Monday, April 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (146)

Pilihanraya Kecil Penanti: UMNO/BN jangan bacul

DARI segi moralismenya, Mohammad Fairus Khairuddin yang dikaitkan dengan masalah moral dan telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang memang sepatut dan sewajarnya turut sama meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.
Parti yang diwakili, pengundi yang memberi undi dan amalan demokrasi pada hakikatnya tidak memerlukan wakil-wakil rakyat yang ada jangkitan, wabak, sindrom dan fenomena kerosakan moralisme.
Sama ada betul atau tidak tokoh muda yang patut dibanggakan oleh anak-anak muda kerana pencapaian cemerlangnya dalam hidup ketika usia begitu muda, hanya beliau sendiri dan Allah sahaja yang benar-benar tahu. Kita semua hanya boleh membuat andaian semata-mata.
Dari segi adatnya, kalau Mohamad Fairuz tidak letak jawatan, bermakna beliau berada pada tahap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ dan juga pada status ‘ayam tak sudi patuk, itik tak sudi nak sudu.
Beliau tentunya tidak dapat memberi khidmat kewakil-rakyatan sebagaimana sepatutnya kalau beliau berada dalam keadaan disyak-wasangkakan, termasuk oleh para pengundi yang memberikannya undi. Lagi pun apa yang dilakukannya, yakni meletak jawatan, bukan bersifat melanggar amalan dan tertib demokrasi.
Dari segi lojik dan tersuratnya, tindakan Mohammad Fairus itu akan mememberi kesan negatif kepada parti yang diwakili, bukannya kepada Umno/BN sebagai lawan. Tindakan Mohammad Fairus itu mahu tidak mahu akan menyebabkan terburainya pada pandangan umum bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan Pakatan Rakyat (PR) amnya, sedang ‘berkocah’.
Tidak hairanlah kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) tidak seronok dengan apa yang berlaku dan mengambil sikap menyerahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut itu. Bila diadakan pilihanraya, belum tentu PKR/PR mampu mempertahankan Kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti.
Yang agak pelik dan sukar difahami, malah menjadi perbicaraan, menimbulkan persepsi, andaian dan ramalan serta perbahasan di kedai kopi, khususnya di Kelantan, ialah reaksi Umbo/BN yang tidak menunjukan minat serta semacam lemah semangat untuk menyertai pilihanraya kecil itu.
Secara peribadi saya berpendapat, segala kenyataan, kupasan dan responisme terhadap kes Dewan Undangan Negeri Penanti secara tidak langsung telah menyerlahkan kepada umum bahawa ada bibit-bibit kebaculan, takutkan bayang-bayang sendiri dan bersifat mengangkat bendera putih sebelum berjuang bagi Umno/BN dibawah regu kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak-Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Kalau untuk berlawan dalam pilihanraya kecil Penanti pun sudah takut dan kecut perut, mana mungkin boleh berani menghadapi pilihanraya umum ke-13. Alasan akan membazirkan wang rakyat adalah merupkan hujah yang sangat dangkal, malah menjadi sesuatu yang melucukan rakyat terbanyak.
Ramai wakil-wakil rakyat yang hidup atas usia subsidi dan sebelum tibanya pilihanraya umum, tidak mustahil akan ada lagi kawasan selepas Penanti akan mengalami kekosongan kerana kematian wakil rakyat.
Kalau Umno/BN mengambil sikap enggan sertai pilihanraya dengan alasan dangkal kerana tidak mahu membazirkan rakyat, bayangkan apa akan terjadi kepada kerajaan Umno/BN. Justeru itu bagi saya Umno/BN tidak boleh jadi bacul, sebaliknya kena sentiasa bersedia hadapi pilihanraya dengan gagah berani, penuh komitmen dan yakin.
Kalah atau menang bukan bergantung kepada ketentuan takdir, tugas kita manusia hanya berusaha. Yang kena diyakini bahawa menang atau kalah ada hikmahnya. Tidak semestinya menang membawa rahmat, sebaliknya adakalanya kemenangan boleh membawa laknat.

1 comment:

Ahli Umno Pengkagum Pak Lah said...

Najib, Muhyiddin dan barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional kena raba celah kelangkang dalam menghdapi ke Penanti.
Kalau takut kalah sangat, calonkan saja Tun Dr Mahathir untuk bertanding. Tak 'kan negarawa ulung dan adi jagat pun boleh kalah kot.
Kalau seorang tokoh boleh wakili dua kawasan parlimen, aku cadangkan Khairy Jamaluddin dicalonkan bertanding. Aku tak setuju Umno atau Barisan Nasional mengaku kalah sebelum bertanding.
Tak semestinya guna pitih juta-juta sehingga perbelanjaannya sampai ke peringkat membazir untuk menang pilihanraya.
Asalkan wakil rakyat mampu memberi khidmat cemerlang, gemilang dan terbilang, pasti calon yang dipertaruhkan akan menjadi pilihan rakyat.
Yang rakyat tak mahu calon yang asalnya sesak nak mampu bila jadi waki rakyat tiba-tiba saja jadi orang senang sedangkan rakyat tidak terbela langsung.
Ertinya Umno atau Barisan nasional kena pertaruhkan calon yang benar-benar berkulaiti pada mata rakyat selaku pengundi, bukannya pada penilaian parti.
Kalau Umno atau Barisan Nasional tidak bercadang menyertai pilihanraya kecil Penanti, maknanya parti itu belum ada calon yang benar-benar berkualiti dan meyakinkan.
Seandainya keadaan itu berlaku, ianya menyerlahkan kebaculan najib dan Muhyiddin selaku PM dan TPM merangkap presiden dan timbalan presiden Umno. Mungkin mereka baru tau bahawa jadi pimpinan paling atas bukannya mudah. Muhyidin barangkali mula merasa tidak wajar dia mendesak secara terbuka supaya Pak Lah berundur awal dan mencairkan tempoh peralihan kuasa yang telah dipersetujukan Pak Lah-Najib sebelumnya.
Saya bersetuju dengan pandangan pemunya blog, kalau untuk hadapi pilihanraya kecil pun dah kecut perut, macam mana mahu berdepan dengan pilihanraya umum ke-13 nanti.