Saturday, October 11, 2008

MUNCUL KEMBALI (95)

negara Islam miskin
Hanya budaya tanggapan karut
Oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industy@yahoo.co.uk


BILA disebut sahaja negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, maka dengan sendirinya, malah semacam suatu budaya tanggapan, akan dikaitkan dengan kemiskinan, kemunduran dan mangsa penindasan.
Paling parah adalah bagi negara-negara di Afrika yang merangkumi keluasan 18,691, 220 km (11,677,20 batu) persegi dan merupakan daratan kedua terbesar dunia, mula menerima Islam sejak abad ke-7 dan abab ke-10 lagi.
Malah, negara-negara Arab yang kaya dengan minyak juga dikaitkan dengan kemiskinan, kemunduran dan mangsa penindasan walaupun pada hakikatnya jika minyak digunakan sebagai senjata untuk tujuan pertahanan misalnya, kuasa-kuasa besar yang menindas seperti Amerika Syarikat sendiri terpaksa berpencen dari terus jadi kuasa besar yang pada hakikatnya tidaklah sebesar mana kerana kebesarannya itu sendiri adalah datang dari umat umat Islam sendiri yang mampu dan sanggup diperkuda-kayukan.
Kalau minyak digunakan untuk membina kekuatan umat Islam, Amerika Syarikat dan sekutunya akan menjadi umpama anak tikus yang kesejukan terjatuh dalam longkang terserempak pula dengan sang kucing yang sedang kelaparan.
Tanpa minyak tidak akan ada kuasa, tidak akan ada kekuatan, tidak akan ada kehebatan dan tidak akan ada segala-galanya kerana jet-jet pejuang tidak mampu digerakan tanpa minyak, kereta-kereta kebal dan sebagainya tidak akan boleh berjalan dan tidak akan dicipta pun tanpa minyak, malah kegelapan malam tidak akan dapat diterangkan tanpa minyak.
Barangkali tidak ada negara yang bilangan terbanyak rakyatnya adalah umat Islam yang boleh disenaraikan sebagai negara yang tidak mempunyai sumber minyak di samping sesetengahnya kalau tidak ada minyak pun kaya dengan pelbagai sumber yang menjadi keperluan hidup seperti pelbagai logam di perut bunyinya, yang mana tanpa logam-logam itu manusia tidak akan dapat hidup dengan sempurna.
Memang betul ada negara-negara umat Islam yang buminya gersang dan kering kontang dengan pokok kayu kayan dan tumbuhan-tumnuhan pun tidak sanggup untuk hidup dan membiak kerana kegersangan dan kekontangannya.
Tetapi lazimnya di perut bumi yang kontang dan gersang itu mengandungi sumber minyak dan gas asli yang banyak, di perut bumi negara-negara Afrika terdapat banyak tembaga, di padang pasir negara-negara Arab banyak minyak, di Rantau Balkan pula umat Islamnya pakar dalam pembuatan senjata.
Di sebelah Asia pula buminya sangat subur, malah buah-buah rambai, 'rambutan telan' tumbuh bukan kerana melalui proses penanaman yang sistematik tetapi ianya tumbuh dari biji benih hasil dari kecenderungan datuk nenek dulu ‘melepas’ atau ‘memerut’ merata-rata seperti dalam semak dan sebagainya selain dari bawaan tupai, kelawar, keluang, burung dan sebagainya.
Maknanya bumi negara umat Islam di sebelah Asia yang boleh ditumbuhi dengan pelbagai pokok walaupun melalui proses penanaman yang begitu lekeh, akan mampu menjadi gergasi penghasilan bahan-bahan makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan sama ada dalam bentuk sayuran-sayuran atau pun buah-buahan seandainya penanaman dibuat secara sistematik, penjagaannya juga dibuat secara sistematik dan pemungutan hasil dan perdagangan hasilnya dibuat dengan sistematik
Dengan itu negara-negara Asia khususnya Kepepulauannya Melayu mampu membekalkan makanan kepada negara yang buminya gersang dan kontang bagi mengatasi masalah kebuluran.
Hakikatnya negara-negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam mempunyai pelbagai sumber yang kalau dimenfaatkan untuk kepentingan Islam dengan mengutamakan perpaduan sejagat yang tidak direnggankan oleh batas sempadan bangsa, suku kaum, warna kulit dan adat resam serta batas sempadan, bukan sahaja mereka akan bebas dari kemiskinan, kemerempatan dan mangsa penindasan tetapi negara-negara Islam akan menjadi kuasa besar yang digeruni.
Usama Been Laden dan Kumpulan Al-Qaeda-nya barangkali boleh dirujuk sbagai contoh betapa jika ada daya tentang dan daya lawan di kalangan umat Islam atas nama Allah dan Rasul-NYA, maka daya tentang dan daya lawan yang hanya bersifat invididu dan dari hanya sebuah kumpulan pun mampu menjadikan musuh-musuh Islam, malah kuasa yang kononnya besar dan suka menindas atas nama kerajaan yang lengkap dengan pelbagai pakar dan kelengkapan perang yang canggih manggih tidak dapat berbuat apa-apa.
Penangan Usama Ben Laden dan Kumpulan Al-Qaeda menyebabkan musuh-musuh Islam yang sedar tentang peranan mereka yang sering menindas umat Islam dan memunggah pelbagai kekayaan termasuk hasil minyak, logam dan sebagainya dari negara-negara umat Islam berada dalam keadaan bimbang tentang apakah hari esok untuk mereka masih ada setelah pelbagai usaha melalui pakatan kuasa besar peringkat kerajaan gagal untuk menghapuskan Usama dan kumpulannya walaupun banyak masa, tenaga dan wang ringgit telah dibelanjakan.
Semakin diganyang semakin kuat sentakkannya, semakin banyak serangan berani mati dan semakin banyak letupan berlaku dan kuasa penindas serta pemunggah hasil mahsul dari negara-negara umat Islam semakin makan tak kenyang, mandi tak basah, tidut tak lena dibuatnya kerana mereka sedar bahawa kekuatan sebenar ada pada umat Islam.
Kekuatan mereka (musuh-musuh Islam) lebih bersifat dalam bentuk propaganda semata-mata, apatah lagi apabila Pantagon sebagai pusat pertahanan yang dimegahkan dengan kekebalan dan kekinian teknologinya mampu dibolosi dengan mudah menggunakan pesawat penumpang.
Kalau umat Islam bersatu dalam bentuk kesepakatan atas nama persaudaraan Islam, kalau umat Islam berjuang menentang penindasan ke atas mereka yang menentang pemunggahan hasil-hasil mahsul dari negara mereka dan kalau umat Islam kembali menjadi manusia yang sedar bahawa mati syahid adalah suatu kemanisan, maka kuasa penindas dan pemunggah hasil mahsul negara-negara umat Islam akan lari berkeliaran seperti anak ayam takutkan helang dan tidak akan berani untuk bermain api dengan umat Islam.
Kerana itulah Usama Ben Laden dan pemimpin negara-negara umat Islam seperti Saddam Hussian di Iraq, pemimpin Iran, Libya, Sudan dan sebagainya yang dilihat ada kemungkinan akan memberikan kesedaran tentang kepentingan kesepakatan umat Islam sejagat untuk jangka pendek dan jangka panjang telah awal-awal lagi dijahati dan dikhianati, malah cuba dipropagandakan sebagai penjenayah dunia yang perlu ditentang oleh semua manusia di dunia ini yang kononnya cintakan kedamaian sedangkan pada masa yang sama mereka mengganasi rakyat dan negara tertentu yang tidak bersenjata dengan menyerang menggunakan senjata pemusnah berkapasiti tinggi.
Amat malang kerana ada umat Islam dan pemimpin negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam menelan dakyah itu dan sanggup pula membantu musuh Islam mengganyang saudara seagama dan mereka ini pada hakikatnya adalah umat Islam yang sudah berjaya diculaskan dari ajaran Islam, sudah direnggang dari al-Quran dan Hadis oleh para orientalis menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, tidak yakin kepada keilmuan dan kesarjanaan umat sendiri dalam apa juga bidang.
Maka tidak hairanlah apabila negara pengeluar minyaknya adalah negara-negara Islam tetapi saudagar besar minyaknya bukan orang Islam, malah kewarganegaraan saudagar minyak itu pun bukan dari negara-negara pengeluar minyak dan yang menentukan jumlah pengeluaran, jumlah dagangan dan harga minyak dunia dan dalam negara sendiri pun adalah orang lain.
Negara pengeluar minyak hanya memperolehi hasil dalam bentuk komisyen yang sangat kecil sahaja sedangkan dagangan minyak dikuasai oleh orang lain. Kalau ada pun hanya berapa kerat sahaja warganegara bagi negara-negara pengeluar minyak yang kaya tetapi kekayaan yang dimiliki tidak pula dilaburkan di negara-negara yang majoriti penduduknya adalah saudara seagama bagi membantu mengukuhkan ekonomi dan melancarkan aliran tunai negara-negara Islam tetapi lebih ditumpukan ke negara penindas. Jika ada pun pelaburan di negara-negara Islam, ianya lebih bersifat kes terpencil sahaja.
Hakikatnya yang menguatkan ekonomi dan menggerakkan aliran ekonomi Amerika Syarikat yang merupakan negara penindas utama umat Islam adalah jutawan-jutawan Arab yang seakan hilang identiti keArabannya dan tidak pula cuba menggunakan kuasa ekonomi bagi menekan Amerika dan sekutunya supaya jangan terus menindas umat Islam dengan cara menarik pelaburan masing-masing dari negara penindas itu.
Afghanistan dan Iraq sebenarnya mampu diselamatkan jika saudagar-saudagar berbangsa Arab tidak mementingkan kekayaan peribadi dan kroni serta jika pegangan KeIslaman mereka masih benar-benar kuat, malah kalau mereka yakin tentang segala harta benda akan hanya ada nilainya di sisi Allah bila dibelanjakan untuk fiisabiilillah, jangankan mahu menindas umat Islam atau menyerang negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, mahu menjentik telinga umat Islam pun musuh Islam seperti Amerika dan sekutunya akan takut.
Memiskinkan dan mengkebulurankan umat Islam di negara sendiri yang kaya dengan hasil minyak dan pelbagai sumber kekayaan sama ada dalam bentuk logam atau kesuburan buminya adalah suatu perancangan musuh-musuh Islam yang dibuat perancangan dan pelaksanaannya sejak berabad dan berkurun-kurun lamanya supaya kuasa besar dan mampu menindas dimonopoli mereka. Islam sendiri tidak mahu umatnya miskin dengan memberi amaran bahawa kemiskinan akan boleh membawa kepada kemungkaran dan syirik.
Tetapi kesucian al-Quran sebagai perlembagaan Islam telah dikotori dan keunggulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul akhir zaman telah khianati oleh musuh-musuh Islam yang sejak abad ke-12 lagi dan tidak pernah berhenti hingga kini dalam mengambil inisiatif menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Latin, Inggeris, Peranchis, Jerman, Russia dan sebagainya dengan maksud yang terpesong dari hakikat sebenar isi kandungan al-Quran itu yang mana terjemahan mereka akan mudah diterima oleh mereka yang tidak memahami bahasa al-Quran itu sendiri.
Nama-nama Robert of Ketton (1143) yang menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Latin bagi keperluan biara Glugny, Schweigger (Jerman -1616), Du Ryer (Peranchis - 1647), terjemahan ke dalam bahasa Russia pada tahun 1776, Savari (Peranchis -1783), Kasimirki (Peranchis - 1840), Boysen (Jerman-1773), Wahl (Jerman - 1828), Ullmann (Jerman - 1840), Alenader Ros menterjemahkan al-Quran dari bersunberkan penterjemahan dari bahasa Perachis pada tahun 1649.
Turut menterjemahkan al-Quran ke bahasa Latin secara paling jahat dan mengelirukan ialah Ludoci Maracci (1689) dan beliau mengambil masa kira-kira 40 tahun belajar al-Quran sebelum membuat pertejemahan secara yang memberi kesan buruk kepada Islam dan penterjemahan dengan tujuan yang sama dibuat ke dalam bahasa Inggeris oleh A. Ross (1647), George Sale (1734 dan 1812), Gustav Fugel (1870), Gustav Wil (1843, Aloys Sprenger dan William Muir (1861, JM Rodwell (1861).
Penterjemah lain yang terdiri daripada para orientalis ialah Teodor Noldeke (1860), Hartwig Hirschfeld (1902) Hubert Grimme, Josef Horovitz (1926), Athur Jeffery (1938), Richard Bell (1926, 1939 dan 1938), Regis Blachere (1947 - 1951, E.H. Palmr (1876) dengan terjemahan-terjemahan yang dibuat adalah bertujuan memesongkan isi kandungan sebenar al-Quran yang digunakan bagi merenggang dan melonggarkan pemahaman tentang Islam umat Islam di negara-negara yang dijajah.
Hanya ada beberapa kerat sarjana Islam yang menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris bagi menyanggah dan melawan penterjemahan al-Quran oleh para orientalis ke dalam bahasa yang lain selain dari bahasa al-Quran itu sendiri. Ianya dimulakan oleh Dr Muhammad Abdul Hakim Chan (1905), di susuli oleh Mirza Hazrat (1919), Nawab Imadul Mulk Sayyid Bilgrami, Hafizh Sarwar dan Muhammed Marmaduke Pickthall.
Para orietalis cuba menglirukan umat Islam supaya dilihat bahawa tumpuan merka semestinya hanya terjurus kepada kerja-kerja ibadah sahaja yang menjadi keperluan bagi umat Islam manakala perlumbaan dalam bidang ekonomi tidak digalakkan dan dihujjahkan dengan ayat-ayat al-Quran yang sengaja dikelirukan menjadi umat Islam tidak berminat untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi negara sendiri untuk membina kekayaan secara yang dihalalkan, malah warga negara pengeluar minyak lebih ramai yang tidak kenal dan tidak pernah tengok seumur hidup mereka rupa minyak mentah berbanding dengan mereja mereka yang mengenalinya, apatah mengetahui cara pemerosesannya.
Kealpaan umat Islam itu telah diambil peluang oleh musuh Islam membolot hasil kekayaan perut bumi di negara-negara Islam dan memunggah pulang ke negara mereka di samping hak mengcari gali dan memproses minyak serta melombong pelbagai jenis logam serta hak memperdagangkannya dipegang oleh mereka bagi mengkaya-rayakan negara mereka manakala anak negeri hanya kering gusi dan hidup dalam kemiskinan dan sesetengahnya kebuluran kerana pendapatan negara tidak mampu untuk mengimport bahan makanan dan disubsidikan harga jualan untuk meringankan bebanan rakyat.
Hakikatnya negara-negara Islam tidak miskin tetapi keadaan dan kerana keterpedayaan mereka oleh angkara para orietalis menyebabkan umat Islam miskin, merempat dan kebulur di tanahair sendiri kerana tanpa disedari, kalau pun disedari tetapi mereka kononnya sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana segala apa yang sepatutnya masuk ke mulut mereka sudah lama dibawa masuk ke mulut orang lain.
Sampai bila kekayaan negara-negara umat Islam mesti dipunggah keluar? Sampai bila umat Islam mesti menjadi umpama ayam mati kelaparan di kepuk, itik mati dalam air? Segala-galanya terpulang kepada umat Islam sendiri kerana pengayuh dan perahu di tangan mereka. Kalau dikatakan tidak mampu untuk melawan, Usama Ben Laden telah membuktikan kemampuannya.
Warga Arab Saudi yang dilucutkan kewarganegaraannya oleh pemerintah yang ikut telunjuk orientalis itu Osama Ben Laden telah merintis jalannya, Allahyarham Saddam Hussein yang kecundang kerana pengkhianatan dari dalam negara sendiri dan di kalangan negara-negara yang berketua-kerajaankan saudara seagama juga telah memulakannya, maka terpulanglah kepada umat Islam untuk meneruskan langkah ke arah menjadikan umat yang kaya rasa, kuat dan tidak kenal miskin dan kemerempatan, apatah lagi kebuluran atau masih terus kekal dalam keadaan sekarang.
Apakah miskin umat Islam dan pemimpin negara umat Islam apabila dalam keadaan tanahairnya diduduki dan dirampas oleh Israel dan tidak memungkinkan Allahyarham Yasser Arafat memiliki kenderaan walaupun sekadar basikal, rupanya beliau mampu memiliki helikopter peribadi.
Sesungguhnya nasib umat Islam sejagat tidak akan berubah dengan sendirinya jika mereka sendiri tidak berusaha merubahnya, apatah lagi sekiranya budaya tanggapan karut kononnya miskin dan lemah milik umat Islam tidak direformasi dan direvokusi-mentalkan. -
Penulis adalah murid tua (bekas pelajar) Madrasah Al-Balahulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

No comments: