KETUA Sosialis DAP yang juga Ahli Parlimen Taiping dalam ucapan pada majlis perhimpunan rakyat mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadioum Perak, Ipoh Perak menyatakan orang Melayu secara umumnya, termasuk orang Pas tidak menyokong ternakan bagi, yang menentang hanya orang Melayu Umno.
Pada majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Ir Muhammas Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Kedah, Azizan Ahmad, wakil Menteri Besar Selangor, Datuk Hassan Ali (Pas) dan wakil Menteri Besar Kelantan, Dato' Husam Musa (Pas, Ketua Sosialis Pemuda DAP itu berkata ketika ada usaha untuk penghapusan ternakan babi di Melaka oleh kerajaan negeri berkenaan, Pas berpihak kepada penternak babi.
Persolannya sejak bila Pas berubah pendirian, bukanlah selama ini Pas paling lantang menentang ternakan babi, malah digemar-gemburkan bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih takutkan banyak mengalah kepada penternak babi berbanding dengan penganjuran perhimpunan oleh pembangkang.
Pada suatu ketika Pak Lah pernah dikaitkan sebagai pengembala babi. Kenapa sekarang Pas berubah sikap sehingga boleh menyokong penternakan babi manakala Pas yang dianggap parti sekular dan tidak Islamik pula yang menentang perojek raksasa ternakan babi.
Paling sedihnya (mudah-mudahan apa yang dimaklumkan kepada saya tidak benar) bila Ketua Sosialis Pemuda DAP kata orang Umno tentang ternakan babi tetapi Pas menyokongnya, ada hadirin yang bertakbir. Masyaalah!
Biarlah Pas dengan alasannya kenapa kena sokong ternakan babi,saya akan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar sebelum berundur diri untuk nantinya jik asda kesempatan kita akan bertemu lagi. Komen-komen itu adalah;
13 comments:
1. nonymous said...
Rencana dari MSO
Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.
Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.
Begitukah caranya abe Li? Betulkah tak payah di samak?
RJK RESPON: Saya bersekolah agama. Sepanjang yang saya tahu...bila bersentuhan dengan babi atau anjing, kena basuh dan samak. Basuh tujuh kali termasuk disamak menggunakan selut.
Berbanding dengan anjing, rasanya babi lerbih najis lagi kerana perngharaman memnakan dagingnya disebut dalam surah Al-Baqarah. Anjing tidak pula disebut tetapi ianya tetap haram dimakan daging, malah bila bersentuhan dalam keadaan basah, maka wajib disamak.
Itu yang saya tahu dan diajar masalah bersekolah agama. Orang macam Ibrahim Azmi tentulah lebih alam dan lebih tahu hukum hakam dari saya. Macam mana saya kena beriman dengan apa yang saya tahu.
April 11, 2008 8:14 PM
2. fadly ramly said...
Pemimpin Pas dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung ideologi asas parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang kini ditentang hebat oleh kepimpinan DAP.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata sikap tenggelam timbul pemimpin parti berkenaan berhubung isu berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan.
Soal beliau adakah kepimpinan Pas hari ini cuba berdolak dalih atau sebaliknya semata-mata untuk menyembunyikan pekara yang sebenarnya dalam usaha menjaga hubungan dengan rakan di dalam parti pembangkang yang ditubuhkan baru-baru ini.
"Kita cukup hairan ke manakah hilangya taring kepimimpinan Pas yang sebelum ini cukup lantang melaung-laugkan perkara ini.
"Apakah ada udang di sebalik batu atau mereka sedang memikirkan jalan untuk memastikan pengikut mereka terus setia bersama parti.
"Jika inilah senarionya, amat malanglah kepada pengikut parti pembangkang terbabit yang dipermain-mainkan oleh pemimpin mereka", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Isu penubuhan Negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu mula ditimbulkan oleh Karpal Singh setelah Pas, DAP dan PKR duduk bersama di dalam Pakatan Rakyat.
Malah Karpal lantang bertanya Pas apa lagi isu yang lebih besar daripada Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia sebagai menjawab gesaan pemimpin Pas untuk beliau menutup mulut.
Jelas Karpal negara Islam menjadi isu awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusya berkata Pas perlu bermuhasabah dengan sebaik-baiknya untuk menilai kembali perjuangan mereka yang kini terpesong jauh.
"Bukanlah niat saya untuk mencampuri hal ehwal dalam parti pembangkang terbabit, cuma mahukan sedikit penjelasan untuk memastikan rakyat tidak terkeliru", ujarnya.
Dalam pada itu beliau yang mewakili Pemuda UMNO mendoakan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diserang angin ahmar pagi tadi segera sembuh.
Ini kerana katanya rakyat memerlukan wakil rakyat yang sihat untuk memastikan segala tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendoakan agar Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang dan ADUN di DUN Rhu Rendang sembuh seperti sediakala", katanya.
MKJ RESPON: Bagai saya menjadi pembangkang jauh lebih mudah dari jadi kerajaan, boleh hentam apa sahaja. Bila jadi kerajaan barulah diketahui dengan erti kata sebenar tentang kesusahan yang terpaksa dihadapi sebagai kerajaan. Yang pasti, seberat-berat mata memandng, berat lagi bahu yang memikul.
April 11, 2008 10:11 PM
3. fadly ramly said...
dulu kata orang UMNO kafir kerana bersekongkol dgn MIC MCA, dikatakan kafir tapi bila PAS bersekongkol dgn DAP,PKR nak cakap apa lak..... tulah allah dah balik kan apa yang selama ini kata org UMNO kafir sekarang terkena batang hidung sendiri....dimana pegangan PAS selama ini...dulu saya menghormati perjuangan PAS kerena membawa Parti tu pada perjuangan islam sekarang bukan perjuangan ISLAM. Parti PAS sekarang memperjuang hak orang bukan ISLAM tulah dia PAS sekarang.
MKJ RESPON: Biasalah...bila terkapik kitab macam-macam warna kulit akan dibuka bagi menghalkan cara. Macam mana rakyat sedang menilai kehebatan pembangkang yang menjadi kerajaan di lima buah negeri sama cakap serupa biki atau tidak. Negara ini pada waktu mempunyai ribuan warga yang jauh lebih bijak dari para aktivis politik yang rata-rata banyak kelentong dan masing-masing cakap tak serupa bikin.
April 11, 2008 10:13 PM
4. fadly ramly said...
Dalam Malaysia todi today, iaitu sebuah laman gosip siber yang melalaikan rakyat Malaysia, terutama golongan apek, aya dan kulop, terdapat usaha tersembunyi untuk mengapi-apikan rakyat agar merobohkan kota Melaka.
Mereka ini mendapat tajaan dari syarikat maya dan diketuai oleh RPK. Sekarang ini mereka tengah mengasah parang dan memalu belakang Anwar. Tujuannya supaya Anwar menjadi ghairah. Ia adalah satu bentuk perang psikologi maya dalam perancangan dan akan dilancarkan pada bila-bila masa. Musuh mereka dari dulu, kini dan selamanya adalah anak generasi siber yang menentang sikap hipokrasi siber.
Walaupun berita ini belum keluar dari mulut malaysia todi today tetapi pada ramalan saya RPK tiada pilihan lain selain melancarkan juga propaganda yang telah lebih sepuluh tahun tertangguh.
Satu Malaysia tahu yang RPK adalah pakar ramalan tipu. Sebabnya begini. Dia suka buat ramalan supaya kalau dalam seratus ramalan yang dia buat, dan walaupun hanya ada satu yang betul maka itu sudah cukup untuk dia menunjukkan pada Anwar \"look honey, I told you already my predictions are always right\". Tersengih-sengaihlah si Anwar mendengarnya diikuti dengan puji-pujian \"wau.. baguslah beb\". Iaitu merujuk pada RPK.
Kadang -kadang saya tidak faham kenapa ada ramai orang sanggup ditipu hidup-hidup seperti dalam ramalan RPK. Tidakkah mereka yang kena tipu itu sedar bahawa manusia hanya boleh meramalkan dan kalau ia benar berlaku maka itu hanyalah satu kebetulan. Maksud saya begini. Kalaulah RPK manusia biasa itu mahu meramalkan malam nanti hujan akan turun maka kalau benar hujan turun, itu masih kerana ada unsur kebetulan dan bukan kerana RPK pandai jadi juru tilik. Apa punya bodohlah semua yang pandai-pandai itu yang jadi mangsa.
Yang hairannya ialah kenapa ramai orang Malaysia yang mempunyai kepandaian dan IQ tinggi dalam semua bidang, pangkat tinggi-tinggi tetapi bab ramalan ini juga yang menjadi salah satu cara untuk mereka menambahkan kepandaian, naik pangkat dan tambah kekayaan. Bolehkah? Tak tahulah di mana kewajarannya.
Tidak dinafikan tenung nasib ada disebutkan dalam al-Quran dan semestinya ada kepentingannya bagi manusia di situ. Sama ada ia satu bentuk manipulasi, penipuan atau apa saja kita tidak berapa pasti. Apa yang pasti itu menjadi hobi dan hak beliau untuk menggunakan kaedah tersebut sebagai sumber rezeki. Ironinya, ramalan RPK tentang Anwar selama ini banyak yang meleset, baik ketika Anwar masih dalam UMNO atau telah merantau di luar sana. Namun siapek, aya dan kulop masih taksub dengan perkara yang di luar kemampuan manusia menentukannya (menilik nasib baik dan buruk seseorang). Mungkin mereka \"over dose\" agaknya.
Kepada RPK, tiada apa untungnya untuk anda melaga-lagakan rakyat Malaysia yang telah hidup aman damai sejak sekin lama. Kalaulah negara ini bocor sana, koyak sini yang rugi adalah engkau dan anak pinak engkau juga. Mana kau nak berniaga kau punya minuman malaysia todi today? Kat USA pasti tak laku kerana Mat Salleh sekarang tak pakai juru tilik tetapi mereka guna super computer. Sebab itu mereka selalu betul.
Kesimpulanya, apabila RPK dipengaruhi oleh aroma anggur peram, dia akan mula manderam dan puji Anwar beratus-ratus kali dalam satu bulatan. Maklumat itu didapatkan menerusi bekas tali barut Anwar. maka dalam keadaan sedemikian itu, bermulalah sesi melabelkan orang itu dan ini semua tak bagus. Mereka saja yang boleh membicarakan sesuatu isu secara bernas semasa dibawah pengaruh aroma. Orang lain semua salah. Macamlah semua apa yang ada kat Malaysia ini dia dan orang yang mengaku pandai berpolitik itu yang buat. Setakat menulis memang handal tetapi bab lain kosong.
RPK dan orang yang sewaktu dengannya ini tiada kerja lain selain jadi pencuci kaki orang Melayu. dan hanya layak menjadi pencuci mulut syaitan dan Iblis siber.
Rasa sakit dalam hati beliau sukar nak sembuh walaupun telah banyak cara dilakukannya.
Bayangkan betapa sakitnya hati beliau apabila melihat semua bangsa dapat hidup aman damai.
Tidak dinafikan, RPK ada banyak otak tetapi dia tidak gunakan otaknya ke jalan yang membina. Dia ada pengalaman sepuluh tahun dipenjara dalam ruang gosip siber tetapi dia tidak gunakan pengalaman tersebut untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada dibelenggu oleh Iblis siber.
Orang Malaysia semua kaum telah lama hidup dalam aman dan pergeseran kecil-kecilan adalah asam garam kehidupan. Terpulanglah kepada rakyat untuk membezakan antara kebenaran, manipulasi fakta, gosip, dan kempen murahan. Tepuk dada, tanyalah hati masing-masing. Hidup Malaysia!
MKJ RESPON: Saya nak tunggu dan lihat.
April 11, 2008 10:13 PM
5. fadly ramly said...
PAS sekutu DAP...
DAP: Apa lagi selain negara Islam?
Apr 9, 08 4:43pm
Apa lagi isu yang lebih besar daripada hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia? - pengerusi DAP Karpal Singh menjawab gesaan agar beliau "menutup mulut" daripada mengulas isu tersebut.
Menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak, hari ini dilaporkan berkata "saya harap dia (Karpal) jangan bercakap lagi mengenai hal ini jika dia belum benar-benar faham apa itu hukum hudud."
Menjawab tempelakan itu, Karpal berkata negara Islam menjadi isu
awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
"Isu ini tidak boleh, dan tidak wajar, disapu bawah permaidani," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.
"Jika usaha PAS menukar Malaysia menjadi negara Islam menjadi kenyataan, ia bermakna undang-undang hudud akan dikenakan terhadap bukan Islam."
Kenyataan Karpal ini, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, siri terbaru dalam perang mulut antara DAP dengan PAS susulan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April.
Azizan menggesanya tidak meneruskan isu itu selepas Karpal menjawab kenyataan menteri besar Kelantan, yang juga mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz pada Ahad.
Berikut rentetan 'perang mulut' dua parti pembangkang itu:
1 April: Tiga pemimpin utama pembangkang mengumumkan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu disertai penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
2 April: Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."
3 April: Kenyataan ini disokong Pemuda PAS Kelantan.
4 April: Merujuk kenyataan Ahmad dan setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir, Kit Siang berkata PAS belum mengambil iktibar krisis dalam Barisan Alternatif sehingga mendorong DAP meninggalkan pakatan tersebut pada 2001
5 April: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab atas kenyataan Ahmad.
Karpal dilaporkan berkata: "Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR."
6 April: Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Karpal memperkecil-kecilkan usaha PAS mempromosikan pentadbiran Islam di negeri itu.
Kenyataan Ahmad, setakat ini, menerima dukungan Pemuda PAS, sekurang-kurangnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
7 April: Karpal menafikan tuduhan Nik Abdul Aziz. Karpal berkata: "Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.
"Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud."
Ahmad - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama Pakatan dan menyalahkan media atas kekeliruan yang berlarutan.
Datuk Husam Musa, naib presiden PAS dan exco Kelantan, memberi jaminan negara Islam hanya menjadi idealisme parti itu dan tidak terdapat dalam agenda Pakatan Rakyat.
8 April: Pemuda PAS Kedah meminta Karpal tidak membesar-besarkan isu tersebut, sementara menteri besarnya Azizan Abdul Razak menggesa pengerusi DAP tidak bercakap sesuatu isu yang tidak difahaminya, termasuk isu hudud.
http://www.malaysiakini.com/news/81130
sapa perBODOH sapa?
MKJ RESPON: Kerajaan yang ditubuhkan oleh pakatan pembangkang tidak mampu bertahan lama, percayalah.
April 11, 2008 10:14 PM
5. fadly ramly said...
Erti Sebuah Persahabatan..
Bersahabat bukan hanya dibibir
Ia memerlukan keikhlasan
Ia tidak perlu ada wasangka
dan tidak perlu juga curiga
Apa ertinya sebuah persahabatan
Andai dalam diri kita tertanam iri hati
Terbungkus rapi syak
Kerana semua itu mampu menguntumkan kebencian.
Andai masih ada lagi sisa kasih sayang...
Marilah kita sama-sama melontarnya jauh ke laut azam
Biar pantainya bertukar pertama
dan lautnya bertukar mutiara.
Sesukar manapun hidup kita
Sepedih mana sekalipun keputusan teman
Jangan dihukum dengan nesta
Jangan dibunuh dengan cerca
Kerana,
Kita manusia yang punyai kelemahan sendiri
Juga gagal mentafsir naluri teman
Tidak mampu menterjemahkan puisi rakan
Apatah lagi untuk menjala mimpi.
Oleh itu,
Ampunlah yang bernama seorang teman
Hormatilah tindakan dan pendiriannya
Kerana tidak rugi untuk mendayungkan keyakinan
Kerana pasti akan membuahkan kelegaan.
MKJ RESPON: No komen
April 11, 2008 10:24 PM
6. fadly ramly said...
Tunduk sujud pada ketaksuban
Orang Melayu ada sifat sentimental dan taat. Lihat pada Tuah yang terkenal dengan ketaatannya walaupun pada kita adakalanya nampak tidak bertempat.
Generasi Tuah masih ada. Kini mereka tumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada UMNO, PAS, PKR. Mereka tak tahu erti membantah dan dalam kamus mereka tak ada definisi taksub.
Apa yang mereka patuhkan lebih bersifat tradisi dan tiada kaitan dengan apa yang ada dalam pemikiran mereka.
Cuma, UMNO semenjak dua menjak ini nampak sudah berpisah daripada tradisi tersebut di mana kepatuhan secara membabi buta sudah dikesampingkan sedikit tetapi dalam PKR dan PAS mereka masih tunduk sujud pada ketaksuban..
MKJ RESPON: Tak ada komen.
April 11, 2008 10:28 PM
7. fadly ramly said...
Tunduk sujud pada DAP
Orang Melayu ada sifat sentimental dan taat setia tapi sememangnya tidak bertempat.Taat setia sememangnya bagus itu menjamin keutuhan sesebuah parti.Tapi macam mana pulak serangan PAS terhadap UMNO (sesama Islam tu), PAS terlalu kesat kata-katanya sedangkan ia mendakwa sebuah parti yang barlandaskan al-Quran dan Hadis semestinya perlu menjaga kesopanan , tatasusila, bercakap benar,kesabaran,janji-janji mesti ditepati dan pelbagai nilai2 murni serta menegur kesalahan orang dengan cara yang membina dan berhemah.Bukannya sepak teranjang. Di sinilah letaknya cermin diri yang penting untuk di nilai.
Tetapi dalam PKR dan PAS mereka masih tunduk sujud pada ketaksuban..tunduk la pada DAP..mana lebih baik DAP atau UMNO ????
MKJ RESPON: Kena orang Pas dan PKR jawab.
April 11, 2008 10:28 PM
8. fadly ramly said...
penulis rasakan terkilan bila beberapa pemimpin pas menolak untuk bersatu dengan umno. bukan ke umat islam menyuruh kita berbaik daripada bermusuhan. kenyataan presiden Pas Hj Hadi Awang amat mengecewakan. Bila dia kata"kami tidak akan bersatu dengan umno". Apakah ini di namakan islam. Begitu juga Dato Harun Din, "sesiapa ahli Pas cuba rapat dengan ahli umno, dia akan dikeluarkan daripada parti". Ingat lah sabda rasul:
"Sekiranya kamu mendapati rakan seislam bermusuhan, mintalah mereka berbaik di antara satu sama lain. Dan sekiranya salah satu di antara mereka menolaknya, maka perangilah mereka."
MKJ RESPON: Biarkan Pas terjun dengan bulan paras batang balaknya.
April 12, 2008 7:17 PM
9. Anonymous said...
tak mau bersatu pasti kerana ada unsur-unsur keangkuhan, kerana bimbang kuasa politik tergugat. Denngan bukan Islam boleh bekerjasama, dengan sesama Islam enggan bekerjsama. Ambil hukum dari Quran, hadis dan kkitab mana?
Nik Aziz dengan Haji Hadi tentunya ada alasan mereka sendiri untuk boleh berkerjsama dengan DAP tetapi tidak boleh sepakat dengan Umno.
MKJ RESPON: Antaranya kerana orang Umno dilihat jahil dan tidak Islamik.
April 12, 2008 7:43 PM
10. fadly ramly said...
Dalam banyak pihak membahas kewajaran pelaksanaan Projek Mega Babi di Sepang, ramai yang terlupa memandang kehadapan untuk berfikir sejenak agenda tersembunyi DAP harbi.
Pernahkah anda terfikir kenapa kerajaan Selangor yang didominasi oleh DAP harbi memilih Sepang sebagai tapak untuk Projek Mega Babi di Selangor?
Untuk pengetahuan semua, berdasarkan bancian bancian penduduk di Sepang bagi tahun 2008:
* Melayu :58.71%
* Cina :23.26%
* India :17.86%
* Lain-lain :0.18%
Berdasar fakta di atas, ternyata Melayu adalah kaum majoriti di Sepang dan adalah tidak wajar project mega babi dijalankan di situ. Ini kerana orang Melayu memang memandang jijik babi serta ianya haram di sisi Islam. Hakikatnya, DAP mempunya agenda tersembunyi apabila cuba mempercepat projek mega babi bernilai RM 100 juta di Sepang.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sepang adalah antara Daerah yang paling berkembang pesat di Selangor. Sepang adalah merupakan antara satu-satunya dahulunya daerah dalam Selangor yang mempunyai prasarana yang bertaraf antarabangsa iaitu:
* Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
* Sepang FI International Circuit
* Cyberjaya - MSC yang pertama dan terbesar di Malaysia
* Sepang GoldCoast - Projek bertaraf antarabangsa terbaru di Sepang
Jika di lihat prasarana-prasarana bertaraf antarabangsa yang telah terdapat di Sepang, tidak hairanlah dalam tempoh 10-20 tahun akan datang, Sepang mungkin akan menjadi bandar yang maju serta terkenal di serata dunia. Ini menyebabkan harga hartanah di kawasan Sepang akan meningkat berlipat kali ganda.
Kedudukan strategik Sepang bersebelah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia menjadikan salah satu tempat yang menjadi impian ramai pelabur dan pembeli hartanah di kawasan Sepang walaupun kemudahan instrastruktur di Sepang adalah kurang berbanding bandar-bandar lain di Selangor.
Dilaporkan bahawa terdapat lebih 250 berstatus MSC dan 67 buah syarikat bertaraf “multinational” beroperasi di Cyberjaya.
* Nokia (M) Sdn Bhd
* SITA
* SAP Learning Technologies (M) Sdn Bhd
* Siemens Multimedia Sdn Bhd
* Motorola Multimedia Sdn Bhd
* Alcatel Networks MSC Malaysia Sdn Bhd
* Lotus Development Services (M) Sdn Bhd
* Lucent Technologies (M) Sdn Bhd
* Oracle MSC Malaysia Sdn Bhd
* Ericsson Expertise Centre Malaysia Sdn Bhd
* Ericsson Academy Sdn Bhd
* Ericsson Business Consulting Sdn Bhd
* EHPT Sdn Bhd
* Asia Pacific Information Service (DHL)
* Baan Education Asia Pacific
* Shell Information Technology International Sdn Bhd
* British American Tobacco GSD (Kuala Lumpur) Sdn Bhd
* Reach Internet Services(MSC Malaysia) Sdn Bhd
* Rockwell Automation (M) Sdn.Bhd.
* Unisys MSC Malaysia Sdn Bhd
* Alcatel MSC Malaysia Sdn Bhd
* IBM (M) Sdn Bhd
* Computer Associates (M) Sdn Bhd
* Lotus Engineering Malaysia Sdn Bhd
* Biodata Information Technology Malaysia Sdn Bhd
* Scope International (M) Sdn Bhd
* Huawei Technologies Sdn Bhd
* Fortum Sendi Prima Sdn Bhd
* IT-365 Malaysia Sdn Bhd
* Satyam Computer Services Ltd
* SmartTrust Sdn Bhd
* AVEVA Asia Pacific Sdn Bhd
* Schlumberger Technologies (M) Sdn Bhd
* Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd
* HSBC Electronic Data Processing (Malaysia) Sdn Bhd
* WIPRO Limited
* BMW Asia Technology Centre Sdn Bhd
* Prudential Services Asia Sdn Bhd
* Silicon Graphics Sdn Bhd
* Panasonic R&D Centre Sdn Bhd
* ZTE (Malaysia ) Corporation Sdn Bhd
* ExxonMobil Business Support Centre Malaysia Sdn Bhd
* Amway2u.com Sdn Bhd
* e2 Power Sdn. Bhd
* Getronics Technology Sdn Bhd
* Motorola Technology Sdn Bhd (SCO Division)
* Fujitsu (Malaysia) Sdn Bhd
* Bloomberg (M) Sdn Bhd
* Intel Malaysia Design Center (MSC Malaysia) Sdn Bhd
* Reuters (M) Sdn Bhd
* Fujitsu Telecommunication Asia Sdn Bhd
* Pernec Multimedia R&D Center Sdn Bhd
* BT Multimedia Sdn Bhd
* Sun Microsystems (M) Sdn Bhd
* NTT (MSC Malaysia) Sdn Bhd
* EDS MSC Malaysia Sdn Bhd
* Compaq Multimedia Sdn Bhd
* Microsoft Knowledge Capital Center Sdn Bhd
* Comptel Communications Sdn. Bhd.
* Tecnomen (M) Sdn. Bhd.
* Castlewood Systems (M) Sdn Bhd
* Marconi 3G Sdn Bhd
* CISCO MSC Malaysia Division
* Canal+ Technologies Sdn Bhd
* NEC Systems Integration Malaysia Sdn Bhd
* TATA CONSULTANCY SERVICES MALAYSIA SDN BHD
* Petronas eLearning Solutions Sdn Bhd
* Aljjazeera International (Malaysia) Sdn Bhd
Tetapi apa yang menyedihkan ialah lebih 90% daripada pekerja syarikat bertaraf “multinational” ini adalah bukan Melayu. Apabila dipersoalkan kenapa pekerja Melayu tidak sampai 10%, alasan yang biasa diberikan oleh pihak pengurusan bukan Melayu dalam syarikat “multinational” ini ialah kekurangan calon Melayu yang berkelayakan. Hakikat yang sebenarya 50% pekerja bukan Melayu yang bekerja dalam syarikat “multinational” ini tidak berkelayakan tetapi tetap diambil untuk bekerja,
Pemimpin DAP kafir harbi dan penyokong pro DAP ini melihat bahawa kawasan Sepang bakal menjadi sebuah bandaraya terkemuka dengan pelbagai prasarana yang bertaraf antarabangsa. Tetapi, sayang kerana kebanyakan kawasan Sepang dipenuhi oleh kampung-kampung Melayu. Lebih menyakitkan hati mereka, tanah-tanah di Sepang ini pula banyak berstatus “Malay Reserved Land”. Ini bermakna amat sukar bagi mereka menguasai Sepang di masa depan.
Salah satu tujuan utama mereka merancang project mega babi bernilai RM 100 juta di Sepang ialah untuk menghalau keluar orang Melayu dari situ. Walau secanggih bagaimana teknologi yang digunakan untuk ladang babi itu, perkara yang paling asas ialah umat Islam sememangnya jijik dengan lembu pendek berkaki empat itu.
Selepas kejayaan projek mega babi ini, sudah pasti akan wujud industri sampingan berasaskan babi ini di kawasan tersebut. Industri ini termasuklah :
1. Industri Gelatin babi
2. Industri Minyak berasaskan babi
3. Industri Pakaian berasaskan kulit babi
4. Industri Baja kompo berasaskan tahi babi
5. Industri makanan haiwan ternakan berasaskan sisa lebihan babi seperti perut
6. Industri berus berasaskan bulu-bulu babi
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak applikasi yang boleh dihasilkan daripada babi-babi ini. Apabila RM 100 juta telah dilaburkan di Sepang, maka kita akan melihat banyak industri sampingan berasaskan babi akan tumbuh di sekitar kawasan ini.
Apabila keadaan ini berlaku, maka umat Islam Melayu yang tinggal di kawasan tersebut akan merasa tidak selesa kerana jijik serta status haram babi. Mereka akan mula berpindah keluar daripada kawasan Sepang dan ini akan menyebabkan banyak kawasan terbiar dan hendak dijual oleh orang Melayu dengan harga yang rendah. Kesempatan ini akan diambil oleh puak pro-DAP yang ‘racist’ untuk meningkatkan pegangan hartanah mereka di Sepang.
Disebabkan kewujudan prasarana dan intrastruktur yang bertaraf antarabangsa di Sepang, maka nilai hartanah akan meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan orang-orang Melayu yang pernah memiliki hartanah di kawasan tersebut tidak dapat menikmati kelebihan ini dan akan mengalami kerugian yang amat besar.
Hanya golongan yang suka memakan babi sahaja yang akan membeli hartanah di Sepang kerana mereka tidak merasa jijik mempunyai penempatan di ladang babi. Lebih-lebih lagi dengan teknologi canggih dan terkini maka kuranglah masalah alam sekitar.
Sungguh hebat percaturan politik DAP kafir harbi ini. Pada masa yang sama, DAP kafir harbi ini menggunakan MB boneka mereka untuk menyalahkan kerajaan Selangor belumnya. Hakikat yang sebenarnya ialah projek ladang babi pada masa itu hanyalah pada peringkat kajian dan bukan berskala besar.
Apa yang pasti hasil daripada projek mega ladang babi di Sepang ialah satu kaum akan mendapat keuntungan yang besar, manakala orang Melayu Islam pula akan mendapat kerugian yang paling besar.
Inikah keadilan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada mereka yang telah mengundi mereka… ops.. terlupa adakah ini hukuman kepada rakyat Sepang kerana tidak memilih calon PKR dan PAS dalam PRU-12?
MKJ RESPON: Maklumat yang sangat berguna.
April 13, 2008 2:49 AM
11. fadly ramly said...
Sedih bila dikenangkan dengan apa yang dah jadi dengan masyarakat kita. Kita sesama Melayu, mengucap syahadah yang sama, berkiblatkan yang sama. Tetapi sesama kita, caci mencaci, maki hamun, cari salah, dengki, khianat, dendam, fitnah, doakan keburukan. Kepentingan politik peribadi melebihi kepentingan umat secara keseluruhannya. Sampai bila keadaan ini akan berterusan?
Kepada satu pihak, walau apa pun yang dilakukan, ingatlah bahawa sesuatu itu tidak sempurna dan sentiasa ada cacat celanya. Jangan sembunyikan kebenaran.
Kepada satu pihak lagi, walau setinggi dan sehebat mana pun ilmu yang ada, ingatlah bahawa tidak ada yang maksum selain Rasul. Jangan bersifat 'diri sendiri lebih Islam dari orang lain'.
Serulah kepada perpaduan dan tinggalkanlah perpecahan.
Ingatlah bahawa Rasul pernah berkata," di akhir zaman umatku akan berpecah kepada 72 golongan dan hanya satu golongan yang akan berjaya". ( kalau salah tolong betulkan).
Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk menempatkan diri ke dalam golongan yang satu itu...
MKJ RESPON: Mudah-mudahan dengan apa yang berlaku akan timbul kesedaran untuk menghormati dan kembali ke pangkal jalan ketuanan.
April 13, 2008 10:21 PM
12. fadly ramly said...
Antara PAS dan Anwar
SECARA peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Msia amnya dan org Melayu khususnya. Sudah pasti semua MB yang baru bagi negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exco yang dilantik akan membuat kerja yang "cemerlang" dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yang akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat "mendidik" BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri dan Kerajaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.
