Sunday, April 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (137)

MeCD boleh mansuh, DEB kena terus wujud dan berfungsi

EMENTERIAN seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) boleh dimansuhkan asalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau dasar-dasar yang serupa dengannya dikekal dan diwujudkan demi kepentingan kaum Bumiputera yang memerlukan masa yang lebih panjang lagi untuk mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan dan sekali gus menjadi tujuan utama kewujudan DEB itu sendiri.
Bukan soal Bumiputera terlalu dimanja dan diistimewakan apabila pelbagai keistimewaan dikhususkan untuk mereka dalam usaha untuk mendekatkan jurang penguasaan ekonomi dengan bukan Bumiputera, terutama kaum Cina , tetapi mendekatkan jurang penguasaan ekonomi Bumiputera, kalau pun tidak mampu diseiringkan dengan bukan Bumiputera adalah penting demi kestabilan negara dalam pelbagai sudut, termasuk politik dan keamaman negara. Itu hakikat yang kena diperakukan oleh semua pihak.
Justeru itu pengekalan DEB atau pun kewujudan lebih banyak dasar, prgoram dan blue-print yang sama matlamatnya dengan DEB adalah menjadi suatu keperluan oleh semua kementerian ekoran pemansuhan MeCD kerana Bumiputera perlu terus diberi bimbingan dan peluang sehingga mereka benar-benar cukup bersedia, cukup berkepakaran dan setanding dari segi pemilikan ilmnya u dalam persaingan penguasaan ekonomi yang menjadi teras kekuatan sesuatu bangsa selain dari menguasai politik negara.
Besar bahayanya kepada masa depan negara untuk jangka panjang jika kaum Bimputera terus hidup dalam keadaan merempat, dibiarkan seperti anak kecil bermain api yang terbakar hatinya yang sepi di bumi warisan pertiwi. Lagi pun Islam sendiri menegaskan bahawa kemiskinan dan kemerempatan boleh mendorong kepada perlakuan mungkar.
Untuk tujuan itu, maka pinjaman mudah khusus untuk kaum Bumpitera yang telah sedia mudah pada sebutan lidah dan atas kertas pada waktu ini dan masa-masa yang lalu perlu dipermudahkan lagi dalam bentuk realitinya supaya Bumiputera tidak terus terperangkap dan menjadi mangsa tawaran-tawaran pinjaman mudah oleh perkhidmatan Ah Long yang lebih bersifat peminjam sengaja menggali lubang untuk menimbus diri sendiri..
Pada saya agensi kerajaan yang diletakan di bawah setiap kementerian, malah semolek-moleknya diletak dibawah pemerhatian dan pengawalan secara langsung oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri patut mewujudkan kaunter khas untuk menerima aduan dari usahawan atau peniaga Bumiputera yang sanggup meminjam dengan Ah Long bagi menampung keperluan kewangan mereka. Antara fungsinya agensi itu nanti iualah kena ditanya kenapa peniaga/usahawan sampai meminjam dengan Ah Long.
Yang pasti, peniaga yang sanggup meminjam dengan Ah Long yang mana Ah Long bukan sahaja mengenakan bunga yang tinggi tetapi tempoh bayaran baliknya boleh sangat singkat yakni sama ada kena bayar setiap hari atau setiap minggu adalah merupakan peniaga atau usahawan yang benar-benar ada kenderungan dan komitmen untuk berniaga/menjadi usahawan.
Mereka jenis inilah yang patut dibantu sehingga berjaya, terutama apabila walaupun menghadapi beberapa kegagalan masih juga berusaha untuk terus bangkit. Sebenarnya kegagalan atau bankrap dalam perniagaan/keusahawanan adalah merupakan sebahagian dari pengalaman untuk nantinya tidak ada diulangi lagi perlakuan, tindakan dan tatacara urusniaga/keusahawanan yang menyumbang kepada kegagalan dan kebankrapan.
Oleh itu jika ada yang gagal melunasi pinjaman Ah Long, maka mereka perlu diberi keutamaan pembiayaan modal, malah hutang mereka dengan Ah Long patut diselesaikan. Peniaga yang gagal atau pernah bankrap tidak sepatutnya dijauhi dan dibiarkan terus berada dalam kegagalan/bankrap sebagaimana yang menjadi tradisi sekarang, termasuk oleh bank-bank perdagangan atau bank-bank dibayangi kerajaan yang menutup peluang dan tidak melayan permohonan pinjaman bagi mereka yang dalam edah gagal/bankrap.
Tindakan sedemikian pada pendapat saya amat tidak bijak dan sangat merugikan kerana mereka yang pernah gagal atau bankrap itu sebenarnya memiliki modal yang sangat bernilai yang tidak boleh dipelajari di mana-mana univertsiti yakni pengalaman gagal dan bankrap. Hakikatnya hanya mereka yang penah gagal atau bankrap sahaja yang lebih tahu tatacara untu tidak diulangi lagi kegagalan dan kebankrapan yang pernah dialami jika mereka diberi peluang/dana mencukupi untuk menebus kegagalan dan kebankrapan mereka.
Jika diteliti sejarah mereka yang berjaya sebagai usahawan sama ada di negara ini mahu pun di negara-negara lain, mereka pada keseluruhannya terdiri dari kalangan yang pernah gagal/bankrap. Oleh itu DEB atau pun agensi baru yang seumpama dengannya diwujudkan patut memberi tumpuan kepada mencari/menyenaraikan kalangan yang pernah gagal/bankrap untuk diberikan dana tebus kegagalan/kebankarapan. Saya yakin dengan cara ini matlamat DEB akan lebih cepat mencapai matlamat.

No comments: