Tuesday, March 11, 2008

MKJ RESPON (21)B

SAYA ambil kesempatan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar kerana malam ini saya akan berada di kilang cetak bagi urusan mencetak Fajar Islam untuk mula diedar pagi esok.

Komen-komen yang diterima adalah sebagaimana berikut;

5 Comments - Show Original Post
Collapse comments

1. Shifu67 said...
BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu
Awang Harun
Mon Mar 10, 08 04:54:23 PM

MARANG, 10 Mac (Hrkh) - Nasib Barisan Nasional Terengganu lebih baik kerana tidak seburuk rakan-rakannya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang mengakibatkan berlaku pertukaran kerajaan negeri.....

>> Nampaknya hanya di Ghanu saja lagi yg terdengar cerita pasal pengundi hantu ni. Maklumlah PAS masih kalah disini. Sedang PAS Ghanu masih terkial2 untuk meneruskan cerita dongeng pasal pengundi hantu dan ketidak telusan SPR... rakan2 mrk yg lain dah tutup cerita itu.

>>Rakan PAS Ghanu di Kelantan, Kedah, Perak & Selangor dah buka cerita betapa kemenangan mereka kerana mendapat pertolongan kuasa Allah yg kononnya memakbulkan doa 'pejuang2 Islam'. Mereka dah tutup cerita pasal pengundi hantu.

>>Hanya PAS Ghanu sahaja lagi yg masih percayakan hantu dan mereka sekali lagi lupa bahawa bukan mrk sahaja yg pandai berdoa, malahan mungkin doa mrk tidak dimakbulkan oleh Allah kerana perangai samseng ajaran tok guru buncit mrk sendiri.

>>Tapi sebenarnya PAS ni serupa sahaja.... bila kalah mrk tak ingat langsung dengan kehendak takdir dan kekuasaan Allah... kat Kelantan dan Kedah tu hanya kerana mrk menang sahaja baru ingat ke Tuhe (Allah)... kalau kalah, iman mrk sama je dgn yg ada di Ghanu tu...


MKJ RESPON: Tak apalah Cikgu, rakyat dah boleh membuat penilaian. Keputusan PRU12 ada hikmahnya. Selangor akan ada TMB India dan Cina...itu yang diperjuangkan dan itulah yang rakyat telah berikan, sebuah kerajaan integerasisme. Tentu sangat molek dan mustajab untuk sebuah negara majmuk. Dalam tempoh empat tahun rakyat akan nilai dan tengok-kelih berapa kelab malam akan bertukar menjadi surat di Selangor, Pulau pinang, Kedah dan Perak.

Belum apa-apa di Perak dan keluar gambar, kononnya MB Perak dari Pas walaupun DAP ada 18 kerusi, PKR ada 7 kerusi dan Pas cuma ada 6 kerusi sahaja. Nampak sangat betapa Pas gila dan baukkan kuasa dan jawatan MB. Tentu rakyat tidak mahu tengok 18 kelab malam akan bertukar menjadi surau di Perak tetapi dapat tukar 6 kelab malam menjadi surat pun jadilah.

Di Kedah dan Kelantan saya yakin orang Umno pun boleh terimalah...kalau pun tidak secara terang-terang tetapi dalam bentuk bisikan hati kecil. Di kedua-kedua negeri pasti akan lebih ramai orang masjid dari orang yang ketika azan bergema di masjid/surau madrasah, masih ada yang bertumah di kedai-kedai kopi berbual dengan asap rokok berkepul-kepul.

Di Pulau Pinang...tengoklah macam mana nanti wakil rakyat tunggal Pas akan guna hukum dari kitab mana untuk sokong dasar kerajaan. Selepas kerajaan BN ditumbangkan di Pulau Pinang...pasti nasib bangsa pertuanan Pulau Mutiara itu akan lebih baik...setidak-tidak akan ada sebuah kelab malam bertukar menjadi madrasah setiap tahun hasil perjuangan wakil rakyat tunggal Pas.

PKR tidak boleh digantung harapan kerana landas perjuangan mereka bukan negara Islam kerana keahlian PKR terbuka kepada semua kaum yang menganut pelbagai agama. Kalau kelima-lima negeri membuktikan mampu menjadi lebih baik, harga minyak lebih rendah, barangan keperluan lebih murah, segala cukai cemukai dekenakan dengan rendah dan orang tua dapat imbuhan sara hidup macam Brunei...PRU13 rakyat akan beri mandat memerintah seluruh negara.

Kalau sekadar hanya beretorik untuk tempoh 4 atau lima tahun, maka rakyat tidak akan mengambil risiko ulangan untuk menghadapi persaingan hidup yang lebih sukar berikutan dengan cabaran hidup sedunia juga bertambah sukar. Pak Lah dan anggota kabinet boleh rilekslah sikit kerana tak kena banyak fikirkan tentang banyak negeri sebagaimana sebelumnya.

Lima buah negeri akan menjadi tanggungjawab kerajaan alternatif untuk fikirkannya tentang apa perkara sekali pun, termasuk soal pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Pak Lah dan anggota kabinet hanya terpaksa memberi perhatian kepada tujuh negeri yang bekerajaan-negerikan BN. Cuma kalau lima negeri minta tolong...kena tolonglah sekadar yang patut...kalau mereka tak minta tolong...tak payahlah Pak Lah dan anggota kabinet nak baik hati
.

March 11, 2008 6:34 AM
2. rajaman62 said...
Di kawasan saya di P.64 dan N.27, pengundi Melayu mengundi DAP untuk menambahkan kemenangan Lim Kit Siang dan Su Keong Siong tanpa pernah mengenali dan bersemuka dengan mereka berdua.

Tetapi undian diberikan kerana Lim Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sangat efektif. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membela nasib rakyat melalui PERANANnya di Parlimen dan dikenali sebagai the sworn enemy of corruption, abuses of power and gross mismanagement . Pengundi beliau di P.64 berbangga menghantar Ahli Parlimen yang paling aktif, malah menjawat jawatan Ketua Pembangkang dengan berkesan. Ia jauh lebih membanggakan berbanding dengan pengundi di P.41 yang menghantar sang penidur dan punca kemerosotan partinya sendiri.

Begitu juga dengan Thomas Su yang menjadi ADUN di N.27 Pasir Pinji harus mengambil peluang dari mood 2008 untuk mendekati penduduk Melayu di Kampung Pasir Puteh dan PAS Kawasan boleh memainkan peranan untuk menjadi orang tengah dalam memobilisasikan Thomas Su agar lebih mesra dengan pengundi Melayu.

Ia adalah peluang belajar untuk semua.

DAP dan PAS yang lebih berkepelbagaian, bersama PKR yang boleh banyak berperanan untuk menjadi pendamai antara dua dimensi DAP dan PAS… akan menghasilkan formula terbaik untuk Malaysia.

aalimraan-54.jpg

“Dan mereka itu pun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya” (Aal Imraan 3 : 54)

Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Abang li...setelah saya baca petikan di atas, sedih pilu sampai ke sum-sum tulang dan hati kecil tertanya-tanya adakah bangsa ku telah didominasikan oleh bayangan Yahudi
.

MKJ RESPON: Walaupun bagi orang Pas komunis adalah golongan tak bertuhan...malah sebijak-pandai Dr Syed Husin Ali yang mahu bertanding di Parlimen Kota Bharu atas nama calon PKR di tolak kerana dia bekas Presiden PSRM, namun saya turut berpegang kepada kata-kata Allahyarham Rashid Maidin, Haji Abdullah CD dan Haji Abu Samah mhd. Kasim.

Mereka kata, mereka yang tidak pernah mengalami kesusasahan dalam perjuangan untuk bnagsa dan negara macam mereka rasa (anggota Melau PKM) mereka boleh memandang mudah dengan kenikmatan kemerdekaan sebuah negara. Mula saya tak berapa jelas dengan maksud mereka.

Membaca komen yang anda kata bila membacanya anda sedih pilu sampai ke sum sum tulang dan hati kecil...saya mula nampak betapa kerana egosme anak bangsa yang tidak tahu nilai ketuanan...maka soal ketuanan dan nasib ketuanan tidak menjadi perhitungan. Saya yakin mereka yang bangga dengan kejayan bersama Pas, PKR dan DAP akan menyesal tak sudah.

Kejayaan Pas boleh kita banggakan...kejayaan PKR pun boleh kita banggakan walaupun kebanggaan kita tak sepatutnya sama kualitinya dengan kebanggaan kita terhadap kejayaan Pas dan Umno...tetapi kejayaan parti yang pemimpin kata kalau nak laksanakan pemerintahan Islam langkah mayat dia dulu...sepatutnya bangsa pertuanan patut periksa ada ke tidak barang di celah kelangkang.

Bermain politik jangan melampau. Bencikan sesama sebangsa jangan berdoahan. Ingatlah masa kita sihat kawaan keliling pinggang...tapi bila kita sakit...tempang, tepak dan terlantar sakit...siapa yang akan pedulikan kita kalau bukan sdarah daging sendiri
.

March 11, 2008 9:52 AM
3. wak hamad said...
WAK HAMAD NI BARE BETUL KO DOK....
NAK GI NGUNDI NYA GALAS BAG LAPTOP... BULEH MASUK KO WAK DLM DEWAN TU TPT NGUNDI TU?
TOK SOH DUK BUAL LA WAKKKKKKKKK,
WAK HAMAD NGAN MELI BARANG SAMO, ORE SERUPAAAAAA.

Penjelasan,

Masa wak sampai depan sekolah tempat mengundi tu ore tak ramai lagi. Wak memang biasa bawak sokmo laptop takut nak tinggal dalam kereta sbb ada alat scanner yang boleh tahu dalam kereta ada laptop atau tidak. Bukan kesan laptop saja tetapi kesan sama semua muga hak ada gelombang serupa walkie talkie dan telefon.

Banyak kes pecah kereta di KL kerana ore nak curi laptop dan memandangkan di Kelantan Darul Islam pun tidak laksana hudud wak takut lah nak tinggal laptop dalam kereta. Tu ja ya Wak bawak bukan nak menyohor.

Benda lagu tu tidak dilarang untuk di bawa masuk. Polis hak dok jaga saluran tu tengok saja tak kata apa-apa eh.

Mengikut akta pilihanraya laptop buleh di bawa masuk. Kamera pun buleh bawak masuk. Masa pilihanraya tahun hak dulu wak ambil gambar lagi , minta tolong polis ambil gambar wak masuk kertas undi dalam peti undi. Untuk kenang-kenangan sbb pilihanraya ni jenis 4 tahun sekali bukan hari-hari.

Hak tak leh bawa masuk ialah semuya benda yang ada lambang parti tak kiralah topi ka payung ka ,t shirt ka , botol air mineral ka , ibu kambing ka.

Sekian untuk makluman semua.


MKJ RESPON: Tak apalah Wak apa orang nak anggap pun. Pokoknya kita kena istiqamah bahawa kalau kemenangan untuk punah masa depan bangsa pertuananan...lebih baik kita kalah...malah bagi saya kekalahan bersama jati diri lebih bermoral.

Tunggu enam bulan atau stahun akan datang...blog ini Insyallah akan saya teruskan...nadanya pasti akan berbeza dari kalangan mereka yang pernah berbangga dengan kemenangan di Perak, Pulau pinang dan Selangor.

Kemenangan di Kelantan dan Kedah saya yakin orang Umno...malah Pak Lah sendiri pun secara tersirat tumpang bangga. masalahnya macam mana dengan Perak dan Selangor. Nampaknya dalam proses pengagihan rampasan perang dah timbul semacam ketidak-selarian pandangan dan pendirian.

Apakah orang Selangor akan bangga bila mereka ada TMB berbangsa Cina dan India. apakah orang Perak akan berasa pilihan mereka betul apabila MBnya adalah dari DAP atau setidak-tidaknya bilangan terbesar anggota exconya adalah orang DAP dan MB dari Pas atau PKR umpama Prsediden Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kalau perlembagaan dijadikan alasan...maka kelebihan kerusi DAP cuba dinafikan...macam mana dengan nilai amalan demokrasi? Ertinya kemeangan di Perak adalah kemenangan bermasalah dan bangsa pertuanan yang membanggakan kemeeangan itu juga bermasalah.


March 11, 2008 5:07 PM
4. wak hamad said...
Semalam aturcara wak agak padat, pagi dalampukul 9 gi ke pejabat abg meli tapi masih tutup, lepas tu gi makannasi dagang dengan bekas penyelia sebuah dun di wakaf stan, lepas tu gi berjumpa mata dengan pegawai penerangan UMNO berbual panjang jugak, lepas tu gi rumah dato Illias di teratak pulau , wak hello ka cikgu saiful cikgu saiful pun sapa rumah Datuk Ilias berkecek lebih kure,

lepas tu gi makan tengahari dengan bekas wakil calon pas di kepala gertak pasir mas salor, lepas tu gi wkaf stan sekali lagi atar saing wak tu dan alah balik dalam pukul 3 lebih singgah di pejabat abg meli.

Penyambut tetamu kata Cik Li baru tubik dan wak faham org media ni sibuk sokmo maka wak kirim salam la. InshaAllah wak akan gi lagi ke pejabat abg li.


MKJ RESPON: Molek-moleknya kalau wak nak datang ke pejabat saya, kena telefon dulu. Maklumah saya ni tok peraih...kena ke hulu ke hilir...nak pastikan cukup bulan anak buah boleh gaji...sewa pejabat dilunasi...kos cetak pula kena bayar tunai setiap minggu.

Saya tak ada sesiapa yang sponsor...modal kena cari sendiri. Nak jual saham pun syarikat saya enterpise...bukannya dari kelas Sdn Bhd atau Berhad. Nantilak kalau perlu nanti saya boleh Sdn Bhdkan saya...bolehlah Wak labur...Cikgu Shifu labur dan beberapa orang yang lain labur.

Kalau setiap orang labur RM10,000 setipa seorang...kalau jumlah pelaburnya 50 orang, modal terkumpul dah RM500,000. Kalau ada RM500,000 modal pusingan saya dah boleh terbitkan 10 judul penerbitan. Sekarang ini status syarikat saya tidak membolehkan saya menerima pelaburan kerana perundangan tidak membolehkan saya terima pelaburan walaupun ada yang menawarkannya. Nak pinjam saya tak berani...takut dibayar dengan sedikit keuntungan nanti akan tak halal pula jadinya
.

March 11, 2008 5:16 PM
5. wak hamad said...
Kepada yang sedang bergembira dengan kemenangan Pas di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sukacita dinyatakan

bahawa kemenangan tersebut bukan bererti kemenangan ugama Allah. Ia hanyalah kemenangan segolonganmanusia yangmengaku

beriman kepada Allah tetapi tidak mengzahirkan keimanan tersebut melalui perbuatan dalam konteks perbuatan orang-orang menang.

Dalam konteks Kelantan selepas berteriak tangis pada dinihari 7 Mac lalu di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, penyokong Pas sebahagiannya

kembali menjadi angkuh, sombong, berkecek besar, ego dan tak sedar ke diri. Tindakan menganjing, mengejek orang-orangUMNO sangat

berleluasa dan ini bukanlah akhlak orang yang beriman.

Dalam konteks negeri pula kemenangan Pas hanyalah sambungan kepada mandat yang diberikan pada penggal lalu. Menyambung empat

penggal kegagalan kepada satu penggal yang baru.

Gagal untuk melaksanakan hukum hudud dengan alasan kerajaan pusat tidak membenarkannya (malangnya usaha menyedarkan rakyat tentang kepenting hukum hudud pun macam dah dilupakan), gagal untuk mentarbiah rakyat Kelantan agar

tidak merokok, tidak makan gula membuang sampah di merata-rata, jaga kebersihan masjid dan surau,
gagal untuk memberikan pekhidmatan yang efisyen kepada rakyat- kalau nak tahu sila berurusan dengan Pejabat kerajaan Negeri),
gagal untuk merubah akhlak rakyat supaya berakhlak dengan akhlak Islam
dan gagal untuk merubah aqidah rakyat supaya beramai-ramai kembali kepada agama tauhid.

Tidak ada apa - apa yang luar biasanya dengan kemenangan tersebut. Berhala dan rumah penyembahan agama bukan Islam semakin bercambah, mat rempit dan mat pit semakin bertambah , jenayah juga amat menggerunkan , sampah masih menjadi landscape bandar-bandar di Kelantan.

Maka untuk penggal kelimanya penyokong Pas di Kelantan akan terus syok sendiri dan tenggelam dalam ilusi "puak kita syurga belako dah".

Ini berlainan sekali dengan kejayaan Islam apabila Nabi Muhammad s.a.w. mentadbir Negara Madinah. Keberkatan turun mencurah,

perpaduan dan ikatan persaudaraan terjalin kejap , tidak ada penghinaan dan ejekan satu pihak kepada satu pihak yang lain. Manusia mengutamakan saudaranya sehingga sanggup kehausan dan kelaparan asalkan saudaranya dapat meneguk sesudu air dan secebis buah kurma.

Agenda pembasmian kemiskinan nabi membuatkan rakyat Madinah merasa sungguh bertuah bernaung di bawah limpah nikmat agama Ilahi bukannya merasa terpencil dan menjadi alat politikus meraih undi seperti di negeri Kelantan ku ini.

Bergembiralah wahai orang-orang Pas sebelum datang saat-saat disumpah generasi anak cucu kerana bumi yang dipijak dah jadi milik orang.
ejek lah sesama seugama asalkan bangsa asing menjadi ketua, walaupun terpaksa menebalkan muka memohon menjadi exco agama atau menjadi mb sekadar memenuhi kehendak undang-undang tubuh negeri.

Orang-orang UMNO memang bangsat, jangan dekati mereka, himpitlah yang punya kuasa walau sekadar menjadi pengemis di muka tangga
kuasa. Selamat bergembira wahai orang Pas di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Orang-orang Pas di Kelantan bolehlah untuk terus merasa senang kerana majoriti sudah bertambah berlipat kali ganda dan tak mungkin roboh

lagi kubu kuasa di Kota Darulnaim, gelak-gelaklah orang UMNO kerana mereka bukan saudara, saudara kita ialah mereka yang yang punya

banyak kuasa, banyak sponsor untuk membiayai perbalahan sesama bangsa
.

MKJ RESPON: Saya setuju dengan Wak. Kemenangan Barisan Alternatif dalam PRU12 adalah kemerangan bermasalah. Orang Pas khususnya tidak akan terima kenyataan ini dalam tempoh terdekat...tetapi bila timbul kes MB Perak dah tersiar dalam akhbar tetapi kemudiannya belum sah lagi...mereka pasti mula nampak apa yang bakal terjadi, yang pasti realitinya nanti tidak akan seindah mimpi.

March 11, 2008 5:22 PM

JUMPA LAGI!!!!!!!!!!!!!

13 comments:

wak hamad said...

March 12th, 2008 (1 hour ago) « 155 Comments »
The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.

Apa khabar org Pas Perak dan pengundi-pengundi DAP dari bangsa Melayu beragama Islam?

Orang UMNO org utan, Org DAP orang begapo pulok? Wak minta pakat-pakat mmikir...dan tolonglah berterima kasih kepada UMNO Perak yang membuat undang2 tubuh negeri memastikan MB orang Melayu Islam.

wak hamad said...

PUNCA PAS TEGANU ALOH - DARI LAMA TRANUNGKITE


Tuan Guru patut muhasabah diri, kenapa dalam gelombang rakyat menolak BN, tetapi PAS gagal di TRG, sedangkan ianya menjadi target PAS, lebih dari Kedah sendiri. Tuan Guru juga perlu mendidik anak2 buahnya di Rusila supaya menjadi lebih berhemah, berakhlak mulia & cerdik agar tdk termasuk perangkap lawan, bukannya berperangai samseng dan kaki gaduh. Kita hendaklah menunjukkan akhlak yg mulia hatta kpd musuh, itulah ajaran Islam tulen. Sikap suka bergaduh dgn musuh adalah bawaan militan & syiah. Contohilah Tuan Guru Nik Aziz, yg amat dihormati hatta oleh org2 UMNO sendiri!

Kalau kita ambil analogi Ayoh Chik menang Parlimen Marang, maka beliau tetap relevan, maka juga bermakna Pak Lah juga masih relevan kerana masih menang di Kepala Batas!

Kita masih menangisi kehilangan Ustaz Fadzil Noor, yg amat hebat daya kepimpinannya & pandai politiknya. Beza antara Uztaz Fadzi & Tuan Guru Haji Hadi, adalah umpama beza Mahathir dgn Pak Lah bagi UMNO.

PUNCA PAS TERENGGANU TEWAS:

1) Calun Bermasalah.

Terdapat calun bermasalah yng tidak diterima oleh akar umbi tapi masih lagi diangkat menjadi calun. Calun ini memnag dikenal pasti tidak amanah dan menyelewengkan wang parti. Tambahan pula terkenal kerana menunujukkan kemewahan kepada orang-orang kampung tapi masih lagi dipilih kerana memakai JUBAH BESAR MELERET, BERJAMBANG LEBAT DAN SERBAN BESAR.

2) Tiada slogan seragam
Selogan p.raya berbagai-bagai ikut kawasan, kalau hulu Trg slogan YB Anak Haram, Kemaman runtuh Masjid, setiu Rampas tanah, Yg seragam hanyalah AWAS PENGUNDI HANTU AKAN KAMI KERJAKAN! Kalau dulu Cuba Try Sekali amat berkesan, bahkan negeri2 lain gunakan BN=Barang Naik secara menyelurh amat berkesan.

3) Pimpinan Ahli UMNO(CALON BESUT)
Isu ini yg dimainkan oleh UMNO pada kempen saat2 akhir dikawasan tertentu gagal ditangkis sama sekali bahkan tidak ada penafian oleh individu terlibat!!!

4) Tidak Menerima Cadangan Akar Umbi
Tuan Guru amat bergantung kepada nasihat orang2 kanannya dan samasekali tidak mendengar pandangan org2 bawahan dalam pemilihan calun. Walaupun ada calun2 yg digugurkan kerana terlalu parah tapi terdapat lagi muka2 lama yg bermasalah dan juga calun2 baru tapi berfikiran era 80an, dengan mengangap cukup saja dengan penampilan serban jubah dan ke masjid secara autmatik akan dipilih oleh rakyat. Bahkan mengejutkan juga kerana ada calun yg sanggup lobi membawa pimpinan hingga ke JORDAN dgn duit parti utk melobi. Ini berlaku dalam PAS terenggganu!!

5) Asas Wakil Rakyat
Seperti faktor diatas berjubah dan berserban bukanlah syarat wajib utk w.rakyat tapi wakil rakyat mestilah sntiasa boleh didekati tanpa jurang pemisah dengan rakyat. Contohnya Rasol Wahid disukai kerana sikapnya snetiasa berada dengan masyarakat, samada dikedai kopi atau dipasar. Tapi calun2 kita hanya berada di markas PAS saja, masjid UMNO pun tak masuk. Belum lagi tempat lain yg sepatutnya bermasyarakat. Memang akhlak Islam adalah asas tapi perkara2 tersebut juga perlu ada.

6) Isu Rusuhan Rusila
UMNO telah lama memainkan isu dengan kain rentang dimana-mana PAS PARTI RUSUHAN. Mereka memnag telah bersedia dengan pengundi hantu dan terus dihantar ketempat mengundi diiringi dengan polis dan dengan wartawan, memnag nyata mereka hendak kenakan PAS. Mereka berjaya mempengaruhi pengundi2 disebelah petang. PAS TRG patut belajar dengan PAS Kelantan bgaiamana menangani pengundi hantu sehingga hantu itu sendiri mengundi PAS. sepatutnya PAS Terengganu mempersiapkan peraih2 undi dengan kata psikologi hingga mereka takut untuk memnagkah BN. bukan dengan poster untuk bertempur. Kerana mereka gunakan budak2 kolej, budak2 ini boleh kita pengaruhi kerana mereka diperalatkan tapi perlu kepada perancangan lebih awal dan teraur.



KOMEN WAK:
PAS TEGANU PERLU MALU DENGAN SAMMY VELLU, ONG KA TING DAN KOH TSU KOON.WAK ADA DI RUSILA DENGAR HJ HADI MENGAJAR PADA 7 MAC 2008, SEHARI SEBELUM P RAYA. DOK NGAJAR SERUPA DULU LAGI.. WAL HAL ESOK NAK MENGUNDI...TAK DA IDEA NAK BUAT SERUPA KELANTAN MUNAJAT SUNGGUH2 DENGAN TUHAN.

ISU KULIAH PUN ISU LAMA ..DOK ULANGISU LAMA....HUDUD HUDUD HUDUD
KALU BULEH MEMERINTAH.

MEMANG WAJIB LAKSANA HUDUD TAPI TENGOK LAH FIQH AWLAWIYAT.

TAKKAN BILA MMEMERINTAH NAK BUAT HUDUD SAHAJA. BENDA LAIN BANYAK JUGAK HAK KENA BUAT.


HAK WAK NAPOKNYA KULIAH TU HANYA BERI UNTUNGKEPADA PENIAGA.ADA HAK JUAL TEMBAKAU JUAL ROKOK, JUAL IKAN DAN JUAL SAJI DAN MACAM2 ANEKA BARANG. SELAGI HJ HADI TAK BELAJAR DARIPADA SAMMY VELLU SELAGI TU LA PAS TEGANU TAK LEH MEMERINTAH. ORG PAS TEGANU KENA PPAKAT PERO LAGILAH ULAMA YANG
TAK IKUT PERKEMBANGAN ZAMAN. ORG UMNO TENGOK HARAKAHDAILY 4-5 KALI SEHARI PRESIDEN PAS TENGOK SEKALI SEHARI- DIA NGAKU SEDIRI KA LUTFI HARAKAH.

MOLEK JUGAK BN KUASAI LAGI TEGANU ADA JUGAK HASIL BOLEH TENGOK HIGHWAY SIAP. UNDI PAS BULEH BEGAPA KALAU PROJEK TAK DAK AKHLAK PUN TAK DAK.SETAKAT NAK BERJUAL DI RUSILA PAS KALAH PUN BULEH BERJUAL.

wak hamad said...

DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak
12/03/2008 8:34pm


KUALA LUMPUR 12 Mac – Sebanyak 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, petang esok.

Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata, tindakan itu dibuat kerana pelantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas sebagai Menteri Besar masih belum menerima mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

komen wak:

NAK DENGAR KOMEN ADUN SALOR DULU LAH.

wak hamad said...

lagi daripada laman terangkite:

1) Terdapat CALON PAS BERMASALAH yg tidak diterima oleh ahli2 pas sendiri sperti di RANTAU ABANG,ramai pengikut PAS yang tak setuju dengan calon yang dipilih.UNDI PAS kerana parti jer.Pilih lah yang macam WAKIL RAKYAT SURA SEKARANG,sangat di sukai semua golongan..TABIK PADA USTAZ WAN HASSAN

2) Ada PIMPINAN PAS YANG KALAH DLAM PRU11 LARIKAN DIRI,ketika PAS kalah teruk dlm PRU11,pimpinan PAS tidak datang menjenguk ahli2 di akar umbi,mereka bergerak sendirian.bila ada PILIHANRAYA,,baru nampak muka...mau jadi calon lah tu...cari sokongan...



RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI...
HAK MOLEKNYA SUSUN SEMULA DEWAN HARIAN PAS TEGANU KALAU SEMUA ADA BUAH ZAKAR (KECUALI KETUA DEWAN MUSLIMAT LA).

Anonymous said...

Malam ni selepas solat hajat di surau memohon kehadrat ilahi agar dipermudahkan segala urusan perlantikan MB Terengganu.

Masa yang terluang ini ingin saya untuk kongsi rasa, kongsi pengalaman dengan mereka yang menyilau blog ini.Sebenarnya masih terbuku dihati dengan sinario politik kini dan berita terbaru DAP akan pulau angkat sumpah perlantikan MB Perak yang dipilih dari PAS.

Sebenarnya apa yang hendak saya perkatakan di sini ialah WALAUPUN SUDAH SEDIA MAKLUM OLEH SEMUA KEPIMPINAN PAS BAHAWA DAP SECARA TERBUKA MENOLAK NEGARA YANG BERORIENTASIKAN ISLAM, NAMUN PAS TETAP BERKERJASAMA.

Siapa Kit Siang pada kacamata PAS, yang dulunya bagitu lantang tanpa segan silu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan harapan jawatan Perdana Menteri dapat dilantik secara bergilir.

Kini usaha Kit Siang ke arah itu sudah menampakkan hasilnya walaupun tidak dapat dimiliki secara mutlak
dan kini gandingan antara bapa dan anak dengan dibantu dua parti Melayu untuk mencapai matlamat yang satu.

Kenapa kepimpinan PAS tidak mengerti dengan alasan yang kerdil iaitu "Jika Nabi Muhamad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam iaitu kaum Yahudi sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP".

Kata peminpin PAS itu lagi "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan PAS tidak mendirikan negara Islam". (Kota Darul-naim menjadi saksi).

Semenjak tahun 1999 lagi Haji Hadi juga dengan lantang meminta semua rakyat bersatu bersama di bawah kepimpinan PAS, DAP dan PKR untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional untuk mendirikan kerajaan baru.

Jelasnya pada mereka ini bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hina- dina walaupun mereka tahu UMNO yang memertabatkan Islam di negara ini sebagaimana yang terdapat dalam perlembagaan UMNO. UMNO juga secara serius dan praktikal terus memperjuangkan KETUANAN MELAYU. Oleh sebab syarat dalam perlembagaan tubuh UMNO sendiri fasal 4(3) memperuntukkan setiap ahli bergabung mestilah menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO, maka semua parti komponen gabungan kongsi kuasa bersama UMNO sentiasa sahaja menghormati UMNO dan bersetuju dengan kepimpinan Melayu.

Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dengan membunuh UMNO maka ketuanan Melayu di bumi bertuan akan hilang. Kalau kurang tepat mohon Abang Li atau Wak Hamad perbetulkan firasat saya ini.

Sekian.

Anonymous said...

Kalau benar serupo laporan wak royak...nampaknya pas dan dap takkan ada pesepakatan ...dan perak takkan dapat menjadi contoh Malaysia Baru seperti kata Abu Saif blogger orang perak.

Anonymous said...

Fajar islam ada ke kat kedai buku tingkat bawah KB Mall...saya berminat nak baca nampak isu pun menerik...

Anonymous said...

Tapi yang tentunya semasa di rumah Dato Ilias tadi... Wak Hamad dan rakannya itu ditunjukkan/diberi maklumat yg agak mengejutkan oleh Dato Ilias. Ghapo dio... tungguuuuu!

Dan kpd Wak Hamad atau orghe2 PAS seperti Fadzli... krn kawe tahu lebih kurang benda2 yg cam tu lah maka bila kawe lihat gambar Nik Aziz menitik air mata atau gambar dia berdoa di setiap tiang letrik.... dale hati kawe hanya kata.... ciss!

NAK TUNGGU SAMPAI BILA CIKGU SHIFU WEH, RASANYA TAK SABAR NAK TAHU...

Anonymous said...

Tajunm menulis . . .

Banyak pihak telah menyuarakan pandangan tentang pakatan yang dibentuk oleh PAS, DAP dan PKR. Ada yang mengalu-alukan, ada yang sangsi dan ada juga yang mengeji.

Apa pun, rakyat telah bersuara. Tak perlulah lagi bagi sesetengah pihak memberi pandangan negatif, sekadar untuk meraih simpati dan memuaskan hati sendiri. Tak perlulah mengemukakan pelbagai alasan lagi. Kalau nak bercakap juga, muhasabahlah diri sendiri. Rakyat telahpun membuat pilihan, oleh itu hormatilah keputusan tersebut.

Kukuh atau rapuh? Kita tunggulah dan pasti dapat dilihat dalam PRU13 nanti.

Ketiga-tiga parti sudah pasti akan membina satu pakatan yang teguh. Sudah pasti mereka tidak mahu memerentah untuk 5 tahun sahaja. Sudah tentu setiap langkah yang dibuat akan mengambil kira kepentingan dan kehendak semua pihak, semua bangsa. Pastinya juga setiap langkah yang diambil itu tidak dapat memenuhi kehendak setiap orang. Kita akan dapat melihatnya nanti sama ada ramai yang menerima atau lebih ramai yang menolak. 5 tahun bukannya lama.

Janji menifesto! Rakyat Malaysia adalah antara yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi di dunia. Rakyat boleh menilai janji mana yang boleh ditunaikan dan yang mana tidak. Rakyat tahu aspek mana yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan yang mana dalam bidang kuasa kerajaan pusat. Tidak perlulah kita api-apikan perasaan rakyat supaya menuntut kerajaan pakatan ini melaksanakan janji-janji mereka yang tidak dapat dilaksanakan; atas sebab sekatan undang-undang. Tak perlulah kita mendesak pakatan ini menurukan harga minyak. Namun, jika mereka menerajui kerajaan pusat, pastinya tindakan tersebut dapat dilaksanakan.

Sewajarnya, pakatan ini membina satu tembok yang kukuh. Kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, serta kerajaan BA di Selangor, Pulau Pinang dan Perak harus membentuk satu persekutuan di peringkat pusat. Setiap langkah yang hendak diambil harus disepakati di peringkat ini dan dilaksanakan di setiap negeri. Dengan cara ini rakyat dapat melihat suatu penyelarasan fikiran dan tindakan. Segala prasangka dan pertelagahan dapat diminimakan.

Sudah tentu dalam situasi ini banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Umum mengetahui, baik PAS, DAP atau PKR mempunyai asas perjuangan yang berbeza dan disokong oleh kalangan yang berbeza. Namun dalam keadaan masih lemah, wajarlah kepentingan sendiri diketepikan dahulu. Penyokong juga harus memahami keadaan ini. Langkah ini adalah penting untuk membentuk kerajaan yang kuat dan dapat bertindak atas kepentingan bersama.

Walau apapun, sama ada kerajaan pakatan ini benar-benar diterima rakyat atau tidak, akan terjawab 5 tahun lagi. Semua pihak dalam pakatan ini tidak harus merasa selesa. Corak pemerentahan dan tindakan akan dinilai sebelum ditentukan.

Anonymous said...

DAP bela orang Melayu?

SAYA adalah penyokong Pas yang mula menyokong perjuangan parti itu sejak awal remaja kerana tertarik dengan gagasan Islam.

Tetapi alangkah kecewanya saya apabila melihat Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berjabat tangan dan kelihatan gembira bersama para pemimpin DAP atas kejayaan menjatuhkan sebuah pemerintah yang seagama dengan mereka.

DAP kini sudah pun mengorak langkah di Pulau Pinang dengan menolak pelaksanaan DEB, yang sekali gus memperlihatkan matlamat mereka untuk menutup terus peluang orang Melayu dan Islam di negeri itu untuk maju dari segi ekonomi.

Malah prinsip Pas yang selama ini tidak bekerjasama dengan DAP juga seolah-olah dilupakan semata-mata ghairah untuk berkuasa sekalipun terpaksa menggadai nasib orang Melayu di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Di Perak dan Selangor, Menteri Besar kerajaan baru itu nanti ialah orang Melayu sebagaimana Undang-Undang Tubuh negeri.

Tetapi jelas sekali beliau hanya akan menjadi boneka DAP kerana DAP mempunyai jumlah kerusi terbanyak berbanding parti pembangkang lain.

Lantaran kuasa kerajaan pembangkang di Perak kini dipegang oleh mereka. Justeru tidak mustahil apa yang berlaku di Pulau Pinang bakal berlaku di Perak.

Saya sebagai seorang penyokong Pas amat kecewa dan terkejut dengan kesediaan parti itu bekerjasama dengan golongan DAP yang menentang gagasan negara Islam, sehingga akhirnya membentuk kerajaan negeri Perak.

Mengapa tidak mereka rasional, mengetepikan ideologi parti dan memikirkan nasib bangsa Melayu dan Islam di Perak, seandainya kerajaan yang diterajui oleh DAP berkuasa.

Tidak sedarkah mereka bahawa golongan ini hanya memperalatkan mereka untuk meraih kuasa?

Tidak sedarkah bahawa golongan ini sekadar mengambil kesempatan di atas perpecahan bangsa Melayu dan kini ketawa melihat kebodohan bangsa Melayu?

Saya masih ingat fatwa Haji Abdul Hadi Awang, yang menghukum orang UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi fikirlah apakah status pemimpin-pemimpin Pas yang bekerjasama dengan golongan kafir sekarang?

Saya dengan ini bertekad tidak lagi akan menyokong perjuangan Pas kerana jelas mereka sekadar memperalatkan Islam untuk kepentingan mereka sendiri.

Kepada wakil rakyat Pas di Perak, ingatlah balasan Allah kepada mereka yang bekerjasama dengan musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan ingatlah betapa besarnya dosa anda kepada kami umat Islam di Perak seandainya anda masih tegar dengan niat anda.

– AM PIAN,

Tapah.

Anonymous said...

DAP bela orang Melayu?

SAYA amat menyesal dengan keputusan pilihan raya umum yang lalu. Saya juga terfikir kenapa rakyat terutama orang Melayu begitu mengikut perasaan tanpa memikirkan masa depan bangsa dan negara kita?

Kini DAP memerintah di Pulau Pinang dan dominan di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lihat sahaja Pulau Pinang, sebaik sahaja angkat sumpah, Ketua Menteri baru, Lim Guan Eng bertindak untuk membebaskan negeri itu daripada DEB. Dalam bahasa lain, ia bermakna pemansuhan. Inikah yang dikehendaki oleh orang Melayu terutama di Pulau Pinang?

Tahukah anda DEB digubal untuk memastikan orang Melayu yang sebahagian besar masih ketinggalan dalam menikmati sedikit keistimewaan dalam mendapatkan kontrak kerajaan. Jika ini dihapuskan, mampukah orang Melayu untuk memasuki tender dan berlawan dengan syarikat Cina yang diketahui lebih berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kuat?

Orang Cina juga seakan-akan tidak faham bahawa walaupun mereka tidak dapat kontrak terus daripada kerajaan tetapi bukankah kebanyakan kerja disubkan kepada mereka? Barang-barang pembinaan juga dibeli daripada peniaga Cina, yang menguasai industri tersebut dan rantaian pembekalan. Inilah sebabnya DEB digubal, jika kontrak dapat pada orang Melayu, orang Cina juga dapat hasil daripadanya. Tetapi jika dapat terus kepada orang Cina, mahukah mereka membeli barang binaan daripada orang Melayu?

Cubalah fikir dan sedar wahai orang Melayu yang tidak berfikir sebelum membuat keputusan. Kerajaan kita sentiasa menjaga hak kita sebagai rakyat asal negara ini dan dalam masa yang sama menjaga hak kaum lain. Jika selama ini kaum Cina dan India kononnya dipinggirkan, masakan boleh ramai usahawan Cina membuka dan memenuhi gedung, kedai di setiap bandar di Malaysia? Begitu juga orang India yang semakin ramai berjaya sebagai profesional seperti peguam, doktor dan usahawan.

Sekarang orang Melayu sendiri menderhaka kepada bangsa sendiri. Lihatlah apa akan jadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Saya rasa negeri itu akan jadi Singapura yang kedua jika kerajaan tidak tegas dengan pendirian yang diambil.

Janganlah masih melimpahkan kekayaan Kerajaan Pusat ke Pulau Pinang, sebaliknya jagalah rakyat yang menyokong kerajaan seperti di Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tunjukkan kepada rakyat yang menyokong penuh kerajaan bahawa undi dan kepercayaan kami dihargai. Jika tidak anda akan lihat lebih banyak negeri di Malaysia akan terlepas kepada DAP.

Kaum Cina amat sukar difahami, mereka hanya akan bersama dengan orang yang boleh membawa untung kepada mereka. Inilah sikap mereka dulu, kini dan selamanya. Sebaliknya orang Melayu pula sudah lali dengan sikap mengagungkan kaum lain selain bangsa sendiri. Buruk sangatkah pihak kerajaan sehingga anda sanggup menggadai maruah dan negeri kepada kaum lain?

Adakah anda fikir setelah DAP menerajui Pulau Pinang, mereka akan memberi kontrak kepada orang Melayu? Tentu mereka akan menjaga penyokong DAP dan kaum mereka sendiri?

Siapa juga yang menerajui kerajaan akan menjaga orangnya sendiri, jadi janganlah mengatakan kerajaan sekarang hanya memberi kontrak kepada kroninya sahaja. Perkara ini juga berlaku di Kelantan, dan akan berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Sedarlah wahai orang Melayu, ingatlah pepatah kita ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Hang Tuah pernah berkata: ‘‘Takkan Melayu hilang di dunia’’, tetapi orang Melayu kehilangan hak dan negara.

– ANAK MELAYU TANAH MELAYU.

wak hamad said...

Tetapi alangkah kecewanya saya apabila melihat Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berjabat tangan dan kelihatan gembira bersama para pemimpin DAP atas kejayaan menjatuhkan sebuah pemerintah yang seagama dengan mereka.


WAK PUN TERKEJUT JUGAK TAK SEMPAT ANGKAT SUMPAH LAGI MB, USTAZ MAT AWANG DAH PAKAI TIE WALAUPUN NAMPAK TIE SENGET. BAKPO WAJIB KENA PAKAI TIE KE KALU NAK MENGADAP
RAJA, BASO BABUK PJ PERAK NI,

KENAPA TAK LEH PERTAHAN PAKAI JUBAH SERUPA SEKALA? TUANKU TAK MARAH EH PAKAI JUBAH ASALKAN BUKAN JUBAH BUSUK. ORG AKAN NAMPAK BELUM APA-APA SUDAH BERLAGAK.

wak hamad said...

Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa dengan membunuh UMNO maka ketuanan Melayu di bumi bertuan akan hilang. Kalau kurang tepat mohon Abang Li atau Wak Hamad perbetulkan firasat saya ini.


BUSUK-BUSUK UMNO PUN RETI MANDI WAJIB...COMEL-COMEL TOKOH DAP PUN
TOLAK KEESAAN ALLAH DAN KERASULAN NABI MUHAMMAD.

PAH TU BAKPO TOKOH PAS BULEH BERDAKAP DENGAN TOKOH DAP TAPI TAK SER BERSALAM DENGAN ORG UMNO?

SBB NAMPAK UNTUNG DARI SUDUT POLITIK, NAK KUASA, NAK CARI PITIH , ITULAH SAUDAGAR KUASA YANG RELA
DISUMPAH ANAK CUCU ASALKAN TEMBOLOK KENYANG...HUKUM 'HARAM BERPAKAT DENGAN BUKAN ISLAM' DAH DILUPAKAN, TUJUAN DAN CITA-CITA PAS UNTUK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM PUN SUDAH JADI BAHAN SEJARAH.

WALLAHU AKLAM.