Utusan kena dipertahankan
SEBAGAI orang Melayu tulen yang amat tersentak, terkilan, kesal dan marah apabila demi kerana kepentingan kuasa politik, ada Melayu yang sangggup bersekongkol dengan ajakan pemboikotan Utusan Malaysia serta akhbar-akhbar dan majalah terbitan Utusan, saya jadi amat terhibur apabila Pergerakan Puteri Umno Sungai Petani meluluskan usul meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia agar terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Kepada saya, usul yang sangat hebat itu itu sepatutnya bukan hanya setakat menjadi suara tegas dan keras Pergerakan Puteri Umno tetapi ianya kena menjadi suara sepakat dan senada seirama Pergerakan Pemuda, Pergerakan wanita dan 191 bahagian Umno, malah ianya kena menjadi suara senada oleh seluruh bangsa Melayu.
Orang Melayu kena tahu sejarah dan peranan Utusan itu sendiri. Kenapa ia diwujudkan, siapa yang mewujudkannya dan apa peranan yang telah dimain dan disumbangkan kerana kalau tidak kenal maka tidak mungkin akan timbul rasa cinta.
Yang mampu mempertahankan Utusan adalah Umno yang banyak menerima jasa Utusan Melayu sehingga Umno parti kemegahan orang Melayu boleh berada pada tahap sekarang dan akan terus dimegahkan sampai bila-bila. Hanya Umno dan Utusan yang berpotensi merealisasikan sumpah Laksamana Hang Tuan: tak Melayu hilang di dunia.
Utusan tidak boleh dilihat hanya dalam bentuk lembaran akhbar bercetak bernama akhbar atau majalah, tetapi kena dilihat dalam bentu jati diri dan jiwa raga bangsa yang telah menerima tiupan kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan yang dimainkan oleh Utusan
Malaysia belum tentu akan merdeka oleh peranan DAP termasuk kalau pun parti itu dibantu oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR), tetapi Utusanlah yang dirohkan serta dijiwa-ragakan oleh Melayu yang banyak berfungsi membangkitkan semangat kemerdekaan. Itu hakikat yang kena ditelan walaupun paht menjadam.
DAP dan Pakatan Rakyat sebelum ini memboikot akhbar dan majalah-majalah terbitan Utusan sebagai tindak balas selepas mendakwa akhbar berkenaan menyiarkan laporan yang berat sebelah.
Kalau Utusan dianggap membuat laporan berat sebelah, macam mana dengan akhbar Roket dan Suara Keadilan serta akhbar pro-pembangkang yang lain. Sejauh mana adilnya dan samaratanya laporan akhbar-akhbar berkenaan. Rata-rata isi kandungannya mengandungi maki hamun dan julangan murahan yang sering tergelincir dari rel profesionalisme kewartawanan dan kemediaan.
Antara yang dianggap laporan berat sebelah ialah ekoran akhbar terbitan Utusan menyiarkan laporan berhubung isu larangan seruan azan (perlu disedari bahawa azan bukan LAUNGAN tetapi SERUAN) yang membabitkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, Teresa Kork.
Kalau seruan azan dilarang, malah kalau sekadar diganggu pun, akhbar terbitan utusan malah semua akhbar atau majalah serta segala macam media cetak dan elektronik milik orang Islam bukan sahaja kena lapor tetapi wajib melaporkannya.
Tujuannya ialah bagi memperingatkan mereka yang terlupa dan memberithau mereka yang tidak tahu bahawa larangan seruan azan dikumandangkan adalah suatu perlakuan dan tindakan yang sangat biadab di sebuah negara yang beragama-resmikan agama Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam.
Azan selain dari dikumandangkan untuk menyeru umat Islam supaya segera ke mesjid bagi sembahyang berjemaah pada setiap waktu, juga bertujuan untuk memperingatkan kepada sekalian makhluk, bukan sahaja makhluk bernama manusia tetapi juga jin dan sebagainya tentang seruan untuk ke syurga.
Ketika seruan azan dikumandangkan, sekalian syaitan dan iblis akan lari lintang pukang sampai terkentut dan tercirit-birit dan syaitan serta iblis hanya akan berhenti berlari sehingga ke jarak tidak akan terdengarnya bunyi azam atau bacaan aayat-ayat al-Quran serta kuliah-kuliah agama.
Demikian betapa tajam dan berbisanya tikaman seruan azam. Larangan supaya seruan azan tidak dikumandangkan supaya ianya didengar ke setiap pelosok dunia bermakna pelarangnya adalah juga dari titih syaitan dan iblis yang wajib ditentang hingga ke titisan darah terakhir oleh umat Islam yang masih belum. punah iman dan taqwanya.
Sebagaimana akhbar-akhbar dan majalah terbitan Utusan memainankan peranan dalam membentuk kesedaran tentang pentingnya negara merdeka, maka ianya juga kena terus memainkan peranan dalam menentang larangan seruan azan dikumandangkan supaya setiap sentimeter bumi Malaysia ini akan ada gema azam pada setiap kali masuk waktu sembahyang.
Orang Melayu sama ada di kalangan ahli politik, anggota kepada badan-badan bukan kerajaan, malah orang perseorangan juga kena mengambil bahagian untuk mempertahankan Utusan Malaysia dan saudara maranya sama ada dalam bentuk akhbar atau majalah kerana tanpa Utusan, Melayu akan hilang saluran suara kemelayuan tulen
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tok sah baca utusan, belawak belaka, baca wasilah lagi ummph, idukkk wasilah.....
Post a Comment