Thursday, April 23, 2009

GANASKAH LELAKI PENGERAN INI

GARA-GARA bertemu jodoh dengan gadis Indonesia, YTM Tengku Temenggung Kelantan dikaitkan dengan perlakuan ganas terhadap isteri sendiri, malah beliau dituduh melarikan isternya itu selepas mselesai mengerjakan umrah.

Selepas menjalani ibadah umrah bawa lari anak dara orang? Membawa balik isteri sendiri apakah boleh dikategorikan membawa lari anak dara orang?

Bukankah kedudukan isteri adalah di samping suami, malah kalau ibubapa sakit pun isteri tidak boleh menziarahinya tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu?

Kononnya yang melapor/mengadu kepada keluarga isteri YTM Tengku bahawa dada wanita Indonesia yang masih remaja itu ditoreh tetapi isteri sah YTM Tengku Temenggung.

Pokoknya siapa yang dari dalam istana itu dan apa tujuannya berbuat demikian yang mana kalau tujuannya untuk bergurau, perlakuannya itu amat tidak wajar.


Ini adalah kerana ianya boleh menjejaskan hubungan negara kerana ia membabitkan kerabat di raja di salah sebuah negara ini. Yang rosak nama bukan hanya Kelantan tetapi Malaysia dan imej istana-istana di negara ini secara pukal.

No comments: