Menjelang tirai era pemerintahan Pak Lah di labuh
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
PADA 31hb. Oktober, 2008, genap lima tahun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia. Tidak dapat dipastikan dengan tempat berapa haribulan serta bulan berapa dan tahun bila beliau akan berundur. Yang pastinya sebelum tahun 2010.
Beliau menjadi Perdana Menteri apabila Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) berundur (ada yang kata Dr Mahathir terpaksa berndur) dari jawatannya setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun tiga bulan lapan hari dan telah mempengerusikan mesyurat kabinet sebanyak 883 kali.
Kalau ikut persetujuan asal ikrar peralihan kuasa pada tahun 2010, tempoh masa Datuk Seri Abdullah akan memegang jawatan Perdana Menteri sepatutnya selama tujuh tahun, yakni bermula pada 31hb. Oktober, 2003 hingga 31 Oktober 2010.
Tetapi memandangkan tarikh itu telah dipercepatkan, mungkin beliau akan tercatat dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri paling singkat menjawat jawatan itu di negara ini yakni Perdana Menteri Ke-5 yang menjadi Perdana Menteri selama lima tahun (2003-2008) atau juga beliau akan berkongsi rekod dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Allhayraham Tun Abdul Razak bagi rekod tempoh perkhidmatan sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan rekod peribadi (catatan sepanjang menjadi orang media sejak tahun 1973) Dr Mahathir mencatat rekod menjadi Perdana Menteri paling lama yakni selama 22 tahun (dari 16hb. Julai 1981 hingga 31 Oktober1981-2003). Ianya bukan sahaja rekod Malaysia tetapi juga rekod dunia bagi jawatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Pertama yang juga Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid pula mencatat rekod kedua paling lama tempoh masa menjadi Perdana Menteri iaitu selama 13 tahun sembilan hari (dari 31hb. Ogos, 1957 hingga 22 September1970). Sebelumnya Almarhum adalah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1955.
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri Ke-2 dan bergelar Bapa Pembangunan menduduki tempat ketiga dengan tempoh masa perkhidmatannya selama lima tahun dua bulan tujuh hari (dari 22 September, 1970 hingga 15 Jun, 1976). Beliau satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mati ketika masih lagi dalam jawatan.
Allayarham Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Ke-3 yang mendapat jolokan Bapa Perpaduan pula mungkin akan berkongsi rekod jangka masa perkhidmatan selama lima tahun bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. dan Allahyarham Tun Razak.
Allahyarham Tun Hussein menjadi Perdana Menteri dari tahun 17hb Jun, 1976 hingga 16hb Julai, 1981 dan melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan selepas menjadi Perdana Menteri selama lima tahun 29 hari.
Daripada kelima-lima Perdana Menteri Malaysia, tiga daripadanya iaitu Almarhum Tunku, Allahyran Tun Abdul Razak dan Allayrham Tun Hussein adalah lulusan undang-undang manakala masing-masing seorang daripadanya doktor perubatan yakni Dr Mahathir dan seorang lagi adalah kakitangan awam yakni Datuk Seri Abdullah yang mana jawatan terakhir sebagai kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam ialah sebagai Timbalan Ketua Usaha Kementerian, Belia dan Sukan.
Datuk Seri Abdullah juga pernah menjadi seorang guru dan beliau adalah merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya dan satu-satunya juga Perdana Menteri yang mengamalkan membaca al-Quran setiap kali lepas sembahyang Maghrib.
Dalam pada itu Allahrayham Tun Abdul Razak adalah merupakan Perdana Menteri termuda bagi Malaysia apabila ketika dilantik ke jawatan itu beliau yang dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 baru berusia 39 tahun tiga bulan sebelas hari.
Disusuli oleh Allahyarham Tun Hussein Onn yang ketika dilantik menjadi Perdana Menteri, usianya 53 tahun satu bulan tiga hari. Beliau dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922. Allahyarham Tun Abdul Razak anak Pahang dan Allayharhm Tun Hussein anak Johor adalah berbiras.
Datuk Seri Abdullah anak Pulau Pinang adalah merupakan tokoh yang paling tua usianya ketika mula menjawat jawatan Perdana Menteri yakni ketika berusia 63 tahun sebelas bulan dua puluh enam hari. Beliau dilahirkan pada 26hb. November, 1939.
Diiikuti oleh Almarhun Tunku Abdul Rahman anak Kedah yang menjadi Perdana Menteri pada usia 56 tahun dua bulan 23 hari. Almarhum Tunku dilahirkan pada 8hb. Februari 1903. Disusuli seterusnya oleh Dr Mahathir yang juga anak Kedah, mula menjadi Perdana Menteri pada 56 tahun dua bulan empat hari. Dr Mahathir dilahirkan pada 20hb. Septemberm 1925.
Seandainya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana dalam peroses peralihan kuasa yang akan berlaku pada bila-bila masa saja lagi, anak Pahang yang dilahirkan pada 23 Julai, 1953 itu akan mencatat rekod tersendiri kerana beliau bukan sahaja bukan seorang peguam, bukan seorang doktor perubatan dan bukan bekas penjawat jawatan perkhidmatan akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Beliau yang mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974, mula terlibat dalam politik ketika usianya baru 23 tahun.
Najib pipilih bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Pekan ekoran kematian bapanya secara mengejut di London pada 14 Januari 1976. Bapanya adalah Perdana Menteri pada waktu itu. Beliau menang tanpa bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan mencipta rekod sebagai ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Anak kelahiran Kuala Lipis Pahang itu juga mencipta rekod menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usianya baru 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau juga mencatat rekod menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Apabila beliau menjadi Perdana Menteri nanti, satu lagi rekod akan diciptanya yakni beliau akan menjadi tokoh pertama anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri di negara ini. Di dalam kabinet sekarang antara anggota kabinetnya adalah sepupu beliau yakni Datuk Hisahamuddin Tun Hussein Onn.
Apakah Najib dan Hishamuddin akan cipta rekod sebagaimana yang Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein mencipta rekod apabila semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak melantik birasnya Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Seandainya Najib mencipta rekod sedemikian, apakah seluruh ahli Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) boleh menerimanya dengan fikiran dan dada terbuka atau boleh akan lebih hebat diserang dan didakyah melebihi daripada Datuk Seri Abdullah diganyang gara-gara Khairy Jamaluddin menantu turut cergas berpolitik dan ada jawatan yang agak penting dalam Umno?
Pihak pembangkang sudah pasti akan membuat serangan demi serangan dan dakyah demi dakyah dalam misi mahu meruntuhkan kerajaan sedangkan sebagai Perdana Menteri, Najib pada hakikatnya memerlukan timbalan yang akan menjadi regu penerajuan negara yang benar-benar serasi dan sekepala dengannya.
Hishammuddin selaku sepupu Najib adalah anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya. Ertinya beliau adalah dari titih pejuang kemerdekaan negara dan dalam tubuhnya mengalir darah kepimpinan.
Ketua Pemuda Umno Malaysia sejak 30 Mac 2004 yang tidak akan mempertahankan jawatan itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.
Hishammuddin yang dilahirkan pada 5hb. Ogos, 1961 dan kini berusia 47 tahun adalah Menteri Pelajaran pada masa ini yang mula disandangnya pada 30 Mac, 2004. Sebelumnya beliau beliau adalah Menteri Belia Dan Sukan dari tahun 1999 hingga 30 Mac 2004.
Beliau mula menjadi ahli parlimen ketika berusia 34 tahun apabila dipilih berbanding kerusi kawasan Parlimen Tenggara (Johor) pada pilihan raya umum tahun 1995. Kalau dilihat pada latarbelakang pendidikan dan darah kepemimpinannya, beliau memang cukup kelayakan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Monday, September 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
lagu mana gak cerita 2 tiga orang pas dan pkr hok kata nak masuk umno 1 oktober baru ni
tak dak gapa2 pun perkembangan berlaku
saing mu ni belawok la meli, belawok belawok...
samolah dengan nuar brehim dan koncu-koncunya belawok kata 16 september kerajaan bertukar, perdana menteri bertukar.
Bokali hak call meli nak pulang paku buah keras. Tak saloh meli ccayo. Mana meli tau orang nak belawok ke tidak. Dalam perut pedak orang tokleh nak jenguk-kelih. Ko guano meli?
Ko saing meli demo nampok belawok...yang puak demok belawok kohong tu lagu mano. Tak munafik ko?
Baca Celoteh Murai 5 oleh MSO melalui blognya, dapatlah klu jawapan kepada siapa yang dimaksudkan akan lompat masuk Umno. MSO tak boleh salahkan Utusan juga kerana tindakam MSO pun sama...dulu puji Brehim Ali, sekarang ni keji bukan main.
Khabarnya sejahat-jahat Brehim Ali pun, ada di kalangan ahli parlimen dan ADUN di Kelantan yang guna duit Brehim Ali untuk bayar deposit dan juga belanja kempen masa pilihanraya lepas.
Kalau Brehim Ali lompat, tak munasabah kalau mereka tak ikut sama lompat.
Nampaknya Meli boleh mencium apa yang bakal berlaku lebih awal. Orang Pas ingat mereka cerdik kerana boleh guna Brehim Ali untuk kepentingan Pas. Tertapi Brehim Ali bukannya tak cerdik. Kalau tidak masakan dalam keadaan sepatutnya dia mati lemas di lautan politik...dia masih boleh timbul lagi.
Post a Comment