Wednesday, August 20, 2008

MUNCUL KEMBALI (67)

Balasan sumpah laknat Anwar akan tentuan keputusan di Permatang Pauh


WALAUPUN hanya Dewan Pemuda Pas Selangor melalui ketuanya Sallehen Mukhyi yang pastinya bukan mewakili keseluruhan dewan pemuda parti itu, apatah lagi Pas seluruh yang mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar, namun cabaran itu tidak boleh dipandang rendah atau disimpulkan sebagai kes terpencil kerana Pas adalah antara parti yang bukan saha berada dalam Pakatan Rakyat (PR) tetapi merupakan menerajui kepada kerajaan di tiga buah negeri yakni Kelantan, Kedah dan Perak.
Sebagai sebuah parti yang perjuangan dan pendekatannya bertunjang, berteras, berpasak dan berpaksikan hukum hakam, tidak mudah sebenarnya untuk disebulat-suarakan para penyokong Pas oleh pimpinannya agar menerima tanggapan dan kesimpulan bahawa sumpah laknat Mohd.Saiful Bukhari yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar adalah bersifat konspirasi untuk musnahkan Anwar.
Para penyokong PKR barangkali boleh terima dengan mudah andaian bahawa bekas pembantu Anwar itu sanggup bersumpah kerana beliau diupah dan diperalatkan bagi memusnahkan kerjaya politik, malah kehidupan Anwar dan keluarga juga, tetapi tidak semudah itu untuk orang Pas menerimanya. Ini adalah kerana cara pemikiran dan pendekatan politik antara PKR dengan Pas tidak sewarna.
Lagi pun tidak ada sebab yang munasabah kenapa pemuda itu yang tentunya menerima budi Anwar sebagai pembantu kepada penasihat PKR itu boleh mencetuskan permusuhan yang bersifat 'tiada maaf bagimu' sehingga sanggup dirinya, keluarganya dan keturunannya dilaknat jika beliau berbohong dalam membuat sumpah laknat di masjid yang merupakan rumah Allah dan memegang al-Quran yang merupakan kalamullah untuk menegakan kebenaran dakawaannya bahawa beliau menang diliwat, lubang duburnya telah dimasukan kepala zakar oleh Anwar tanpa rela.
Sebelum boleh percaya bahawa Mohd. Saiful Bukhari berniat jahat dengan melakukan sumpah itu, orang Pas pasti akan berusaha mencari punca kenapa pemuda itu menjagi begitu berani bersumpah laknat ke atas dirinya, keluarganya dan keturunannya jika beliau bohong.
Walhal kalau berbohong dalam bersumpah menggunakan nama Allah, apatah dibuat atas massjid selaku rumah Allah dan memegang al-Quran yang merupakan Kalamullah, jangankan orang Islam, kalau diminta 'tokca di ketik Siam' atau 'samy di kuil-kuil Hindu' pun, pasti mereka tidak akan berani melakukan.
Tentu akan timbul persoalan, apakah Mohd. Saiful Bukhari lebih rendah standard keislaman dan kualiti keimanan serta ketaqwanaannya berbanding dengan 'tokca di ketik Siam' atau 'samy di kuil-kuil Hindu' berdasarkan kacamata Islam.
Mahu tidak mahu, sangat sukar sebenarnya untuk orang Pas menerima andaian dan kesimpulan bahawa Mohd. Saiful Bukhari sanggup bersumpah laknat untuk memusnahkan Anwar sedangkan beliau bukannya musuh politik Anwar, kecuali jika Anwar juga membalas sumpah laknat dengan sumpah laknat juga.
Mohd. Saiful Bukhari adalah watak baru dalam menjadi bahan perbahasan umum.
Demi untuk kepentingan pakatan dalam PR dan supaya Pas sendiri tidak akan berdepan kehilangan sokongan dari penyokong sendiri berkaitan dengan imej, pretasi dan reputasi Anwar yang dikaitkan dengan tuduhan liwat, maka pada saya memang wajar Dewan Pemuda Selangor membuat cabaran agar Anwar juga membuat sumpahan laknat.
Dewan Pemuda Pas Selangor, malah seluruh rakyat negara ini, kecuali penyokong taksub Anwar pasti dilanda kehairanan kenapa Anwar enggan membalas sumpah laknat dengan sumpah laknat, seolah-olah beliau takut untuk melakukannya.
Walhal secara lojiknya, untuk apa ditakutkan kalau beliau benar. Ini adalah kerana Allah Maha Bijaksana tidak akan tersalah dalam melaknati hamba-Nya yang patut dilaknat.
Sikap Anwar, apatah lagi kenyataan yang pernah dibuatnya bahawa walaupun 50 kali Mohd. Saiful Bukhari bersumpah laknat beliau tidak akan melayani dan tidak akan ikut sama bersumpah secara tidak langsung boleh menjadi penentu kepada keputusan plihanraya kecil Permatang Pauh kerana pada dasarnya sama ada PKR atau Umno yang akan menang, ianya akan ditentukan oleh penyonong Pas di kawasan berkenaan.
Manakala penyokong Pas pula telah dididik, malah sentiasa disedarkan serta sentiasa sedar bahawa mereka tidak boleh bersekongkol dengan kemungkaran, termasuk dengan kepunahan akhlak, kerosakan imej, prestasi dan reputasi tokoh yang dipilih dan diangkat sebagai pemimpin.

1 comment:

Anonymous said...

Guano Pemuda Pas Selangor buat lagu pelik ni?. Pemuda Pas pusat lagu mano?