Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh: belum tentu mimpi menjadi realiti
PENDUKUNG dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ada penyakit jantung kena bersedia menggengam ubat sewaktu berdepan dengan pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dijangka pada pukul 8.00 malam, Selasa ini.
Itu nasihat ikhlas saya bagi mereka yang terlalu mengharapkan PR/PKR menang kerana ada petanda-petanda kemungkinan akan berlaku pengharapan agar PR/PRK menang dengan mudah akan menjadi umpama mimpi sang punguk yang berangan-angan mahu berbinikan puteri bulan yang tidak mungkin jadi realiti.
Melihat kepada pelbagai pendedahan dan isu yang ada kaitan dengan calon PR bagi pilihanraya kecil kawasan berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penashat PKR, tidak mustahil PR/PKR akan kalah dan Umno/BN bukan sahaja akan menang, tetapi akan menang dengan majoriti besar dan mewah.
Apa yang berlaku pada Kongres Kebangsaan Ke-15 DAP selaku parti sekutu PKR dalam PR yang menentang penubuhan negara Islam juga menjadi antara faktor terbaru kepada faktor-faktor yang telah sedia yang akan menyumbang kepada kekalahan Anwar di Permatang Pauh.
Orang Pas yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan calon-calon yang bertanding di Permatang Pauh yang benar-benar dukung dan sokong Pas kerana Pas dianggap memperjuangkan Islam pastik tidak akan memberi undi kepada calon yang partinya bersekongkol dengan parti yang menentang penubuhan negara Islam.
Bersandarkan ilmu amal tentang hukum hakam yang saya miliki sekadar umpama sebuku garam untuk masinkan 58, 459 kawah gulai, saya rasa tidak halal untuk umat Islam mengundi calon dari parti yang bersekongkol dengan parti yang menentang penubuhan negara Islam sedangkan mereka ada parti lain sebagai pilihan untuk diundi.
Penentangan DAP terhadap penubuhan negara Islam yang diputuskan dalam kongresnya dan telah dijelaskan kepada media oleh Setiausaha Agugnya, Lim Gua Eng lebih bersifat senjata pemusnah kepada harapan Datuk Seri Anwar untuk bukan sahaja harapan uuntuk menang tetapi juga harapan akan dapat mengatasi atau mempertahankan majoriti yang diraih oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Pendirian DAP itu secara tidak langsung menokok-tambah faktor penyumbang kepada masalah Datuk Anwar akan kalah setelah beliau berdepan faktor akan kalah ekoran kekeceluparan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kuota 10 peratus di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing serta kegagalan kerajaan PKR Selangor mengotakan janji pilihanraya, termasuk pembekalan air percuma dan isu ladang babi mega yang diharap akan dibatalkan tetapi projek itu tetap juga diteruskan.
Datuk Seri Anwar juga umpama sedang berjalan pada laluan yang ditanam dengan banyaknya periuk api di samping terpaksa berdepan dengan senjata-senjata pemusnah yang lain, menyebabkan untuknya lepaskan diri adalah seperkara yang sangat mustahil.
Keberanian bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari membuat sumpah laknat bagi mempertahankan kebenaran dakwaannya bahawa majikannya itu meliwatnya (meroket lubang duburnya) dan keengganan Datuk Seri Anwar membalas sumpah laknat itu dengan sumpah laknat juga menjadikan umum termasuk para pengundi di Permatang Pauh mula mengkaji semula ketaksuban mereka terhadap Datuk Seri Anwar.
Pendedahan rakan akrabnya, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar menerima wang sebanyak RM60 juta dari Magnum Corporation Bhd boleh menyebabkan imej Penasihat PKR itu amat tercalar kerani wang yang diambil itu adalah dari sumber judi.
Atas alasan apa dan dirujuk dari al-Quran dan Hadis mana maka wang dari syarikat perjudian boleh diambil untuk apa tujuan dan maksud sekalipun yang mana Nallakurappan mendakwa wang itu Datuk Seri Anwar ambil dari tangannya sendiri.
Mungkin orang PKR dan DAP anggap isu berkenaan perkara biasa tetapi macam mana dengan orang Pas yang dalam apa urusan sekalipun akan meletakkan agama, al-Quran dan Hadis pada nombor paling utama, kalau tidak dengan sendirinya statusnya sebagai orang Pas akan gugur dengan sendirinya dari sudut hakikat dan matlamat perjuangan Pas.
Kebetulan pula orang Pas akan menjadi penentu kepada kemenangan calon yang bertanding di Permatang Pauh, malah sebelum kawasan berkenaan diwaikili oleh Datuk Seri Anwar, ianya adalah kawasan yang dimnangi oleh Pas berbelas tahun lamanya.
Justeru, mahu tidak mahu kalangan yang taksub kepada Datuk Seri Anwar dan kyang taksub kepada keyakinan bhawa Datuk Seri Anwar akan menang mudah, perlu bersedia untuk pujuk diri sendiri supaya menerima keputusan nanti dengan penuh reda agar tidak ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keputusan pilihanraya kecil itu nanti bercanggah dengan apa yang bukan sahaja diharapkan, tetapi juga dengan diyakini
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sd.Meli
Saya kasihankan sdr. Dalam ulasan kadang-kadang saya nampak sdr. tidak fokus sangat untuk ulaskan isu. Jadilah ulasan sdr.longgar, tak tepat dan kesasar. Sdr. minta penyokong DSAI sediakan ubat kerana DSAI mungkin kalah. Bagus nasihat sdr. itu.
Faktor yang menyebabkan DSAI akan kalah menurut pandangan sdr.ada juga betul. Saya pun marah kalau DAP tak setuju dengan negara Islam. Tapi kenapa tunggu PAS hentam DAP. Apa komen UMNO sebagai pemerintah? Kenapa tak tentang resolusi dan umumkan UMNO akan buat negara Islam. PAS pun terkencing kalau UMNO umumkan ini.
Tentang kuota UITM, Mahathir pernah suarakan perkara ini tapi kenapa tak marahkan Mahathir pada waktu itu. bagaimana dengan kuota 10 peratus MRSM. Penambahan KUota biasiswa untuk pelajar bkan Melayu?
Jadi tengoklah seadilnya sesuatu isu. Sdr. orang pengalaman tapi saya terkejut bila membaca sdr.ulaskan isu. Jauh dengan Sayuti, walaupun ada kala memihak, tapi dia tak lupa hentam tapi hentamannya berhujah dan hujahnya pula konkrit. Hujah sdr. pula masih boleh dibahaskan dan sdr. patut timbulkan di permukaan untuk mwmbuka perbincangan.
Apapun saya harap perbincangan ini sekadar untuk cari yang terbaik. Saya mohon maaf jika teguran ini menyinggung sdr. Sebagai yang sukakan tulisan sdr. tentunya saya akan terus ikuti tulisan sdr. Salam.
Post a Comment