Umat Islam tidak perlu beryoga untuk jaga kesihatan
SAMA ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh-kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaa, malah kalau masih yang ada yang mempertikaikan fatwa Majois Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikaikannya sedang trlna dalam kejahilan yang teramat sangat.
Cuba perhatikan kenapa alim ulamak, usianya panjang-panjang belaka. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.
Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain dari sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulamak akan tidur selepas Insya’ dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengahmalam melakukan sembahyang malam.
Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.
Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam adalah merupakan gerakan senaman.
Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardhu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 kali ruku’, 17 kali i’tidal, 68 kali sujud, 32 kali bersimpuh dan 10 kali paling muka ke kanan dan 10 kali paling muka ke kiri.
Kebanyakan alim ulamak akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah sebanyak 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardhu dan lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.
Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 kali ruku’, 50 kali i’tidal, 318 kali sujud 164 kali bersimpuh, 76 kali memalingkan muka ke kanan dan 76 kali lagi memalingkan muka ke kiri. Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ianya sudah lebh dari cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.
Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang. Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan kerehatan.
Kebanyakan alim ulamak juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seprti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga adalah ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta ada kaitan dengan kawalan perbelanjaan harian.
Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak fotsttat kehidupan alim ulamak ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulamak itu pula menfotostat kehidupan Rasulullah s.a.w. ke dalam kehidupan mereka manakala Rasulullah s.a.w. dizahirkan ke dunia untuk membawa rahmat, memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kalu orang Islam berperangai macam ulama belaka, selamatlah dunia dan akhirat.
Menjadi ulamak terbuka kepada semua orang yang berhajat dan berusaha ke arah itu sebagaimana kita digalakan mewalikan diri tetapi tidak boleh mengaku wali atau ulamak.
Dunia akan selamat dari malapetaka jika semuanya berhasrat dan berusaha mengulamak dan mewalikan diri.
Kalau malas sembahyang sunat pun, sembahyang lima waktu kena disegerakan, semolek-moleknya berjemaah.
Kalau malas sangat nak berzikir, sebutlah Allah sahaja sama ada dengan suara yang didengari oleh diri sendiri atau sekadar gerakan bibir atau pun sekadar lintasan dalam hati.
Insyaallah badan akan sentiasa sihat, fikiran dan perasaan akan sentiasa tenang, rezeki juga mudah datang.
Kenapa ulamak/mufti/ustaz atau yang setaraf dengannya selalu pakar dalam isu seperti poligami, babi, khalwat... bukan isu sosioekonomi. Kita lihat ulamak memang pakar dan fasih menghafal hadis/alQuran tapi kurang dengan ilmu lain seperti sains misalnya. Justru kita nampak ulamak tidak nampak isu besar seperti rasuah, salah guna kuasa daripada para pemimpin dan soal keadilan dalam banyak bidang. Ulamak tak pakai kaedah/pegangan 'amar ma’ruf nahi mungkar’ dan selalu tujukan saranannya terhadap golongan yang tidak berkuasa, mungkin kerana mereka makan gaji. Apakah ulamak tidak tegur amalan materialisme yang dianuti oleh hampir semua masyarakat Islam. Materialismelah yang boleh memesong akidah kita, kita idolakan kuasa, prestij, kereta besar dan harta benda. Apakah ulamak kita boleh tangangi isu seperti ini kecuali isu halal, haram, aurat, dan sebagainya?
memukat ikan spt man botok juga senaman, begitu jugak lari dari ceti adalah senaman yang paling baik, selain dari berpeluh boleh juga menambahkan kreativiti cara menusuk(dengan izin) dan bersembunyi. dengan mengeluarkan cek post dated juga dapat mengeluarkan peluh dingin selain dari rasa berdebar tunggu panggilan dari pegawai bank suruh top-up pitih. sdra boleh cuba kaedah yang saya syorkan ini
li aku ni
Post a Comment