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! APAKAH AGAMA RASMI NEGARA KITA ? Tentulah ISLAM!

Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan TAKUTLAH KEPADA ALLAH, TAATLAH KEPADA RASUL DAN KEPADA ULIL AMRI (KERAJAAN YANG MEMERINTAH) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.

Disamping itu pemimpinnya yang bukan Islam pula bukan terdiri dari kafir harbi tetapi dari kaum kafir zimmi iaitu yang tidak memusuhi dengan orang-orang Islam yang berpegang kepada agama masing-masing sebagaimana di dlm alQuran surah al Kafirun ayat 6 - BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.

Sekiranya ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan rakyatlah yang memberitahu melalui saluran yang betul seperti melalui Ketua-ketua jabatan/NGO, pegawai-pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung masing-masing.Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan SEKIRANYA KAMU HENDAK MEMBERITAHU SESEORANG ITU BANYAK BAIKNYA ATAU BANYAK BURUKNYA?...SEKIRA BANYAK BURUKNYA KEPADA DIRI KAMU SEHINGGA MENYUSAHKAN KAMU ADALAH LEBIH BAIK KAMU DIAM !

Bukan maksud DIAM itu membiarkan sahaja perkara yang buruk itu terus berlarutan tetapi dengan menyatakan ketidakpuashatian masalah yang dihadapi melalui pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk menyelesaikan segala masalah secara ikhlas dan penuh muhabbah.

HARUS DI INGAT ! ISLAM HADARI BUKAN AGAMA BARU TETAPI CORAK PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA YANG AGAMA RASMINYA ADALAH ISLAM MEWUJUDKAN GARISPANDUAN 10 PERKARA YANG TELAH DIHEBAHKAN MELALUI MEDIA DAN RISALAH UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG BANGSA DAN AGAMA MENIKMATI SEGALA KEMUDAHAN YANG AKAN DAN TELAH DILAKSANAKAN .

SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA SELAMAT AMAN DAN MAKMUR SEHINGGALAH KE AKHIR ZAMAN (KIAMAT).

JANGAN TEPUK DADA TANYA SELERA? AKAN SENGSARA! TANYA HATI ? AKAN MATI! IKUT RASA? AKAN BINASA ! TANYALAH IMAN ! INSYA ALLAH KAMU SEMUA AKAN SELAMAT BERBAHAGIA HIDUP DI DUNIA JUGA AKHIRAT. INSYA ALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN !

fadly ramly said...

HADI PEMBOHONG BERSIRI

Bohong 1: BALAS DENDAM

Hadi sebaik dilantik sebagai Menteri Besar pada Disember 1999 berkata beliau tidak akan amalkan balas dendam kepadapegawai dan kakitangan kerajaan yang menyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu beberapa orang pegawai yang menyokong (Pengarah) dipecat dan kakitangan pro Umno ditukar (contoh penghulu).

Bohong 2: LORI DAN FAIL

Hadi Awang beliau menemui BERLORI-LORI fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu sebelum ini, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat membuktikan.

Bohong 3 : KHARAJ

Pada 4 Disember 1999, Hadi umumkan bahawa beliau akan wajibkan kutipan zakat terhadap semua orang Islam di negeri ini, manakala UNTUK BUKAN ISLAM DIKENAKAN KHARAJ (cukai) dan akan bentangkan segera di Dewan Undangan Negeri. Namun sampai sekarang, TIDAK DILAKSANAKAN KHARAJ.

Bohong 4: HUDUD

Sebelum menang Hadi berkata, akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok, bila menang Hadi berkata, HUDUD HANYA 1/10,000 SAJA DARI HUKUM ISLAM.

Bohong 5: ENAKMEN ISLAM TIRU

Pada 2001 Hadi berkata, Terengganu negeri pertama laksanakan undang-undang Islam setelah enam enakmen syariah diluluskan, sedangkan hakikiatnya enam enakmen (undang-undang) itu telah diluluskan di Parlimen sebelum ini (oleh Kerajaan BN) dan Kerajaan Pas Terengganu tiru bulat-bulat.

Bohong 6: WANG EHSAN

Hadi membuat hukum Wang Ehsan HARAM dan tidak boleh mengambilnya, kononnya ibarat lembu curi, selepas itu HALAL pula apabila Kerajaan Pas Terengganu turut mengambilnya.

Bohong 7: PENERBANGAN 11 KALI SEHARI

Hadi beritahu kepada Sultan di majlis singgahsana pada tahun 2000 bahawa terdapat 11 sehari penerbangan ke Terengganu bagi menunjukkan kejayaan pimpinannya,sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

Bohong 8: MINYAK ATAS DARAT

Pada Oktober 2000 Hadi mengumumkan bahawa MINYAK DI DITEMUI DI ATAS DARATAN bumi Terengganu, kemudian berkata “cuma ada tanda-tanda awal yang mungkin ada” setelah tidak dapat membuktikannya.

Bohong 9: TUDUH WARTAWAN LEBIH HINA DARI TUPAI DAN KERA

Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun Hadi melebelkan wartawan sebagai lebih hina dari kera dan tupai.Apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan, Hadi berdalih dan berbohong bahawa dia tuju kata-kata itu kepada Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur, bukan wartawan di Terengganu. Pembohongan itu jelas apabila pada Ogos 2002 dalam satu majlis perjumpaan beliau dengan Ketua-ketua Pengarang akhbar, Hadi memuji Ketua-ketua Pengarang.

Bohong 10: TANAH UNTUK YB DR.SULAIMAN

YB Dr.Sulaiman Abdullah (Adun Pas Ladang/Yang DiPertua MPKT) dan isterinya Dr.Hamidah Abdul Kadir diberikan tanah ladang seluas 130 ekar di Durian Mentangau. Hadi berbohong dengan berkata, dia beri pada syarikat bukan pada Dr.Sulaiman BOHONG kerana syarikat itu Imbasan Padu Sdn.Bhd adalah milik Dr.Sulaiman dan isterinya.

Bohong 11: EXCO DAN ANAK SYARIKAT

Hadi umumkan Exco Kerajaan dalam syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan pegang buat sementara saja, tetapi bohong sebab Wan Mutalib Embong ambil RM42,408 dalam syarikat Epic dan Harun Taib RM50,000 dalam TDM dan kekal jadi Penegerusi Syarikat hingga sekarang. Begitu juga Exco-exco lain.

Bohong 12: WANG ZAKAT

Dua Exco, YB Abu Bakar Chik dan YB Abu Bakar Abdullah diberi wang zakat untuk anak-anak mereka belajar di luar negara. Haji Hadi berbohong dengan menafikan adanya anak ahli Exco diberi zakat. Apabila Umno buktikan dengan dokumen, Hadi pun berkata, anaka Exco berhak terima wang zakat kerana itu fisabillillah.

Bohong 13: BALAK DAN EMPANGAN KEDUA

Hadi berkata balak seluas 41,000 ekar di Tembat dan Petuan di Tasik Kenyir ditebang dan dijual kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu membina Empangan Kedua, BOHONG KERANA pihak TNB menafikan bahawa pihaknya hendak adakan empangan kedua.

Bohong 14: PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR

Pada 1981 Hadi berucap di Banggol Peradong, Manir Kuala Terengganu mengkafirkan orang Umno kerana dituduhnya mengekalkan perlembagaan negara yang dikatakannya perlembagaan penjajah dan jahiliyah. Tetapi pada Januari 2003 dalam ucapan dan amanat terbarunya Strategi Menghadapi Pilihanraya Hadi berkata akan mengekalkan perlembagaan yang sedia ada jika menang pilihanraya dan peruntukan mengenai Islam mencukupi dalam perlembagaan negara sekarang.

Bohong 15: SYAITAN BISU

Pada 3 September 2003 dalam ucapannya di Dewan Negeri Hadi menyifatkan polis sebagai SYAITAN BISU kerana dituduhnya polis berdiam diri dalam perkara-perkara kebenaran kerana tidak bertindak. Ucapan itu adalah merupakan jawapan kepada soalan Adun Seberang Takir Dato’ Abdul Rashid Ngah yang ingin tahu apakah takrif dan masiat yang dilakukan oleh polis menyebabkan Menteri Besar membuat kenyataan bahawa polis membawa maksiat ke Terengganu. Selepas itu Hadi berbohong dengan berkata dalam syaitan bisu ditujukan kepada ulamak Umno bukan polis, ini satu pembohongan kerana melalui hansard dewan jelas beliau tuju kepada polis bagi menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Rashid Ngah.

fadly ramly said...

:: KEZALIMAN PAS

HAMPIR tiga tahun setengah, rakyat Terengganu berada di bawah pemerintahan Pas. Pada mulanya mereka, terutamanya yang memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum 1999 mengharapkan sesuatu yang terbaik dari Pas, tetapi ternyata harapan itu meleset sama sekali.

Sebaliknya mereka berhadapan dengan kezaliman dan pembohongan Pas. Mereka akhirnya mengalami sendiri penderitaan dan kesengsaraan di bawah pentadbiran Pas.


Bukan merenung masa depan, tapi mungkin berfikir, sampai hati kami dilakukan begini

SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU
TAWAN WISMA DARUL IMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.

SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’

JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT: Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya.

HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis).

JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa.

KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas.

TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001.

IMBUHAN HAD\FIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.

PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK.

ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)

RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 2002 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.

CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan.

JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.

POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama. Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih RM1/4 juta.

RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu.

HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar.

PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.

KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas.

LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas.

RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas.

fadly ramly said...

DiperSilakan penganut2 LiPAS yg kononnya berada dlm kategori maksum menjawab segala fakta2 yg telah disenaraikan oleh fadly atau fadly ramly, untuk bagi pihak Tok syeikh Gulu hamPAS.. Sila jemput kaum kerabat hampa semua...

fadly ramly said...

scenario 1
al-kisah puak liPAS menahan sebuah bas yang dia syaki bawa pengundi hantu

Drebar 1 : "apa kejadah mamat sekor ni melambai-lambai tangan di tengah jalan"(kata drebar bas dalam hati lalu membunyikan hon dan menekan brek untuk memerlahankan bas)

setelah bas sampai mendekati mamat itu drebar bas terus berkata pada mamat berkenaan...

Drebar 1 : "kau dah lama hidup nak mamposs ke?"..."nasib baik aku sempat tekan brek dan perlahankan bas kalau tidak...."

lalu dengan senyum kambing mamat berkenaan berkata pada drebar bas...

Mamat 1 : "izinkan saya periksa penumpang dalam bas kerana parti(PAS) mengarahkan saya mencari pengundi hantu"

Drebar 1 : "kalau awak bukan pegawai JPJ dan polis kenapa harus saya benarkan awak periksa?"

Mamat 1 : "alah kejap aje izinkan saya periksa bang"

Drebar : "boleh blahhhh ler!"

scenario seterusnya atau bentuk tindakan yang bagaimana hanya boleh diceritakan oleh pencacai liPAS disini seperti si swampman...silakan kalau nak sambung cerita aku...hehehe

fadly ramly said...

Isu mengenai Tun mengaku memecat Anwar serta video yang boleh di tonton melalui YouTube bukanlah merupakan pengakuan yang sebenar kerana cerita sebenar mengenainya telah di-edit dan diubah untuk diguna pakai oleh pembangkang manaburkan fitnah dan melaga-lagakan pemikiran rakyat. Ini semua perancangan pembangkang kerana:

Kata-kata beliau telah di-edit sebelum di masukkan kedalam YouTube. Samada tindakan ini dilakukan sendiri oleh manusia bodoh yang memasukkannya atau sebaliknya adalah tidak dapat dipastikan. Di bawah adalah kata-kata Tun yang telah di-edit oleh pihak yang dajal dan tidak bertanggungjawab.

“Saya pun menyalah gunakan kuasa juga masa saya dulu. Lihat dato' Seri Anwar apa jadi kepadanya? Saya tangkap, saya taruk masuk dalam tahanan. Semua orang nampakkan? Saya tangkap Dato' Seri Anwar..taruk dalam tahanan. Bukan dia ada sebab-sebab apapun.. takdak, takdak sebab apa pun..Bukan ada kesalahan apa pun yang dilakukan oleh Dato' Seri Anwar. Takdak langsung. Sebab itu, ini adalah suatu kezaliman. Tetapi masa itu susah sikit, ada kuasa ni susah. La ni dah takdak kuasa, bolehlah buang. Sebab tu ada cadangan.........”

Sebaliknya berikut merupakan kata-kata Tun yang sebenarnya:


“Ada orang menuduh saya pun menyalah gunakan kuasa juga masa saya dulu. Lihat dato' Seri Anwar apa jadi kepadanya? Saya tangkap, saya taruk masuk dalam tahanan. Semua orang nampakkan? Saya tangkap Dato' Seri Anwar..taruk dalam tahanan. Bukan dia ada sebab-sebab apapun.. takdak, takdak sebab apa pun..Bukan ada kesalahan apa pun yang dilakukan oleh Dato' Seri Anwar. Takdak langsung. Sebab itu, ini adalah suatu kezaliman. Tetapi masa itu susah sikit, ada kuasa ni susah. La ni dah takdak kuasa, bolehlah buang. Sebab tu ada cadangan........”

Jadi di sini jelas menunjukkan video tersebut telah diubah kebenarnya oleh pihak dajal yang terbabit dengan tujuan untuk memburuk imej Tun. Pihak dajal ini Cuma mahu melaga-lagakan rakyat agar mempercayai bahawa Anwar tidak bersalah sedangkan secara terang-terangan beliau merupakan manusia bertopeng manusia tetapi berfikiran syaitan.

fadly ramly said...

ANTARA MENGUMPAT ATAU GHIBAH YANG DIBOLEHKAN
1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan cth: Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

fadly ramly said...

Cerita-cerita dan tuduh menuduh rasuah
Ketika darjah dua, saya dilantik menjadi bendahari kelas. Cikgu menyuruh saya kutip lima puluh sen dari setiap pelajar untuk membeli barang-barang kelas, seperti penyapu dan pengelap tingkap.

Petang itu, saya beli aiskrim Cornetto, yang ketika itu paling mahal di dalam kotak ais apek di depan sekolah.

Apalah saya tahu tentang korupsi waktu itu. Saya baru darjah dua, dan saya sedang haus.

Duit itu sesungguhnya satu fitnah yang sangat merbahaya. Kuasanya terlalu besar, anak-beranak sanggup berbunuhan, apalah sangat kawan yang boleh kita makan.

Masih saya ingat dahulu jika abang saya mendapat wang saku lebih, saya akan merajuk sehingga tidak menjamah nasi.

Padahal mengikut hak, dia memang layak mendapat lebih seringgit itu, kerana dia bantu ayah membasuh kereta.

Kenapa perlu merajuk?
Kerana duit bisa membeli banyak benda.
Kerana duit itu saya tidak dapat.

Cuba kalau wang itu jatuh ke kocek saya, pasti saya laungkan “Suka hatilah. Saya ada hak”

Datang manusia-manusia yang pertikaikan “Kenapa saya tidak dapat hak itu?”
Lalu terma kronisme disebut-sebut. “Orang itu kegemaran” “Orang ini guna taktik kotor”

Beginilah. Saya beri contoh saya sendiri. Seorang teman di pejabat bertanya jika saya punya kawan yang boleh mengambil gambar professional dengan harga murah.

Kebetulan, saya ada kawan yang belum terkenal hasilnya, tapi secara peribadi saya katakan, hampir bagus dan jauh lebih mampu dibayar.

Tambahan pula, saya boleh dapat wang upah mencari asset yang dimahukan.

Kenapa perlu saya iklankan permintaan teman pejabat saya jika natijahnya saya memang tahu ada yang boleh membuat kerja.

Dia mahu jimat duit peruntukan, saya dapat duit tambahan, kawan fotografer saya dapat kerja lebih.

Situasi menang-menang.

Benar, ia tidak adil. Tapi itu memang cara dunia berpusing. Kenapa perlu saya beri percaya saya pada orang yang saya tidak pernah lihat hasilnya, berbanding dengan kawan yang saya memang sudah tahu latar belakangnya.

Hak bekerja di sektor kerajaan selalu dipersoalkan. Keuntungan bekerja ‘gomen’ (sebagaimana ibu dan ayah kita rujukkan) tidak perlu ditanya-tanya lagi.

Cuti senang, bonus selalu, peruntukan lebih, pinjaman bank mudah, banyak lagi senarai keuntungannya.

Kerana itu ramai yang berlumba-lumba memohon kerja di dalam PTD meski pun gaji yang diterima di sector swasta lebih berkepuk kalau mahu dibezakan.

Korupsi bermakna tidak jujur dan kekurangan integriti untuk bersikap telus. Lebih biasa dirangkai-kait dengan rasuah.

Rasuah bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit lah.

Maniam Tukang Baju sudah lama tidak dapat upah menjahit. Satu hari Cikgu Zaiton datang padanya dan memberinya tender menjahit baju seragam tadika kepada setiap pelajar yang mendaftar.

Maniam begitu gembira terus bersetuju. Setelah siap semuanya, setelah dapat setiap bayarannya, satu hari Maniam datang ke rumah Cikgu Zaiton dengan sepasang kebaya labuci berwarna putih yang sangat cantik. Kalau tidak ambil, katanya, Maniam akan berkecil hati.

Apakah itu tetap dinamakan rasuah?

Kadang-kadang kita juga korup. Kita tolong kawan yang pancit tayarnya di tengah-tengah malam sejuk, kita minta dia belanja maggi goreng bersama air bali.

Kita kenalkan kawan yang sudah lama bujang dengan kakak anak dara tua di pejabat, kita kata “Haa.. belanja ya?”

Saya tahu hukum Tuhan berkenaan rasuah. Tapi kalau ia diniatkan hadiah, tambahan pula akan menyinggung pihak memberi jika tidak diambil, bagaimana?

Saya tidak memusing belit konsep. Salah tetap salah. Cuma saya mahu katakan pada orang-orang yang sibuk bergendang tentang rasuah, korupsi, politik segala: dua kali lima sepuluh.

Saya siapa untuk menegur-negur?

Saya cuma rasa muak mendengar si kuali berkata pada periuk, buntutnya hitam. Saya di sini takkan hendak diam diri? Cerita-cerita picisan itu boleh tidak jika diketepikan? Bisnes kita sekarang adalah siapa yang lebih mampu menjaga anak-anak saya nanti.

Kurangkan sifat “dia kata dia”. Lebihkan “Saya akan…”, bukan “Dia itu kan…”.

Persis gaduh adik-beradik dulu. Mak terjumpa pensel yang bukan milik anaknya di dalam beg. Dengan rotan di tangan kiri dan pensel di kanan, dia bertanya dengan cegil mata.

“Along yang curi, mak!” kata Angah.
“Angah semalam pukul Atan anak Cik Non, mak!!” kata Along.
“Angah pukul pasal Along curi pakai basikal Atan, mak. Atan marah”
“Eleh, kelmarin engkau pun main basikal dia, sampai putus rantai. Itu sebab dia tak kasi sama aku”

Akhir sekali, Adik dapat dua ringgit untuk beli aiskrim kerana tidak ada masalah, bila mana dua-dua Along dan Angah disebat berbirat.

Padahal Adik yang tunjuk pada mak pensel itu.

Anonymous said...

AL FATIHAH

Awang Adek Jadikan Doa Ibunya Sebagai Azam Untuk BN Menang Di Kelantan

KOTA BAHARU, 5 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang kehilangan ibu tersayang, Mek Wok Nor, malam ini berazam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kelantan sebagai menunaikan janji kepada ibunya.

Mek Wok, berusia 81 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua selain menghidap kencing manis dan sakit jantung pada pukul 10.35 malam ini di Pusat Rawatan Darul Naim di sini.

Azam Awang Adek itu dikuatkan dengan kata-kata terakhir ibunya, Mek Wok, yang mendoakan kejayaan anaknya memenangi pilihan raya umum dan bakal dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan Kelantan.

"Ibu saya pernah menyebut... InsyaaAllah Awang akan menang dalam pilihan raya ini dan moga-moga dengan doa ibu, saya berjaya dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di Pusat Rawatan Darul Naim di sini.

Turut hadir di pusat rawatan itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Mek Wok ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan singkat ke Kelantan.

Pemimpin BN negeri lain yang hadir adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.

Awang Adek berkata beliau reda dengan pemergian ibunya walaupun di saat-saat beliau sedang sibuk berkempen pilihan raya umum, yang hari pengundian berlangsung Sabtu ini.

"Ibu telah sakit serius selama sebulan dan saya sering berulang melawat ibu walaupun dalam kesibukan berkempen," katanya.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai, Bachok, di sini pagi ini.

-- BERNAMA

Anonymous said...

actually citer pasal ke'dajjalan' penduduk yang jugak anak buah Nik Amar ni memang betol atau mungkin Nik Amar tak tahu pasal kelakuan sial anak buah kesayangan dia tu. Aku kenal sangat ngan diorang ni, Pah Nab, bekas banduan jahat Raja Umar, Sayed Adnan yang tak tahu ajar anak2 semua jadi kurang ajar, Sayed Ismail pun kurang ajar, dah banyak kali kena belasah tapi tak mampus2, dan ramai lagi kuncu mereka kat area tu, believe me, kalo Tmn Desa Mardhiah Binaraya dah diduduki nanti, dan diorang ni still tak ubah perangai, memang huru hara la jawabnya area tu, sikap kurang ajar dan zalim diorang ni melampau sangat....