Tuesday, November 11, 2008

MUNCUL KEMBALI (117)

Melayu paling ramai berpendapatan RM1,000 memalukan


TIDAK masuk akal dengan apa tujuan dan maksud sekalipun kalau Jabatan Perangkataan Malaysia sengaja mahu menyembunyikan fakta hasil Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) tahun lepas tentang pendapatan isi rumah rakyat negara ini, tambahan pula yang mengumumkannya dalam Persidangan Parlimen adalah timbalan menteri bukan berbangsa Melayu bahawa kaum Melayu paling ramai berpendapatan dibawah RM1,000 sebulan.
Dengan bilangan 301,000 isi rumah kaum Melayu berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan, bagi saya ianya adalah satu jumlah yang sanmgat besar dan tidak boleh dilihat serta dianggap sebagai kes terpinggir dan enteng, apatah lagi dianggap dan dikategorikan sebagai ssuatu yang mudah untuk dirungkaikan kekusutannya.
Kerana itu pada berpendapat saya, malah saya berani merumuskan bahawa orang Melayu pada hakikatnya telah, sedang dan akan terus dilanda bencana dan wabak 'bernasib malang di bumi sndiri' yang hanya boleh diubati oleh orang Melayu, terutama di kalangan mereka yang bergelar pemimpin Melayu.
Ianya adalah suatu hakikat yang amat memalukan dan amat mengecewa serta mendukacitakan. Ianya membuktikan bahawa betapa gagal dan tidak berkesannya Dasar Eonomi Baru (DEB). Mungkin dasarnya molek tetapi pelaksanaannya sahaja tidak menepati dasar dan perlu ditambaik-baikan lagi.
Laporan HIS oleh Jabatan Perangkaan sebagaimana yang dlaporkan oleh akhbar ini semalam (Rabu) mendapati secara keseluruhannya sebanyak 495,500 isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Dari jumlah itu sebanyak 301,000 daripadanya adalah kaum Melayu.
Hanya 50,900 sahaja isi rumah kaum Cina yakni 250,100 lebih rendah dari bilangan isi rumah kaum Melayu yang berpendapatan RM1,000 ke bawah manakala India dan Kadazan masing-masing sebanyak 29,000, Orang Asli sebanyak 7,500 dan lain-lain bangsa 78,800.
Sudah sampai masanya untuk pemimpin Melayu pelbagai fahaman politik tdak lagi terlalu berpolitiking dan bertelagah kerana mahu diangkat dan dijulang sebagai peneraju kepimpinan negara sedangkan pemasalahan yang dihadapi oleh bangsa sendiri terabai dan gagal ditangani.
Sebaliknya masing-masing kena berusaha untuk sepakat dan mengembleng tenaga, buah fikiran, ketulusan, usaha, keggihan dan rasa tanggungjawab untuk memastikan anak-anak kecil Melayu yang bermain api tidak akan terus terbakar hatinya yang sepi dan mewarusi kerempati di bumi milik warisan nusa.
Selain dari 301,000 daripadanya orang Melayu yang merupakan sebahagian daripada 495,500 isi rumah yang berpendapatan RM1,000 ke bawah kena kemaruk, giih dan ketagh berusaha bagi menambah pendapatan dengan melakukan kerja-kerja tambahan bagi menambah jumlah pendapatan utama, mereka yang berpendapatan tinggi kena bantu mereka.
Misalnya seramai Seramai 976,500 orang Melayu daripada jumlah keseluruhan 1,696,900 isi rumah yang berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000, seramai 614,700 orang Melayu daripada keseluruhan 1,44,700 isi rumah yang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 sebulan dan seramai 390,500 orang Melayu daripada 743,000 jumlah keseluruhan isi rumah yang berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebulan kena ada semangat dan rasa tanggungjawab untuk membantu sesama bangsa yang berpendapatan rendah.
Lebih-lebih lagilah seramai 254,700 orang Melayu daripada jumlah keseluruhan 497,800 yang berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000, seramai 419,200 orang Melayu daripada 914,200 isi rumah yang berpendapatan RM5,001 hingga RM10,000, seramai 85,700 orang Melayu daripada 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 sebulan dan 16,500 orang Melayu daripada 49,500 isi rumah yang memperolehi pendapatan melebihi RM20,000 sebulan, mereka kena merasakan bahawa adalah sesuatu yang memalukan untuk membiarkan rakan sebangsa dan seagama hidup susah di bumi bertuah ini.
Percaya dan yakinlah bahawa tidak akan ada sesiapa pun yang akan benar-benar membantu Melayu kalau bukan di kalangan Melayu sendiri, termasuk para pemimpin Melayu yang pada saya sudah pung mehhabiskan masa kira-kira 51 tahun yang lampau untuk brtelagah dan berbalah sesama sendiri berbanding dengan usaha untuk membela bangsa.
Keadaan itu semakin ketara pada era mutkhir ini betapa sesama sebangsa terlalu berpolitiking sehingga kewajipan untuk meletakkan Melayu pasa status dan tepat sepatutnya dalam penguasaan Melayu terabai, malah ada unsur-unsur sanggup menggunakan orang lain untuk mencapai kemenangan dalam permusuhan perebutan jawatan dan pengaruh dengan lawan sebangsa dan seagama.

No comments: