Wednesday, August 20, 2008

MUNCUL KEMBALI (68)

Pengedali blog minta rakyat kibar bendera terbalik patut diISAkan


BENDERA adalah lambang kepada kedaulatan negara dan penggunaan bendera itu sendiri sebagai lambang kedaulatan dan kehebatan sesebuah negara bukan bseperkara yang baru, ianya turut wujud pada era hayat Rasulullah s.a.w. Bendera adalah sesebuah negara bukan milik mana-mana parti politik, termasuk parti pemerintah tetapi ia adalah milik dan rakyat sesebuah negara.
Perlakuan tidak sopan, kurang ajar dan biadab terhadap bendera negara kerana marah dan mahu menghina kerajaan yang memerintah samalah seperti kerana mahu dapatkan udang galah untuk dimasak kari, habis sebatang sungai dibubuh tuba.
Sehubungan dengan itu, tindakan terhada pengendali blog yang postingkan jalur gemilang dalam keadaan terbalik dan meminta rakyat negara ini mengibarkannya secara terbalik sama seperti muka seluruh warganegara diludah dan kedaulatan negara diinjak-injak.
Perbuatan itu juga bukan hanya seolah-olah meludah muka warganegara yang masih hidup tetapi juga muka warganegara yang telah mati dan yang akan lahir yang akan memakan masa sehingga kiamat.
Rakyat negara yang berfahaman komunis, malah rakyat negara Yahudi pun tidak akan tergamak dan tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang seluruh rakyat negara ini dan juga seluruh umat dunia yang waras boleh gambarkan sendiri betapa jijik, kurang ajar, biadab, laknat dan celakanya indivi atau kumpulan yang sanggup melakukan perbuatan itu.
Kebiadaban, kelaknatan dan kecelakaan pelaku perbuatan itu tidak boleh dimaafkan hanya dengan individu atau kumpulan terbabit meminta maaf dan hukuman paling setimpal adalah diISAkan atau pun teruk dari itu, malah kalau di negara asing barangkali hukumannya adalah dipancung sampai mati.
Penangkapan dan hukuman juga tidak wajar di lengah-lengahkan, apatah lagi ianya dilakukan ketika edah menyambut Hari Kebangsaan sempena usia kemerdekaan negara ke-51, secara tidak langsung ianya bersifat menafi dan mempersendakan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Memperlakukan secara hina bendera negara samalah seperti melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong sebagaimana yang disabitkan ke atas Kumpulan Al-Maunah.
Justeru itu tidak patut wujud sebarang kompromi dalam mengambil tindakan dan dalam mengenakan hukuman kepada perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab serta bersifat melanggar hak kewarganegaraan itu agar perlakuan yang serupa tidak akan dilakukan lagi oleh mana-mana wargangara ini pada masa akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

Saya amat setuju supaya warganegara yang menghina bendera yang secara tidak langsung menghina rakyat dan negara dikenakan hukuman paling berat macam yang dikenaan ke atas kumpulam al-maunah. seluruh warganegara tanpa merngira bangsa, agama dan fahaman agama patut mengutuk perbuatamn biadab.
kalau marahkan kerajaan yang ada, terbalikanlah bendera umno atau bendera bn, kenapa pula menghina bendera negara, apa salah bendera dan negara?

Anonymous said...

aku bukan sokong pun org yang hina bendera, tapi bagi aku la... org hina agama, hina Allah, hina Nabi, hina Quran korang tak sibuk pun, tp kalau bab bendera ni, marahnya mengalahkan org kalah judi. rasional la sikit. Nak jadi pejuang tu boleh, tp jangan sampai diri tu jadi pencacai.

Anonymous said...

Pemilik nabi dan al-Quran adalah Allah s.w.t. Yang hina al-Quran, hina nabi, apatah lagi hina Allah kalau pun sesebuah kerajaan tak jatuhkan hukuman, Allah sendiri akan jatuhkan hukuman. Kerajaan ada ada kemampuan yang sangat terbatas untuh jatuhkan hukuman bagi pihak Allah. Bendera ni milik manusia yang dicipta oleh manusia untuk menjadi lambang kedaulatan sesebuah negara. Kalau warganegara menghina kedaulatan negara sendiri, masih layakkan warganegara berkenaan terus kekal sebagai warganegara? Bendera negara tak ada kaitan dengan parti politik. Parti mana pun jadi kerajaan, bendera tetap serupa. Kalau marah sangat kepada mana-mana pemimpin, turunkan saja pemimpin berkaitan melalui cara yang dihalalkan oleh undang-undang syarak dan sivil. Wajarkah kerana marahkan seekor ayam yang naik dan diberak atas beranda kita, maka kerbau sekandar pula yang disembelih. Nak marah kerajaan Umno/BN kerana kita dari parti lawan, maka bendera diperhinakan. Di mana cerdik dan rasionalnya kita?