Masalah besar yang mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yang akan menjadi seperti duri dalam daging. Dan yang paling besar ialah bantuan kewangan dari kerajaan pusat kepada negeri yang diterajui oleh BA akan "disekat" atau disalur tidak melalui kerajaan negeri. BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya orang Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blogblog, di kedai kopi, di masjid dan sebagainya mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.
Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yang berkuasa di negeri yang memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara. Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yang ia kuasai kepada pihak yang suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yang berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.
Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah orang yang zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak orang Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO. Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu pilihan raya mengedar gambar yang di ubahsuai yang menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yang ditulis Tunku di dalam bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).
Tetapi dalam buku-buku yang Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi kerajaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dengan Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang untku membayar gaji k/tangan awam Kelantan kerana kerajaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang. Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dengan permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO. Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dgn rendah hati pergi jumpa org tsbt utk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yg berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yang seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya? Isu antara Datuk Asri dgn Tunku ada disentuh oleh sdr Sayuti Omar di dlm bukunya "Kelantan Selepas Pantang" (m/s 20). Dlm isu ini sdr Sayuti menggunakan perkataan "Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas k'jaan PAS". Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing2 hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi ) yang memimpin UMNO merampas Kelantan pd 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yg PAS kata pd Anwar). Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir slepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dlm semak, syaitan bisu, barua dll, Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing-masing pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dlm keadaan macamni ........ dengar cerita Nik Aziz minta geran RM600 juta dari k'jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan w/pun dikatakan Mahathir setuju tetapi k'jaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir ...... Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.
Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.
Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.
Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.
Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk "Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M'sia" untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah "Pertembungan antara PAS dan DSAI". Saya rasa ia masih relevan lagi. Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang poda bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yg dikebasnya utk diberi pd perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh, bukan isu ratu cantik yg Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yg haram dan sehingga Mufti Selangor Utz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai "profound writer", (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.
Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tn Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.
6.2 Pertembungan antara PAS dan DSAI
Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan .Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-
PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).
Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-
a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?
b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?
c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.
d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.
Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.
Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya.
Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?
Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.
Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.
Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.
Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan.
Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.
Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.
k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.
l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.
iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-
a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.
b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.
d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.
e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.
iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.
a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.
b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.
c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.
d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.
e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.
v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.
a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M'sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.
b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.
c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.
vi) Majalah Tamadun Ogos 97.
a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".
b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.
- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.
c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.
vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-
a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!
b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.
viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-
a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10
- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".
b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.
ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."
x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'.
Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.
xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.
Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.
Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-
i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
- cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini
(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)
ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran
iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-
- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)
iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan
- lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
-cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol
- budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi
Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.
PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini? Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?
6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM
Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah :-
- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)
PAS juga :
- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)
Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?
Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.
Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?
Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat
MKJ RESPON: Wajar direnungi dan dihayati.
http://shuhmy.multiply.com/journal/
April 15, 2008 1:17 AM
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Tahniah org Kota Darul Naim
hari ini sekeping tanah di jalan Raja Dewa akan bertukar tuan.
Demikian lapor NST 17 April 2008.
Sebuah kompleks bangunan 300 juta akan dibina berdepan dengan Kota Darul Naim. Apartmen berharga 100-150 ribu akan dibina dan dijual termasuk kepada orang bukan anak kelantan.
Kerajaan Negeri buleh 30 juta , geran bertukar buat selama-lama.
MPKB buleh cukai pintu dan itulah faedah untuk orang Melayu.
Lepas ni senanglah org Kota DarulNaim dan sekitarnya nak gi kerja kalu beli apartmen seberang jalan tu. Molek lah tu .. biar hilang tanah asal kaya sekejap.
Berita Harian pula melaporkan 100 penduduk di jajahan jeli dalam gelisah kerana kerajaan akan ambil balik tanah untuk satu projek . Bakpo tak bui ganti dulu sebelum ambil kelik tanah kerajaan tu?
Bukan kah dahulu orang pas kata kalau nak mati syahid salah satunya dengan cara mempertahnkan hak kita dan tanah kerajaan kalau kita usahakan maka jadi hak orang yang mengusahakan. Maka bakpo juga selepas 17 tahun memerintah kes tanah rentah cara haram mengikut istilah kerajaan ni tak leh nak selesai?
Orang-orang cerdik pandai di Kota Darul Naim tentu ada jawapannya.
Tak apalah Wak dah ni krjaan hak kita pilih...mugo kita tahu dah ka nyakit...dapat ka pandai jual harta hak ada...nak cari sediri tak nampak jalan...kita pakat kelih jah la...nak buat guana lagi..hak mana pulak nak jual lepas ni....
Dengar cerita sebahagian besar dari tanah milik Melayu dalam kawasan bandar Kota Bharu sudah jadi milik Cina, kalau pun masih ada yang nama Melayu tapi di belakangnya Cina.
Ada sebuah syarikat yang dikatakan lebih kerajaan dari kerjaan. Kalau syarikat berkenaan mahukan sesuatu kawasan tanah dalam kawasan bandar, tak ada siapa yang boleh halang, pegawai-pegawai berkaitan dalam hal-hal tanah tanah kena sukat tanah berkaitan walaupun pada waktu malam.
Kalaulah cerita itu benar, Melayu Kelantan, khususnya penghuni Kota Bharu yang mengalami kepupusan hak ketuanan Melayu yang sangat ketara.
Sudahnya nanti kerajaan yang ada dan disayangi akan menjadi kerajaan yang sangat dibenci dan akan sangat dikutuki oleh tujuh keturunan rakyat Kelantan.
Masalah di kelantan ialah MB jenis mengajar. bab mentadbir ikut org suruh sain dia sain.
sbb tula kb dah jadi bandar cina.
raja pula berebut dgn org politik kalu bab tanah ni...nk jual ke cina,
ladang rakyat pun dengar kobar teruk jugak. jual ka kroni ..untung bbagi sama sendiri.
ore kapong buleh la samah dua.
wallahuaklam
Jangan dok kata berat - berat kepada tok guru. Tok guru ni keramat dan bertaraf auliaullah.
Yang kita ni solat tahajud pun jarang-jarang.
Wak Hamad..demo dok alik mana?
Serupa Meli jugak ka jenis ruan sekerat keli sekerat?
Sunday, April 20, 2008
Penjelasan
Saya Bukan Dendam!
BANYAK juga penjenguk blog saya tidak setuju dengan cara saya menyerang dan mengkritik orang baju petak-petak merah. Ada yang sangat emosi dan ada yang memberi pandangan yang konstruktif. Minta saya kendurkan dan melupai apa yang berlaku.
Tetapi dalam pada itu komen-komen yang masuk ke dalam e mail blog saya ternyata lebih banyak yang memberi semangat dan menyokong saya. Kalau saya menyiarkannya ia memburukan dan memalukan si baju petak-petak merah. Saya tahu komen dan teguran ini datang dari dua kumpulan yang berbeza. Keduanya saya ucapkan terima kasih.
Sebenarnya bukan saja mereka yang menyayangi orang baju petak merah itu yang tidak senang dengan kritikan dan usikan saya kepada beliau. Tetapi Tok Guru Nik Aziz juga pernah meminta saya agar menghentikan serangan ke atas orang baju petak merah itu tanpa beliau mengetahui apakah puncanya.
Demi untuk tidak menyerabutkan keadaan saya pun tidak pernah menceritakan perkara sebenar kepada Tok Guru dan saya telah pun menghentikan kerana menghormati nasihat Tok Guru.
Bermula pada itu saya postkan sekeping gambar beliau bersama Tok Guru dan selepas itu saya tidak menyebut lagi namanya.
Namun tindakan dan penghormatan saya itu sia-sia, apabila orang baju petak merah telah mengarahkan lawyer menghantarkan tiga kali surat notis berupa ugutan meminta saya delete semua bahan bersangutan denganya dalam blog ini menjelang pilihan raya lalu. Bagi saya penghantaran surat itu suatu tindakan pengecut dan tidak bermoral dan berupa ugutan murahan!
Saya tidak bersedia menuruti apa yang dipinta itu. Bagi saya harga sebuah "persahabatan" (kalau boleh disebut sahabat) tidak ada kepada diri orang baju petak-petak merah itu. Beliau sepatutnya bukan mengutuskan surat menerusi lawyer tetapi masih banyak kaedah lain lebih sopan.
Jadi di sini saya bukan berdendam atau degil untuk tidak menghormati atau senegaja melupai asal usul kejadian manusia (Islam) dan tanggungjawab yang Allah berikan. Saya akan terus bermain dengan sesiapa sahaja kerana saya tidak ada apa-apa kepentingan.
Jika saya hendak ikutkan perasaan, saya harus melakukan lebih daripada itu. Tuduhan si baju petak merah kepada saya sungguh mengaibkan dan tidak seharusnya keluar daripada orang yang bakal menjadi pemimpin besar. Namun saya tidak melayani tuduhan itu kerana masih ada simpati dan memberi ruang kepadanya membetulkan beberapa kesilapan fatal dilakukan demi kerjayanya jua.
Saya mahu beliau tunduk kepada alam dan bukan meminta dunia tuduk kepadanya. Kerana sebagai orang bercita-cita hendak jadi khalifah, beliau harus bersikap seperti para Khalifah Agung Islam atau pun ambillah suku daripada sifat dan perangai Nik ziz.
Penjelasan ini sebagai jawaban kepada mereka yang menghantar ratusan komen teguran dan sokongan semangat kepada saya berhubung polemik satu hala saya dengan si baju petak-petak merah. Penjelasan ini juga sebagai mengelakkan saya dituduh tidak memberi reaksi kepada komen berhubung si baju petak-petak merah yang masuk dalam email saya.
InsyAllah atas kesedaran juga saya akan berusaha untuk tidak mengkritik dan mengusiknya lagi selepas ini berkaitan hal-hal personal. Semoga semua pihak yang memberi perhatian dalam isu ini berpuas hati dngan penjelasan ini. Wassalam. MSO. [wm.kl 11:56 am 20/04/08]
TULISAN DI ATAS ADA TERSIAR DI BLOG MSO PADA HARI AHAD 20 APRIL 2008. PADA HARI ISNIN IA TELAH DITIADAKAN. WALLAUAKLAM
Post a Comment