Monday, May 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (182)

Polis tidak patut dibaculkan

TUJUAN pasukan polis diwujud dan anggotanya diberi gaji, diberi pakaian seragam, gari dan pistol serta dikurniakan hak dan tugas untuk menggari dan menembak jika perlu adalah untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Gari dan pistol serta senjata-senjata lain yang tersenarai sebagai keperluan dalam tugas-tugas kepolisian adalah merupakan simbolik kepada kurniaan hak dan kuasa kepada setiap anggota polis untuk menangkap dan menembak mati penggangu ketenteraman dan keselamatan awam serta penggugat keamanan.
Sikap mesra masyarakat barangkali kurang sesuai untuk menjadi sebahagian dari slogan perkhidmatan kepolisian, setidak-tidak pada waktu ini, kerana ianya boleh menjadikan anggota polis terlalu baik dan terlalu berkompromi berteraskan slogan mesra masyarakat.
Walauapun terkenal sebagai antara perkhidmatan kepolisian yang terbaik dan tercekap, kegerunan pelaku jenayah dan pencabar perundangan negara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sama dengan sebagaimana gerunnya penjenayah terhadap PBI, CIA, MOSAD dan sebagainya.
Pada pendapat saya kerana tidak rasa gerunlah, maka pelbagai pihak berani dan tidak pernah merasa malu mata untuk mencabul hak ketenteraman dan keselamatan awam serta menggugat keamanan negara dengan mengadakan demonstrasi dan sebagainya.
Padahnya kualiti perkhidmatan kepolisian nampak tercabar, malah kadang-kadang nampak dibaculkan oleh angkara kalangan tertentu yang memanipulasi sikap mesra masyarakat pasukan polis negara ini.
Kerana terlalu berkompromi dan 'over mesra masyarakat' jugalah, maka pertubuhan haram seperti Hindraf sanggup memberi amaran akan mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat ISA tidak ditarik balik.
Oleh kerana tugas menjaga kententeraman awam adalah tugas polis, maka amaran itu secara langsung tertuding kepada pihak polis dan ianya bersifat mencabar dan menguji tahap kesabaran pihak polis.
Kalau PBI, CIA atau MOSAD yang menghadapi kes begini, saya yakin banyak mayat yang terpaksa dikebumikan, malah barisan kepimpinan pertubuhan haram itu sudah lama hilang riwayatnya.
Apakah anggota PDRM tidak boleh bertindak seperti PB, CIA dan MOSAD? Jawabnya boleh kalau mereka mahu kerana itulah mereka dibekalkan gari dan senjatapi lengkap dengan peluru hidup.
Pembekalan gari dan senjatapi berpeluru hidup adalah simbolik kepada apa yang mereka boleh lakukan sebagai anggota PDRM.
Kenapa anggota PDRM jarang gunakan hak menembak mati individu atau pihak yang menimbulkan kekacauan dan menggangu ketenteraman awam? Jawabnya kerana anggota PDRM lebih bertolak ansur dan berperi-kemenusiaan serta santun.
Menembak adalah menjadi pilihan terakhir serta bila menjadi keperluan terdesak.
Tetapi sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, jika selalu dicabar dan cuba dibaculkan, saya rasa anggota PDRM tidak boleh disalahkan jika mereka boleh hilang sabar dan menukar pertimbangan dari mesra masyarakat kepada tindakan tegas dan keraja.
Anggota PDR boleh dan wajar mengambil tindakan menggunakan hak dan kuasa menembak jika didapati dengan cara itu boleh merubah keadaan dan mendisplin rakyat negara ini yang lebih gemar mencetuskan suasana kurang tenteram melalui demontrasi, perlakuan dan ulasan atau percakapan yang bersifat mencabar dan membaculkan PDRM

No comments: