Saturday, April 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (135)

Emosi punahkan peluang Kelantan?

SECARA tersuratnya kegagalan penyokong membawa kepada berlakukanya rusuhan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV selepas selesainya perlawanan Kelantan-Negeri Sembilan dengan keputusan Kelantan tumpas 0-1 adalah sesuatu yang menagaibkan dan memunahkan peluang Skuad Kijang yang memapmerkan peningkatan pencapaian yang cukup menyerlah musim ini.

Pada umumnya resam orang Kelantan sentiasa nekad dalam melakukan semua perkara, termasuk dalam berpolitik dan apa yang direalisasikan kadang-kadang dianggap mustahil kepada rakyat negeri Kelantan.

Orang Kelantan boleh jadi cukup mesra dan akan mearaikan tamu, malah ayam mengerang dalam sangkak pun sanggup disembelih dijadikan lauk hidangan tamu tetapim kalau tidak kena gayanya, air sejuk pun tidak akan disediakan untuk tamu.

Kejadian merusuh dan merosakan kenderaan awam serta membakar kenderaan polis pada pendapat saya adalah seperkara yang perlukan penyiasatan dan pengumpulan maklumat yang telus, professional, adil dan saksama.

Pokok pangkalnya rusuhan itu berlaku di luar stadium, yakni sudah pun di luar perlawanan. Ertinya apa yang berlaku itu bukan berpunca dari dari tidak puashati kerana Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan.

Kenderaan-kenderaan yang dirosakan pula bukannya milik penyokong Negeri Sembilan atau pun serangan dituju kepada pemain dan pegawai Negeri Sembilan pun. Yang dibakar adalah kenderaan polis.

Punca itulah yang kena dicari. Berteraskan pengalaman sebagai pengamal media sejak tahun 1973, saya cuba dapatkan maklumat. Saya diberithu rusuhan itu berlaku ekoran dari seorang pemuda dikasari oleh anggota polis.

Kalau benarlah itu puncanya, maka ada lojiknya kenapa kenderaan polis dibakar. Andainya penyokong diprovokasi sehingga mereka gagal kawal emosi dan padahnya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang kena hukum, maka akan berlaku ketidak-adilan dan kesaksamaan terhadap KAFA dan para peminat bolasepak Kelantan.

Laporan-laporan media yang menyiarkan komen-komen yang tidak berpasak-paksikan hakikat sebenar punca rusuhan itu berlaku tidak akan menyumbang ke arah yang positif bagi penyelesaian masalah itu dan tidak mustahil ianya akan berlaku sebagaimana mana orang Kelantan mengambil pendirian mereka dalam perpolitik.

No comments: