PADA teorinya, bila pekerja semakin bertambah, maka bebanan kerja saya akan berkurangan. Nampaknya bukan begitu dalam teori pernigaannya ni. Semkian bilangan kakitangan bertambah, semakin bertambah pula bebanan saya, menjadikan masa saya untuk blog sangat terbatas.
Balik dari pejabat nak bersendaan dengan anak dan cucu pun dah tak ada masa. Anak dan cucu nampaknya sudah tidak tunjuk muka seronok memandang muka saya lagi, barangkali mereka tahu, belum sempat mereka bermesra dengan saya, tok abahnya ni akan berdengkur.
Demikian mahalnya masa dan kesempatan. Saya mula risau akan kehilangan masa mesra dengan anak cucu sebagaimana tidak mesranya saya dengan lima anak saya kerana sibuk dengan kerja-kerja kewartawanan dan kepengarangan manakala bini pula sibuk dengan kerja politiknya.
Apakah dalam tempoh setahun akan datang saya mampu kembali menikmati keseronokkan bersama anak cucu dalam tempoh sembilan tahun selepas saya tinggalkan dunia kewartawanan dan menumpukan masa saya kepada kerja-kerja penulis kretaif sahaja dan sebelum saya kembali aktif menerbit?
Mudah-mudahan doa saya termakbul dan Mingguan Wasilah, Fajar Islam, Al-Haq, Konsep, Aneka Peristiwa, Geletek, Dewi Jelita dan akhbar mingguan serta majalah yang sedang diberi nafas stabil dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya mungkin berjaya mengembira para pekerja saya, cukup bulan terima gaji, hujung minggu boleh ke tepi pantai bersama keluarga untuk menikmati kerehatan. Tapi saya sendiri nampaknya kehilangan peluang itu.
Saya terasa semakin terasing dari anak cucu setelah sekian lama sudah terasing dari bini yang sentiasa sibuk dengan kerja politik. Betullah kata orang, kalau kita mahu membahagiankan orang, kita kena bersedia untuk mengorbankan kebahagiaan kita.
Berikut saya cuba kesempatan dalam masa yang cukup terbatas ini untuk memberi respon kepada komen-komen yang dihantar sebagimana berikut;
8 comments:
1. Anonymous said...
TAK PERGI GUA MUSANG, LI?
MKJ RESPON: Tak gi tapi orang saya gi. Laporan bermbar mengenianya disiar dua halaman (fullcolour) dalam Fajar Islam dan akan turut dimuatkan dalam AL-HAQ terbitan sulung kendalian saya.
April 4, 2008 8:28 AM
Anonymous said...
SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.KENAPA PULA DITENTANG, KALU DI KELANTAN JUAL TAIK KAMBING, ELOK LE DI SELANGOR JUAL TAIK BABI WEK...............ko guano Abg Li.......
MKJ RESPON: Nampaklah dengan jelas siapa yang berkuasa sebenarnya. Saya dah kata MB di Perak dan Selangor tak ubah seperti Presiden Afghanistan dan Iraq sekarang ni. Pulau Pinang tak payah cakap.
Orang Pas babuk jah yang akan gembira dan bertakbir dengan kemenangan di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Orang Pas yang waras akan menangis dan bersedih. Kemenangan di Kelantan dan Kedah tak apalah.
Bagi saya itulah hadiah kemenangan pertama untuk rakyat Selangor kerana menukarkan kerajaan dari BN kepada BA...hadiahnya TAIK BABI. Asalkan jadi pitih...TAIK BABI pun TAIK BABIlah.
Kalau orang Selangor tentang ternakan babi yang diluluskan oleh kerajaan mereka, maknanya mereka meludah ke langit...air liornya akan jatih ke muka sendiri jugak sudahnya. Patutnya mereka gembira. Ingatkan kilang arak dan pusat-pusat hiburan di seluruh Selangor ditukar menjadikan masjid, surau atau madrasah...rupanya perusahaan ternakkan babi jadikan keutamaan PROJEK MEGA.
Untuk mempertahankan diri, tenhtu orang Pas akan buka dan rujuk kitab yang beranika macam warna kulit. Pokoknya PROJEK MEGA TERNAKAN BABI kena jalan terus.
