Thursday, March 13, 2008

MKJ RESPON (22)B

SYUKURLAH kerana setelah menghadapi pelbagai rintangan, bilangan 2 Fajat Islam siap dicetak kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dan akan mula berada di pasaran pagi esok. Hari ini anak buah mengambil rehat.

Hasrat mahu fullcolour keseluruhan halaman Mingguan Wasilah belum tercapai kerana masalah mesin yang digunakan bagi mencetaknya tidak membolehkannya ianya dicetak fullcolour untuk kesemua 48 halaman.

Kami serahkan kepada pembaca untuk memberitahu rakan-rakan jika ianya menarik dan beritahu kami segala kelrmahamn untuk kami atasi. Kami berharap Fajar Islam akan mampu berperanan sebagai wadah dakwah yang diminnati ramai dalam tempoh yang singkat.

Dalam keadaan mata yang belum boleh dibuka dengan luas seperti biasa dan sebelum saya ke Kulian Tok Guru (mudah-mudahan tidak ditangguh macam minggu lepas), saya ambil kesempatan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar sebagaimana berikut;

11Comments -
WritePostCollapsor();

1. Fadly ramly said...
PAS memang dah lama kufur.alasan aku :1) HAJI HADI kata UMNO bersekongkol dengan MCA dan MIC tu kufur, haram makan sembelihan mereka. tapi alasan aku, ALLAH SWT sendiri telah menyatakan JANGAN bermusuh dengan kufur yang telah MENGIKAT PERJANJIAN SETIA (kontrak sosial) dengan kita, lagipun apa yang BN buat tu betul...kita masih menjadi pemimpin dan org bukan Muslim berkongsi kuasa memimpin pengikut mereka dan kita tak pernah ada masalah...kecuali bila si HADI ni membuat fatwa melalui AMANAH TAGHUT dia SEDEKAD lepas.Adakah seorang ulamak tersohor dunia, (kata mereka antara TOP ulamak di dunia!) boleh tak baca Quran??? dia ikut kitab taghut mana tu?2) HAJI HADI memang biadap dan kurang ajar serta celupar, buktinya dia angkuh dan sombong. ini artikel dari TKO:Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat perkara penting yang menjadi isu sekarang dalam sidang medianya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.Perkara itu adalah:1) Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.2) PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.3) PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.4) Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan. Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.okay, dia kata dia tak ada masa...nanti dia tau laa...rumusan :sebenarnya jangan dia ingat dia menang tu, ALLAH favour dia lebih dari pak lah...ALLAH sengaja nak menyeksa dia dengan kesombongan dia selama ni.WAHAI HAJI HADI...Insaflah!


MKJ RESPON: Orang alim ni dia rujuk banyak kitab. Mungkin dalam satu kita kata bersekongkol dengan MCA dan MIC tidak boleh kerana TIDAK ADA pemimpinnya kata kalau nak laksanakan pemerintahan cara Islam langkah mayat dia dulu.

Ada pun dalam satu kitab yang lain pula, bekerjasama (bersekongkol) dengan DAP dibolehkan kerana ADA pemimpin DAP kata kalau nak laksanakan Islam langkah mayat dia dulu. Barangkali antara keduanya....DAP termasuk dalam apa yang dikatakan zinni.

Kita yang tak alim mana...sekadar tahu ala kadar arah kiblat ni kena akurlah pada pandangan dan fatwa orang alim....kalau tidak kita akan disenarikan sebagai ahli neraka dan nama kita tak akan disenaraikannya dalam syuruga.

March 13, 2008 1:53 AM
2. fadly ramly said...
nampak nya pas akan berpeluk eratdgn dap utk bentuk kjaan di perak...ni aku nak tanya..akan jd kapir kah barua2 pasbila berdakap dengan dap untuk bentuk kjaaan???muhahaha kalu ikut fakwa separuh gila pasterang2 pas akan jd kapir sebabbersengkoNkol dgn dap yg musuh islam tu utk betuk kjaan..tp muahaha fatwa pas macam biskut jeekejap kapir..tp bila pas sendiri yg buat hukum nya akan bertubah jd harus kalau pun tak jd wajib...aku heran cam mana org melayu leh percaya parti pas yg terang2 main2 kan hukum islam tu???SEKALI LAGI AKU NAK TANYA..JADI KAPIR ATAU TIDAK PAS PELUK2 GAN DAP UTK BENTUK KJAAN DI PERAK??? KAPIR KE TIDAK????PAS MMG MUNAPIK!!!


