Monday, February 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (128)

Bukit Gantang dan Selambau kesempatan bagi buktikan antara Umno/BN dan PR: yang mana pilihan majoriti rakyat


ADAT percanggahan dan pertelagahan, masing-masing akan memolekkan diri dan puak sendiri dan memperhodohkan pihak lawan. Demikian halnya dengan apa yang sedang berlaku antara Umno/BN dan PR dalam kes pertukaran kerajaan di Perak.

Orang Umno/BN kata mereka yang betul dan memenuhi ciri demokrasi manakala PR pula kata mereka yang benar. Manakala majoriti rakyat pula yang sudah cukup matang dan berperngalaman berpolitik sedang memerhati kualiti sarkas dan wayang yang sedang dimainkan oleh oarng politik.

Takdir dan suratan ula telah menentukan kekosongan bagi Kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak ekoran kematian wakil rakyatnya Roslan Saharum, 50, (Pas/PR) dan juga Kawasan dewan Undangan Selambau ekoran di Kedah ekoran perletakan jawatan V. Arumugam selaku Ahli dewan Undangan Kawasan Selmabau.

Arumugam adalah juga merupaka anggota exco kerajaan negeri.

Apa yang berlaku itu membuka peluang kepada rakyat Perak untuk menyatakan pendirian mereka berwakilkan para pengundi di kawasan Bukit Gantang sama ada apa yang sedang berlaku di Perak, rakyat negeri itu berpihak kepada Umno/BN atau PR.

Manakala Kedah yang kononnya akan berlaku masalah sebagaimana yang berlaku di Perak akan ditentukan oleh rakyat negeri itu berwakilkan para p[engundi Selambu sama ada mereka mahu nyahkan kerajaan Pas/PR atau sebaliknya.

Natijahnya apa yang akan berlaku di Bukit Gantang dan Selambau akan menerminkan pendirian semasa rakyat Perak dan Kedah, sekali gus akan memberikan gambaran kepada bakal apa yang bakal berlaku pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sama ada Umno/BN atau PR yang menidakkan keputusan di Bukit Gantang dan Selambau nanti, ianya akan bermaksud pihak yang menidkkan pilihan rayat itu nanti berlawan dengan majoriti rakyat.

4 comments:

prostrategik.blogspot.com said...

suratan atau kebetulan:kembali pada Allah s.w.t.

Anonymous said...

Mu ambik kapak cukur janggut mu tuh.. Serabut aku tengok...

Anonymous said...

Mu, wa baca pasai Sultan Perak Murtad. betul ke ha?

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

Anonymous said...

gak guano lamo mu dok senyak dik nih li...tak dok isi doh ko nak cekoh kelih...kata biso bena