Manusia yang diberikan akal disamping nafsu tidak mungkin akan seragam pandangan dalam setiap perkara, ada yang suka warna biru, ada yang suka warna hijau, ada yang sukakan budu, ada yang sukakan cencalok, ada yang suka sambal belacan, ada yang berfirasat, ada yang suka bermimpin, ada yang suka bangkang, ada yang suka angguk dan ada macam-macam ragam dan pandangan. Ianya adalah suatu bentuk keseronokkan.
Saya cukup terhibur sebagai pengendali blog, saya boleh berdepan dengan pelbagai ragam hamba Allah yang bernama orang, sekaligus boleh menilai tahap dan kelas pemikiran setiap orang melalui komen-komen yang dihantar. Mudah-mudahan blog saya ini tidak akan dimusnahkan lagi oleh tangan-tangan nakal sebagai blog saya dulu lebur dan berkubur.
Berikut adalah komen-komen yang dihantar melalui posting LAPORAN KHAS SEMPENA PRU12 iaitu;
8 comments:
1. wak hamad said...
Memang detik 8 Mac jam 6 petang adalah detik yang menakutkan. Pada jam tersebut kertas -kertas undi setiap saluran dijangka siap dikira kalau tak ada ulang kira.Pada jam 7.30 malam akan tahulah sapa akan bentuk kerajaan baru di kelantan. Hadapilah ia dengan tenang setenang Saddam di tali gantung.Tak ada apa lagi yang boleh di buat dalam masa yang kian suntuk ini. Firasat Abe Meli ambo setuju, tidak ada yang tidak setuju melainkan setuju.Apabila Tok wakil Pas dan pemimpin besar Pas mengkayakan diri sendiri selama 18 tahun di kelantan bukannya mengkaya dan mengilmu serta mendidik rakyat agar takutkan Allah maka Allah akan ganti dengan kaum (parti) lain pula.Ingatlah balik ayat 124 surah Tha Ha dan ayat 54 surah al Maidah.Kekal terkutuklah buat selama-lamanya pemimpin2 yang berlumba-lumba mencari dunia dan meninggalkan akhirat sehingga Pas ditolak oleh rakyat Kelantan pada 8Mac ini.Rakyat Kelantan sesungguhnya amat mencintai Pas, Cinta Tok Guru tetapi kesan dari menyampahnya kepada golongan yang mengambil kesempatan atas nama Islam, maka tidak ada pilihan selain memberi pengajaran kepada manusia yang angkuh, sombong, takbbur, ego, berasa orang lain tak betul belaka dia jah betul, ujub, riak, kkecek udoh, takccara ke rakyat, temoon nak jadi calon tetapi berselindung di sebalik waraknya Tok Guru. Sedih memang sedih tapi apa lagi nak di kata. mudah-mudahan sisa umur yang ada boleh dimanafaatkan untuk kencing di dalam tempurung kemudian ndak kelik lalu merenung dan berfikir lagu ni ka muka aku selaku "pejuang islam".Kepada hak nak baru menang jadikanlah apa yang berlaku kepada kerajaan pas 1990-2oo4 sebagai pengajaran. Jangan abaikan rakyat, makmurkan masjid dengan solat dan kuliah, jangan buka balik - bui lesen balik kepada premis judi dan kelab2 malam. Hak molek hak kerajaan pas tinggal jangan diusik. hak tak molek jangan ditiru.KU UCAPKAN SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI RAKYAT KELANTAN DI BAWAH KERAJAAN BARU NANTI(tulisan ini ku tulis bersama deraian air mata)tatkala hujan juga mencurah-curah diluar sana.WAK HAMAD
MKJ RESPON: Kalah menang dalam pertandingan adalah seperkara yang lumrah. Siapa Pas untuk sentiasa menang dan tidak bersedia untuk kalah sedangkan orang Pas sendiri tidak setia memelihara kemenangan anugerah-Nya.
Untuk nantinya Pas akan bangkit semula bagi menjadi lebih baik...orang Pas kena redha untuk kalah. Pasukan perang yang Nabi s.a.w.sendiri sertai pun pernah kalah...malah gigi Nabi patah dalam Perang Uhud. Kekalahan itu bukan kerana musuh lebih kuat tetapi kerana kesilapan sendiri.
Kemerosotan dan kemeruduman dalam pilihanraya umum ke-11 (PRU-11) membuktikan ada sesuatu yang tidak kena...menyebabkan Pas telah menang dalam kalah yang amat dan sangat mengaibkan.
Tidak mudah untuk mengumpul undi sedia ada yang lari kepada lawan...lebih payah lagi untuk tarik pengundi baru, apatah lagi apabila korang tidak berusaha utntuk atasi kelemahan, sebaliknya lebih suka menudingnya ke arah lain untuk dikaitkan sebagai punca kekalahan Pas...antaranya SPR yang diganyang dan seranah.
Kalau SPR peranan dan fungsi SPR diragui...apa gunanya sertai pilihanraya. Pegawai-pegawai SPR juga manusia yang ada hati dan perasaan. Kalau mereka diganyang sedangkan mereka telah bekerja keras untuk memastikan pilihanraya berjalan lancar, apakah tidak mungkin mereka akan terguris hati dan simpati mereka kepada Pas akan bertukar dengan rasa benci dan meluat.
Macam mana kalau orang Pas yang duduk tempat kakitangan SPR. Saya mendapat maklum-balas, kecaman-kecaman terhadap SPR menyebabkan nilai moral orang Pas di mata pengundi merudum dan apa yang Pas lakukan samalah seperti bila beraso tak berapo buleh-taha, maka digocoh pengadil.
Bila keadaan itu berlaku, apakah penonton akan anggap Pas yang gocoh pengadil telah mengambil tindakan yang bijaksana atau sebaliknya akan dianggap berlaku kerosakkan di mana-mana, yang pasti ada kecacatan kalau pun tidak putus wayer ija.
February 29, 2008 11:49 PM
2. Anonymous said...
Kita harap kalu bn sungguhlah memerintah lepas ni ...apa hak pas buat hak molek teruskanlah..ambo terkilan benar musabaqah tak bui ore tino tapi sukan tomoi di benarkan ore tino..tidak kah balik kot..
MKJ RESPON: Tentulah BN akan buat yang lebih baik. Pasti tak 'akan diulangi apa yang tidak disukai majoriti rakyat. Tengoklah apa yang berlaku di Terengganu. Apakah setelah BN menang peremis perjudian dan pusat-pusat hiburan dibukan semula?
Matlamat penubuhan Pas bukan untuk memerintah negara...ianya sekadar untuk jadi tukang tegur kerajaan dari sudut hukum hakam. Kalau dah Umno dengan pengalamannya lebih mampu memberi perkhidmatan keklerajanaan yang lebih baik...kenapa tidak diberi peluang dan Pas boleh terus menegur.
Kalau Umno buat kerajaan menggunakan pendekatan yang Islamik di Kelantan, orang Pas juga akan dapat pahala kerana apa yang diperjuangkan oleh Pas dilaksanakan oleh Umno. Pas kena alu-alukan Umno sebagaimana kemasukan Abe Jak, Hamid Derani dan sebagainya ke dalam Pas serta kecenderungan Ibrahim Ali untuk tumpang kekuatan Pas.
Kenapa ada orang Pas bermatian-matian mahukan Pas menang? Apakah kerana bimbang mereka tidak akan dapat lagi berjemaah di masjid? Apakah mereka bimbang para muslimah akan diharamkan memakai pakaian menutup aurat?
Bukan begitu sebenarnya sebenarnya. Sebaliknya rata-rata bimbang akan hilang peluang jadi wakil rakyat dan akan hilang peluang jadi pokna dan pak had ceton tembus tok wakil. Yang bermati-matian mahukan Pas benang adalah kerana tidak mahu kehilangan kepentingan diri, walhal untuk kepentingan majoriti rakyat dan negeri, Pas kena kalah dan untuk tempoh 18 tahun akan datang Umno patut perintah Kelantan.
Pegawai-pegawai perlantikkan politik pula mahukan Pas menang kerana mereka bimbang akan kehilangan kerja, kalau mereka diajmin akan dikekalkan pada jawatan yang ada, mereka akan sokong Umno kerana mereka tahu nasib mereka akan lebih terbela.
Yang main balak bimbang akan kehilangan peluang dapat kawasan lagi, yang jadi exco bimbang mereka tidak akan dirai dan dimuliakan sebagaimana ketika jadi exco. Yang dapat macam-macam peluang, termasuk proses penukaran status tanah milik Melayu kepada bukan Melayu mahukan Pas menang supaya mereka terus mendapat faedah dalam pemilikan tanah kerana soal harga mereka tak kisah.
March 1, 2008 12:05 AM
3. Anonymous said...
Kickdefellafront page About Myself Now Showing Say NO To NSTP Husam Dedah Taktik Kotor SPR Dan BNMarch 1, 2008 · 1 Comment(Video Taklimat Media 28/2/08) Taklimat media hari ini panas dengan persembahan live melalui internet oleh Dato’Husam bagaimana SPR telah mendaftar anggota Tentera untuk mengundi sebagai Tentera (Undi Pos) dan juga mengundi sebagai orang awam pada hari mengundi kelak. Husam juga mengedarkan kepada media senarai nombor kad pengenalan tentera-tentera tersebut supaya media boleh menyemak sendiri. Menurut Husam modus operandi SPR dan BN ialah nombor kad pengenalan tentera yang bermula dengan T di daftarkan juga dengan kad pengenalan awam tanpa huruf T dihadapan. Anggota tentera itu kemudiannya dipindahkan ke lokaliti tertentu mengikut kad pengenalan awam dengan menggunakan nama lain.Didalam taklimat media hari ini juga, Husam mengumumkan bahawa BN telah mungkir janjinya walaupun belum menawan Kelantan. Husam berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa BN tidak akan balas dendam atau diskriminasi terhadap penyokong PAS.Bagaimanapun, bermula minggu lepas, kakitangan JQAF yang disyaki pro PAS atau ada hubungkait dengan PAS telah diberi notis pemecatan dengan tempoh 24 jam. Salah seorang mereka ialah adik kepada Dato’Husam sendiri. Husam juga menjelaskan, laporan polis telah dibuat oleh seorang penyokong PAS di DUN Salor terhadap BN apabila pekerja kempen BN mengugut surirumah itu supaya menutut segera bilik Gerakan PAS yang dikendalikannya. Ini menandakan bermulanya Perang Saraf BN yang diumumkan semalam oleh Annuar Musa. Nampaknya perang saraf BN seperti biasa menggunakan elemen menakutkan rakyat.→ 1 CommentCategories: Current Affairs
MKJ RESPON: Mana ada tentera yang ada kad tentera dan pada masa yang sama ada pula kad pengenalan biasa. Lepas berhenti dari perkhidmatan tentera barulah bekas anggota tentera akan diberikan kad pengenalan awam. Tuduhan yang tidak tepat ini boleh membuatkan anggota tentera pun akan naik meluat.
March 1, 2008 12:11 AM
4. Anonymous said...
Kertas Undi Pos Setiawangsa: Ada nombor siri dan nama bertindih, muslihat terbaru SPR? Azamin Amin Sat Mar 01, 08 1:47:22 pm MYT KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh)- "Penggunaan peti undi lutsinar, dakwat jari pengundi dan ketiadaan nombor siri pengundi pada kertas undi seperti yang diumumkan sebelum ini akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ini." "Tiada siapa tahu anda undi siapa," demikianlah janji 'manis' Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada 14 Februari lalu. Namun lain pula halnya tentang undi pos yang mana terdapat nombor siri yang tertulis pada slip kertas undi yang membolehkan pihak-pihak tertentu khususnya Tentera dan Polis mengenal pasti undian yang dibuat oleh anggotanya. Perkara ini berjaya dikesan di Pusat Agihan kertas undi di Stadiaum Titiwangsa bagi Parlimen Setiawangsa pagi tadi oleh kira-kira 20 agen pengundian termasuk wakil calon KeADILan Mohd Mustafa Ghanzanfar sewaktu memerhati pengagihan kertas undi pos untuk tentera dan polis dibuat oleh pihak SPR. Perkara itu menimbulkan sedikit kekecohan dan mendapat bantahan agen kerana sebelum ini Rashid telah berjanji tidak akan menggunakan nombor siri pengundi pada kertas undi tetapi yang berlaku di pusat tersebut adalah sebaliknya, kata Mustafa. Sebelum ini, seorang agen KeADILan telah bergegas ke pejabat Hararah tengah hari tadi bagi memaklumkan kejadian terbabit dan turut menunjukkan rakaman salah satu kertas undi kepada Harakahdaily yang sempat dirakam melalui telefon bimbitnya. "Lebih membimbangkan dua kertas undi yang mempunyai nombor siri dan nama anggota tentera yang sama dimasukkan ke dalam karung yang sama menyebabkan saya membantah dan minta kertas yang kedua dikeluarkan," kata Mustafa yang dihubungi Harakahdaily. "SPR enggan dan menjawab bahawa jika terdapat lebihan kertas undi, pihak Tentera akan mengenal pasti sendiri dan mengeluarkan kertas undi tersebut," kata Mustafa menjelaskan jawapan SPR itu. Beliau memberi satu contoh seorang anggota tentera Zulhairi Bin Zainon (KP/T 533580) yang tertera nombor siri 3906 daripada rejimen semboyan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai dua kertas undi yang sama yang dimasukkan ke dalam kotak dan karung yang sama. Manakala karung atau kotak tersebut akan dibawa ke pusat pembuangan undi Tentera dan Polis di tempat asing-masing yang telah dinyatakan oleh SPR sebelum ini. Begitu juga bagi nombor siri 3954 untuk anggota Mohd Kamal Bin Keliwon (KP/T 53766) daripada rejimen sama mengalami situasi yang sama termasuk nombor siri yang lain seperti 11856, 3896, 3897 dan 2700, kata Mustafa. "Pertama kali kami (agen KeADILan) telah dipanggil untuk menyemak nama anggota tentera yang disebutkan dan kertas undinya di masukkan ke dalam satu karung. Kemudian kali kedua kami dipanggil, nama anggota sama disebutkan dan kertas undi kedua pula dimasukkan ke dalam karung yang sama," katanya. "Ini mendatangkan kebimbangan kepada anggota tentera dan polis untuk mengundi dan ini mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap ketelusan SPR selama ini terhadap undi pos dan seluruh proses pilihan raya kali ini," kata Mustafa yang masih berada di pusat tersebut untuk melakukan pemantauan dan penyemakan. "Situasi ini akan meberi kesan kepada 221,085 pengundi pos di seluruh negara. Mana janji Rashid dan ini muslihat terbaru SPRkah?," katanya. Pengundian bagi Undi Pos akan dijalankan pada 3hb Mac bagi polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) manakala 5hb Mac ini bagi tentera di Mindeff, masing-masing di Jalan Semarak dekat sini, kata Mustafa. Parlimen Setiawangsa menyaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Zulhasnan Rafique ditentang anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Ibrahim Yaacob, 56, yang bertanding di bawah tiket KeADILan.
MKJ RESPON: Itu hanya dakwaan sebelah pihak. Macam mana seorang pemerhati sampai dapat nombor kad anggota tentera dan nombor kertas undi? Macam mana dari sudut perundangannya sedangkan undi adalah rahsia. Kalau demikian halnya tentulah jumlah kertas undi akan lebih banyak dari jumlah pengundi. Kalau nak menipu pun tak 'kanlah SPR sebangang itu. Tapi untuk apa SPR menipu. Sama ada kerajaan yang ada menang atau pembangkang yang akan ambil alih tampuk pemerintahan...kedudukan mereka sebagai pegawai SPR tidak akan terjejas kerana perjawatan mereka tertakuluk kepada undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam.
March 1, 2008 12:12 AM
5. Anonymous said...
Ore Gunong...Saya tak risau pun jika meli berpandangan sedemikian. Kalau betul, betullah, kalau tak betul, maka tak betullah. Bukankah itu hanya firasat demo. Adakah firasat demo seorang saje betul dan sangat wajar kerajaan kelantan bertukar tangan, maka penggundi yang di atas tunggul kayu pun perlu juga menyokong umno? Saya adalah salah seorang pengundi muda di jelawat akan berusaha sedaya upaya membetulkan firasat meli yang hanya sekadar berfirasat ini. Ambo tak nak lah bermain firasat ni, pah tu royat ko orang pulak, takut jadi ramal/ tenung nasib benda yang kemudian hari.Walau bagaimana pun dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ketika ini, ambo berkeyakinan pas kelantan masih lagi menjadi kerajaan di kelantan. Hanya golongan berpemikiran bawah tempurung yang suka berfirasat untuk menafikan. Walau bagaimana pun , diingatkan juga pas kelantan terus bekerja melipatgandakan usaha menjamin kemenangan yang lebih besar dan bermakna di kelantan dan tidak terus berfirasat sudah menang kerana dalam 2-3 hari sebelum pengundian, ingat ada senjata canggih bakal dimainkan umno untuk kelantan. Bakal ada perancangan besar antara spr dan abang BN, akan berlaku perkara2 yang tak sepatutnya berlaku semasa proses pengundian. Wassalam
MKJ RESPON: Segala-galanya telah sedia tersurat. Kalau dah ditakdirkan kalah, firasat dan ramal serta mimpilah sepuluh gerabak keretapi sekali pun takdir-Nya tidak akan terpinda. Soal Umno atau Pas ada senjata canggih ke tak canggih ke saya tak tau...saya bukan orang parti politik.
Sepanjang kempen pilihanraya kali ini...ceramah-ceramah sebelah Pas saya tak pergi, sebelah Umno pun saya tak hadir. Saya membuat firasat berdasarkan rondaan peribadi dan adakalnya saya dapatkan respon dari akar umbi atas nama seorang penulis...bukan atas nama aktivis parti. Saya buang identiti asal...buang rambut...buang janggut supaya orang yang didapatkan respon tak perasaan siapa saya supaya jawapan yang diberikan akan lebih telus dan tulus.
March 1, 2008 12:33 AM
6. Anonymous said...
harapkah tulisan meli,di dun ado jadi kubu kuat bn, pas tak dok pun kubu kuat, harap kan faktor calon jer. So mana lebih fanatik kalu gini, ore umno ko ore pas? harap jer tulisannya sedap baca, fakta/ hujah K.O. lagi sedap baca blog mso punya. ambo berasa mso banyak neutral dalam berpolitik dan berpijak di bumi nyata. MSO pun tidak gila berfirasat. Firasat meli pun banyak hok tak betul dari betul? hanyo koya mabuk air sejuk jah? Apo2 pun teruslah meli berfirasat untuk memenuhi koya yang kosong. Ada patut meli joint nga wak hamad, sorang berfirasat, sorang bermimpi? Lucu betul kawe ngan demo nih
MKJ RESPON: Kalau dirasakan blog respon saya tidak berpijak di bumi nyata...lebih baik jangan baca. Nanti anda sakit kepala dan boleh jadi gila....saya tak reti nak perubat.
March 1, 2008 12:45 AM
7. Anonymous said...
Di Jemput ke Majlis Ramah Mesra Anak Kelate Bersama1. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat2. Dato' Paduka Husam Musa3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Amar AbdullahTempat: Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Tarikh: 2.03.08 (Ahad)Masa: 8:00 (Malam)Ghoyat dan bowok saim sobat getek neh...........
MKJ RESPON: Molerklah bagi mana-mana yang ada kesempatan hadirkan diri. Tak rrugi kalau hadir pada majlis-majlis sebegitu.
March 1, 2008 2:53 AM
rajaman62 said...
harapkah tulisan meli,di dun ado jadi kubu kuat bn, pas tak dok pun kubu kuat, harap kan faktor calon jer. So mana lebih fanatik kalu gini, ore umno ko ore pas?.................Kenapa ni, meli yang buat firasat, orang UMNO yang kena. Sikap buruk sangka sepatutnya dibuang jauh-jauh demi percambahan minda yang sihat. Minda yang sihat akan menerbitkan benih-benih kesabaran yang membolehkan kita berjaya hadapi pelbagai ragam fkiran manusia termasuklah jenis manusia yang enggan menerima kebenaran.
MKJ RESPON: Entahlah....cubaan gamoknya.
March 1, 2008 2:53 AMPost a Comment
Berikut pula 3 komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (8) yakni;
3 comments:
1. Shifu67 said...
Mintak maaf abe Li... kawe janji nak send gambar ke abe li, tapi tak sempat nak hantar.... insyaAllah tengahari esok (hari ni) kawe hantar dan saya izinkan abe li siarkan gambar2 tu.Hari ni kawe balik kul 3 pagi dari opis... sempat la buka blog ni semeta kerana kena tido jugok sejam dua, supaya tak pening siang harinya.Hari ni Pak Lah dtg ke Tangok utk majlis pecah tanah pembinaan UMK... suka atau tidak suka, kita sepatutnya berasa bangga dgn kewujudan UMK. Kesannya nnt pekan Jelawat yg sudah semakin meriah ore bejual-beli selama ke ni.. tentu makin padat, pendek kata nak jual begapo pun boleh. Tapi yg pentingnya tak payah hantar anak jauh2 mengaji U.Hok cerita UMK tu semua ore dah tahu. Cuma hari ni kawe perasan satu perkara yg mungkin tak ramai yg perasan. Kita sedia maklum selepas penamaan calon hujan turun nat2 male... hok kawe perasannyo... ptg tadi (jumaat) mas kawe nak gi opis, kawe tengok bilik gerakan pemuda PAS bachok yg dibuka seminggu lalu berhampiran Caltex senyap sunyi dan pintunya tertutup. Papan tandanya juga senget nak rebah. Kawe balik lepas maghrib pun masih tertutup lagi. Kul 10 mlm kawe gi opis semula, dan masih tertutup juga. Masa kawe balik kul 3 pg tadi pun... terus tertutup juga dan tak dok sapa2 disekitarnya.... sekalo ado jugok yg minum teh / kopi digerai seberang jale tu. Bangkali.... pakai tutup terus doh Bilik gerakan pemuda PAS Bachok tu.Ok abe li... kawe kena tido... kul 6.00 dah kena bangun.... pasal esok pagi2 ada kerja besar di KB
MKJ RESPON: Berat juga nampaknya tugas Cikgu. Bila dah tangan sanggup mencincang...bahu kenalah sanggup memikul.
February 29, 2008 12:20 PM
2. Anonymous said...
Bandar Kota Bharu yang disitiharkan sebagai Badaraya Islam sejak 1 Oktober 2005 kekal sebagai bandar sampah sarap, tetap kotor sama seperti sebelum diisytiharkan sebagai bandaraya Islam. Longkang - longkang menjadi saliran air kumbahan yang tidak terurus dan kalau nasib tidak baik, kita mungkin terserempak dengan tikus yang sama besar dengan ibu kucing mati di jalan raya di dalam bandar Kota Bharu Bandaraya Islam. Itulah Kota Bharu Bandaraya Islam yang juga pernah dinobatkan sebagai Kota Budaya.Peniaga-peniaga masih terus berniaga di atas longkang, di kaki-kaki lima, di atas minyak tar berhampiran kedai menjual daging babi yang terletak kira-kira 100 meter dari pejabat Pas. Tidak ada usaha yang berkesan bagi menaik taraf tempat orang-orang Melayu ini berniaga mencari makan.SEANDAINYA PAS DAPAT LAGI MENGEKALKAN KUASA DI KELANTAN. BESARLAH HARAPAN SEMOGA KOMEN-KOMEN DI ATAS DIBERI PERHATIAN SEWAJARNYA.
MKJ RESPON: Mudah-mudahan! Tidak kiralah Pas atau Umno yang akan jasi kerajaan...apa yang dibangkitkan patut diambil perhatian dan tindakan.
February 29, 2008 3:46 PM
3. Anonymous said...
Ambo sokong hak wak hamad dok royat tu..Tapi dunia lani adalah dunia meterialistik...sanggupkah tok wakil kita dok jadi anak kuli rakyat...walau pun itulah hakikatnya sebenar tugas tok wakil.
MKJ RESPON: Kalau tak sanggup gat maknanya tadok bezo manolah antara wakil rakyat Umno dengan Pas. Kalu dah tak banyak beza...atas alasan apa nak kekalkan Pas sokmo...buwi ko Umno untuk 18 tahun....lepas tu boleh buwi ko Pas semula kalu nampak Umno tak ppaka-gawa gat.
February 29, 2008 5:50 PM
Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to
JUMPA LAGI ESOK!!!!!!!
10 comments:
Dari blog kickdefella-
Bagaimanapun, bermula minggu lepas, kakitangan JQAF yang disyaki pro PAS atau ada hubungkait dengan PAS telah diberi notis pemecatan dengan tempoh 24 jam. Salah seorang mereka ialah adik kepada Dato’
Husam sendiri.
-Tidak berapa munasabah ulasan di atas...kalu nak pecat pegawai kerajaan hak sokong pas gat kena punggah 4 gerobok keretapi..JQaf ni pegawai kerajan...sapa bui notis 24 jam?...cikgu besar ka? ppd ka? JPN ka?..Ni cerita sungguh ka..nak buat cerita hindustan.
Nampaknya Husam dan PAS dah terdesak sangat. Sebab tu dah mula keluar cerita macam-macam tentang pengundi 2 kad pengenalan dan sebagainya. Tujuannya satu, bila kalah nanti, boleh guna alasan tersebut...Taktik lama la Husam!!!
Imam akan dapat RM1,000
PIMPINAN Barisan Nasional Kelantan mengangkat tangan bersama manifesto Kelantan Baru, kelantan Maju yang dilancarkan oleh Barisan Nasional Kelantan di Pejabat UMNO Kota Bharu, semalam. – Gambar HAFIZ JOHARI.
--------------------------------------------------------------------------------
Imam akan dapat RM1,000
KOTA BHARU 1 Mac – Imam-imam masjid di seluruh negeri ini, akan mendapat ganjaran lebih RM1,000 sebulan melalui program memperkasakan institusi ibadat dan agama itu sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, dengan tanggungjawab besar mereka mengimarahkan masjid, meninggikan syiar Islam dan membangunkan masyarakat, mereka selayaknya mendapat ganjaran tinggi.
‘‘Buat masa ini, mereka mendapat ganjaran RM250 melalui kerajaan negeri dan RM400 daripada Pusat dan dengan pendapatan keseluruhan RM650 sebulan bagi tugas mereka sepenuh masa ini, ia lebih rendah daripada pembantu pejabat,” ujarnya.
Berucap semasa mengupas kandungan manifesto BN Kelantan bagi Pilihan Raya Umum Ke-12, pada majlis pelancaran di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini hari ini, Annuar berkata, elaun bagi pegawai masjid termasuk bilal dan jawatankuasa lain akan turut dinaikkan.
Katanya, selain merancang membina kompleks masjid negeri dan memperbaiki masjid di seluruh negeri, peranan institusi itu sebagai lambang syiar agama akan digerakkan melalui penambahan pegawai masjid termasuk kalangan hafiz dan ‘daei muda’ (pendakwah muda).
‘‘Ini juga bagi meningkatkan peranan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan, ke arah membentuk dan menyemarakkan suasana sebenar negeri yang menerima julukan Serambi Mekah.
‘‘Ini merupakan sebahagian daripada teras Islam Hadhari, Membangun Kelantan Mithali, satu daripada tujuh teras dalam usaha merubah Kelantan dalam segenap bidang,” katanya.
Selain itu, katanya, kerajaan BN akan mewujudkan Institut Kefahaman Islam Kelantan untuk memantapkan kefahaman Islam dan pelaksanaannya yang sebenar di samping pembinaan Darul Quran untuk merakyatkan pembelajaran al-Quran.
‘‘Kerajaan BN akan benar-benar membangunkan sebuah kerajaan berasaskan manhaj Islam Hadhari ke arah membentuk tamadun terbilang di negeri dan rakyat tidak lagi dikaburi dengan retorik dan slogan mengenai Islam oleh Pas,” ujarnya.
Selain itu, katanya, prasarana fizikal semua sekolah agama negeri (SAN) dan sekolah agama rakyat (SAR) pula akan disediakan secukupnya manakala warganya (guru dan pelajar) akan mendapat kemudahan dan bantuan sama seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah lain.
‘‘Guru-guru akan berpeluang menikmati kenaikan haji dan kemudahan lain, manakala para pelajar akan mendapat bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), buku teks percuma dan biasiswa,” ujar beliau.
Beliau juga memberitahu, kelas-kelas agama dan fardu ain akan diwujudkan di semua mukim; penukaran Tabung Serambi Mekah kepada Tabung Untuk Kebajikan Dakwah Agama; menggalakkan peluasan pengajaran bahasa Arab dan program mengerjakan haji dan umrah percuma kepada para pendakwah.
---------------
Kandungan menifesto BN Kelantan ternyata menakutkan PAS. Kalau gaji imam naik sampai RM1000, imam mana yg tak nak. Pelbagai insentif lain utk pembangunan Islam di Kelantan disediakan. Jauh lagi hebat dari apa yang PAS buat sekarang. Nampaknya dlm bbrp hari ni kita akan boleh lihat lebih banyan swing kpd BN akan berlaku.
Kalau lah tok wakil Pas sejak 1990 dan juga semua pemimpin beramal dengan Islam, hidup serupa nabi hidup lama dah UMNO Ghuyup. Tak payah ngempen ore buleh kelih betul sungguh puak Pas ni.
Bukan setakat Kelantan tapi satu Malaysia termasuk sabah sarawak akan sokong Pas. Pas akan menang tak bertanding satu malaysia.
Tapi gak dah perangai serupa umno jugak kena mengempen serupa UMNO jugalah jawabnya.
Kepada yang sekepala dengan fazli acu cuba royak di mana lebih berjuruhnya pemimpin Pas dari sudut cara hidup berbanding pemimpin UMNO? Hak ambo dok napok dua kali lima lima kali dua jah.
Teori memang comel muga tak leh jadi tok wakil..,,bila jadi tok wakil tubuh kerajaan perangai serupa UMNO jugak. Itu hak rakyat dok napok dan geli geman mengetap bulu la ni bila dengar nama pemimpin2 tertentu dalam Pas.
MKJ RESPON: Saya rasa itu firasat Wak...bukannya mimpi. Saya diberitahu masa kat Kuliah Jumaat Tok Guru...kononnya Umno Ketereh berkua-wakyoh abih...betuk ke Wak atau sekadar propganda murahan.
Kononnya keadaan itu berlaku gara-gara tersebarnya cerita pekerja wanita pejabat Umno Ketereh bunting gara-gara angkara tokoh besar parti. Guano yang boleh bunting anak orang ni...atau sekadar cerita rekaan sebagai senjata kempen?
DAH ABE LI TANYA WAK NAK JAWAB.
WAK TAK KELIH SEDIRI TAPI WAK TAHU CERITA TU. WAK TAK SER JAWAB SECARA DIRECT TAPI CERITA TU CERITA LAMA DIULANG TAYANG. KALAU YA GAK CERITA TU MAKNANYA PUAK PAS TAKDAK MODAL SBB KES TU BERLAKU LEBIH SEPULUH TAHU LALU. TAK TAHU LA KALU ADA KES BARU PULOK.
WALAUBAGAIMANAPUN WAK MENGHORMATI GESAAN TOK GURU SUPAYA JANGAN SERANG PERIBADI WALAUPUN TOKGURU SORANG LAGI KATA BULEH SERANG PERIBADI-BULEH MENGUMPAT.
KALAU BEGILIR NAK SERANG PERIBADI WAK NAK ROYAK GETEK TOK WAKIL PAS TENGOK VIDEOLUCAH DI PEJABAT PAS.
TAK SAH TERKEJUT DAN HERAN SANGKUT SERBAN ATAS BAHU PUN ORE TAHU DAN LA NI PUN JADI CALON LAGI.
BO. TAMAT SETAKAT TU.
Bab bunting membunting ni abe li masa pilihanaray kecik pengakalan pasir timbul dah. kes bunting anak ore politik di pasir mas tu jugak.Wak tahu jugak dan gambar pak hak tino tu ada dgn wak.
Tapi bila rakyat tak ser ka pas, rakyat pakah UMNO jugak walau ore UMNO ada rekod peribadi yang buruk. Sebab rakyat kata padan la muga dia UMNO. Masalahnya ni ore Pas.
Standard yang ore ramai letak antara ore Pas dengan ore UMNO adalah standar yg berbeza. Misalnya berjabat tangan. Kalau Nuar Musa ,awe adek bersalam dengan
ketua wanita umno pandangan ore ramai tak sama dengan pandangan terhadap ketua cawangan pas bersalam dengan ketua muslimat pas cawangan. Hak nuar dengan awe adik bersalam ore kata padan muga dia UMNO, tapi ore Pas tak leh buat lagu tu muga ore Pas dok jajaj kata nak hidup cara nabi hidup.
Makanya bo lah dok kecek pasal pak lah gaga bahu ore ttino dan benda benda lagu tu. Rakyat tak makan kempen benda lagu tu.
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang pada Majlis Pertemuan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan yang bekerja di Lembah Klang di sini malam ini.
Pertemuan anak-anak Kelantan di perantauan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion termasuk cendekiawan, golongan korporat, profesional, kakitangan kerajaan dan swasta.
Daripada Utusan Malaysia
Abdullah berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 orang anak Kelantan yang hadir pada Majlis Perhimpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK), di sini, semalam.
Abdullah yang juga Pengerusi BN mengakui peningkatan kos hidup pasti berlaku selari dengan perubahan zaman dan ekonomi semasa, berdasarkan tahap kemajuan yang dikehendaki rakyat dalam sebuah negara yang merdeka.
Daripada Bernama.com
Kehadiran majlis malam tadi tidak begitu memuaskan. Khabarnya penganjur menganggarkan 5,000 orang yang bakal hadir tetapi ternyata di dalam dewan hanya kira-kira 2,220 orang sahaja. Banyak kerusi kosong. Bas juga disediakan untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur.
Daripada MSO blog
Banding-bandingkan lah, mana yang betul, Ambo lihat MSO lebih benar2 telus, beretika, bertanggungjawab dalam laporannya
Standard yang ore ramai letak antara ore Pas dengan ore UMNO adalah standar yg berbeza. Misalnya berjabat tangan. Kalau Nuar Musa ,awe adek bersalam dengan
ketua wanita umno pandangan ore ramai tak sama dengan pandangan terhadap ketua cawangan pas bersalam dengan ketua muslimat pas cawangan. Hak nuar dengan awe adik bersalam ore kata padan muga dia UMNO, tapi ore Pas tak leh buat lagu tu muga ore Pas dok jajaj kata nak hidup cara nabi hidup.
Komen- WOI WAK HAMAD, BAKPO JADI BENGGONG SANGAT NI. ABIH ORE UMNO, ORE PAS KALU POLITIK LAIN AGAMA PUN LAIN-LAIN KOH? HUKUM ISLAM KENA PADA ORE PAS TAK WAJIB KENA PADA ORE UMNO KO? DOH UMNO NGAKU ISLAM HADJARI TU, ISLAM GAPO BENDA?JANGAN SEMATA-MATA FANATIK DAN MIMPI DEMO TOK ABIH-ABIH, DUK REMBAH KOK SE KOK DAN?
WOI WAK HAMAD, BAKPO JADI BENGGONG SANGAT NI. ABIH ORE UMNO, ORE PAS KALU POLITIK LAIN AGAMA PUN LAIN-LAIN KOH? HUKUM ISLAM KENA PADA ORE PAS TAK WAJIB KENA PADA ORE UMNO KO? DOH UMNO NGAKU ISLAM HADJARI TU, ISLAM GAPO BENDA?JANGAN SEMATA-MATA FANATIK DAN MIMPI DEMO TOK ABIH-ABIH, DUK REMBAH KOK SE KOK DAN?
ya la tidak kah standad ore Pas standard awliya dan solihin.
Standard ore UMNO standard ore utan.
Ikut dia la nak telanje tengah jalan pun. Apa ore Pas dok susahnya.
HAHAHAHAHA;
wak hamad
TAK SAH KECEK BANYAK WAK HAMAD
KALAU NAK TENGOK MAY INDON DAN MAT BANGLA PENUH DI KELANTAN UNDILAH BN.
KALU NAK TENGOK MAKSIAT PENUH PENAR
UNDILAH BN
GAJI TOK IMAM SAMA MAHAL DENGANGAJI PM PUN KALAU MASJID TAK DAK ORE WAT GGAPO?
Post a Comment