Wednesday, March 5, 2008

MKJ RESPON (14)

JUMPA dan terus berjumpa kita selagi masih diizinkan-Nya. Semuga penyilau-kelih blog saya ini sentiasa terpelihara kesihatan fizikal dan mental, paling penting kualiti iman dan taqwa kita hendaknya semakin meningkat saat demi kerana iman dan taqwalah yang akan membawa kita ke syurga.

Saya teruskan dengan komen-komen yang dihantar melalui MKJ RESPON (13) untuk diresponi yakni;

1. Anonymous said...
Babi mucung gelebek mu Meli - Saya yakin yang hantar adalah orang Pas.

Mu beruk, Meli - Juga saya yakin yang hantar adalah orang pas .Nombor telefon sama

Mu orang utan - Sah orang Pas yang hantar . nombor telefon sama.

Kalu Pas kalah aku nak cabar mu bergocoh. Mu berani ko? - Sah orang Pas yang hantar. Nombor telefon sama

....Masyaallah, walaupun marah macam mana sekali pun, janganlah sampai sumpah seranah menjadi senjata utama, ingat sikit jika kita kencing berdiri, anak-anak kita kencing berlari, akhirnya kita kecundang sendiri.

kata lah gapo pun ko Meli, tak akan jjadi kudis gatal ke dia. Hok dok nampaknya Meli koho kaya loni, jelasnya suratkhabar dia laris di pasaran. Hok kita dok supah kedia tu gapo kita dapat, nyatanya dapat dosa.


MKJ RESPON: Tak apa...saya tak ambil hati pun. Sebagai pengamal media...sumpah seranah dan bahasa kasar dan uduh ni dah jadi asam garam, terutama di kalangan wartawan dulu-dulu...boss keluar alat kelakian atas meja pun ada dulu. Maklumlah kerja dalam keadaan tension. Sekarang rasanya dah tak ada lagi.

Meli koho kayo ko? Dok sebenarnya. Nampak kaya tapi koho sesok adalah. Tanggungan koho berat. Cukup bulan nak kena bayar sewa pejabat, kena bayar gaji kakitangan, nak bayar kos cetak. Kerana itu saya masih terus pakai kain sarung dan naik kereta kancil bini jah. Kalu kaya saya dah pakai Mazdez mata belalang dah.

Saya buat suratkhabar bukan untuk kaya...tapi untuk menyampaikan dakwah dan maklumat kerana saya tak boleh bersyarah macam orang lain...saya hanya boleh menulis...kalau nak berbahas secara berdepan pun saya tak boleh...akan kehilangan modal dan hujjah.


March 4, 2008 10:24 PM
2. Anonymous said...
Assalamualaikum,

Saudara-saudaraku sekalian. Janganlah kerana kita tak bersetuju dgn tuan punya blog ni, kita dok kato koksir kokdae ko dio. Gapo hok kita bulihnyo, ddoso takdok pasa.
Marilah kita sama-sama berjuang dan berdoa semoga kerajaan PAS dapat bertahan dengan segala macam serangan dari pihak lawan, dan ramai pengundi terbuka hati utk mengundi PAS.
Pamerkan akhlak dan budi bicara yang diizinkan oleh ALLAH.
Semoga ada manfaatnya. Semoga Kelantan selamat dari serangan BN, dengan izin ALLAH. Insya Allah.


MKJ RESPON: Sumpah seranah saya pun undi BN tak akan luak dan undi Pas tak akan menokok. Saya bukan orang parti politik. Macam mana pun jangan risau...saya sentiasa memaafkan mereka yang memandang buruk pada saya...mungkin kerana saya memang buruk agaknyalah. Saya tak 'kan namnpak buruk sendiri.>

March 5, 2008 12:43 AM
3.fadly ramly said...
PAS Sudah Jadi Parti Ajaran Samseng

Laman web pembangkang kelihatan begitu beriya-iya menaburkan fitnah terhadap kerajaan BN dan SPR berikutan tarikh mengundi iaitu 8 Mac ini begitu hampir.

Malahan Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir selaku Setiausaha Akhbar Presiden PAS terpaksa menipu lagi dengan membuat dakyah PAS percaya BN akan menggunakan kepincangan dalam daftar pemilih untuk merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya 8 Mac ini.

Begitu sekali hebatnya ketakutan pemimpin PAS akan kekalahan di tangan pemimpin BN pada 8 Mac ini sehinggakan terpaksa membuat dakyah terbaru ini kerana rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka mahukan Datuk Dr Awang Adek Hussin menerajui Kelantan sebagai Menteri Besar.

Mereka juga sampai sanggup untuk mengancam keselamatan pengundi luar yang merupakan Anak Kelantan yang berada di perantauan yang akan pulang mengundi kelak di mana di dalam artikel itu juga dinyatakan: "Di atas semangat pertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu daripada masuk ke Kelantan dan Terengganu".

Kalau mereka bertindak di luar batasan undang-undang terhadap Anak Kelantan yang akan pulang mengundi pada 8 Mac kelak sehingga boleh membahayakan nyawa, maka pihak berkuasa haruslah bertindak dengan tegas terhadap fanatik PAS ini.

Penulis amat berharap agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas pengundi luar yang merupakan Anak Kelantan sejati yang merantau di negeri orang ini kerana penulis merasakan angin perubahan sedang bertiup kencang dan akan menumbangkan kerajaan PAS kelak.

Bukan hak Pas untuk menyekat rombongan anak-anak Kelantan untuk pulang mengundi di kampung kerana mereka sememangnya berdaftar di Kelantan. Sebagai pengundi berdaftar mereka berhak untuk pulang mengundi sama ada secara individu mahu pun bersama menaiki bas yang disewa khas.

Baik dari segi undang-undang mahu pun akal waras, tiada asas untuk Pas meghalang melainkan mereka sudah mempunyai ajaran baru iaitu ajaran samseng.

Jika benar terbukti fanatik PAS ini bertindak di luar batasan undang-undang, mungkin tindakan ISA harus dikenakan ke atas mereka.


MKJ RESPON: Pengundi sekarang dah cerdik dan berpengalaman. Kalau dipaksa pun mereka tidak akan terikat dengan paksaan. Mereka akan undi parti mana yang mereka suka dan yakin akan memberi faedah kepada agama, bangsa dan negara.

March 5, 2008 1:15 AM
4. fadly ramly said...
Penting !!fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu

Fakta yang di putar belit oleh PAS

Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filifina dan vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan Negara-negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM):
• Malaysia RM1.92
• Iran RM0.29
• Venezuela RM0.16
• Turkemenistan RM0.39
• Arab Saudi RM0.19
• Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen? Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan.Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berepa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global. Sayang kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya? Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-
• Koridor utara : RM17.5 billion
• Koridor timur : RM112 billion
• Wilayah iskandar :RM47 billion
• Koridor sabah :105 billion
• Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi,jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting? Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato najib kata turunkan harga minyak akan buat Negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah Negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di sampingpendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Kepada pengundi pengundi semua tepuk dada tanya selera.

Ini salah satu dari email yg pernah aku dapat, adakah orang yg hantar email ni pandai dlm ekonomi atau bodoh?


MKJ RESPON: Tak apa Saudara Fadly...biarlah pihak yang nak membelit dengan belitan-belitannya. Rakyat tak akan terbelit oleh belitan tukang-tukang belit.

March 5, 2008 1:17 AM
5. fadly ramly said...
PAS yang kehilangan arah selepas PRU-11 telah membuat beberapa perhitungan yang tergesa-gesa dan membuta-tuli apabila mengambil penyokong kuat Neo Con sebagai idola politik terbaru mereka.

Hasilnya, beberapa kumpulan dalam PAS sendiri telah mula menyatakan rasa tidak senang mereka dengan keputusan pucuk pimpinan PAS. Hal ini boleh dilihat daripada beberapa kritikan pedas oleh beberapa bahagian parti PAS dalam muktamar mereka di Kelantan suatu ketika dahulu.

Dalam pencarian mereka untuk mencari seorang tokoh yang mewakili pemikiran agama segar, tidak konservatif sebagaimana presiden mereka, Abdul Hadi Awang. PAS nampaknya tersasar jauh dan amat terdesak dalam mencari haluan masa depan parti. PAS telah menggadai seluruh perjuangan mereka membela Islam sebagai mana yang didakwa selama ini hanya kerana kegagalan mencari seorang tokoh berpengaruh. Akhirnya mereka sanggup menambil tokoh penyokong utama Neo Con dalam usaha menggilap semula imej parti yang dikatakan tidak mesra rakyat, ala Taliban, konservatif dan dipimpin oleh pasukan yang tidak pandai memerintah.

Kepada PRK, mereka terkapai-kapai dalam memberi jawapan kepada persoalan sokongan penasihat utama parti mereka, Syaitan Anwar yang secara terang bersongkol bersama Yahudi Paul Wolwowitz. Hasilnya Timbalan PKR sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Anwar merupakan pandangan peribadi dan berasingan daripada pandangan PKR. Kini, PAS nampaknya menuju jalan penamat ‘Perjuangan Islam’ mereka.

Kalangan radikal dalam PAS semakin keliru mempersoalkan hubungan yang pelik antara parti mereka dengan PKR. PAS turut melahirkan kebimbangan sekiranya dengan sokongan terhadap Anwar, akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka turut bersongkol dan terjerumus dengan Yahudi yang menyebabkan penderitaan umat Islam di Asia Barat.Tetapi yang pastinya kini PAS dan PKR telah turut sama terjerumus dalam kancah menghancurkan umat dan agama Islam itu sendiri.


RKJ RESPON: Saya yakin segala-galanya dalam pengetahuan rakyat jelata.

March 5, 2008 1:20 AM
6. fadly ramly said...
TAFSIRAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DISELEWENGKAN OLEH PAS

PAS MENTAFSIRKAN AYAT 97 SURAH AN-NISA’

Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian berjuang membela islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada zahirnya saja. Dengan sikap mereka yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin. Dan di Malaysia ini pula , maka parti UMNOlah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam , lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT AYAT 97 SURAH AN-NISA’

Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik) *, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata : “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu ?” Mereka menjawab:”Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi:”Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

PAS MENTAFSIR AYAT 98 SURAH AN- NISA’

Yang dimaafkan oleh Islam tidak ikut serta berjuang bersama PAS ialah golongan kanak-kanak , orang perempuan dan orang yang benar-benar uzur sahaja.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT 98 SURAH AN-NISA’

Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak , yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)

PAS MENTAFSIR AYAT 100 SURAH AN- NISA’

Ayuh! Marilah kita berjuang bersama-sama dalam parti PAS yang dimaksudkan berhijrah ini sesuai di Malaysia ialah kita pergi ke tempat ceramah PAS , walaupun kita tidak mempunyai pangkat dan kekayaan, Allah berjanji akan meluaskan rezeki kerana kita termasuk dalam golongan yang membela agama Islam dan seandainya kita mati pada waktu berjuang dalam parti PAS, Allah akan masukkan kita ke dalam syurga Nya.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT 100 SURAH AN-NISA’

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan rasulnya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

PAS MENTAFSIR AYAT 104 SURAH AN-NISA’

Walaupun kita orang-orang PAS merasa cemas melawan UMNO , kerana maklum sajalah UMNO mempunyai kerajaan yang esar, tetapi mereka pun terasa cemas juga menghadapi kita. Kita tetap mendapat syurga, adapun UMNO tetap mendapat neraka.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT 104 SURAH AN-NISA’

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balsan yang baik pada hari Akhirat kelak) . dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

p/s: Jika puak2 Syiah pun sanggup menganggap kitab2 mereka lebih 3x ganda lebih baik dari Al-Quran jadi Perangai siapakah yg Puak2 Lipas ni ikut sehingga amat berani memesongkan ayat2 AL-Quran & Hadith sebagai sandaran untuk kepentingan diri?


MKJ RESPON: Soal tafsiran al-Quran saya tak berani campur kerana saya tak ada kepakaran. Saya hanya memiliki al-Quran dengan terjemahan sahaja. Bagi saya terjemahan dan tafsiran dua perkara yang berbeza.

March 5, 2008 1:21 AM
7. fadly ramly said...
Undang-undang tubuh Pas fasal 11:-

" Al-Quran dan Hadis boleh diatasi oleh undang-undang dan peraturan manusia. Jika sesuatu perkara timbul dan ianya bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, maka al-Quran dan Hadis akan tertolak."

Macamana ni? Kata perjuangkan Islam... Tapi fasa di atas ni membelakangi Islam dan sumber Quran serta Hadis.


MKJ RESPON: Saya pun tak perasan. Saya akan cuba semak. Terima kasih kerana anda menarik kecenderungan saya untuk menyemak undang-undang tubuh Pas.

March 5, 2008 1:23 AM
8. fadly ramly said...
Dah lama Wak tak menulis dalam ruangan ganulening.net nie. Wak banyak terima komen dari pembaca melalui email ganulening@gmail.com yang tertunggu-tunggu penulisan Wak yang sentiasa sensasi. Baru-baru ini seorang rakan Wak dari Kg. Padang Luas mengutuskan satu email yang mengandungi salinan kad keahlian seorang ahli UMNO yang bernama 'Husain bin Awang'.

Rupa-rupanya nama Husain bin Awang ni adalah calon PAS Parlimen Besut yang akan berhadapan dengan Calon BN iaitu Dato' Dr. Abdullah Muhammad Zain. Wak(http://www.ganung lening.net) tergelak seketika sebab calon PAS nie ada jugak darah UMNO dalam dirinya. Sesungguhnya PAS ketandusan calon yang berwibawa. Wak juga teringat yang Harun Taib juga ada darah UMNO. Harun Taib juga bekas ahli UMNO
.

MKJ RESPON: Kira-kira kedua-duanya muaalaf/saudara barulah dalam Pas. Kerana itu saya dah kata lompat parti tak sampai murtad...jadi tukar agama dah lah.

March 5, 2008 1:26 AM
9. fadly ramly said...
janji2 PAS masuk habuk keluar asap...pendapat aku belum tamat sepenggal(5 tahun) jika PAS dan pembangkang jadi kerajaan...reserve atau simpanan negara yang berbillion RM$$$ akan jadi kering kontang jika mereka buat semua itu...mereka akan gunakan simpanan negara dengan tidak berhemah

sama dengan merompak harta kerajaan bila PAS buat macam tu...selepas negara jadi muflis rakyat pilih kembali kerajaan yang ada sekarang...tapi bukan mudah nak perbaiki "kemusnahan" yang telah dibuat...huhuhu sekali lagi malang sungguh kewujudan PAS(Parti Angan2 Sahaja)


MKJ RESPON: Rakyat tak ada leburkan masa depan mereka. Yakinlah kepada kematangan dan kecerdikan rakyat selaku pengundi dalam memberi mandat.

March 5, 2008 1:30 AM
10. fadly ramly said...
Dari dulu sampai sekarang perjuangan PAS tetap sama...keluarkan fatwa yg bukan2, fitnah orang, kafirkan orang, janji macam2, pecah-belah masyarakat, tiket syurga serta banyak benda lagi dan paling terbaru " negara kebajikan - PAS ".

Sampai bilakah ahli2 PAS ini akan ditipu...10 tahun..50 tahun...atau selama2nya..

Persoalan: kalau mereka tak buat begitu...sapa nak bagi undi kat depa...?

tujuan mereka pun dah tahu...hanya ingin berkuasa...bukannya berjuang untuk islam pun...masakan sanggup bersama2 DAp yang anti islam, dan anwar ibrahim yang berbelit2 islamnya..."

Takkan dah lupa pada kata-kata seorang pemimpin DAP yang berkata langkah mayat saya dulu (kalau ingin tubuhkan negara Islam)...?"
kapal sink(karpal singh) yang berkata begitu tetapi dalam masa yang sama PAS sanggup bekerjasama dengan DAP...munafik sangat namanya mencerca saudara seagamanya(UMNO) sendiri sampai tidak ada satupun perkara baik yang PAS perkatakan tentang UMNO tetapi semuanya yang buruk2 belaka tentang UMNO

boleh kita anggap PAS sebenarnya yang kafir sebab sengaja membuat pembohongan demi pembohongan untuk menidakkan UMNO yang telah sekian lama memartabatkan Islam sedangkan PAS sanggup bersekongkol selalu secara terangan2an dengan DAP yang anti Islam kerana tamakkan kuasa(bukan untuk agama)...anwar ibrahim pula penuh dengan dendam kesumatnya terhadap UMNO dan terus berangan juga seperti mat jenin mahu jadi PM

PAS berkata ketika anwar ibrahim berada dalam UMNO dulu sebab dia nak "cuci taik" orang2 UMNO...ramai orang tahu semasa anwar ibrahim berada dalam UMNO dia lah yang telah mengotorkan UMNO sebab itu dia dipecat oleh TDM

pembelitan PAS yang kita ketahui penuh dengan kemunafikan sanggup berkata anwar ibrahim seorang yang bersih dan teraniaya apabila anwar ibrahim bersama dengan mereka pula sekarang sebagai pembangkang


MKJ RESPON: Jadi macam kisah bila labakan tak guru...benda yang tak boleh dalam kitab merah diketepikan manakala yang kata boleh dalam kitab hijau pulak diterima pakai.

March 5, 2008 1:34 AM
11. fadly ramly said...
lupa aku nak kata lagi....

ada dalam satu ceramah ustaz badrul amin(PAS)...dia kata nak pancung kepala Mufti Perlis Dr. Mohd Asri...kenyataan yang dibuat oleh ustaz badrul amin menunjukkan beliau seorang yang fasiq...PAS sudah terkeluar dari jamaah kerana menentang Walil Amri atau kerajaan dibawah naungan UMNO saudara Islam mereka juga.

sepatutnya dia harus berkata mahu pancung kepala karpal singh kerana DAP adalah sebuah parti yang anti Islam...lebih pelik lagi kenapa sehingga sekarang kita tidak pernah mendengar penjelasan dari PAS mengenai kesanggupan mereka bersekongkol dengan sebuah parti(DAP) yang anti Islam.

mari kita lihat bapak setan sebenar buat kenyataan sesatkan dirinya sendiri
http://www.youtube.com/watch?v=qDyH9qtBp8Q&eurl=http://mindamerdeka-tko.blogspot.com/

minta maaf pada tuan abe meli...tujuan saya letakkan laman web diatas adalah untuk pengunjung2 blog ini yang belum pernah melihat videoklip tersebut

selamat menonton


MKJ RESPON: Bila pula Ustaz Badrol Amin masuk Pas? Bukan ke dia orang PKR? Mungkin saya ketinggalan maklumat. Fasal nak letak alamat blog ke..website tak jadi masalah...sekurang-kurangnya saya pun dapat layari sama...tambah lagi cabang mendapatkan maklumat.

March 5, 2008 1:36 AM
12. fadly ramly said...
Negara kebajikan yang dicanangkan oleh PAS tu cuma satu lagi pembohongan besar yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang langsung pun tak pernah jaga kebajikan rakyat Terengganu sewaktu memerintah Terengganu pada satu masa dulu.

Dan apakah kebajikan rakyat Kelantan terbela selama ini dibawah pemerintahan PAS di Kelantan?


MKJ RESPON: Susah nak dikategorikan bentuk pembelaan sebenarnya. Barangkali ada yang dapat pembelaan dan terus taksub dan jumud sokong Pas...yang tak dapat pembelaan tak lah taksub sangat kalau pun mereka tak sokong Umno pun.

March 5, 2008 1:42 AM
13. fadly ramly said...
Wahai anda yang berilmu didalam PAS,untuk kemenangan Islam,agama yang maha suci,bolehkah;
Membohong menjadi sandaran,umpat keci menjadi taruhan,memfitnah menjadi alasan,caci maki menjadi dendangan,hawa nafsu jadi tunggangan,orang kafir menjadi sahabat terdekat dan orang Islam menjadi musuh ketat.

Keselamatan dan kesejahteraan
Kemakmuran dan keselesaan
Tidak akan ujud tanpa ihsan
Walau Islam menjjadi slogan.


MKJ RESPON: Sendiri buat sendiri tanggung. Tugas kita yang nampak tak betul ialah tegur...kalau tak diambil peduli...apa daya kita lagi.

March 5, 2008 1:42 AM
14. fadly ramly said...
Sebelum kau(PAS) pertikaikan Pulau Pinang, baik kau fikir adakah di Pulau Pinang majoriti rakyatnya ialah Melayu? Atau Melayu lebih ramai di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah?

Dan paling menyedihkan Melayu Kelantan tertipu dengan keIslaman PAS yang hanya kosmetik....


MKJ RESPON: Yang tahu mereka tertipu atau tidak adalah rakyat Kelantan sendiri.

March 5, 2008 1:43 AM
15. fadly ramly said...
Lihat saja 'track record' kerja PAS selepas berjaya menawan Kelantan beberapa kali dalam pilihanraya umum.... Apakah yang berjaya dilakukan untuk membantu anak Kelantan di negeri sendiri? Langsung tidak ada apa-apa yang ditolong sehingga menyebabkan jutaan anak Kelantan terpaksa berhijrah merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki....


MKJ RESPON: Ratusan saja...bukan jutaan. Merekalah sebenarnya yang menghantar pulang wang untuk ibubapa masing-masing dan membantu mencergaskan aliran tunai termasuk urusniaga pasararaya. Kerana itu bila pasaraya bartu dibuka...yang lama akan ditutup kerana aliran tunia hanya pada tahap yang sama.

March 5, 2008 1:45 AM
16. fadly ramly said...
Malam besok(khamis) kawe balik ghanu,balik ngundi di DUN Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, doakan kawe slmt sampai ke negeri ku, bkn mcm org Pas yang ajar mengikut nyer doakan musibah kepada org yang mahu balik ngundi.Harap kawe slamt la,kalo kawe mati, saper nk jaga ank bini kawe.


MKJ RESPON: Yakinlah tidak akan berlaku sesuatu perkara kalau bukan dengan keiizinan dan suratan-Nya. Saya doakan anda selamat kembali dalam keadaan sihat sejahtera mental dan fizikal.

March 5, 2008 1:54 AM
17. fadly ramly said...
KOTA BHARU 5 Mac – Sebanyak lapan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan bersama empat timbalan dan lebih 100 ahli bertindak keluar parti itu hari ini.

Tindakan itu diambil selepas mereka hilang kepercayaan dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan parti itu yang tidak mempedulikan pandangan PKR negeri berhubung pemilihan lapan calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan.


MKJ RESPON: Guano pulak? PKR Kelantan pun pelik. Dulu kata toksir ttande...pah tu nak ttande pulok bila nyo kecek buwi kerusi lebih sikit. Kalau Kerajaan Pas Kelantan jatuh...boktannya akan diletak atas kepala puak-puak demola yang dilabel sebagai parti umpama keretapi yang banyak kepala dari gerabak.

March 5, 2008 1:56 AM
18. fadly ramly said...
Seorang pemandu yang mendakwa dirinya sebagai pengikut 'rasul Melayu' ajaran Hj Kahar Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Azanam Mohd Yusof,42, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengisytiharkan Abdul Kahar Ahmad sebagai rasul melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu dan bertentangan dengan ajaran Islam. Azanam didakwa melakukan kesalahan pada 11.30 pagi 29 februari 2008 di kawasan atas bukit Kg Kemensah Hulu Klang dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Hakim Syarie Shaarani Ismail membenarkan Azanam dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan satu penjamin sementara menunggu perbicaraan 2 April. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie JAIS, Md Razali Hassanusi.

- Utusan


MKJ RESPON: Mana ada rasul Melayu atau nabi Melayu? Dah Nabi Muhammad s.a.w. digezet oleh Allah sendiri sebagai nabi dan rasul akhir zaman...macam mana ada orang boleh percaya dengan dakwaan nabi palsu?

March 5, 2008 1:56 AM
19. Anonymous said...
Salam sahabat semua,
Satu artikel yg menarik utk dibaca dan dilaksanakan. ..
Selamat mengundi...

Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita (Forwarded Massage)

Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang
budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin
memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu
persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak
saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing
TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan
ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar
satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang
diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya
ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku
tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.

Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan
ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan
pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian
sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.

Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua
makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara
mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang
Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha
mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; "
Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas
kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi
dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong
tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini,
tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".

Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri
dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t

Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya,
" Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si
pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah
yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya. " Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa
pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang
membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh
ahli-ahli kabinet negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet
dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan
perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?"
Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak
hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk
tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana
kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat
tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli
kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai
kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang
menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan
untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana
dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada
diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana
dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka
kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang
menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek" . Ada juga
yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang
melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, "
Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan
yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di
hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan
murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu
semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan
terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan
dustakan." Nauzubillah.

Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau
saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di
mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya
katakana ini bohong atau dusta semata".

Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah
persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu
pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU
MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM. Allahuakbar.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU
MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.

Wassalam.

Ibnu Walid

p.s : sebarkan pada rakan anda.

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku
beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan
perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini
sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, "
hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah
segala hak-hak yang kamu perlukan."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


MKJ RESPON: Terima kasih atas kiriman artikel anda. Sama-samalah kita jadikannya sebagai bahan renungan.

March 5, 2008 2:52 AM
20. wak hamad said...
Melalui blog abe meli ni wak rakamkan ucapan takziah kepada
Datuk Dr Awang Adek atas kembalinya ke rahmatullah bonda beliau Mek Wok bt Nor pada jam
10.30 mlm 4 Mac 2008..

Kali akhir wak berjumpa dan bercakap dengan arwah ialah pada sambutan hari raya puasa tahun 2006dirumah Datuk Awang. Arwah adalah kenalan baik arwah ayah bonda wak.

Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikan kuburnya sebagai taman2 syurga sementara menunggu hari kebangkitan kembali di padang mahsyar.

WAK HAMAD


MKJ RESPON: Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah buat Datuk Dr Awang Adek.

March 5, 2008 3:06 AM
21. Anonymous said...
mengalahkan Pas yang fasiq adalah fardhu kifayah. Mengalahkan Haji Hadi yang sombong dan ego adalah fardhu ain.

Pas akan terus tidak betul jjalan selagi dipimpin oleh tok peraih-tok peraih politik
.

MKJ RESPON: Mudah-mudahan Pas akan kembali kepada tujuan asal penubuhannya.
March 5, 2008 3:14 AM
Post a Comment

JUMPA LAGI ESOK!!!!

5 comments:

wak hamad said...

Barangkali ini tulisan terakhir Wak sebelum mengundi.
Sehingga saat - saat akhir ini Wak dengan penuh rasa rendah diri
masih berpegang tegoh kepada keyakinan bahawa:-

1. Haji Hadi akan kalah state dan parlimen
2. Adil tak leh sa kerusi habuk.
3. Pas Kelantan meninggal tak sampai sepuluh kerusi dun

dan menang dua kerusi parlimen.
4. Semua penyokong BA akan terkejut beruk dengan

keputusan PRU.
5. Hari jumaat 7 Mac 2008 adalah jumaat terakhir kuliah

boleh dibuat di Jalan Dato Pati. Kalu nak gi buat kali terakhir

gi lah.Lepas ni kalau nak dengar Tok Guru ngajar

lagi gak kena gi Pulau Melaka la.

Kepada semua penyokong Pas khasnya di Kelantan...kalu nak

bertewah bagi benda dengan UMNO bermakna Pas menempah

lubang kubur.

InshaAllah buleh menang balik pada pru akan datang kalu ppakat

insaf dan sedar kediri. Belajar lah ilmu tasauf yang tidak

membenarkan kita mengata uduh apalagi mengumpat ka ore.

Yakinlah Islam tidak mengizinkan kita menghalalkan semua cara

asalkan matlamat tercapai. Berakhlaklah dengan akhlak nabi

kerana itu sebaik-baik cara untuk berkempen.

Soal pengundi hantu bagi Wak kalau ya pun itu hanyalah sebab

musabbab Allah nak tarik balik kekuasaan dari Pas. Kalau Pas tetap

atas nama Islam , hidup serupa nabi hidup, tak temoon ke dunia

maka tak da sebab hantu tak undi Pas dengan izin dan taufik Allah

s.w.t.....

Tapi apakan daya ikan segar dah jadi ikan kering basah..dah kena

peng ke lalat pun.

Indahnya Islam dan lebih indah apabila Pas dan UMNO pakat ingat

selepas hidup di dunia ada hidup di akhirat. Di sana Tuhan jua lah

yang akan memberi pengakiman yang abadi.

Bagi ikhtiar untuk mengelakkan terkena serangan sakit jantung, terkejut, trauma ,

naik darah sampai buleh kena stroke , pening, bbabak, maka wak

ingatkan diri wak dan penyokong Pas agar memperbanyakkan baca

ayat 51 surah At Taubah.

Sekian, jumpa lagi kalau berkesempatan.
Ampun maaf daripada WAK

WAK HAMAD

Anonymous said...

Membaca respon ke 14 baru rasa menarik sikit sebab sekala respon yang keluat takdak perenggan dia tak keluar mace kita tulis komen.Malam ni barulah sedap nak baca..Bakali abe li pun baru perasan komen hak keluar tu kalu panjang gak masa baca tak tahu nak bereti mana.

Anonymous said...

Dua Lagi Projek untuk Rakyat Kelantan PDF Cetak E-mail
Yusoff Taib
Tuesday, 04 March 2008
Dua lagi projek mega yang menguntungkan rakyat Kelantan akan dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan negeri ini pada pilihan raya umum Sabtu ini.

Dua projek itu adalah projek hidroelektrik dan Lembah Bio di jajahan Gua Musang. Bagi projek hidroelektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menunjukkan keinginan untuk melaksanakannya di kawasan Nenggiri bagi membekalkan tenaga elektrik secara berterusan.

Bagi projek Lembah Bio pula, sebuah syarikat korporat yang terkenal dalam industri automotif iaitu Mofaz telah menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian di Lojing. Mofaz bercadang untuk melabur RM10 bilion melibatkan penanam herba dan ternakan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata projek seperti itu sangat digalakkan untuk menjamin bekalan tenaga berterusan berbanding petroleum atau arang batu yang bekalannya boleh habis dalam tempoh tertentu.

"Selain itu projek hidroelektrik yang akan menelan kos sebanyak RM5 bilion ini juga mampu menjadi projek tebatan banjir dengan pembinaan empangan yang boleh mengawal pengaliran air ke hilir,"

Beliau menyatakannya selepas melancarkan Manifesto BN Kelantan peringkat Parlimen Pasir Mas di hari ini. "Seandainya projek ini berjalan seperti yang dirancang, kemungkinan ia akan melibatkan kawasan penempatan dan kita sudah merancang sama ada untuk membayar pampasan atau menyediakan satu kawasan perumahan baru yang lebih selesa," katanya.

Awang Adek yang bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri Perupok dan kerusi Parlimen Bachok menegaskan, semua projek ini bukan sahaja dapat memajukan Kelantan dari segi ekonomi tetapi memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.

Beliau berkata kini terpulang kepada rakyat sama ada ingin memilih BN untuk memerintah Kelantan kerana kedua-dua syarikat korporat ternama itu sudah membayangkan keinginan mereka untuk menjalankan projek berkenaan jika BN memerintah selepas pilihan raya umum ini.

Anonymous said...

Ini adalah hari terakhir pemimpin PAS Kelantan untuk turun naik ke Kota DarulNaim. Apabila pejabat dibuka semula Ahad depan, InsyaAllah Kota Darulnaim akan menjadi Pejabat YAB Datuk Dr Aweng Adek Hussin selaku MB Kelantan.

Kepada penyokong PAS, jangan bersedih. Anda bekorban dengan memilih UMNO bagi membetulkan PAS itu sendiri. Tiada salah tindakan anda tidak menyokong PAS kali ini. Ini lebih kepada memastikan pemimpin PAS sedar kesilapan mereka semenjak 18 tahun lalu dan memperbetulkannya.

Berilah 5 tahun kepada rakyat Kelantan utk merasa berada dibawah kepimpinan BN. Selepas itu, jika tdk berkenan tukar semula kepada PAS.

Selaku anak Kelantan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong-penyokong PAS yg telah membuat keputusan utk menyokong UMNO hari Sabtu ini.

Jika tdk ingin menunjukkan sokongan anda kepada UMNO di depan khayalak ramai, tunjukkan sokongan anda pada kertas undi....

Anonymous said...

PAS dan pembangkang lain bising mengatakan SPR berpakat dengan BN. Kalau tak percayakan ketelusan SPR, saya rasa baik semua parti pembangkang jgn bertanding. Banyak duit dpt dijimatkan....

Tp kenapa mereka masih bertanding walaupun mereka menuduh pilihanraya tdk berjalan secara adil dan telus!!!! Pelik bukan?

Tak percaya kpd sistem pilihanraya, tp ada hati bertanding.

Sebenarnya pembangkang terpaksa berbuat demikian kerana mereka dalam keadaan tertekan. Jadi kalau kalah nanti, sbb kalahnya ialah kerana SPR tdk adil.

Tp kalu menang, tdk pula mereka kata SPR itu adil.

Itulah masalah pembangkang, terutamanya PAS. Kerja cari alasan. Kalau pilihanraya tdk adil, dah lama PAS tersungkur di Kelantan.

Masa mereka menang di Kelantan sebelum ni, tdk pula mereka kata kemenangan tersebut adalah atas keadilan SPR....