MKJ RESPON : Apa yang dah saya respon di atas bolehlah dirujuk sebagai jawapan kepada apa yang anda keluhkan. Dia orang punya banyak kitab yang boleh dibelek dan dirujuk. Umno kerjasama dengan MCA dengan MCA dianggap janggal...pimpinan Pas berpelukkan dengan orang DAP dianggap manis dan wajar.

3. fadly ramly said...
Memang jadi munafik ler... PAS.Sekarang kerajaan campuran berlaku di Perak walaupun dilantik WAKIL PAS sebagai MB. Tetapi Melayu yg jadi mangsa bila PAS menjadi alat dan segala keputusan mutlak di buat oleh DAP secara tidak langsung. Nampak jer MB dari PAS tapi faham2 jer lah.. majoriti kemenangan siapa.. Tak kerana syarat di Perak.. DAP lah MB..DAP memang dah rancang lama untuk dapatkan Perak kerana Perak adalah negeri yg banyak sumbernya dan kali ni berjaya. Setelah undi Melayu berpecah kpd BN, PAS, PKR.. yg untungnya DAP..Majoriti Melayu Perak tak sangka yg DAP menang.. suara dari rakyat melayu d Perak tak kira dari BN, PAS, PKR. Kebanyakan kini mula berfikir sesuatu akan berlaku selepas nie..Siapa nak bela suara2 melayu? Nak harapkan MB PAS.. cuma jadi "dummy" jer..Ramai telah mula berfikir nasib Melayu d Perak... itulah suara orang Melayu di sana yg sedang mula diperkatakan... Kalau ada suara orang perak disini.. need more info sikit..p/s: Orang melayu PKR menjadi alat DAP untuk memecahkan Melayu Perak secara tidak sedar.Yang rugi, MELAYU. DAP merancang, Melayu Meruncing



MKJ RESPON: Sejarah mencatatkan kejatuhan kerajaan Melayu kerana Melayu sama ada kerajaan Melayu Tumasek, Kerajaan Melayu Melaka mahu pun kerajaan Melayu Pattani.

March 13, 2008 1:58 AM
4. fadly ramly said...
Sebagai muslim, jgnlah kita mudah mengkafirkan/memunafikkan sesiapa.Melainkan muslim tersebut secara terangan berkata, keluar dari mulutnya perkataan sedemikian. Jgn kerana ikutkan perasaan, kita lupa utk bela saudara semuslim kita.Pernah berlaku zaman Saidina Ali-Muawiyah berselisih pendapat, dtg org Rom menerusi utusan mereka menawarkan pertolongan kpd Muawiyah tetapi apa balasan Muawiyah kpd utusan Rom? (Bermaksud lebih kurang begini: "Kamu (org ROM) jgn masuk campur dlm urusan kami! kami (muslim) ini berselisih sesama kami, sesama adik beradik kami shj. Perkara kecil. Jika diikutkan, kami lebih bersedia mengumpulkan kekuatan kami, adik beradik kami mengerang negara kamu (ROME) dari berperang sesama sendiri." (lebih kurang camu la)Sbb itu kena beringat, dlm tiap perkataan yg kita lafazkan... silap haribulan memakan diri, menjerut leher sendiri.Ambil pengajaran dari Fatah - Hamas di Palestin. Yg merana siapa? rakyat Palestin. Seronok Israel tgk org Islam bertekak sesama adik beradik.Crying or Very sadInilah natijahnya bila Melayu mengutamakan ideologi dari memandang realiti. X kan x perasan mimik muka Pengerusi DAP Perak masa sidang media? Muka penuh dgn riak bongkak dan dendam. Ntah macamana nasib Melayu Perak selepas ini. Seharusnya ini menjadi pengajaran buat semua Muslim...



MKJ RESPON: Nasib Melayu Perak selain kena ditanggung oleh Melayu Perak sendiri...ianya akan turut mencalar-balarkan harga diri da reputasi bangsa Melayu seluruhnya. tapi apa nak dikataka....nasi sudah mendai bubur. Sebenarnya mencegah lebih baik dari berubat....kes di Perak dah cukup kronik...kalau duibedahkan harapan untuk selamat dalam keadaan 50-50.
March 13, 2008 2:02 AM


5. fadly ramly said...
Pulau Pinang -Kaum Cina Bersatu dan Melayu terpaksa MerayuKerajaan negeri baru Pulau Pinang telah ditubuhkan di mana menyaksikan Lim Guan Eng kini menerajui negeri tersebut. Kita juga dapat melihat bagaimana Pemangku Pengerusi Gerakan yang juga bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut hadir dalam apa juga majlis yang diadakan mahupun dalam majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang Baru ini untuk memberikan sokongan kepada kerajaan baru DAP.DAP juga telah menyeru agar Pemangku Parti Gerakan Datuk Koh Soo Khoon agar menarik kembali hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Pemangku Pengerusi Gerakan. Hubungan merka begitu akrab , dimana kita boleh membuat kesimpulan orang-orang Cina di Pulau Pinang kini telah bersatu.Lain pula dengan kaum Melayu yang telah membuat kunjungan hormat dengan Ketua Menteri Baru dan merayu agar hak mereka sebagai orang Melayu jangan dipinggirkan. Orang Melayu di Pulau Pinang terpaksa merayu untuk hidup untuk terus bernafas di negeri kelahiran mereka. Ini tidak pernah berlaku sewaktu BN tunggak pimpinan di negeri itu.DEB yang memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu kini telah tiada lagi. DEB yang dirancang untuk menaikan ekonomi orang Melayu kini telah dikuburkan oleh pemerintah gabungan dua parti pembangkang , DAP dan PKR.Bangsa Melayu kini perlu membayar kembali kesilapan dan kerakusan mereka yang mengundi tanpa memikirkan nasib anak bangsa mereka dan mengundi kerana sifat sakit hati apabila terlalu banyak menerima fitnah-fitnah dari mereka-mereka yang gilakan kuasa.Kini , sistem tender terbuka yang mahu diamalkan oleh Pemerintah baru Pulau Pinang sememangnya kelihatan seperti adil, namun kita lupa akan kemampuan syarikat.-syarikat orang Melayu tidak akan dapat untuk bersaing dalam mendapatkan tender yang akan dibuka.Cina akan terus memperkukuhkan kedudukkan mereka di Pulau Pinang.Pulau Pinang kini kian hampir mengikuti jejak langkan abang mereka , Singapura , Orang Melayu akan sekali lagi menggigit jari khususnya anak jati Pulau Pinang
.


MKJ RESPON: DEB bukan hanya ditentang oleh DAP tetapi juga oleh Pas. Saya tak pasti macam mana persepsi PKR terhadap DEB. Mungkin DAP dan Pas ada formula untuk mewujudkan dasar yang lebih telus dan tulus dari DEB yang kata orang Pad DEB itu bukan untuk orang Pas. kita tunggu dan lihat.


March 13, 2008 2:06 AM
6. fadly ramly said...
Majlis angkat sumpah MB Perak dibatalkan13/03/2008 4:53pmIPOH 13 Mac – Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Besar yang dijadualkan petang ini dibatalkan.Pembatalan itu dipercayai masalah pembahagian kerusi exco di kalangan kerajaan gabungan yang terdiri daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari Pas, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar petang ini.
March 13, 2008 2:07 AM



MKJ RESPON: Bunga-bunga balah kerana kertamakkan untuk mendapatkan rampasan menampakkan culanya. Kalau pun kerajaan campuran DAP-PAS-PKR berjaya ditubuhkan, hati masing-masing dah retak dan terguris dan akan meletakkan dalam keadaan rertak menunggu belas.


7. Anonymous said...
reo minyak di 5 negeri turun: kelantan minyak urut, perak minyak lintah, kedah minyak gamat, pulau pinang minyak buah pala, selangor minyak rambut.tahniah kerana berjaya mrenurunkan harga minyak-minyak berkenaan



MKJ RESPON" Minyak petrol, minyak diesel dan minyak tanah macam mana. Tak 'kan nak isi tangki kereta, tangki motosikal dan pasang pelita minyak tanah dengan minyak gamat, minyak buah pala, minyak urut, minyak lintah dan minyak rambut.


March 13, 2008 2:08 AM
8. Anonymous said...
rego minyak kini turun di 5 negeri: kelantan minyak urut, perak minyak lintah, kedah minyak gamat, pulau pinang minyak buah pala, selangor minyak rambut.tahniah dan syabahs BA kerana berjaya menurunkan harga minyak-minyak berkenaan



MJK RESPON: Ulang komen yang sama ni


March 13, 2008 2:11 AM
9. fadly ramly said...
MASALAH TAMAK UNTUK MEMBAHAGI WANG ROMPAKAN TERJADIHUH TERINGAT CERITA P. RAMLEE.SATU ENGKAU PUNYASATU AKU PUNYA- SATU HASSAN ALI PUNYA(TMB), SATU TAN SERI KHALID PUNYA(MB) - HABIS AKU PUNYA TMB MANA...KATA DAP.



MKJ RESPON: P. Ramlee manusia yang agak istimewa dan mendahului zaman. Banyak apa yang dijenakakan dalam filem-filemnya muncul sebagai realiti dalam kehidup sekarang ni. Saya diberitahu walaupun orang di luar dunia filem gambarkan beliau dengan macam-macam perlakuan yang tidak baik...beliau dikatakan pengamal tariqat...macam Haji Mahadi anak kepada Said Linggi....pengasas dan pengamal tariqat yang masyhur.


Macam mana pun tak banyak yang menulis tentang P. Ramli, Haji Mahadi dan orang-orang filem yang menjadi pengamal tarikat. Mudah-mudahan akan ada penulis biografi akan menulis mengenai orang filem pengamal tariqat suapa dunia filem dan hiburan tidak dilihat sebagai suatu bidang yang penuh dengan aktiviti kemaksiatan dan kemungkaran.

March 13, 2008 2:13 AM
10. Anonymous said...
HARGA MINYAK TURUN! Berkuatkuasa pada 11/03/2008.BA telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak seperti yang terkandung dalam manifesto pilihanraya 2008 bagi negeri-negeri berikut sahaja:1. KEDAH - Minyak Gamat2. PENANG - Minyak Pala3. Kelantan - Minyak Mestika4. PERAK - Minyak Kelapa5. Selangor - Minyak RambutDiskaun 50% juga akan diberikan kepada sesiapa yang menjadi ahli!



MKJ RESPON: Yang sah turun adalah minyak geris jika dilumur dijadikan minyak rambut. Masa saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi dulu berlaku kes yang agak melucukan berhubung kes minyak geris ni.


Sewaktu perhimpunan dan mentari mula memancar...ada minyak yang menitik ke atas baju yang dipakai. Guru Besar yang sedang berucap berhenti berucap bila berlaku sedikit kerbisingan. Seorang guru menghampiri pelajar yang mana minyak menitis atas bajunya.


Cikgu tanya minyak rambut apa yang dipakai...pelajar itu kata minyak rambut yang dibebeli di kedai secara bersukat. Dulu minyak rambut ada yang dijual cara sedemikian...begitu juga dengan minyak geris.

Pelajar itu rupanya tidak beritahu minyak apa yang nak dibeli...sebaliknya ditunjuk kepada penjual untuk barang dan nak dibeli dan penjual pula tidak tanya untuk apa pelajar berkenaan beli minyak yang ditunjukkan itu, mungkin disangka untuk dibubuh pada rantai basikal.


Guru yang menghampiri pelajar terbabit cuba menghidu minyak di kepala pelajar terbabit dan kemudian memanggil guru-guru lain untuk turut hidup sama dan masing-masing mengesahkan bahawa pelajar terbabit melumur minyak geris dirambutnya yang disangkat minyak rambut.


Bajunya habis berminyak dan pelajar itu kemudiannnya di gelar dengan 'Wahab Minyak Geris' oleh para pelajar di sekolah berkenaan. Kalau nak rasa minyak turun, cuba lumurlah minyak geris di kepala dan berjemur tengah panas.

11. Shifu67 said...
>>Kickdefella kata.....PAS Bukan PARIA!Pinggan tak letak, nasi tak dingin. Kit Siang tak hendak, rakyat tak ingin!. Usaha memPARIAkan PAS adalah usaha memPARIAkan rakyat. Jika Lim Kit Siang gagal mengawal emosinya jangan ingat rakyat pun tidak akan gagal mengawal emosi mereka.Rakyat Malaysia sudah buktikan bahawa mereka menyanjung usaha meMalaysiakan politik Malaysia tetapi, Lim Kit Siang anak beranak jelas gagal memperjuangkan semangat Malaysia. Jelas, Lim Kit Siang masih melihat Barisan Rakyat masih Cina, Melayu, Cina, India, Cina, lain-lain, Cina, Islam.Usaha mencemari bumi Maharajalela dan mengkhianati perjuangan Pasir Salak jelas sekali mencabar rakyat Malaysia. Di dalam pemilihan Menteri Besar dibumi tumpahnya darah J.W.W Birch, Sultan Perak berhak membuat pilihan dengan memilih yang Baginda fikirkan terbaik. Dalam hal ini, Tuanku telah memilih seorang Jurutera bertauliah berbanding dengan seorang Bekas Posmen. Baginda tentu mahukan yang terbaik untuk negeri baginda dan rakyat di bawah naungannya. Apakah pembatalan upacara angkat sumpah ini sebagai petanda baginda sudah murka di atas ketiadaan muafakat dikalangan tiga parti yang berlagak mahu bersatu menubuhkan kerajaan.Di dalam hal ini, jelas sekali, apapun terjadi, nampaknya kemenangan 8 Mac 2008 kepada rakyat kini tidak lain sekadar menang sorak, kampung tergadai. Terima kasih kepada Lim Kit Siang anak beranak......>>Kawe kata....Pade muko.... muko sapa?... muko kou, aku dan kamu2 semua orghe Melayu. Tak payahlah nak ulas ghapo2 dah, mugo selama ini perkara2 seperti inilah yg UMNO/BN uruskan dalam senario pilitik tanahair yg penuh tekanan dari suku-sakat DAP yg terang2 diluar BN atau dari keturunan mrk yg ada dalam BN.Sekarang Kickdefella baru nak mempersoalkan Lim Kit Siang anak beranak.... kenapa? kau baru kenal ke dia?TAKBIRlah sementara masih ada kesempatan ini sebelum kau betul2 jadi paria atau pun mungkin lebih teruk drp orang utan.Teruskanlah TAKBIR mu apabila satu persatu kerusi dimenangi DAP sedangkan PAS & PKR hanya menang sorak. Ibarat.... PAS & PKR berpanas berpeluh bergulai, DAP yg makan isi dengan nasi briani... PAS & PKR cicah kuah dgn roti.


MKJ RESPON: Apa pun yang terjadi...kena tunggu empat atau lima tahun lagi untuk ubah keadaan. DAP tidak mungkin boleh setuju dengan Pas kerana dasar kedua-dua parti jauh macam langit dengan bumi...tidak mampu untuk sampai oleh seribu tahun perjalanan Apollo.

Apa yang berlaku di Perak akan berjangkit ke Pulau Pinang dan Selangor, malah tempiasnya pasti akan terkena Kedah dan Kelantan juga. Untuk menjadi leader kepada parti yang mempunyai lebih kerusi seperti di Perak....syaratnya mungkin paling tidak pun DAP menuntut kerusi ahli mesyuarat majlis-majlis daerah di negeri-negeri yang diperintah oleh BA sama leder adalah Pas mahu PKR.

Rakyat selaku para pengundi sudah mula nampak betapa mereka telah bermain api dalam PRU12 yang bukan setakat terbakar tangan, tetapi telah turut terbakar rakyat, negeri dan bangsa sendiri.

March 13, 2008 8:47 PM
Post a Comment

JUMPA LAGI!!!!!!!

4 comments:

wak hamad said...

Kisah pelancong Singapura disangka pengundi hantu di Terengganu
Oleh Berita Harian Singapura
Jumaat, 14 Mac 2008
MEREKA seronok ingin melancong ke Terengganu sambil merasai bahang pilihan raya di negeri itu pada hari mengundi Sabtu lalu.

Namun, 'bahang' itu terlalu hangat bagi rombongan seramai 26 pelancong dari Singapura itu.

Sedang mereka dalam perjalanan ke Kuala Terengganu sekitar 4.30 pagi pada 8 Mac lalu, bas yang mereka naiki menjadi 'mangsa' serangan batu oleh beberapa penduduk di situ.

Menceritakan pengalaman agak menakutkan itu, salah seorang pelancong, Cik Mokhtar Bebe, 55 tahun, berkata semua penumpang sedang lena tidur apabila mereka dikejutkan oleh bunyi yang kuat.

'Ketika itu, kami fikir ia satu kemalangan. Mungkin batu tercampak. Tetapi kurang lima minit kemudian, beberapa ketul batu lagi menghujani kaca tingkap bas kami,' ujar suri rumah sepenuh masa itu.

Pegawai pelancongan Babus Salam Holidays, yang memimpin rombongan itu, Cik Kalsom Ismail, berkata beliau menjenguk ke luar tingkap dan ternampak sekumpulan penunggang motosikal yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Rombongan tersebut ketika itu berada di kawasan Kampong Rusila di Marang.

'Mereka tunggu di tepi jalan. Begitu ramai, tak boleh dikira,' katanya.

Keadaan di Marang semasa hari mengundi agak tegang dengan 22 penyokong parti pembangkang ditahan polis kerana bertindak agresif dan menahan dua bas serta menyerang kenderaan polis di Kampung Rusila.

Menurut Cik Kalsom, 53 tahun, semasa kejadian itu, mereka memutuskan untuk tidak memberhentikan bas kerana bimbang keselamatan para penumpang.

Namun, beberapa minit kemudian, mereka berhenti untuk mendapatkan bantuan polis yang kebetulan berada di situ.

'Rupanya bukan bas kami sahaja, dalam 10 bas lagi turut jadi mangsa,' tambah Cik Kalsom.

Polis dan pihak tentera kemudian mengiringi kira-kira 10 bas itu sepanjang perjalanan.

Meskipun dengan kehadiran pihak polis dan tentera, serangan batu itu tidak berhenti.

Malah, kerana bas bergerak perlahan, ia lebih teruk diserang.

'Mujur tiada sesiapa yang cedera,' kata Cik Kalsom, sambil menambah bas berdaftar di Kuala Lumpur itu mengalami kerosakkan bernilai lebih $5,000.




SAPO NAK TANGGUNG DOSA TU WEH?

wak hamad said...

Alhamdulillah Wak Berbesar hati dapat bertemu dengan tokoh besar media negara Abg Li selepas kuliah tok guru pagi tadi. Pertemuan di kaki lima dekat klinik merican jln hulu pasar berlangsung dalam suasana santai - duduk atas kaki lima dan ini menyerlahkan martabat abe li yang senang kkira mudah bbaso.

Rasanya calon-calon hak menyohor dalam poster 'senang kkira mudah bbaso' pun tidaklah sesenang itu untuk sama-sama menghirup udara pagi di kaki lima sesama rakyat marheain.

InshaAllah wak akan terus menyokong usaha abg li dalam mewujudkan media secara Islam - tak menawak, tak bbohong, tak da propaganda dan tak da unsur-unsur maksiat.

Hak nyatanya abg li napok koho muda berbanding wak bertemu pada pertengahan tahun 1990an dahulu.
Mesti abg li ada mmaka ni.

Jumpa lagi ....

Anonymous said...

Bila melihat melayu pulau pinang begitu bersemangat marahkan DAP sedih ada nak tergelak pun ada..baru lah diri kita nampak bodo..kita pilih...kita pangkah..pah tu kita marah..mulo kita tak kaba dok pilih hak bare tak pakai kija...lani baru kaba..emm rasanya pakat jerit dalam hati belaka hak mana sokong pas dan pkr.

Anonymous said...

Hak nyatanya abg li napok koho muda berbanding wak bertemu pada pertengahan tahun 1990an dahulu.
Mesti abg li ada mmaka ni.

............Jangan dok puji lebih-lebih sangangt Wak weii ke Abg Li tu, lamo nya pasang sora lagi!!! Maaf le Abg Li, gurau je. Memang saya pun boleh agak yang Abg Li ni janis manusia mudah bbasa, kalau kaya pun jenis tak agah. Semoga Abg LI terus cemerlang dalam berdakwah melalui penerbitan.

Abg Li...kita tukar topik k.

Nampaaknya bersunguh benar penduduk Melayu Pulau Mutiar berhimpun tanda protes pembatalan DEB oleh kerajaan negeri.

Mungkin inilah perubahan yang diingini oleh PKR dan PAS dengan membunuh kepimpinan yang sedia ada dan diganti dengan kepimpinan yang terang2 anti Islam. Baru angkat sumpah sudah kurang ajar.

Sedarlah bangsa ku, PKR diasaskan dari perasaan kecewa, sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan agama demi untuk mencapai apa yang dihajati. Di mana mereka sekarang??? (disaat penduduk menangis hiba lantaran maruan bangsa diperkosa).

Sepatutnya Sang Sapurba Al....tampil kehadapan mempertahankan hak Melayu kerana itu juga negerinya, tapi apa boleh buat takut Si Kulup yang x parnah bersunat tu terguris hati kalau di tegur. Dasar pengkhianat bangsa.

Sekian.