Thursday, April 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (132)

Kebanjiran senatorisme dalam kabinet: percubaan najib mengundang bahaya


DENGAN 11 tokoh disenatorkan untuk dianggota-kabinetkan bagi kabinet yang mengandungi 69 anggota (termasuk perdana menterina dan timbalan perdana menteri) pada hemat saya adalah merupakan suatu kebanjiran wabak senatorisme dalam penerajuan negara, diketuai Dato' Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri ke-6.

Empat tokoh disenatorkan untuk menjawat jawatan menteri yakni Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selaku Menteri di Jabatan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi), dan Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khir Johari (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam),

Dua orang lagi ialah Datuk Shahrizat Jalil (bekas menteri yang ditumpaskan oleh Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar pada pilihanraya umum ke-12 lepas, dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merupakan jawatan asalnya sebelum kalah dalam pilihanraya) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan).

Manakala tujuh tokoh yang disenatorkan dan dilantik sebagai timbalan menteri pula dengan tiga daripadanya disenatorkan pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri lagi yakni Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteridi Jabatan Perdana Menteri), T. Murugah (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia).

Antara tokoh yang baru disenator dan dianggota-kabinetkan sebagai timbalan menteri ialah Datuk Dr Awang Adek Hussin (bekas timbalan menteri yang kalah dalam pilihanraya umum ke-12, dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Beliau asalnya disenatorkan menyertai kabinet sebelum bertanding dan menang sebagai ahli parlimen sebelum kalah dalam pilihanraya umum ke-12).

Tiga lagi tokoh ialah Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Penerangan, Komunkikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Paduka Chew Mei Fun (Timblanan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat) dan A. Kohilan Pillay (Timbalan Menteri Luar Negeri).

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah sebagai perdana menteri, Najib memerlukan anggota kabinet yang dirasakan paling sesuai bekerja dengannya dan beliau perlu berani memuktamadkan keputusannya dalam memilih tokoh untuk kabinetnya kerana kuasa memilih anggota kabinet adalam kuasa mutlaknya.

Di antara keberaniannya yang ketara ialah apabila memecah tradisi dengan tidak memasuk senaraikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebagai anggota kabinet, sebaliknya calon yang menduduki tempat ketiga dalam pemilihan jawatan sayap Umno pula yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri serta naib ketua pemudanya pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Bagi saya, dengan tidak melantik ketua pegerakan pemuda sebagai anggota kabinet dan tindakan melantik empat menteri serta tujuh timbalan menteri dari kalangan bukan wakil rakyat adalah satu percubaan yang berani tetapi terdedah kepada bahaya.

Ini adalah kerana kalau pun 11 wakil rakyat yang sepatutnya menjadi anggota kabinet tidak tersenarai secara peribadi boleh terima hakikat, tetapi tentu tidak mudah untuk para pengundi yang memberi undi menerima tindakan yang mungkin terbaik bagi firasat Najib tetapi belum diterimanya sebagai baik oleh majoriti orang Umno/BN dan rakyat negara ini.

Tidak mustahil para pengundi akan melihat betapa mereka telah disogok dengan wakil-wakil rakyat yang tidak berkualiti sehingga tidak melayakkan mereka menganggotai kabinet apabila untuk menjawat jawatan menteri dan timbalan telah dipilih dari mereka yang disenatorkan, antaranya yang telah kalah dalam pilihanraya umum ke-12.

Para pengundi pasti akan melihat bahawa pemilihan mereka telah tidak diberi penilaian, dipersenda dan dinafikan, malah mereka juga pasati rasa tertipu kerana disogok dengan tokoh yang tidak berkualiti mewakili mereka sehingga tidak ada kelayakan untuk dianggota-kabinetkan.

Kalau yang dianggota-kabinetkan terdiri itu dari kalangan ahli parlimen, para pengundi di kawasan yang ahli parlimen yang wakili mereka tidak dipilih menganggotai kabinet tidak akan terasa kepercayaan mereka dipersendakan kerana mereka tahu jumlah kerusi kabinet terlalu terhad dan anggota kabinet kena dipilih di kalangan yang terbaik dari yang baik.

Justeru itu, mahu tidak mahu Najib kini berdepan dengan bahaya yang sangat dan paling merbahaya ekoran tindakannya mensenatorismekan kabinetnya serta tindakannya memecah tradisi dengan tidak melantik ketua pemufa sebagai senator yang pastinya akan dilihat oleh majoriti pergerakan pemuda bahawa Najib mempercemeh, memperlekeh dan menafikan pemilihan mereka.

Kalau calon yang menduduki tempat ketiga dan naib ketua juga tidak dilantik sebagai anggota ianya tidaklah membahayakan. Tetapi apabila calon yang kalah dan naib ketua diangota-kabinetkan manakala ketuanya tidak, mahu tidak mahu Najib kini berdepan dengan bunga balah di kalangan sayap Umno itu.

Seandainya dalam tempoh enam bulan akan datang, kerajaan pimpinan Najib gagal membuktikan bahawa kerajaan pimpinannya lebih berkualiti dari kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kerajaan BN akan lebur sebelum tibanya tarikh pilihanraya umum ke-13.

3 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya najib lantik mung weh meli sebagai senator dan jadi menteri kabinet najib. Mung nak potfolio gapo? oyat mari biyar aku call najib metar. Aku rasa yang paling layak menteri perkahwinan. Jali wok sing

Megat Terawih, Tebrau said...

Kalau nak komen biarlah komen yang membina. Komen anda bersifat menghina Meli.

Anonymous said...

patutpun KJ tak dilantik sebagai menteri ,kes dia terang2 dah diputuskan sebagai pengamal rasuah.orang mcm ni tak perlu ada dalam kabinet dato najib.mukhriz walau kalah ketua pemuda beliau adalah ahli parlimen yang cukup popular di kalangan rakyat marhaen.tak lama lagi habislah pengamal rasuah dalam umno