Kurniaan pingat kebesaran: wajarkah Shahrukh Khan diberi gelaran Datuk (Melaka)
SEBILANGAN besar daripada kira-kira 28 juta rakyat negara ini pasti 'terkejut beruk' apabila daripada 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang mana 323 daripada telah pun menerima anugera masing-masing semalam, apabila antara penerimanya adalah aktor dan penggiat industri perfileman Bollywood, Shahrukh Khan yang menerima darjah kebesaran yang mermbawa gelaran Datuk.
Apa jasa dan bakti Datuk (Melaka) Shahrukh Khan kepada Melaka khususnya dan kepada Malaysia amnya sehingga beliau layak menerima anugerah itu mengatasi aktor dan aktres Malaysia, terutama dari kalangan anak Melaka jati. Pasti timbul pertanyaan dalam kepala rakta negara ini apa makna dan nilainya gelaran Datuk (Melaka) bagi Sharukh Khan dan tanahairnya.
Juga apa faedahnya kepada Melaka dan Malaysia serta apa faedah dan keperluan gelaran 'Datuk' bagi Sharukh Khas dan India negaranya. Shahrukh Khan yang merupakan aktor dan prodesur filem Bollywood yang turut menjadikan negara ini sasaran pasaran filem-filem dan hasilnya dipunggah ke negaranya, bukannya dilambak di negara ini, apatah lagi di Melaka.
Bagi saya apa pun tujuan dan laba yang diharapkan dari penganugerahan Datuk (Melaka) kepada Sharukh Khan , samalah seperti dibubuh sebuku garam ke dalam sebarang sungai untuk memasinkan airnya dan dicampak sesudu gula ke lautan untuk memansinkan airnya.
Yang pasti sungai tidak akan masin kerana dicampak sebuku garam dan air laut tidak akan bertukar dari masin kepada manis hanya dengan dibubuh sesudu gula, sebaliknya yang mencapak garam ke sungai dan pembubuh gula ke lautan yang akan dilihat dan dianggap perlu menerima rawatan bagi pemulihan akal fikiran.
Penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran semborono akan menyumbang kepada hilangnya nilai kebesaran, kehebatan dan kehormatannya kalau penerimanya boleh saja terdiri dari tokoh atau individu yang tidak ada apa-apa pun jasa dan baktinya kepada negeri atau negara yang menganugerahkannya.
Memberi anugerah bergelar Datuk (Melaka) kepada Shahrukh Khan kepada saya samalah seperti kera di hutan disusukan dan anak di ribaan dibiarkan kehausan dan apa yang berlaku itu mahu tidak akan menyebabkan aktor dan aktres, seniman dan seniwati serta pemain-pemain filem tempatan akan berkecil dan menganggapnya sebagai suatu penghinaan kepada mereka.
Apakah Rosyam Noor misalnya tidak patut didahulukan penganugerahan gelaran Datuk (Melaka) berbanding dengan Shahrukh Khan kerana selain dari pelakun, Rosyam Noor juga adalah prodesur yang memberi punca pendapatan kepada pelakun, penulis skrip, jurukamera dan para petugas produksi lainnya.
Rasaya para aktor dan akres serta pemain filem dan juga para seniman dan seniwati lama dan baru di negara ini tidak akan berkecil hati dan tidak merasa mereka diperhina dan telepas dari penilaian untuk darjah, tauliah, bintang dan pingat kalau Noraniza Idris diberi gelaran Datuk (Melaka). Orang Melaka pasti cukup arif apa yang Noraniza Idris sumbangkan untuk Melaka dan negara dari kerja seninya.
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment