Sunday, August 3, 2008

M,UNCUL KEMBALI (53)

MRR2 patut dilebur sebelum menjadi kubur


MUNGKIN ramai yang beranggapan adalah suatu pembaziran apabila Lebuh Raya Lingkaran Tengan 2 (MRR2) sepanjang 1.7 kilometer dengan kos pembinaannya RM308 juta termasuk belanja tambahan RM70, dileburkan dan dibina baru jika ia menjadi amat perlu.
Ekoran dari berulang kejadian keretakan lebuhraya berkenaan dengan tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang dapat struktur itu didapati putus secara tiba-tiba pagi semalam, pada dasarnya MMR2 kalau tidak segera dilebur ada kemungkinan akan jadi kubur kepada penggunanya..
Kalau tiga dari 18 batang boleh terputus secara tiba-tiba, tidak mustahil sebahagian lagi daripada 16 batang atau keseluruhan CFRP akan terputus secara tiba-tiba. Pihak kementerian mahu pihak Jabatan Kerja Raya boleh beri jaminan MRR2 selamat digunakan kerana ianya tidak runtuh, cuma retak.
Tetapi selain dari tragedi semalam, kes keretakan sudah pun berlaku pada tahun 2004 dan 2006. Pada 10 Ogos 2004 didapati 31 daripada 33 tiang jejambat MMR2 didapati retak dan telah diperbaiki dengan mengambil masa tiga bulan dan menelan belanjaRm20 juta.
Pada 8 Februari 2006 terdapat 7,000 keretkan dikesan daripada 31 tiang jejambat yang telah dibaiki pada bulan Ogos 2004. Sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi membaiki keretakan. Untuk membaiki buat kali ketiganya, sudah tentulah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit lagi dan boleh menyebabkan akan berlaku kes, besar kerusi dari meja dalam kes kos MMR2.
Syarikat perunding dari German, Halcrom Group Lomited (Hakcrow) sudah digunakan khdimatnya untuk menyiasat punca kejadian dan pastinya telah memberi nasihat tentang apa yang patut dilakukan terhadap MMR2. Kos khidmat syarikat berkenaan berjuta-juta ringgit jumlahnya.
Pun begitu masalah keretakan tetap juga berlaku dan pengguna MMR2 terdedah kepada kemungkinan berkubur oleh runtuhan jejambat yang sudah berkali-kali dibaiki termasuk selepas menerima khidmat kep[akaran berkelas antarabangsa, keretakan masih juga berlaku.
Pada hakikat membaiki apa sudah siap dibuat akan cukup payah berbanding dengan pembinaan semula. Barangkali apa yang boleh dilakukan ialah dengan menampal tempat yang retak dan menggantikan CFRP yang putus diganti baru. Tidak mustahil keretakan akan terus berlaku kerana keretakan itu itu sendiri berlaku ada puncanya.
Barangkali MMR2 itu sendiri tidak mampu menampung bebanan termasuk gegaran kenderaan yang melaluinya yang mana tidak kurang dari 140,000 kenderaan, termasuk trelar menggunaannya setiap hari.
Ada kemungkinan MMR2 yang dikatakan mampu menampung 5,000 kenderaan pada satu-satu masa dibina oleh pembinannya dengan keupayaan penampungan yang lebih rendah atau kmungkinan kenderaan yang menggunakannya lebih dari 5,000 kenderaan pada satu-satu masa.
Punca yang kena dicari kerana penampalan keretakan dan penggantian CFPR yang putus tidak akan dapat menjamin masalah akan selesai kerana ditampal yang retak dan ditampal akan kembali retak manakala CFPR yang putus dan telah diganti akan kembali putus semula jika punca yang menyebabkan keretakan dan. Punca keretakan dan putus CFPR itu kena dicari.
Bagaimanapun secara peribadi saya berpendapat, supaya perkara lebih buruk tidak akan berlaku, apatah lagi kemungkinan akan berlaku kehilangan nyawa, adalah lebih baik jika jejambat MRR2 dileburkan segera bersama RM308 juta kos pembinaan serta pembaikiannya berjumlah RM20 + RM40 di samping berjuta ringgit lagi yang dibayar kepada Hakcrow.
Sebagai ganti sediakan sejumlah peruntukkan baru untuk membina MRR2 yang baru dengan dipastikan pembinannya menepati ciri-ciri pembinaan sejati agar ianya kukuh dan teguh sebagaimana kukuh dan kuatnya jambatan keretapi yang dibina walaupun usia pembinannya sudah puluhan tahun lamanya, namun skru-skrunya masih belum berkarat kerana ia ditutup dari terna hujan dan panas

No comments: