Prosedur pinjaman dari bank sukar punca peniaga bergantung kepada Ah Long
MELAYU BOLEH tetapi dalam pencapaian ekonomi, Melayu tetap letih, matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetap tidak tercapai walaupun bukan sahaja hanya bukan Melayu yang bosan tetapi orang Melayu sendiri juga sudah naik muak dengan dasar berkenaan.
Penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan masih kecil, kecenderungan untuk terlibat dalam bidang berkenaan di kalangan orang Melayu masih pada tahap yang rendah, bilangan usahawan Melayu yang gagal, terus mengatasi bilangan yang berjaya.
Kenapa?
Antara puncanya pada pendapat saya adalah kerana masalah modal bagi memulakan perniagaan dan modal pusingan walaupun ada ramai orang Melayu yang memiliki bakat, minat dan kegigihan dalam bidang berkenaan serta mempunyai kepakaran, ilmu dan pengalaman dalam sesuatu bidang yang boleh dikomersialkan.
Berniaga dengan jumlah modal yang tidak mencukupi dengan keperluan sebenar pula antara faktor yang menyebabkan orang Melayu gagal dalam bidang keusahawanan yang sepatutnya mampu dikembangkan bidang yang diusahakan jika diberi suntikan modal mencukupi atau melebihi keperluan.
Hak istimewa kepada Bumiputera (orang Melayu khususnya) yang digembar-gemburkan hanya bersifat retorik yang mana apa yang menjadi dasar kerajaan banyak yang tidak selari dengan prosedur dan dengan apa yang dipraktikkan oleh institusi kewangan.
Rata-rata institusi kewangan, termasuk yang dikuasai kerajaan lebih mengutamakan usahawan yang sudah boleh berjaya kalau pun tidak dibantu dalam bentuk pinjaman. Golongan ini yang mendapat pertimbangan kelulusan pinjaman. Bank-bank hanya sanggup maniskan gula yang sudah manis dan hanya sanggup masinkan garam yang sudah masin manakala yang tawar tidak sudi dimanis atau dimasinkan.
Ketika saya menyatakan hasrat kepada rakan-rakan yang sudah berniagaan bahawa selepas berhenti kerja saya akan ceburi bidang perniagaan dengan pinjaman modal akan dipohon pinjaman dari bank dan saya diberitahu bahawa untuk dapatkan pinjaman tidak semudah yang digembar-gemburkan saya tidak percaya.tetapi setelah saya benar-benar menceburi bidang keusahawan dengan niat membantu mencapai matlamat DEB, terbukti apa yang diberitahu kepada saya itu benar.
Permohonan pinjaman dibuat bagi memastikan perniagaan cepat berkembang apabila produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat mendapat sambutan yang menggalakan. Kertas kerja pula kena dibuat oleh pembuat kertas kerja profesional yang diupah dan kena dibayar walaupun pinjaman belum pun diluluslan.
Yang anehnya selepas kertas kerja dihantar kepada pihak bank, saya mula dibanjiri oleh panggilan peminjam mudah (Ah Long), malah ramai yang datang ke pejabat untuk berbincang dan pinjaman, kononnya kalau tidak jadi pinjam pun boleh jadi'kawan' sedangkan permohonan pinjaman yang mula dikemukan sejak enam bulan yang lampau belum ada sebarang respon walaupun saya mempunyai dua akauan bagi dua syarikat saya di bank berkenaan dan akaunnya pula agak aktif.
Dengan niat mahu mendapat maklumat tentangnya, saya layan dengan baik panggilan telefon ah long, malah saya menerima kedatangan mereka ke pejabat yang lebih 10 orang. Saya cuba tanya apa prosedur yang kena saya ada jika mahu meminjam. Saya diberitahu bahawa saya hanya perlu berikan salinan kad pengenalan, salinan lesen perniagaan, salinan bil elektrik atau bil air, bil telefon atau bil Astro serta statement bank terbaru.
Ditanya masa yang diamabil bagi proses kelulusan, katanya boleh selesai dalam tempoh kurang dari 20 minit. Ditanya kadar faedah yang dikenakan, ada yang kenakan 40%, 30%, 20%, 15%, 12%, 10% dan 85 seminggu. Bila saya tanya berapa banyak saya boleh pinjam, katanya berdasarkan jenis perniagaan dan aliran akaun syarikat-syarikat saya, jika saya mahu RM1 juta pun boleh. Mereka membuat penilaian itu setelah mereka datang berkali-kali dan meminta saya membuat pinjaman dan mereka melihat sendiri perjalanan perniagaan saya.
Dalam pada itu walaupun sudah hampir enam bulan saya menghantar permohonan pinjaman kepada pihak bank, belum ada pegawainya yang datang melawat dan mendapatkan maklumat tentang perniagaan saya walaupun jumlah yang dipohon 100 kali ganda lebih rendah dari jumlah yang Ah Long sanggup pinjamkan kepada saya.
Kalau Ah Long tidak yakin perniagaan saya boleh jalan dan berdaya maju, masakan mereka sanggup tawarkan pinjaman sehingga RM1 juta kerana mereka pun berniaga dan tentu tidak sanggup rugi. Kalau katakanlah saya tidak boleh bayar dan saya dibunuh, wang sebanyak RM1 juta yang dipinjamkan kepada saya tetap tidak akan diperolehi kembali. Jadi apa yang akan mereka dapat.
Seandainya pihak bank juga pasang kaki macam Ah Long, cari perniagaan berpotensi untuk dibantu, saya yakin DEB akan lebih berjaya dengan cepat. Selagi bank luluskan pinjaman berdasarkan kertas kerja yang boleh direka tanpa datang melihat sendiri perjalanan sesuatu perniagaan dan kenali secara luar dalam bakal peminjam, maka masalah peminjam yang diberi pinjaman tetapi gagal membayar balik pinjaman akan terus berlaku.
Pada saya, prosedur dan syarat pinjaman institusi kewangan akan terus menjadi punca yang menyebabkan kegiatan ah long akan berkembang kerana wakil-wakil Ah Long datang mencari bakal peminjam untuk ditawarkan pinjaman dengan prosedur yang cukup mudah dan tempoh kelulusannya sangat singkat.
TEKUN Nasional patut mengungguli agensi yang lain dalam ikut cara ah long supaya pinjaman mudah diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan jujur serta mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
DEB hanya menguntung dan mengkaya para kroni pemimpin Umno dan ikut sama pemimpin BN.
Orang biasa Melayu hanya tinggal merayu dan terus melayu. Berebutlah dengan subsidi yang tak seberapa sekadar habuan di musim pilihanraya dan masa tertentu. Untuk Orang Biasa Melayu nak maju dan kaya atau sekadar senang kempunan. Ini dirasai oleh 90% masyarakat kampung dan rumah pangsa di bandar-bandar!
Tidak boleh dinafikan kecuali untuk buat temberang pada rakyat bahawa DEB adalah dasar menaik tarafkan ekonomi orang Melayu! Cikkkk!!!
Memang betul sungguh gapo hak demo tulis ni Li. Tulis la dalam surat koba benda ni supaya menteri kewangan baru kita tau.
berapa juta nak pakai duit pak da lii? oyat koo amba, mari ambil cek yg sudah close acc. ni dgn amba, tulis dan sign sendiri. tanpa had. kalu nak ngurut pel... pok sid ada. butir sawit amey golok ada. anak sawit abey nor balak ada. pinjam duit segera miin urusetia ada. nak beli jam murah tanya yim. nak makan nasi kak wok depan pej wasilah. nak poko bunga kenerak mat st ada. acu oyat nak apa? tak yah gii bank. mamat butuk ada nih baru kelit dari uttar pradesh india. pokok depu & proses depu mendepu tanya sudin consultant depu.kalu kreta nak kena tarik mat hasan gertak kecupu ada, oyat koo dia beres. nak pukul gambar noran ada. nak baca buku jin ustaz halim wali songo ada. buku rujukan wan rahim ada. nak jual besi buruk nih nawi ada. nak keropok che din slow macey ada. nak apa lagih? nak mukat ikey man botok ada
Post a Comment