Sunday, November 9, 2008

BUKU BARU (1)

Judul : Hangat, Panas Perhimpunan Agung Umno
Malaysia: Siapa Lawan Siapa?
Penulis: Wan Ahmad Wan Hassan
Penerbit: Aset Strategik dengan kerjasama Biro Media
&TeleKomunikasi
Umno Cawangan Pekeliling, Kota Bharu, Kelantan.
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM10.00
ISBN: 978-983-44309-0-0
Pengulas: Ramli Abdul Halim


SAMA ada penulis dan penerbitnya mengambil kesempatan dari demam mesyuarat bahagian dan pencalonan bagi pemilihan kepimpinan tertinggi Umno atau apa pun tujuan yang tersurat dan tersiratnya, namun buku Hangat, Panas Perhimpunan Agung Umno Malaysia: Siapa Lawan Siapa? (HPPAUMSLS) tetap suatu khazanah ilmu dan maklumat.
Sebagai bekas wartawan (penulis adalah bekas Ketua Biro Utusan Melayu Kota Bharu, Kelantan) yang sarat dengan pelbagai maklumat dan dengan gabungan daya renungan sebagai pengamal media dan penulisnya juga turut sama aktif dalam Umno, telah mnghasilkan pil peransang untuk Umno.
Tidak boleh dinafikan bahawa pelbagai pihak, apatah lagi lawan dan kawan Umno, malah orang Umno sendiri melihat Umno sedang dilanda krisis keyakinan dengan menganggap harapan Umno untuk terus menyumbang bakti kepada negara dan rakyat sudah menghampir titik noktahnya.
Sejak 8 Mac 2008, yakni dalam Pilihanraya Umum Ke-12, setelah parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang mana Umno adalah parti tunggaknya mengalami kekalahan teruk kepada DAP khususnya dan juga kepada PKR dan Pas, bukan sahaja rakyat terbanyak tetapi keyakinan orang Umno sendiri belum berada dalam zon selamat.
Bagaikan sakit kerana terluka tambah dipedih-perihkan lagi kekalahan calon Umno dalam Pilihanraya Kecil Permatang yang sekaligus menjadikan gara-gara kerenah pembangkang yang angkuh dan takbur menjadi persidangan parlimen menjadi umpama sebuah pasar.
Pergolakan dan riak-kocak dalam Umno yang diangkarakan oleh kalangan tertentu dalam Umno sendiri menjadikan lawan melihat Umno semakin ‘dawas’ serta ‘hilang masin’ dan ‘senga’ yang mana angkara dari dalam Umno itu bukan hanya boleh memusnahkan Umno tetapi boleh menyumbang kepada kejahanaman masa depan agama, bangsa dan negara.
Pada hakikatnya rakyat jelata, terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh lawan Umno/BN mulai sedar tentang kesilapan mereka sehingga Umno/BN ‘ternyah’ dari kuasa memerintah pada lima daripada 14 buah negeri yang mana kerajaan baru yang diberi mandat di negeri-negeri berkenaan tidak ada keupayaan pun untuk kotakan segala sumpah dan janji.
Pun begitu, malangnya kerana dalam BN, terutama dalam Umno, banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi Umno dengan pelbagai kerenah, menjadikan Umno/BN seolah-olah berada dalam kemelut dan kekusut-masaian yang sukar untuk dirungkaikan.
HPPAUMSLS sebuah buku kecil dan nipis tetapi cukup besar dan tebal sebagai pil pemulih semangat dan keyakinan telah digarap oleh penulisnya supaya orang Umno/BN sedar dan merdeka dari rantaian rasa kecewa dan putus asa dengan keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 kerana pada hakikatnya Umno/BN tetap utuh, kuat dan tidak mudah digugat serta perlu terus dikukuh dan dikuatkan bagi meneruskan agenda-agenda pembangunan negara dan rakyat.
Kepada mereka yang sukar untuk dapatkan buku ini di pasaran, bolehlah membuat tempahan melalui pengedar utamanya MELI INDUSTRY, Lot 147-B, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7475387/Faks:09-7475385/HP:017-9871322 (24 jam), email: meli_industry@yahoo.co.uk.
Tempahan melalui pos menggunakan wang pos atas nama Meli Industry (berpalang) hendaklah ditambah RM4 untuk penghantaran melalui khidmat penghantaran laju menjadikan harganya RM14 manakala bagi penghantar pos biasa tambah RM1 menjadikan harganya RM11
.

1 comment:

Anonymous said...

kuwat mengepeng