April 7, 2008 7:06 PM
3. Anonymous said...
Pas memang pandai mengambil peluangLaman web pembangkang melaporkan bahawa Pemuda PAS Terengganu telah membuat laporan polis berkaitan tindakan Umno yang dituduh sebagai menghina istana.Tindakan Umno bukannya menghina istana cuma terdapat perbezaan pendapat antara Umno dan pihak istana tentang siapa calon yang dipilih untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.Seharusnya pertelingkahan dalaman UMNO kerana calon yang dipilih menjadi Menteri Besar tetap dari kalangan pemimpin UMNO yang menang dalam pilihan raya ini sepatutnya tidak diperbesarkan sebegitu rupa.Sepatutnya Pak Lah mengambil langkah untuk berjumpa Yang DiPertuan Agong pada awal-awal krisis ini lagi agar ianya tidak melarat sehingga begini.Ini tidak, setelah Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu dan mendapat sokongan rakyat, barulah terhegeh-hegeh ingin berjumpa dengan Tuanku Mizan.Oleh itu mulai dari sekarang, janganlah lagi membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang melulu kerana Pas sentiasa mencari peluang untuk mengenakan UMNO diatas tindakan ahli UMNO itu sendiri.NILAH PERANGAI PAS, WALAUPUN DIA TAHU KAIN RENTANG YANG MENJADI ISU HANGAT DITUJUKAN KEPADA MOHD SAID, TAPI DICANANG SELURUH NEGARA BAHAWA KAIN RENTANG ITU DITUJUKAN KEPADA ISTANA.BIASALAH ULAMAK LONI, DENGAN DAP KULUP YG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM DIPANDANG MULIA, UMNO TETAP DIPANDANG HINA DINA DAN MESTI DIHAPUSKAN DI MAYA PADA INI.
MKJ RESPON: Mempergunakan hukum hakam, memperalatkan agama untuk tujuan yang tidak comel dan tidak halal tidak akan ke mana. Setidak-tidaknya apa yang berlaku di Selangor boleh dijadikan tanda bukti. Kemenangan sebenar adalah milik mereka yang bersabar berdepan dengan kejahatan.
April 7, 2008 7:40 PM
4. Anonymous said...
Inilah yang dikatakan JAGUH KAMPUNG... Kalau dengan sesama Islam, bukan main lagi ... Dikatakan kafir, diberikannya neraka dan sebagainya...Kalau dengan kaum lain dalam DAP dan PKR, takut macam tikus...
MKJ RESPON: Itu tandanya orang Melayu semakin dayus dan mambar.
April 7, 2008 7:51 PM
5. Anonymous said...
Salam dan Selamat Pagi saya amat terkejut apabila regim kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 JUTA, saya ulang RM 100 JUTA untuk projek penternakan khinzir yang di canangkan oleh betina tak guna Thresa MANGkok tu, aku cukup naik angin betul, bila-bila Hassan Ali pun menyokong projek itu, tak kisahlah kalau projek ternak unta ke, kerbau ke, burung kasawari ke, arnab ke..alright lah tu...ini binatang kaki pendek tu, Astagfirullah, aku beristigfar banyak-banyak....Ramai yang marah termasuk ahli Pas sendiri, ini di akui oleh member aku yang memang hardcore PAS, dia amat marah betul, menyesal aku undi Pas katanya. Dia kata lagi, Pas dah hilang kawalan....masa dulu Pas mempertikaikan projek babi di Melaka dan NS, tapi bila kat Selangor, membisu pulak, maklumlah Tan Sri K dan Abang Hassan dah jadi partner.NAK DENGAR KOMEN WAK HAMAD, KENAPA GITULALU ORE DEMO LONI........
MKJ RESPON: Ertinya mengata dulang paku serpih...kata kat orang kita sendiri yang lebih. Saya yakin ISU BABI boleh runtuhkan kerajaan BA Selangor pada PRU-13.
April 7, 2008 8:03 PM
6. Anonymous said...
..........DULU MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, SEKARANG MEMBANGUN BERSAMA KANDANG BABI....................
MKJ RESPON: Bawa mengucap weiii!!!!!! Jangan pula nanti ada yang hadiahkan daging BA......FRESH untuk ahli-ahli dewan try pulak nanti.
April 8, 2008 5:31 AM
7. Anonymous said...
KAH..KAH..MASA ORE MERINTAH SEMUA TAK KENA...SEMUA HARAM...BERTENTANGAN DENGAN ISLAM BELAKA APA UMNO BUAT...RASANYA LEBIH BAIK PAK LAH PEGE BAHU MICHELE YEOH DOSA DIA SORE JAH TANGGUNG ....KALU NAK PERA BABI NI GAT NATI PAKAT RASA LAH WEH ORE SEPANG...TAK APA BABI PAKATAN RAKYAT HALAL BAKALI....
MKJ RESPON: Jangan pula nanti ada alasan kata PERUSAHAAN TERNAK BABI tu membuka banyak peluang pekerjaan...termasuk untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu beragama Islam. Tak mustahil untuk tampung keperluan pasaran global TERHADAP BABI...para penternak kambing, bebebiri, lembu kerbauy, ayah itu dan arnab dicadang TERNAK BABI pula...biar sepang terkenal dengan ZON/JELAPANG BABI NEGARA.
April 8, 2008 7:59 AM
8. 8pianjerteh said...
Projek penternakan babi di Sepang itu turut mendapat sokongan daripada tiga anggota Exco Pas Selangor.Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.GILO DAH EXCO PAS TIGA EKOR NI..................
MKJ RESPON: Moleklah kalau kita pakat-pakat labelkan mereka beriga sebagai EXCO BABI...
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
NAK DENGAR KOMEN WAK HAMAD, KENAPA GITULALU ORE DEMO LONI........
Assalamualaikum kepada semua penyilau kelih blogabg meli.
Wak pun agak sibuk la ni maka dengan kesempatan yang ada suka lah wak mencoret sepatah dua kalau sudi dibaca.
Ada org nak dengar komen wak pasal babi. Sebelum tu wak nak royak wak dah dengar ucapan puak-puak PR di stadium melawati selangor, di dataran stadium kota bharu dan di masjid rusila bagi meraikan kemenangan pakatan rakyat.
Kesimpulannya wak yakin lepas PRU ke 13 tinggal pulau pinang buleh ke Pakatan Rakyat , hak lain kelik semula kepada BN.
Walaupun berkudis atau berkurap BN, rakyat akan pilih balik BN kerana PR ni napoknya jenis tak berapa kabar. Contohnya di Selangor tulah..Banyak lagi kerja patut buat nya gi ddulu lagi umum pasal gok babi.
Kita kena faham bahawa kemenangan PR bukan kemenangan Islam...tak dak kena mengena sikit abuk dengan Islam. Ia adalah kemenangan puak-puak nak cari makan serupa BN jugak.
Kalau nak tahu apa beza banyaklah wak kena tulis tapi hak mudahnya
acu fikir berapa ramai org masuk Islam kes pas memerintah kelantan dan selepas PR menang di selangor,kedah, perak, pulau pinang dan teganu(1999-2004).
Zaman nabi dulu semakin nabi berjuang semakin ramai org akui Allah Tuhan Dia, Nabi Muhammad Rasulullah- masuk Islam la tu. Puak PR ni makin kuat berjuang makin kaya raya wakil rakyat.
Di Kelantan dari dulu janji nak buat Hisbah siasat harta wakil rakyat tak buat sapa ke la ni. Di negeri lainpun ccaya la ka wak tak nbuat juggak.. Bbual jah nak umum harta EXCO ka rakyat.
kalau umum tobat lillah ramai hak undur tak ser sokongPR sbb pemimpin kaya raya bedoah lalu, tapi penyokong di bawah sesak dansusah seperti anak bini tahanan ISA. Tak da sapa dduli kalu susah kes main parti..kalu kaya baru ada rega.Sebabnya Pas bukan parti hak tiru cara hidup nabi Muhammad...perasan jah kalu ngaku ikut nabi . Dengan penyokong tadah tempurung mitak derma tapi pemimpin ramai hak kaya raya dan bertaraf jutawan...Islam hak tok cik atau che wa dia ajar la lau tu.
Pusing kok mana pun kita jangan terkejut jika lepas ni ada cadangan nak perhimpun satu tempat kilang arak, pusat minum arak, pusat judi, pusat melacur, pusat rumah urut, pusat lesbian, pusat gay dan apa-apa lagi kerana kemenangan PR adalah kemenangan PR bukan kemenangan agama Islam.
Sekian,jumpa lagi....
InshaAllah
http://www.geocities.com/freedom_malaysia/amanathadi.html
Amanat Haji Hadi
The truth about PAS and the amanat (in Malay).
--------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN
Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?
Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.
MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?
Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)
Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".
Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.
ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG
Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".
Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?
Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)
TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI
Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.
Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.
Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).
Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?
Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)
Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.
MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI
Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.
Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).
Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).
Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.
Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?
Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.
Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.
Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.
Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).
Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.
Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:
"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".
Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.
PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA
Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.
Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.
Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?
PENUTUP
Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.
Nak cakap sikit pasal projek khinzir raksaksa
Projek Khinzir Raksasa (PKR) yang dilaksanakan oleh gabungan kerajaan pakatan tiga parti di Selangor bolehlah disifatkan sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat oleh kerajaan yang ada kini, di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat.
“Hadiah’ ini pula sebenarnya bukan diberi khas dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebaliknya ia adalah pemberian dalam keadaan yang terpaksa.
Saya difahamkan, Menteri Besar dan PKR tiada pilihan lain terhadap cadangan yang dibawa oleh Teresa Kok, seorang ahli mesyuarat kerajaan negeri yang baru, MB terpaksa aqkur dengan kehendak DAP kerana parti itu ada meletakkan syarat.
Syaratnya ialah, jika projek PKR ini ditolak, maka DAP tidak keberatan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran. Jika ini berlaku, maka Parti Keadilan Rakyat akan terancam. Mereka akan kehilangan 18 kerusi yang kini diwakili DAP. DAP pula sudah mengetahui dan yakin bahawa PKR pasti tidak bersedia kehilangan kawan.
Jika benarlah apa yang saya dengar iaitu DAP lebih berkuasa daripada MB, maka tunggulah masanya rakyat Selangor pasti akan mendapat lebih banyak hadiah lagi.
Wakil-wakil PAS kenapa senyap sahaja?
Bagaimana Anwar akan jadi PM?
Laman web pembangkang kelihatan begitu teruja dengan ramalan Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang diwar-warkan lebih kurang 6 bulan dari tarikh 8 Mac 2008.
Adakah laporan akhbar The Jerusalem Post yang mana artikel bertajuk "Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister" yang telah disiarkan pada 20 Mac 2008 yang menjadi rujukan mereka?
Ini adalah satu spekulasi yang tidak boleh diterima sama sekali kerana jika Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecik sekalipun pada Mei ini, adakah satu kepastian 100% bahawa dia akan menang?
Sudah banyak kali terbukti pembangkang tidak akan menang di mana-mana pilihanraya kecik yang telah dibuktikan berkali-kali sebelum ini.
Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan Anwar Ibrahim menang di kawasan yang akan ditandinginya kelak malah akan bertungkus-lumus menghantar jentera untuk memastikan kemenangan di pilihanraya kecil itu akan berpihak pada BN.
Dakyah Pas bahawa keputusan PRU 2008 memberi isyarat politik segmentasi dan perkauman ditolak oleh rakyat juga satu dakyah tidak berasaskan kepada realiti.
Bagaimana pula dengan isu perkauman yang dimainkan oleh DAP di mana mereka mengatakan undi MCA sama seperti undi UMNO?
Apakah itu bukan satu kenyataan yang bersifat perkauman untuk menimbulkan kebencian kepada MCA di kalangan orang Cina di Malaysia?
Satu lagi persoalan ialah walaupun ditakdirkan Anwar memenangi pilihanraya kecil , bagaimana cara beliau akan menjadi Perdana Menteri kerana pembangkang masih belum cukup kerusi untuk menerajui kerajaan Malaysia?
Adakah dengan cara membeli ahli Parlimen Barisan Nasional seperti yang telah diwar-warkan oleh banyak pihak?
Jika itu benar, maknanya ianya bukan atas dasar demokrasi tetapi kerana politik wang yang mana beliau pernah dipenjarakan di atas sebab yang sama sebelum ini.
wane kapak jangak koho tongong le ning..
macam dok puas hati je bila pas menang besar di kelantan.. lebih-lebih lagi pas berjaya membuat pakatang dengan parti-parti yang cenderung kepada kebaikan rakyat..
memang jenis orang munafiq... mulut cakap islam.. tapi punggung penuh dengan najis.. mungkin lebih hina dari khinzir .. semoga Allah menunjukkan kebenaranya...
jangan emosi ye... kang kapak hok jangak jadi kapak tongong
Post a Comment