"MKJ RESPON (20)"
1 Comment - Show Original Post
Anonymous said...
Salam....
Abg Meli..... guano pelik
MKJ RESPOND (20) xdok begapo hantar repond kosong jah
pelik bin ajaib ni.... ko xser respond doh?
BETUL ke para penyilau-kelih blog saya tak boleh baca posting RKJ RESPOM (20) saya yang hanya kosong? Saya cuba ulang posting. Sila maklumkan jika tidak ada sebarang teks. Dalam komputer saya, teksnya lengkap, sempurna moleh. -- Ramli Abdul Halim
MASA tidak cukup banyak...hari ni hari date-line tiga akhbar mingguan terbitan syarikat. Saya terus saja ke komen-komen yang dihantar sebagaimana berikut;
9 comments:
1. fadzli said...
10. Anonymous said...
Tadak ayat lain dah ka Fadzli...mu dok royak isu hak tula jah...patrik Badawi..pak lah dengan ore tino...bakpa mu tutup mata dengan kerenah pemimpin parti alternatif mu..bakpo mahathir pecat mula...kan dia juga ore umno maka tentu lah dia sealiran dengan pak lah...bacalah novel sutan baginda begitulah itulah gambaran peribadi pemimpin hak demo agungkan.
FADZLI: Memanglah ayat yang sama sebab isunya sama dan benda itu benar2 terjadi. Saya terpaksa ulang banyak kali sebab puak2 UMNO ni jenis payah faham. Cuma saya nak tanya betul atau tidak apa yang saya katakan itu??? Puak2 Anda yang menakut-nakutkan dengan HANTU DAP sedangkan UMNO SENDIRI diPERKUDAKAN CINA. Apakah anda tidak sedar? Kalau sedar kenapa tutup mata dan telinga?
MKJ RESPON: Saya buat suratkhabar bukannya buat sendiri belaka. Saya ada pengarang yang diberi kebebasan mencorakkan isi kandungannya. Saya hanya monitor dan mengizinkan isi kandungan yang mahu disairkan yang pada pandangan pengarang boleh lariskan jualan. Kita kena lihat apa yang pembaca nak. Soal perniagaan lain...soal aliran pemikiran kita lain. Tak 'kanlah kalau kita tidak suka pisang tetapi peluang untuk dagangkan pisang menjadikan perolehan lumayan, maka kita tak ambil kesempatan meniagakan pisang? Orang Umno kerja dengan RTM, dengan akhbar arus perdana berlambak-lambak. kalau ikutkan fahaman politik mereka tak akan kerjalah kerana akhbar arus perdana dibayangi Umno dan parti-parti kompoen yang lain.
FADZLI: Ini bukan soal makan pisang. Saya percaya kalau kita tak suka pisang lepas tu kita hina pisang..cakap macam2 kat pisang...sudah tentu kita tak akan berniaga pisang. Kalau setakat tidak suka makan tapi kita tak kata apa2 saya rasa kita tak kisah jual pisang. Tapi dalam kes Abg Meli sudahlah benci PAS, kata pulak macam2 tak elok pasal PAS tapi cari makan hasil bodek PAS. Ini hipokrit. Jangan disalahkan kepada pengarang. KErana pengarang tak buat tanpa restu Big Bos. Sekarang dan 18 tahun dahulu BN adalah pembangkang di Kelantan dan kini di 4 buah negeri yang lain maka silalah Abg Meli ceita pulak kisah kebaikan BN/UMNO nak tengok sampai mana jualan akhbar Abg Meli. Saya rasa PAS pun tak perlukan Wasilah. Banyak Akhbar Alternatif seperti HArakah, SIasah dan akhbar2 internet yang terbukti mengatasi RTM, TV3 dan ASTRO dalam menyampaikan maklumat yang credible. BN/UMNO merudum juga walaupun Media Elektronik 24 jam kritik pembangkang dan puji Kerajaan. Saya pun dah henti beli Wasilah sebab harga pun dah mahal.
Lagipun apabila saya menyilau laman ini saya rasa kalau maklumat dari laman ini pun tak ada kredibiliti.. apa guna saya keluarkan duit untuk akhbar yang dihasilkan oleh orang yang sama.
Berkenaan MASUK UMNO pada saya itu gimik politik murahan. Memang begitulah selalunya Ahli UMNO masuk UMNO. Kisah ini macam hikayat dongeng zaman dulu yang merasakan bahawa akal manusia moden sama dengan akal manusia purba atau kalau boleh di sebut orang utan. Orang UMNO mengaku PAS juga ramai bila tengok Kekuatan PAS bertambah. Masa PAS lemah berduyun2 mengaku UMNO. Orang jenis ini tak ada pendirian dan tak memberi manfaat kepada diri sendiri apalagi untuk orang lain.
Tapi saya kesal org mempertikaikan isteri Abg Meli. Saya nasihatkan jangan sentuh isu peribadi. Saya alu2kan isteri Abg Meli sekiranya ikhlas berkhidmat untuk PAS dan saya juga berharap Kerajaan Kelantan terus menyambung khidmat isteri Abg Meli sekiranya perkhidmatannya memuaskan. Soal abg MEli tak sokong kerajaan PAS itu hak peribadi.
MKJ RESPON: Saya buat akhbar ko majalah untuk khlayak pembaca yang terbanyak...bukan nak ikut berlaga angin dua tiga kerat kerana ianya membabitkan pelaburan. Saya pula bukan pelabur yang ada modal juta-juta. Yang saya adalah penglaman dan sedikit kerberanian barangkali. Yang nak beli dan nak baca silakan...yang nak baca saja pun silakan..yang tak mahu beli dan tak mahu baca tak apa...saya tak rugi apa-apa.
Nampaknya Mingguan Wasilah semakin meningkat jualannya, berbanding dengan semasa saya memberi hak kepada orang Pas urusterbit dulu. Yang jelas Mingguan Wasilah adalah akhbar altenatif yang pro pembangkang. Maknanya kalau BN jadi pembangkang, maka Mingguan Wasilah kena berpihak kepada BN lah.
Petugasnya pula ada orang Umno, ada orang Pas dan yang tidak berparti pun. Itu hak masing-masing yang dibenarkan oleh demokrasi. Pengarang Mingguan Wasilah adalah seorang anggota lujnah Pas. dalam menjalankan tugas kami profesional.
Soal bini saya tu saya dah maklumkan semasa saya ke kekampung petang semalam. Dia terkedu kerana hal itu ditimbulkan setelah Datuk Annuar Tan yang menang mewah dan sebagai penghulu wanita, orang dalam DUN Kota Lama tahu macam mana dia bekerja untuk menafikan tanggapan di kalangan orang Pas sendiri bahawa DUN Kota Lama adalah antara DUN yang tersenarai sebagai yang akan gagal dipertahankan di samping DUN Bunut Payong.
Nampaknya dia pun bersedia untuk berundur. Macam mana pun kerana Datuk Annuat Tan yang minta beliau memberi khidmat...malah yang mencadangkan namanya sebagai penghulu pun adalah datuk Annuar Tan...beliau akan berunding dengan Datuk Annuar Tan. Baginya beliau tidak keberatan untuk tidak terus menjadi penghulu wanita kerana Pas dah menang dengan cukup mewah.
Barangkali sudah sampai masanya untuk tugas penghulu wanita diambil dari kalangan pemegang-pemegah diploma yang tamat belajar di Mesir dan di negara-negara Arab yang lain. Orang yang sekadar lulusan SPM sudah terlalu rendah standard untuk jadi penghulu gamaknya.
Macam mana pun saya tak akan mepengaruhinya dalam membuat keputusan. Kami profesional dalam soal membina pendirian politik. Walaupun saya didaftarkan tanpa sedar sebagai ahli Umno yang baru saya tahu berdasarkan komen yang dihantar semalam dan saya juga ada sijil keahlian Pas...saya tidak peduli dengan aktiviti parti politik kerana saya tidak berminat jadi orang parti politik.
Tetapi beradasrkan kepada apa yang sedang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mungkin saya akan sertai dalam Umno secara aktif. Kalau dah nama saya sedia terdaftar di cawangan yang ketua cawangannya pun saya tak tau siapa, maknanya saya tak perlu daftar lagilah.
Macam mana pun saya akan tulis surat kepada Ibupejabat Umno Malaysia untuk bertanya hal berkenaan supaya kes-kes mendaftar keahlian seseorang sebnagai ahli tanpa merujuk dan memndapat kebenaran empunya diri adalah suatu pengkhianatan dari dalam Umno sendiri. Perlakuan sedemikian adalah tidak jujur dan tidak akan melabakan parti.
Dulu saya pernah dipanggil menghadiri mesyuarat jawatankuasa penaja Umno Cawangan Kijang Kencana yang diketuai (ketua penaja) rakan saya bekas petugas di Bank Bumiputera. Waktu itu saya adalah Ketua Biro harian Watan. Saya dicadangkan dilantik sebagai Ketua Penerangan. Macam mana pun saya kata saya tak minat berpolitik dan mahu berkecuali. Nama saya digugurkan.
March 10, 2008 7:11 AM
2. Anonymous said...
Semua orang mempunyai pendirian masing-masing...anda mengatakan orang umno payah faham adakah orang pas mudah faham..atau hanya mengangguk saja atas apa yang di katakan oleh puak-puak mereka walaupun benda yang di kata kan itu tidak benar...tanpa mempersoalkan kebenarannya..bila tok guru mengkafirkan sesama islam ..faham..angguk..bila kata tuhan itu samseng...benar..angguk bila tok guru kata boleh mengumpat..faham..angguk. Ini belum termasuk fatwa tok guru yang memecah belahkan rakyat..semuanya mudah faham dan angguk.
MKJ RESPON: Nama dah manusia. Pendirian kita akan dipengaruhi oleh kemampuan akal dan tahap pemilikan ilmu kita. Cuma untuk selamat...kita kena berpegang tegun kepada al-Quran dan Hadis...barulah kita terjamin akan selamat dari kesesatan.
Kita boleh anggap kita betul dan orang lain salah...tapi yang muktamad betul atau salah akan ditentukan oleh Allah. Kerana itu kita dituntut sentiasa beristighafar dan bertaubat dan berdoa semuga diberi hidayah dan sentiasa berada di jalan yang lurus.
March 10, 2008 7:46 AM
3. Anonymous said...
Tajunm Respon . . .
Umum mengetahui, malah orang UMNO/BN juga mengaku tentang kewujudan dan rombongan pengundi hantu yang masuk ke Kelantan. Umum juga tahu dan orang BN juga mengaku bahawa mereka ini telah dibayar RM200.00 seorang untuk mengundi BN. Tetapi BN tewas juga di Kelantan. Pada saya, bomoh BN yang ditugaskan mengumpul hantu-hantu itu tak pandai tilik, tak kenal hantu atau bukan. Asal jenis tak nampak aja, terus dilabelkan hantu. Asal mendaftar sahaja, diterima sebagai hantu. Nak tunjuk kita ni banyak pitih. Peruntukkan untuk ni sahaja habih berjuta riyal. Kalau betullah yang mengundi tu hantu, gerenti dah kalah PAS di Kelantan. Tetapi ditakdirkan Allah, menang lagi. Sebabnya yang mendaftar tu bukannya hantu tetapi BUNIAN. Bunian ni kalau nak tahu, makhluk halus juga, tak nampak juga, seperti hantu, tetapi jenis yang BERIMAN. Bunian yang dihantar tu pula jenis yang berilmu, belajar di IPT. Lagilah mereka kenal jenis kaca dan permata. Jadi orang BN janganlah mudah buat kesimpulan, asal muda gak nak ko hiburan, nak galok. Demo dok KL ko, PP ko, hari-hari dok tengok konflik sosial denu. Demo ni tak rela kalu benda lagu tu masuk ke Klate jugak. Sebab tu bila kelik ngundi, demo wi pitih pulak (w/pun Abe Li kata kelik ngundi patutnya atah tanggungjawab, tapi gak doh demo aja gitu nak wak guana)pakat kelik blako, ambik pitih tapi pakoh PAS. Pade muko tu . . . .
MKJ RESPON: Itulah bukti amalan demokrasi dipraktikkan di negara ini. Kita tak boleh paksa orang ikut kita. Kerja kita kempen...beri penjelasan...beri kemudahan. Orang nak undi atau tidak itu hak masing-masing kerana masa pangkah tak ada siapa pun yang tahu kecuali kita dan Allah. Saya namnpak orang Umno/BN terima hakikat itu. Mereka tak kata wujudnya pengundi hantu.
Soal pengundi hantu bukannya memasalahkan Umno/BN tetap SPR sebagai badan bebas. Perlantikkan SPR dibawak kuasa agung, bukannya Umno/BN sebagai pertubuhan politik. Bila mempersoalkan SPR, bukan Umno/BN yang dipersoalkan tetapi pemilik SPR itu yang terkena tempaisnya.
Bagi saya keputusan PRU12 dengan sendirinya huha-huha tentang kewujudan pengundi hantu akan ternoktah...malah pengundi-pengundi luar juga telah membantu membersihkan nama baik Tan Seri Rashid Abdul Rahman selaku pengerusi SPR dan badan bebas itu serta kakitangannya.
Nasib pembangkang Melayu tidak sebaik sebagaimana yang mereka melihat kemenangan barisan alternatif secara selapis. Macam mana masih terlalu awal untuk dibuat ramalan, terutama bila melihat kes di Perak. DAP menafikan parti itu bersetuju dengan tokoh dari Pas dilantik sebagai MB.
Kerusi banyak DAP...jika dicampur Pas (6) dengan PKR (7) pun masih lagi banyak kerusi DAP. Kalau kedua-duanya gagal sepakat, jumlah kerusi Umno/BN lebih banyak yakni (28). Macam-macam kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh seminggua dua ini.
March 10, 2008 10:10 AM
4. wak hamad said...
Selasa 11 Mac 2008 | 3 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu
Awang Harun
Mon | Mar 10, 08 | 4:54:23 pm MYT
MARANG, 10 Mac (Hrkh)- Nasib Barisan Nasional Terengganu lebih baik kerana tidak seburuk rakan-rakannya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang mengakibatkan berlaku pertukaran kerajaan negeri.
Sebelum ini, Terengganu dan Kelantan menjadi tumpuan utama BN dan strategi membawa masuk pengundi 'luar' (hantu) kedua-dua negeri itu dilakukan sejak PRU Ke-11 lagi.
Namun begitu, senario kali ini tidak semudah disangkakan apabila berlaku kebangkitan rakyat serta gelombang inginkan perubahan.
Pada 8 Mac 2008 lalu, berlaku satu insiden di Kampung Rusila, Marang apabila penduduk setempat bertindak sendirian menahan dua buah bas yang disyaki membawa para pengundi luar, kira-kira jam 10.00 pagi tersebut.
Kedua-dua penumpang bas berkenaan ditahan serta diambil kad pengenalan masing-masing bagi tujuan semakan daftar pemilih di Peti Undi Rusila, Marang.
Harakah dimaklumkan, pengesahan dibuat membuktikan penumpang kedua-dua buah bas tersebut merupakan pelatih jururawat berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.
Mereka dikatakan telah didaftarkan sebagai pengundi di Peti Undi Rusila bagi menjatuhkan Presiden PAS dalam pilihan raya kali ini.
Polis yang menerima maklumat berhubung kes tersebut bergegas ke tempat kejadian serta meminta penduduk terbabit menyerahkan kembali sejumlah 58 keping kad pengenalan yang diambil itu.
Sehubungan itu, anak kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iaitu Muhamad Khalil telah tampil bagi membantu pihak polis mendapatkan kembali kad-kad pengenalan tersebut.
Sebaliknya, pihak polis bertindak agresif dengan menahan Muhamad Khalil di bawah Seksyen 25(1) (a) Peraturan Pendaftaran Negara kerana didakwa kononnya menyimpan kad pengenalan orang lain tanpa mempunyai kuasa sah mengikut undang-undang.
Insiden spontan itu, telah membangkitkan kemarahan anak-anak muda dan penduduk setempat bertindak menghalang serta 'bertempur' dengan pihak polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Dalam kejadian tersebut anggota FRU sekali lagi bertindak agresif dengan melepaskan lebih 20 butir bom asap (pemedih mata) bagi menyurai kumpulan orang ramai itu.
Ekoran insiden tersebut, Muhamad Khalil yang ditahan serta berada di dalam kenderaan pancuan empat roda polis tercedera di kepala akibat terkena serpihan kaca dan batu.
Kejadian tersebut mengakibatkan anak Presiden PAS itu terpaksa menerima rawatan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Rusuhan berlaku seketika akibat tindak balas penduduk setempat mempertahankan diri dari tindakan agresif polis dan anggota FRU terhadap orang awam di tempat kejadian.
Lebih 1000 orang awam terdiri dari kalangan penduduk setempat yang keluar mengundi bertindak mempertahankan diri dari keganasan pihak pasukan keselamatan.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaakob berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan setakat ini seramai 24 orang ditahan termasuk Muhamad Khalil.
Katanya, polis menahan 24 individu berusia 15 hingga 60 tahun di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 143 kerana berhimpun secara haram, Seksyen 36 (1) (n) Akta Pilihan Raya dan Seksyen 25(1)(a) Peraturan Pendaftaran Negara.
Presiden PAS, sekali lagi mempertahankan tindakan Muhamad Khalil bersama penduduk setempat menghalang serta menyekat pengundi luar pada insiden 8 Mac 2008 lalu.
Katanya, Khalil dan penduduk kampung Rusila bertindak cemerlang dalam usaha memulihkan demokrasi di negara ini.
"Dia (Khalil) dan penduduk kampung ini (Rusila) ditahan polis dan tercedera kerana terkena batu ketika berada dalam kenderaan polis dan saya berbangga dengan dia.
"Biarlah, dia (anak) kena tahan kerana berjuang menuntut keadilan dalam demokrasi yang semakin tercemar," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, Sabtu lalu.
Katanya, Muhamad Khalil bersama penduduk berjaya menahan dua buah bas yang disahkan pengundi berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.
Kejadian tersebut telah berjaya menyelamatkan kerusi PAS Rhu Rendang serta berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Marang dari tangan Barisan Nasional.
Keputusan pilihan raya menunjukkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan kerusi Rhu Rendang menewaskan calon BN, Razali Idris dengan majoriti 2,686 undi.
Manakala, bagi kerusi Parlimen Marang pula berjaya dirampas kembali menewaskan calon BN, Dato' Dr Ahmad Ramzi Zubir dengan majoriti 2,747 undi.
Tinjauan Harakah pada hari pengundi berlaku mana-mana tempat yang 'panas' serta berjaya menahan pengundi luar masuk ke tempat mengundi didapati akan dimenangi oleh calon PAS dalam Pilihan Raya ke-12 ini. - mr
BAGI WAK INI ALASAN PALING TOLOL, BAHLOL, BENGONG, GONG, GILA,TK POK DLM PRU INI. KALAU MENANG TUHAN TULONG,,,KALAU KALAH PENGUNDI HANTU ...BAKPO TAK MITAK DOA SEPAYA HANTU DITEGANU UNDI BULAN SERUPA HANTU DI KELATE UNDI BULAN?
KES TAGO BAS LAH PUNCA PAS TEGANU ALOH. DOK CCAYO KA HANTU TAK CCAYO KA TUHAN. WAK NAK BUI BIAR PARAK SBB PAS PUN ADA HANTU SEDIRI. MAT IRAQ ROYAK DAH DALAM MUKTAMAR HALAL PINDAH PEMNGUNDI UNDI MENANGKAN PAS. UMNO PUN BUAT LAGU TU JUGAK LAH.
BENDA NI BBADI CERDIK LAH ORE PAS TEGANU WEH.
PAS TEGANU ALOHNYA
SBB NYA IALAH PEMIMPIN PAS TEGANU AGAH, TAK SER MUNAJAT DENGAN TUHAN, RASA PADAN DENGAN POSTER DAN SEPANDUK BUAT NGAJING KA UMNO, KECEK BESAR, RASA MENANG DAH BILA UMNO BERKOCOH SAMA SEDIRI.
PADAN MUKA PUAK PAS TEGANU. BAIK GATUNG BATU PELIR ATAS TELINGA LA KALU LAGU NI.
PAS TU BILA KEDAH DAN PERAK PAS JADI MB SIBUK GETEK LAH PUAK TEGANU. BASO MUKA TAK MALU.
WAK HAMAD
MKJ RESPON: Kita kena kembali kepada takdir dan suratan-Nya serta hikmah. Allah Maha tahu kenapa disurat dan ditakdirkan berlaku macam keputusan PRU12. Cuba perhatian apakah keputusan PRU12 menyenangkan pihak yang menang atau menyenangkan pihak yang kalah.
Kalau saya jadi Pak Lah...KALAU...saya akan tarik subsidi pterol dan bahan bakar dan wang itu digunakan untuk tanggung kos bagi memastikan lebuh-lebuhraya tanpa TOL belaka. Kita cuba tengok berapa nilai selitter minyak yang kena dibayar, malah berapa harga gula akan melonjak sekilo.
Kalau dah kononnya kita ada minyak tetapi rakyat kena bayar minyak dengan harga yang mahal juga...kerajaan pusat cuba bertindak hanya sebagai pembekal minyak mentah ke negeri-negeri yang ditawan pembangkang untuk diproses.
Mudah-mudahan-mudahan harga minyak akan dapat dijual dengan harga dibawah daripada satu sen selitter kalau pun tidak akan dibina paip saluiran minyak dan gas ke setiap rumah secara percuma.
Mujurlah saya bukan PAK LAH.
March 10, 2008 4:11 PM
5. wak hamad said...
Assalamualikum .....
Wak ada lagi di kelate sampai air ahad inshaAllah.
InshaAllah wak akan pergi jumpa abe meli dalam tempoh terdekat.
Kalau tak gi kedah hari ini - nak gi tengok kerajaan baru kita
inshaAllah wak akan jumpa abg meli sehari dua ni lah.
Pertama Wak dok nanti kelih sapa jadi TMB dan EXCO di kelantan.
Apakah ulama yang berimej tok guru serupa Ustaz Mat Mustafa dan
Ustaz halim Chetok akan jadi TMB atau EXCO? Kita sama-sama
tunggu atau apakah YB yang bercirikan ketokguruan kekal jadi
simbol pun kita tunggu kelih jugak lah.
Kedua Di Perak wak nak nanti tengok apakah sah YB Pas jadi MB
merangkap boneka/belulang wayang kulit DAP.
Ketiga apakah kilang arak hak paling besar di PJ akan di tutup
kerana kerajaan BA tak bui lesen lagi.
Jumpa lagi.
Wak Hamad
RKJ RESPON: Waalaikumusallam! Datanglah ke pejabat. Saya akan ada di pejabat pada sebelah tengahari hingga petang. Saya pun tak sabar nak tengok macam mana kerajaan baru akan berjalan, khususnya di Perak.
Saya juga nak tengok macam calon tunggal Pas di Pulau Pinang agaknya macam memberikan alasan tentang boleh ke tidak untuk berpihak kepada kerajaan yang pemimpinnya kata kalau nak laksanakan Islam, langkah mayat dia dulu. Laku ke tidak suara Pas di DUN Pulau Pinang.
Calon PKR tak apalah kerana ianya kelahiran Umno juga...PKR terbentuk dari acuan yang serupa dengan Umno
March 10, 2008 4:12 PM
6. wak hamad said...
Kita jangan kutuk Wak Hamad lebih2 sangat.. nanti nasuk ICU sapa nak gi tengok dia. Tak apalah dia nak kata reverse psikologi ke apa ke... kita sekarang kenal siapa talam dua muka.
ALHAMDULILAH SETAKAT TUHAN BAGI NYAWA WAK TAK PERNAH MASUK SEPITAK KES SAKIT..MASUK KES TENGOK ORE SAKIT ADA LAH. WAK ADALAH AHLI PAS DAN MUKA WAK BERKIBLATKAN KEBENARAN. TAK KIRA SAPA WAK PALU KALU BUAT KIJO TAK BETUL.
Cuma saya nak tanya Wak Hamad, apakhabar bekas calon2 BNyang Wak Hamad ramalkan menang besar.
SBB TU WAK KATA FAZLI NI BUDAK KECIK. WAK SENGAJA PROVOK SUPAYA PUAK PAS KERJA KUAT. WAK BANYAK TERIMA PANGGILAN DAN SMS DARI ORE UMNO MARAH KA WAK KERANA MEMBUATKAN PUAK UMNO LEKA DAN ALPA DENGAN TULISAN WAK SAPA MANGGAK DAN AGAH BELUM MENANG.
WAK KATA WAK NAK BUAT GUANO..BBADI CERDIK LA MUGA SAMA-SAMA NAK MENANG.
KALAU RAMAI ORE PAS BERPERANGAI MACAM BUDAK FAZLI NI WAK YAKIN PAS AKAN KOH ATAU DEKAT DEKAT NAK KOH DALAM PRU KE 13. KALU TERIMA KEMANANGAN DENGAN TAWADDUK WAK RASA PAS AKAN MENANG LAGI.
APA PUN WAK UCAP TERIMA KASIH KEPADA CIKGU RAHIM YB KOTA BHARU HAK BUI PITIH PPAGI ARI LAGI 9 MAC 2008 KEPADA ANAK - ANAK WAK TANDA KESYUKURAN SEBBAB MENANG.
CIKGU RAHIM NI JENIS RETI KELIH RETI BEERSYUKUR DAN TAK AGAH.. PAKAI BAJU GUMBANG BURUK DAN TELEFON BURUK LAGI ...MASA BERJUMA DENGAN WAK TU LAH.
JUMPA LAGI
WAK HAMAD
MKJ RESPON: Cikgu Rahim memang jenis kenal antara tukang bodek dengan tukang bedal. Saya yakin dia kenal Wak Hamad. Dialah juga satu-satu tokoh Pas yang jumpa saya bila berlaku kes saya tarik balik permit Mingguan Wasilah dulu.
Bila saya tanya apakah isi kandungan Mingguan Wasilah merugikan Pas...dia kata bagi dia dok...malah koho molek. Tapi dia kata dia jumpa saya atas nama peribadi...bukan wakili parti. Cikgu Rahim adalah antara orang yang tahu hati budi saya. Kalau dia baca blog ni saya ambil kesempatan ucapkan tahniah.
Macam biasalah...sama ada Pas menang atau Umno/BN yang menang...saya akan elak dari dari berjumpa dengan pihak yang menang. Saya suka berpihak kepada pihak yang kalah kerana saya tak ada kepentingan. Lazimnya yang ada kepnetingan sahaja suka duduk di sebelah pihak yang menang.
March 10, 2008 4:30 PM
7. Anonymous said...
Mo;eklah wak gi kelih sediri gak...pah tu boleh pakat tahu...lepas ni rasanya ore di selangor senyum napak gusi belako dah...hiburan tutup belaka dah..basa puak-puak ore utan jah berehi ka hiburan ni..kadar jenayah akan turun..nya jadi pakat juruh habis lah weh...tol tak naik,,minyak turun dan segala mak nika kemudahan PERCUMA ...emm mudahnya hidup ore Selangor pah ni..
MKJ RESPON: Semua orang kena tumpang berbangga dengan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan semua tempat di selangor dan Wilayah Persekutuan bersih dari pusat-pusat hiburan dibawah kerajaan negeri baru. Bukit Bintang barang akan jadi zon bersih kegiatan kurang sihat.
Demi untuk kemudahan rakyat...patutlah kerajaan baru selangor dan negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang memberi subsidi TOL...pengguna lalu percuma dan kerajaan yang tolong bayarkan dibawah kategori subsidi.
Pak Lah jangan sekat...berikan kerjasama sepenuhnya. Sebelum ini Pak Lah dan PM-PM yang lepas tak boleh buat kerana tidak ada kepakaran di samping mengambil kira pelbagai sudut. Umno/BN patut mujur kerana dengan keputusan PRU12 apa yang tidak mampu dibuat oleh Umno/BN akan dibuat oleh kerajaan Barisan Alternatif. Ertinya kekalahan ada hikmahnya.
March 10, 2008 4:46 PM
8. Anonymous said...
Hak sore tu tanya wak dari KL ka, wak kata dari Kuantan. Dia tanya bakali napok pelik sbb wak galas beg laptop di belakang.Lepas bui kertas undi wak terus ambil dan pangkah calon hak wak nak lah.
WAK HAMAD NI BARE BETUL KO DOK....
NAK GI NGUNDI NYA GALAS BAG LAPTOP... BULEH MASUK KO WAK DLM DEWAN TU TPT NGUNDI TU?
TOK SOH DUK BUAL LA WAKKKKKKKKK,
WAK HAMAD NGAN MELI BARANG SAMO, ORE SERUPAAAAAA.
MKJ RESPON: Pendirian serupa...tapi Meli dan Wak Hamad bukan orang yang sama.Wak bertugas di Kuantan...saya di Kota Bharu
March 10, 2008 6:29 PM
9. Ambo said...
MKJ RESPON: Terkejut jugak saya rupanya saya dah terdaftar sebagai ahli Umno pun. Walhal saya tidak pernah pun mohon masu Umno pun sebelum ini. Saya juga ada sijil keahlian Pas...tak hairanlah kerana bin saya orang Pas...dia yang daftar tetapi saya dah tegaskan saya tak mau aktif dan tak mau jadi orang parti politik.
Mendaftar keahlian tanpa kebenaran boleh ke tidak? Apakah pada borang keahlian tidak perlukan tandatangan pemohon.
Kah......kah.....kah......
bekakas meli ni kecek bual sungguh, tekejut nampak dia terdaftar sbg ahli umno, baso kuba sungguh, demokan pernah royak kata demo adalah ahli PAS dan ahli UMNO, pah nak kejut bakpo nyooo...
Kawe raso la kalu demo royak nak masuk umno sebelum PRU12, bakali masuk TV demo, tp sayang muga lepah pilihanraya xdok harapan la demo nak masuk TV....
ko demo malu nak duk dlm PAS semula muga harapan dan firasat menggunung demo tu tak jadi kenyataan, pah demo malu ngan sendiri, kesihan demo ngaju nak isi borang umno ishhh...ishhh....ishhhh.... sabar deh.
Bini demo ko daftar demo masuk PAS, lagu berat jugak bini demo ni x jujur ngan demo, buat malu ngan namo Tok Ngulu jah, pah demo x marah ko dia daftar namo demo, demo ni jenis tok laki begapo???
MKJ RESPON: Kawe dulunya diajak jadi Ketua Penerangan Umno Cawangan Kijang Kencana. Kawe tolak dengan baik. Maso tu kawe Ketua Biro Harian Watan. Tengku Adenan Tengku Mansor tu big boss kawe...bokali orang Kijang Kenchana ingat kawe orang Umnolah. Kawe royat tak minat berparti politik. Ketua penaja hormati pendirian kawe.
Hak bowok masuk di Jalan Hamzah Lama ni kawe tak sedar. Kalau doh daftar sungguh mungkin kawe akan aktiflah untuk hadapi pilihanraua umum ke-13 kalau ada hayat lagi gat.
Bini kawe isi borang Pas kawe nak marah bakpo...bukannya kena tanggung sakit apa-apa-apa muga kawe tak aktif pun. Dia royat ni isi...isilah tapi kawe tak sir aktif. Orang suruh jadi ajk cawangan...kawe toksir...kawe kata kawe tak reti politi.
Kawe banyak kerja-kerja kemediaan...takdok masa untuk mmain politik. Cikgu Rahim atau Datuk Anuar Tan datang resmi mesyuarat agung cawangan pun di tingkat bawah rumah kawe...kawe tak campur pun...kawe tak pernah turun.
Lagi pun bini...bini punya pasal. Dia ada pendirian dia sendiri. Yang demo dok kacan suruh bini kawe berenti jadi tok ngulu...bini demo sedirinyo kkijo kuat setaro mano ko Pas? Demo sediri banyak mano ulur pitih untuk Pas nyo? Bini kawe memang dah bersedia untuk berhenti...katanya lepas rehat kerana kepenatan kerja untuk pilihanraya...dia akan jumpa Datuk Anuar Tan dan pimpinan Pas Kota Bharu, termasuk Cikgu Rahim untuk lepaskan jawatan kalau itu kehendak parti gat.
Kawe pun lebih suka dia duduk saja di rumah atau bantu saya uruskan perniagaan. Soalnya bini kawe dia minat politik...bukan kes pitih. Kalu nak kita pitih hak tubik hari-hari boktan wat kerja pati jauh lebih banyak dari elaun bulanan yang dia dapat sebagai tok pengulu.
Kawe pun tak tau kawe ni tok llaki lagu mano...redha bini kawe kerja untuk parti lebih dari bini tok wakil dan pimpinan Pas kerja untuk parti. Bokali kawe ni jenis nak mmunoh ko Pas lah gamoknya. Ko lagu mano? Kalu dok bakpo yang dok benar bini buat kijo ssukur sembe ko Pas nyo.
March 10, 2008 6:44 PM
Post a Comment
JUMPA LAGI MALAM NANTI!
Monday, March 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam....
Abg Meli..... guano pelik
MKJ RESPOND (20) xdok begapo hantar repond kosong jah
pelik bin ajaib ni.... ko xser respond doh?
Tajunm Respon . . .
Abe Li, nak keccek pasa orghe tino Abe Li sikit.
Terima kasih dan tahniah ko Abe Li kerana membenarkan orghe tino Abe Li bergiat aktif dalam PAS sehingga dilantik sebagai Tok Ngulu.
Hok dok gege dale blog ni Abe Li nak ambik hati ko? Mungkin juga penulis tu adalah puak UMNO/BN yang tak kene dengan kegiatan orghe tino Abe Li. Reverse Psychology jugak la tu!
Saya rasa, biarlah kalu dia nak aktif gak, dah minat dia nak buat macam mana. Takut nya nanti, tak berasap dapur kita, sebab kkeduh hati, protes la tu. Alamatnya make nasi bukuh la kita.
Tapi tak tahu lah pulak, takut Abe Li pun mari kene dia tak aktif lagi, sebab Abe Li sendiri pun dah istihar nak terjun dale UMNO. Napok gayanya rugilah parti saya ni.
Walau bagaimanapun saya rasa Abe Li ni jenis yang gentleman. Tak kan termakan dengan bobokan seperti tu. Tok soh dok ambik hati sangat la Abe Li wei . . . .
Salam. Blog ini antara blog yang wajib saya ziarah setiap kali saya on laptop. Saya cuba memaksa diri untuk membaca komen yang ditulis kerana hendak mencari point, maklumat atau hujah yang cuba disampaikan. Saya yakin mereka yang membaca blog ini adalah mereka yang bijak pandai, mengaji tinggi (kata ore kelate) tapi minta maaf saya sebut di sini, tidak ada adab. Tidak tahu akhlak. Apa Melayu kita kurang bahasa yang sopan, sehingga terpaksa menggunakan bahasa yang menjijikkan di sini sedangkan yang menaip dan membaca saya pasti, paling kurang ada diploma, pernah ngaji sampai tahap SPM. Berhati-hati menggunakan bahasa kerana ianya melambangkan siapa kita.
Saya hendak berkongsi artikel dari seorang sahabat yang berasal dari Perak mengenai negerinya yang mendapat MB baru. Saya tak akan 'cut and paste', jadi cuba link ini: http://saifulislam.com/?p=1563#more-1563
Semuga ada manfaatnya.. Minta maaf andai terkasar bahasa, semuga kita jadi manusia yang lebih baik hari ini dari hari semalam. Wallahu'alam.
RAKYAT Kelantan yang memenuhi bas-bas disediakan BN rupanya ‘kelik ngundi’ Pas! Mereka sia-siakan anak jati Kelantan cemerlang seperti Dr. Awang Adek!
Tengahari tadi... ada call dari Wak Hamad. Wak ni memang round sungguh nampaknya.
Katanya dia ada di rumah Dato Ilias... Wak ni memang round sungguh nampaknya. Bangkali jadual lawatan dia hari ni kawasan Bachok. Dah dia datang jale2 kat rumah boss kawe, maka kawe pun ambil kesempatan la gi sana jugok. Haaa... kpd sesapa yg kata atau percaya antara Wak Hamad dan Abe Li tu orghe yg sama... memang jenis hati berkarat hijau sungguh la.
Kawe ingatkan Wak ni orghe tuo... tapi bila jumpa, ensomm lagi orghenya, cuma kawe lagi ensom la.. hehehe (gurau Wak dehhh)
Dia dtg bersama rakannya yg mengenali Dato Ilias... (yang juga saling mengetahui orghe parti ghapo).
Di rumah Dato Ilias, macam biasa ada yg berkunjung dan bercerita begitu begini... berteori, bagi pendapat, bagi pendapat dan kekadang terlepas cakap/bahasa yg kurang enak didengar.
Kawe duk dengar saja kerana kawe memang tak suka bahagian membuat ulasan ni terutama kalau hanya berdasarkan dengar2 cakap.... tak ada fakta. Lagi pun kawe pegawai yg menguruskan sebahagian besar data & maklumat DUN Jelawat yg diperlukan oleh Dato Ilias. Bila kita menguruskan data & maklumat ni, kena faham2 la macam mana keadaannya... dan sebagai pegawai yg menguruskannya selalunya adalah lebih baik kita jangan cakap apa-apa, kita hanya berikan data & maklumat yg diminta sahaja... kpd orghe yg layak sahaja. Kalau pegawai data dok buat bekecek di kedai kopi, habis jaja sepanjang jale... mampuh la tokey.
Tak sempat sembang2 pun dgn Wak Hamad... hanya sekadar bertanya perkara2 asas tentang diri masing2.
Bila mrk beredar... tak sempat pulak tanya... lepas tu ke mana pulak jadual lawatan mrk... mungkin rumah Cikgu Aziz di Kedai Gunong atau mungkin jumpa Nasharuddin (Nasaruddin duduk kata mana eii semasa bertanding di Bachok ni?)
Tapi yang tentunya semasa di rumah Dato Ilias tadi... Wak Hamad dan rakannya itu ditunjukkan/diberi maklumat yg agak mengejutkan oleh Dato Ilias. Ghapo dio... tungguuuuu!
Dan kpd Wak Hamad atau orghe2 PAS seperti Fadzli... krn kawe tahu lebih kurang benda2 yg cam tu lah maka bila kawe lihat gambar Nik Aziz menitik air mata atau gambar dia berdoa di setiap tiang letrik.... dale hati kawe hanya kata.... ciss!
Yang paling mengejutkan ialah bagaimana DAP dapat melonjakkan kuasa politiknya dengan bantuan Pas dan PKR.
Kini DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia memerintah Pulau Pinang dan dominan di Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan sentimen perkauman tebal para pengundi Cina dan India yang ‘bersatu’ menerusi undi kaum masing-masing, di sebalik BN melayan banyak tuntutan mereka.
Maknanya yang ‘menang’ dalam percaturan ini ialah politik Cina dan yang kalah orang Melayu – makin berpecah dan kelihatan lemah kuasa politik.
............SESUATU YANG TIDAK DIRELAKAN BUMI YANG KITA PIJAK DAN LANGIT YANG KITA JUNJUNG INI SUATU HARI NANTI MENJADI MILIK ORANG LAIN......
Yang paling mengerunkan, kebangkitan kombinasi PAS.DAP.PKR kerana DAP dengan PAP Singapura daripada benih yang sama dimana fahaman kontemporari parti-parti ini adalah Yahudi.
Kalau dihayati maksud hadis yang diriwayatkan oleh MUSLIM " Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. beliau berkata Bahawa Rasulllah s.a.w. telah bersabda : Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejenkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan mengekori mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah NasYahudi dan Nasrani yang engkau meksudkan?, Nabi S.a.w menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.
Huraian hadis ini secara ringkasnya ialah Yahudi sentiasa mencari jalan untuk merosak, melemah dan melumpuhkan kekuatan orang-orang Islam.
Bumi yang kita pijak ini dibina dengan air mata, darah dan keringat dengan sekelip mata menjadi milik orang. Relakah kita.............
Abang Li, perbanyakkan penerbitan ke arah membenihkan bibit-bibit kesedaran demi untuk mengekalkan ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. sekian.
RAKYAT Kelantan yang memenuhi bas-bas disediakan BN rupanya ‘kelik ngundi’ Pas! Mereka sia-siakan anak jati Kelantan cemerlang seperti Dr. Awang Adek!
Tulah ore kata...ore bachok sendiri pun nya nya pakat undi ore negeri semile..pah sapa nak tolong ore bachok...kalu ore bachok sediri kita tok se.
Post a Comment