Elak dari kemalangan juga satu ibadah
JUMLAH 67,100 kes kemalangan maut dalam tempoh 11 tahun dengan purata kes lebih 6,000 setahun adalah satu jumlah yang bukan kecil bagi sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk terkini sekitar 27 hingga 28 juta orang.
Tahun lepas menjadi tahun terbanyak kes kemalangan yang membawa kepada kematian yakni sebanyak 6,527 manakala tahun ini sahaja yang bakal melangkah ke bulan Mei Jumaat nanti, sebanyak 598 kes kemalangan maut dicatatkan.
Apakah jumlahnya akan mengatasi jumlah tahun lepas atau sebaliknya, kita semua boleh lihat dalam tempoh lapan atau tujuh bulan akan datang. Mudah-mudahan jumlahnya akan berkurangan.
Pada umumnya punca, faktor dan tempat kemalangan tertinggi berlaku dikenalpasti. Antaranya ialah di Jalan Persekutuan sejauh 135.38 kilimeter yang menghubungkan bandar Batu Pahat-Ayer Hitam-Keluang-Mersing yang mana sebanyak 59,992 kenderaan dalam tempoh 16 jam melalui jalan berkenaan yang mempunyai 115 persimpangan utama, 10 kawasan perindustrian, 28 pejabat, institusi dan sekolah.
Sejak tahun 2006, sebanyak 1,000 kes kemalangan berlaku setiap tahun di sepanjang jalan berkenaan dan ianya adalah merupakan kawasan kemalangan nombor satu di negara ini.
Pada tahun ini sahaja sebanyak 366 kes kemalangan yang mengakibatkan tujuh maut berlaku di sepanjang jalan berkenaan.
Kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKR) mendapati 48 peratus punca kemalangan berlaku disebabkan sikap pemandu sendiri manakala 42 peratus lagi disebabkan mekanikal kenderaan dan lapan peratus lagi kerana faktor jalan.
Di samping itu terdapat 100 kawasan (kawasan kerap berlaku kemalangan) di seluruh negara.
Ertinya sikap pengguna jalanraya boleh memungkinkan kurangnya belaku kemalangan. Antara sikap yang pelu ada ialah pemandu kena memandu dengan berhemah dan tidak ikut perasaan.
Masing-masing kena mengelak dari memandu dalam keadaan yang merbahaya pengguna jalanraya yang lain dan juga diri sendiri.
Walaupun ajal dan maut ditentukan oleh Allah, namun kita digalakan supaya cuba lari dari menyanyangi nyawa.
Kerana itulah bila sakit kita digalakan berubat dan tidak boleh membiarkan sakit tanpa diubati.
Kalau berubat supaya sembuh dari sakit dikira suatu bentuk ibadah, maka ikhtiar mengelak dari berlaku kemalangan juga tentulah suatu bentuk ibadah.
Bila dinamakan ibadah, maka ganjarannya adalah pahala yang perlu direbuti dengan gigih dan ketagi.
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment