Wednesday, November 5, 2008

MUNCUL KEMBALI (113)

Ahli Parlimen keluar dewan memalu dan mengaibkan pengundi kawasan diwakili


TUJUAN perbahasan atau perdebatan ialah bagi mencari formula, hujjah dan keputusan penyelesaian tentang sesuatu isu atau permasalah yang berbangkit.
Demikian juga dengan persidangan parlimen mahu pun sidang dewan undangan negeri. Tujuannya adalah untuk berbahas, berdebat dan mencari penyelesaian.
Berbahas, berdebat dan mencari penyelesaian tentang isu dan permasalahan negara dan rakyat adalah menjadi tugas wajib ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.
Wabak dan sindrom keluar dewan oleh ahli dewan pada pendapat saya adalah suatu tindakan bacul, pengecut, tidak bermaruah dan bersifat sengaja lari tanggungjawab dan amanah sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri.
Perlakuan ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri keluar dewan atau memulaukan persidangan juga bersifat umpama pahlawan yang lari dari medan perang. Ianya suatu tindakan yang boleh memalu dan mengaibkan para pengundi di kawasan yang diwakili.
Ianya menunjukkan kegagalan, tidak gentleman, tidak profesional dan ketidak-upayaan ahli-ahli dewan yang keluar dewan atau memulau persidangan dewan dalam berhujjah dan berdebat yang memerlukan kesihatan mental dan fizikal serta ilmu pengetahuan.
Ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri yang benar-benar profesional, bertanggungjawab, bermaruah dan tidak bacul tidak akan menggunakan persidangan untuk bercakap tentang kepentingan peribadi dan kepentingan parti politik yang diwakili.
Sebaliknya sebagai imbalan kepada jasa dan bakti rakyat yang memberikan mereka undi sehingga berstatus 'Yang Berhormat' akan digunakan sepenuhnya bagi menyuarakan, berbahas dan berdebat tentang hal-hal yang berkepentingan awam.
Rakyat selaku pengundi/pemberi mandat akan sentiasa memerhati setiap perlakuan dan tindak tanduk wakil-wakil rakyat. Saya yakin wakil-wakil rakyat yang asyik bertindak keluar dewan dan memulaukan persidangan tidak akan diberi undi lagi oleh rakyat pada masa-masa akan datang.
Pemberian majoriti undi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang bukan bermakna para pengundi mahukan wakil rakyat yang diberi kemenangan itu membangkang membabi buta dan kena bangkang dalam semua perkara terhadap apa yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Apa yang molek yang dibuat oleh pihak kerajaan kena disokong manakala yang tidak molek hendaklah ditegur dan diberi cadangan bagi memolekkan dalam keadaan penuh rasional, membina dan profesional.

11 comments:

Anonymous said...

butir sawit rm 70 sen ada lagi?

Anonymous said...

Saya menyokong pendapat sdr mengenai sikap sesetengah Ahli Dewan, sama ada Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang keluar dewan ketika persidangan. Kadang-kadang kita tidak boleh menuduh orang yang bertindak demikian tidak bertanggungjawab dan profesional, kerana mungkin ada faktor lain yang mendorong mereka bertindak demikian, seperti rasa tidak puas hati kerana tidak diberi peluang bercakap. Samalah juga pihak Speaker boleh bertindak menghalau ahli dewan keluar kerana ada sebab-sebab tertentu mengikut peraturan dan aturan. Oleh itu, kita perlu kaji sebab musabbat sesuatu insiden seperti itu boleh berlaku. Kadang-kadang kita kena kaji dari pelbagai aspek, baru kita boleh membuat kesimpulan, biar pembaca boleh berfikir kewajaran komen kita. Wallahu A'lam.

CUCU TOK KEDU said...

BIarvkeluar dewan dari berbohong dalam dewan dan tak beri orang lain minta laluan!

http://rp-semantan.blogspot.com

Anonymous said...

semua tok wakil yang kita pilih dalam pilihanraya baru ni weh, semuanya tak terpakal-gawal, padan dgn muko semua mung rakyat malaysia yang sama-sama tak berapa pok. politik tak habis-habis, mung tahu puwok-puwok dia belakon jass tu weh dlm dewan, yan mung dok bsungguh tu wat poo? start next election tak payah undi puwok-puwok nih. undi puwok aku plok parti HAMIM, kearah perpaduan bangsa. OK mari kita sama-sama tarik pukat skali dgn man botok, bulih ikan belida 60 kilo sorang jadilah, tak payah bawak kelit ikan tuweh, jual terus dgn pemborong di pekan tok uban

Anonymous said...

mung ni meli wat malu puak-puak kapak jah. Kapak jantan, kapak candit, kapak purung marah belako ko mu nih. cerita tubik dewan mu royat tapi cerita najib tak masuk dewan masa bahas belanjawan mu susup, cerita najib tambah belanjawan 7 billion wat srupa pitih pak dia mu senyap. bo lah mu nulis blog, bui ko ore mudalah pulak. mu jadi tukang wat cerita politik raja serama dengan said, wokyoh, samad doh la... tak kembang langsung otak mung. Maaf deh-Kapak Bojeng

Anonymous said...

Mu sapo nak suruh Meli bbo nnulih. Doh mu biso bakpo tak buat blog sediri. Mu tak suka baco beribu lagi orang suko baco.
Tulisan Meli berapa kali dijetik batu pelirmu nyo. Ni negara demokrasi. Semua orang buleh buwi pendapat. Mu tak setuju gi mampuh gi'la.
Taksoh dok ikur ere orang hak jenis baso nak ikut agin dia jah Meli. Ikut caro mu, patut godam mu godam, patut nyar mu nyar.
Jangan dedah pasal ada orang Pas guna kopiah dan serban buat kesat lendir sudahlah. Aku tau mu tau cerita tu.
Pernah pernah ikut rombongan Cikgu Rahim (masa tu speaker) gi Hadnyai.
Aku dengan mu tengok lagu mana seorang anggota rombongan buat masuk placur dalam bilik dan orang tu dah jadi tok wakil dah lloni. Mu jange tulih deh, malu dia.
Aku dok tengok dalam cincang dan godammu pun masih ada batasnya.
Dengar koba kato mu kaya lloni...dapat RM300,000 ke RM700,000 walaupun mu tokleh balak. Nak tak buleh guano muga mintak pun dok tu gat. Mu patut kaya...kalu banyak pitih mu buwi ke masjid...derma sokmo. Orang Pas pun tak buat macammu.
Lepas dapat pitih aku dengar mu nak buat suratkobar mingguan baru pula dengan majalah 2X sebulan. Mu jaga mmolek worih aku hak kkijo denganmu tu. Mu tulung ajar la...biar lama-lama dia pun jadi aukeh getek...mu tulung kiro permit ko dia getek.
Biarlahmu tak kena aku sapo pun...tapi aku kenalmu walaupun bukan gu rapatmu.

Anonymous said...

Yang duduk gege pasal erita najib tambah belanjawan 7 billion tu bakpo. Pitih tu bukan ke untuk rakyat dan negara, bukannya buwi ko anak beranak dia...sebab tu dibenatng dalam dewan. Dia tu menteri kewangan, macam Meli jugalah, sebagai taukeh kalau tak cukup modal niaga...dia kena cariilah mana-mana asalkan jangan dengan ceti.
Najib tak masuk dewan kerana dia ada komitmen lain. Dia tu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, bukannya wakil rakyat biasa, banyak duk hayung batu pelir jah, kerja takdok selain dari dok ralik angan-angan dan buat mimpi siang hari.
Pembangkang nak diberi laluan lagu mano...dalam dewan duduk tunjuk agas...tunjuk kualiti orang estate krilla. Acu bersopan dan hormat ke yang dipertua dewan...nak berkecek selama mana pun takdok nak larang. Nuar Brehim sediri berkecek selama mana, ada ke speaker larang...sampai penyokong sediri pun tertidur dalam dewan.
Kes tokwi lalu lari keluar dewan...tak banyak bezanya dengan budak yang tidak diberi coklat atau aiskrim yang diminta...akan merajuk. Cidik ko lagu tu. Rakyat buwi undi nak suruh berkecek, berhujah di dewan...bukan nak suruh tunjuk gon dan 'ngo' tak berapa saro dalam dewan...tubik dalam tv pulok tu. Pilihanraya akan datang rasanya puak-puak hak duk lari keluar dewan nak berapa lekat taha doh bokali. Sebab tu bila Meli tulis...penyokong-penyokong babuk pembangkang sangat marah.

Anonymous said...

wei la ramai sungguh hok godam ambo pasal meli tulis mp tubik dewan...agak ambo ore barise nih. loh la wei nak kata gapo muga betul jugak negara demokrasi. tapi bakpo dok napok hak alik tubik dewan jah hak lain gak jadinya tak napok belako. ko tido masa masa tu. ore gege tubik dewan baru kaba, bokali sama spesis hok lepar krusi di seremban agoknyo. pah tu gak caro ko nok ita pitih ketua bahgian mano hak tabor banyak sekali. ambo pun nak tahu jugak sapo ore pas hok kesat inguh denga semutar, acu royat teh li biar ore tahu peel peranga sbenar ore pas nih. so lagi katanya wat masuk pelacur dale bilik...kalu dah nama manusia gak tak pelik ambo biar semutar 11 kaki atah palo gak muga hak ada batu pelir belako . kube belako lah meli kalu mu tau gak. kapak kapak lain nak tahu jugak cadang wat takir keda kopi

Anonymous said...

demo kelih sediri ko ketua bahagian tabur pitih nyo atawo demo paka gamok jah? jange dok beraspo kito lebih lebai...orang lain jahil belako. kalu betul tabur pun demo bedoso kalu tak tabur lebih-lebih lagi bedoso. takleh masuk surga kalu tak minta maah dan orang hok demo tuduh tu tak maah. nak mengaji banyok sikit, jangan dok ingat bila paka ppioh gat boleh masuk syurga selalu. kalu kapan dengan bedero pas pun belum tentu boleh masuk syurga.
kawe tulung peringat jah, ikut apa yang terkandung dalam surah al-Asyr. demo nak pakai ko tidak mampuh gi 'la.
molek-moleknya walaupun kita alim lebih pada imam masjid mekah, kena rasa jahil dan cukup ilmu, baru tak beraso orang lain tak molek belaka dan kita dengan pua kita jah moleknyo. kalu beraso alim bedo'oh dan kerana banyak amal maka takdok sebab tuhan nak campak ke dalam neraka, dalam kuliah pun buleh sebut 'menatang' ko orang. celupar dan mulut uduh ni kawe rasa tuhan tak suka, nabi pun tak ajar.

Anonymous said...

ambo malah nak layan ore tak sekoah srupa anti babuk said...pemikiran tak lebar dok ralik bawah tpurung jah...beghat, beghat, tak maju...

Anonymous said...

toksir layan ko kes demo takdok hujah. dalam kes ni kawe nampak kemenangan moral berpihak ke anti babuk. ko guano cik meli?

tak ccayo, cik meli boleh buka undi.