CATATAN PENGEMBARAAN DARI TIMUR, UTARA, TENGAH DAN SELATAN
DALAM usaha untuk memulihkan semula perniagaan yang lumpuh dan dilumpuhkan oleh kerenah kalangan tertentu, saya dengan seorang petugas setia telah melakukan pemgebaraan bagi mengutip maklumat dan mendapatkan maklum-balas tentang potensi Mingguan Konsep dan Wasilatul-Ummah.
Melalui Lebuhraya Timur-Barat, kami membuat tinjauan di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Kesimpulan jika cukup dana dan ada kesungguhan, Mingguan Konsep dan Wasilatul-Ummah mampu bersaing, malah ada kawasan-kawasan yang jualannya lebih tinggi dari mingguan-mingguan dan majalah-majalah yang sudah lama bertapak di persada pasaran.
Kami juga mendapat maklumaat secara langsung tentang suasana semasa di Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Di Kedah parking dimansuhkan, tempat letak kereta semuanya free. Bagaimanapun timbul masalah bila parking free. Kereta diletak dalam keadaan tidak teratur, malah untuk satu petak parking ada kereta yang diletak dalam keadan berjujuk hingga tiga buah.
Padahnya mereka yang kereta berada paling depan terpaksa merungut kerana tidak boleh keluar, dihalang oleh dua buah kereta di belakang. Ramai yang menganggap sistem lama lebih baik dan bersopan, malah ramai yang kata dalam bentuk pemerintahan pun kerajaan lama lebih baik dari kerajaan sekarang, Demikian juga dengan Pulau Pinang.
Keadaan di Perak tetap stabil dan aman walaupun berlaku kes persidangan bawah pokok macam di Negeri Pasir 2 Butir dalam filem arahan dan lakunan P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Dalam soal tanya rambang, orang Perak pun kata mereka lebih seronok berada di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan PR sama ada di Perak, Pulau Pinang atau Kedah kata mereka tak sama dengan di Kelantan.
Dari utara kami ke kawasan tengah. Kami memilih Lebuhraya Utara Selatan apabila diberitahu perjalanan akan mengambil masa empat jam hingga enam jam sahaja berbanding dengan jalan lama yang akan mengambil masa 10 jam atau lebih. Perjalanan cukup selesa cuma akan terbeban oleh kenaan bayaran TOL. Bila dikira rupanya kenaan bayaran TOL jauh lebih tinggi dari harga minyak.
Di Kawasan tengah kami ke Danau Kota Damansara, bertemu dengan pengedar yang pada saya leader dalam pengedaran akhbar mingguan dan majalah bulanan. Mereka juga memberi gambaran bahawa Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah berdaya maju, ada masa depan dan berpotensi muncul sebagai mingguan dan majalah pilihan ramai. Ini kata mereka walaupun diterbitkan tanpa sebarang publisiti, kedua-duanya tetap mendapat sambutan.
Kami masuk ke Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) melalui Sungai Buluh dan berkesempatan singgah minum dalam kawasan Selangor, juga berkesempatan bertanya khabar tentang kerajaan sekarang. Rupanya ramai yang berminat bertukar-tukar fikiran dengan kami bila diketahui kami dari Kelantan dan penerbit akhbar mingguan dan majalah dari kelantan.
Masing-masing membuat kesimpulan, kerajaan PR Selangor mampu bertahan tidak lebih dari satu penggal. Kerajaan PR Selangor tidak sekukuh dan seutuh Kerajaan PR (Pas) Kelantan kerana kualiti manusianya tidak serupa.
Di Kelantan tidak ada premis perjudian seperti premis jualan TOTO dan 4 Nombor Ekor tetapi di Perak, Kedah, Selangor, apatah lagi Pulau Pinang, premis jualan TOTO, 4 Nombor Ekor dan pusat-pusat hiburan terus wujud macam biasa, maknanya tidak ada kelainan antara kerajaan BN dengan PR. Kalau dah serupa, kata mereka, lebih baik BN jadi kerajaan memandangkan kerajaan pusat adalah BN.
Di Seremban saya menyaksikan banyak rumah-rumah kedai digantung notos untuk disewa, malah ada yang mahu dijual dan dilelong oleh bank. Berbanding dengan neger-negeri lain, bagi saya Negeri Sembilan sudah begitu teruk dilanda masalah cengkaman ekonomi. Macam mana pun susah untuk saya yang loghat Kelantan pekat berkomunikasi dengan orang Negeri Sembilan dengan loghatnya.
Melaka dan Johor bagi saya masih steady. Jualan Mingguan Konsep dan Majalah wasilatul-Ummah pun steady. Maknanya Mingguan Konsep dan majalah wasilatul-Ummah kena saya terus penerbitannya. Insyaallah jika ianya dapoat diterbitkan semula, saya merancang akan turun ke setiap pelosok negara setiap bulan untuk dapatkan bahan-bahan eksklusif.
Pokoknya untuk teruskan penerbitan kedua-duanya, saya kena ada dana. dari mana saya nak dapatkan dana. Itu yang sedang saya fikirkan. Kalau nak dikira wang jualan/pertukaran pengurusan Mingguan Wasilah ada tetapi bila belum berada dalam tangan tidak boleh dianggap adallah.
Usaha-usaha untuk dapatkan pinjaman dengan bank-bank perdagangan mahu pun bantuan modal untuk usahawan Bumiputera pun bukannya mudah. Tambah-tambah kerana jadi penjamin belian kereta, saya diblack-list. Harapan yang ada ialah pinjam dengan ceti. soalnya mampukah nanti saya cover kenaan intrest yang pastinya tinggi?
Buat sementara saya kena ambil masa untuk berfikir agar dapatkan dana. Para pengedar dan peminat Mingguan Konsep dan majalah wasilatul-Ummah mohon bersabar. Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah tetap akan kembali ke persada pasaran!
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !
PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.
sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.
anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.
ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.
dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.
hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.
sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.
AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !
PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !
NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.
JADUAL/ SCHEDULE
( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]
DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor
PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.
Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
KOMEN SAYA:
LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....
http://parpukari.blogspot.com/
Meli, pinjam dana dari UMNO Kelate lah? Harap-harap boleh tolong mu. Tapi sebelum tu ada baiknya mua kena isi borang masuk UMNO dulu. Lagi pun UMNO sesuai dengan jiwa kebangsaan Melayu mu tu.
meli oh meli kapak jangak mu tu tak leh gadai ke wat nega.
Apa yang jahat tu oh parpu,kalau bertemu antara dua manusia,makan sembahyang berjemaah bersalaman,adakah itu jahat namanya? Merapulah awak ni parpu!
Salam perjuangan,
Tahniah kepada semua yang menang bertanding. Kepada yang kalah, anda belum gagal sepenuhnya dan jangan jemu meneruskan perjuangan.
"MEMPERKASA GENERASI BARU"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Post a Comment