(Nota: Tulisan ini juga boleh diikuti secara bersiri melaluI akhbar mingguan AL-HAQ yang diuruseterbit oleh Meli Industry)
Asal Usul Melayu Dan Sejarah Ketamadunan
Susunan
RAMLI ABDUL HALIM
BERDASARKAN catatan sejarah, orang Melayu dan beberapa bangsa di Asia berasal dari bangsa Mongol.
Orang Moghol yang berasal dari Asia tengah telah melakukan penghijrahan ke kawasan-kawasan lain di benua Asia.
Ke arah timur, mereka menuju ke Cina dan Jepun manakala ke arah selatan, satu daripada kumpulan awal orang Mohgol telah menetap di Yunan, di selatan Cina.
Dari Yunan, mereka terus bergerak ke selatan menunju Semenanjung Tanah Melayu.
Kumpulan ini dikenali dengan Melayu Proto dan suku bangsa inilah dikatakan orang Melayu yang mulanula sekali menduduki Tanah Melayu.
Ia dikatakan berlaku sejak 2,500 tahun Sebelum Masehi.
Kedatangan suku bangsa Melayu Proto secara tidak langsung memaksa suku kaum yang lebih awal bermastautin di Tanah Melayu yang dikenali sebagai orang Negrito berpindah ke kawasan pedalaman.
Satu daripada suku bangsanya adalah suku kaum Semang.
Zaman kedatangan Melayu Proto dikenali sebagai Zaman Batu Baru (Neolithic Age) kerana mereka menggunakan batu sebagai perkakas dan alat yang diperlukan dalam kehidupan mereka seperti alat memburu bianatang.
Ketamadunan mereka jauh lebih maju dari orang Negrito.
Kira-kira 300 tahun Sebelum Masehi, berlaku berpindahan selanjutnya dari Yunan ke Tanah Melayu.
Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutero dan dipercayai suku bangsa ini menjadi nenek moyang orang Melayu sekarang ini.
Mereka telah berjaya mengusir orang Melayu Proto ke daerah-daerah pedalaman dan mereka menguasai kawasan pantai sebagai tempat bermastautin.
Ketika itu dikenali sebagai Zaman Besi kerana Melayu Deutero telah mengetahui menggunakan logam dan alat-alat senjata yang diperbuat daripada besi.
Kepandaian mereka itu diperolehi ketika mereka berada di utara se-belum berpindah ke Kepulauan Melayu.
Ini membuktikan orang Melayu Deoureto lebih maju daripada orang Melayu Proto.
Berdasarkan apa yang berlaku kepada Negirito, dan Melayu Proto itu, maka tidak hairanlah apabila kebanyakan yang meneroka hutan rimba termasuk ebagai peneroka dan yng meneroka kawasan hutan secara haram adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.
Sejarah telah mencatatkannya begitu.
Mungkin kerana memang orang Melayu tidak sukakan kehidupan di kota yang memerlukan lebih daya saing dan lebih suka mengambil sikap mengalah.
A tau juga mungkin memang sifat orang Melayu merupakan suatu bangsa yang tidak berani bersaing.
Ianya merupakan kajian secara ilmiah dari kalangan mereka yang ada kepakaran dan authority.
Bagaimanapun perlu juga rasanya dicatatkan bahawa mengikut versi sejarah yang condong kepada Islamisme, asal usul Melayu dikait-kan dengan keturunan Nabi Ibrahim, malah ada pula yang kaitkan dengan cucu Nabi Muhammad S.A.W. yakni Hassan dan Hussein.
Sekali lagi kajian-kajian oleh ka-langan yang pakar dan berauthority dalam bidang sejarah diperlukan.
Bagaimanapun sesuai dengan kemodenan dan ketamadunan du-nia, keterpakasaan Melayu berhijrah ke kawasan pedalaman sebagai-mana yang berlaku pada masa-masa yang lalu sudah tidak berlaku, malah Melayu sudah menjadi antara bangsa yang mampu bersaing.
Misalnya Melayu pernah mencatatkan bahawa tokoh paling kaya di dunia adalah berbangsa Melayu, yakni Sultan Burnei Darulsalam dan suara kepimpinan Melayu turut bergema di peringkat dunia.
Melayu sudah mampu menghasilkan kereta di samping mempunyai pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang sains dan teknologi – Bersambung esok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Tajunm Respon...
Assalamualaikum Abe Li,
Blog Abe Li ni meriah sebab ramai yang memberi pendapat dan komen-komen yang rasanya jarang sangat ataupun tidak ada kaitan dengan cacatan Abe Li. Tetapi bila buka hari ni, kosong terus. Nak kata takdak isu, tak juga, sebab di Terengganu dok panas lagi.
Berkaitan dengan Melayu ni, ramai juga yang dah tulis. Mat Saleh kata Melayu pemalas. Bahasanya banyak yang dipinjam dari luar. Tidak mementingkan masa, dan banyak lagi yang mungkin banyak tak betul dari hok betul. Elok juga kalau Abe Li tulis gak. Saya pun nak tahu juga apa yang lain dari yang lainnya. Kalau boleh Abe Li buat siasatan dan kajian semula mengenai perjuangan Samsiah Fakih dan ahli KMM yang lain. Manalah tahu kalau pihak Inggeris telah menganiaya mereka tu.
Apa pasal Abe Li macam dah hilang semangat< Blog dh tak bermaya Betul ke kata rakan-rakan yang Abe Li frust sangat bila Umno gagal tawan Kelantan dan Umno juga kalah di 4 negeri lain lai?
- Kamariah Kamaruddin
Kaherah
Pade muko nak sokong Umno sangat. Molek-molek dok alik Pas, dok alik hak boleh masuk syurga pilih Umno, hak boleh disumbat dalam neraka
abe li sokong umno sungguh ko. betul abe li ahli umno. payah saya nak percaya. ambo kenal sangat abe li walaupun abe li tak kenal mano saya. abe li jenis tak berehi ambik kesempatan. masa pilihanraya umum 1990 abe li banyak tolong pas, bila menang abe ghaibkan diri. kalu tak silap abe li antara orang yang akan ditempatkan di urus setia penerangan tapi abe li tak muncul.
Sungguh ko khabar dok tersebar keputusan PRU-12 menjadikan rumahtangga abe li kuca kacir. kononnya kak lah (tok ngulu kak lah) dalam proses minta cerai. orang pas sokong kak lah boktan abe li bukan orang pas lagi
Kalu kak lah mintak cerai...saya akan lamar abe li untuk jadi suami. saya lebih muda dan lebih comel dari kak. ngaji U lagi.
kalu tak ada peluang jadi bini nombor 1, saya dapat jadi nombor 2 pun jadilah. abe li punya pasal saya sanggup.
Saya pula sanggup jadi bini no.3. saya sukakak Abe Li yang berterus seratng dan gentlamen orangnya
Ana pula kalu tak leh jadi hak no.1, 2 dan 3, jadi nombor 4 pun tak apa dah.
Guano dok ppakat berebut abe li nyo. Kak Lah mintak cerai khabar bukan kerana kes PRU-12 tapi kes Abe Li takdok gas doh. macam kucing patah gigi boleh tengok ikan tawar...tokleh nak mamah. Kah!kah!kah! Maaa abe Li adik Sor ggurau
Jange dok menganying (persenda) Abe Li gat. Mentang-mentang dia dok alik parti kalah. Dia pun ada hati dan perasaan. lagi pulak orang macam Abe Li payah nak baco. dia suko dok alik kalah. orang seni payah nak faham sikit.
Jangan dok mengaying gat ko abe li, mentang-mentang dia dok alik kalah. Abe Li getek pelik, suka dok alik kalah. Orang seni ni payahlah nak faham
Saya tak menganying. Saya sungguh-sungguh. Kalu bini Abe Li minta cerai saya sanggup lamar Abe Li. Saya benci dan anti betina agah. Hak buluh wat masuk bini dalam syurga adalah suami...bukannya parti. Kalu benar kak lah minta cerai boktan abe li tak sokong pas lagi, maknanya kak kak lah bini abe li punah akidah, orang pas kena tanggung dosa sama.
Aku tak ccayo kak lah lagu tu. Setahu aku kak lah bukan main sayang ko abe li. Ni fitnah ni. Abe Li dengan kak lah jange ikut ere.
Anonymous said...
Kalu kak lah mintak cerai...saya akan lamar abe li untuk jadi suami. saya lebih muda dan lebih comel dari kak. ngaji U lagi.
March 26, 2008 6:49 PM
Anonymous Anonymous said...
kalu tak ada peluang jadi bini nombor 1, saya dapat jadi nombor 2 pun jadilah. abe li punya pasal saya sanggup.
March 26, 2008 6:50 PM
Anonymous Anonymous said...
Saya pula sanggup jadi bini no.3. saya sukakak Abe Li yang berterus seratng dan gentlamen orangnya
March 26, 2008 6:51 PM
Anonymous Anonymous said...
Ana pula kalu tak leh jadi hak no.1, 2 dan 3, jadi nombor 4 pun tak apa dah.
March 26, 2008 6:52 PM
...........NAMPAK SEPERTI ORANG YANG SAMA JE....KALU BOLEH, ABE LI CEK DULU NOMBOR YANG DIHANTAR SEBELUM RESPON.
Post a Comment