Kerajaan kena guna mandat rakyat tangani Hindraf
APA pun pendirian pembangkang dan pihak yang tidak menyenangi kerajaan yang sedia ada, hakikatnya kerajaan yang sedia ada adalah sebuah kerajaan yang sah dan ianya adalah kerajaan pilihan majoriti rakyat negara ini yang mengamalkan demokrasi.
Sebarang usaha untuk meleburkan kerajaan atau menggugat kestabilan kerajaan, apatah lagi kestabilan negara, politik, ekonomi, waimma keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dan bermakna ianya bersifat cuba melebur dan menggugat serta mencabuli dan menodai amalan demokrasi.
Pihak yang terbabit secara langsung atau pun yang bersekongkol dengan puak-puak yang bereusaha meleburkan kerajaan dan menggugat kestabilan kerajaan sebenarnya hanya pada zahirnya sahaja mencabar kesabaran dan kewibawaan kerajaan tetapi secara hakikatnya pihak berkenaan cuba melebur dan menggugat negara dan rakyat.
Maknanya kerajaan kena menggunakan mandat majoriti rakyat untuk bertindak tegas terhadap musuh dan lawan rakyat tanpa sebarang kompromi kerana mencegah sesuatu penyakit, termasuk di kalangan pengidap penyakit jiwa dan penyakit otak yang sengaja mahu menimbulkan huru hara dan mengguggat ketenteraman awam, adalah lebih baik dari mengubatinya, apatah lagi apabila penyakit sudah cukup parah.
ISA atau lucutkan taraf kewarganegaraan adalah antara ubat pencegahan paling mustajab bagi mencegah merebaknya penyakit bawaan Hindraf dan pelopor dan pesekongkol kepada projek 916 yang terbukti kerananya, pasaran saham di Bursa Saham negara turut tergugat di samping rakyat dilanda kembimbangan dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum seakan mula tercalar.
Kalangan yang tidak menghormati suara majoriti rakyat adalah merupakan kalangan yang sudah mati perasaan dan akal pemikirannya. Manusia yang mati perasaan dan akal pemikirannya adalah merupakan manusia yang tidak akan dapat membezakan antara baik dengan buruk, malah mereka akan lebih seronok bergelumang dengan keburukan dari kebaikan.
Manusia jenis ini tidak boleh dibawa ke meja rundingan, sebaliknya kalau kekerasan yang cuba digunakan, maka pihak kerajaan yang menerima mandat rakyat perlu respon terhadap kekerasan mereka dengan tindakan yang lebih keras lagi, kalau mereka cuba tunjuk ganas, kerajaan perlu mempamerkan kemampuan untuk menjadi seribu kali lebih ganas lagi.
Umpamanya bila kumpulan perompak melakukan rompakan bersenjata, tindakan yang patut diambil ialah menembak mati kumpulan perompak itu sebelum mereka melakukan rompakan atau ketika mereka sedang melakukan jenayah itu. Ini adalah kerana kalau tidak ditembak mati pun, perompak tanpa berfikir panjang akan menembak mangsa rompakan atau sesiapa sahaja yang dirasakan perlu bagi lepaskan diri bila keadaan terdesak.
Kerana ituklah bagi saya, untuk elakkan dari berkembangnya wabak Hindraf mahu projek 916, sudah sampai masa dan ketikanya untuk pihak kerajaan tidak lagi teragak-agak untuk gunakan ISA dan tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan kerana Nabi s.a.w. sendiri pun pernah menghalau keluar suku kaum Yahudi dari Madinah yang mengacam keselamatan dan ketenteraman awam Madinah di samping pernah ada kes pernderhaka negara dihukum pancung hingga mati.
Saturday, October 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr Meli, Selamat Hari Raya, MZB.
Bagi saya, KDN dan Polis sepatutnya memusnahkan keseluruhan rangkaian Hindraf tidak kira di mana jua mereka berada sama seperti tindakan yang diambil terhadap Al-Arqam dulu.
Jangan dibiarkan lama-lama, kalau sudah nama pun pertubuhan haram dan pelampau, ia perlu dilayan sesuati dengan statusnya.........
Post a Comment