Jangan biarkan perjalanan ke syurga tersekat kerana persepsi liar
BANYAK SMS yang diterima yang mengecam saya kononnya saya menyertai rakan akrab saya, Saudara Haji Mohd Sayuti Omar (MSO)mahu meleburkan Husam.
Leburkan Husam? Untuk apa? Adakah saya dan MSO akan bertanding jawatan dalam Pas pada muktamar nanti atau akan dicalonkan oleh mana-mana parti politik melawan beliau pada mana-mana kawasan pada pilihanraya akan datang?.
Kami pengamal media, Husam orang politik. Dunia kami jauh nberbeza. Sama ada Husam lebur atau kami hancur, apa faedahnya kepada Malaysia dan dunia fana ini?
Sayangnya SMS yang dihantar dengan nombor pengirimnya tidak ditonjolkan. Timbul persoalan dalam kepala saya kenapa SM berani hantar, sumpah seranah dan caci maki berani dibuat tetapi identiti diri disembunyikan.
Untuk menjawabnya terpaksa saya guna blog ni kerana inilah antara wadah untuk orang macam saya bersuara selain dari majalah dan akhbar.
Memang betul sebagai manusia yang serba lemah saya tidak mungkin tahu siapa orangnya yang hantar SMS kerana nombornya diprivatekan.
Tetapi apakah segalanya boleh disembunyikan dari Allah. Apakah kalau tanggapa atau persepsi yang dibuat terhadap saya mahu pun MSO tidak tepat dan lebih bersifat prejudis dan andaian semata-mata, Allah tidak akan kenakan dosa kerana yang diprejudisi itu hanyalah Meli atau MSO.
Apakah hanya kalau beranggapan buruk terhadap Husam atau mana-mana tokoh Pas sahaja baru Allah kenakan dosa? Kalau itulah pendirian orang Pas, bermakna sudah ada sindrom,wabak, virus dan fenomena pemberhalaan sesama manusia yang boleh membawa kepada kerosakan akidah.
Saya secara peribadi, malah saya juga percara MSO juga macam saya, sentisa memberi maaf kepada sesiapa sahaja yang prejudis kepada kami kerana kalau tidak diberi kemaafan, perjalanan untuk ke syurga bermazdez, beraudi, mahu pun berjetkan pahala mahu tidak mahu akan tersekat tersekat.
Sebagaimana Meli dan MSO tidak terlepas dari tanggungang dosa dan pahala, mereka yang berprejudis dan mencaci cerca Meli dan MSO juga tidak telepas dari dosa kerana Meli dan MSO juga adalah ciptan-Nya.
Keupayaan Meli dan MSO menulis, malah keupayaan bercakap atau menulis adalah kerana izin-Nya. Apakah keupayaan yang dikurniakan kepada kami itu hanya sia-sia atau tidak ada sebarang faedah?
Ada yang anggap saya ethisme kerana kononnya sayalah blogger pertama yang melinekan blog milik bekas seorang anggota Rejmen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM bernama Mat Amin.
Saya tidak tahu apakah anggapan itu betul atau tidak. Tapi saya akui saya pernah beberapa kali ke Perkampungan Perdamaian di Shukhirin, Selatan Thai, yakni tempat penempatan bekas anggota RJK10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM, bertemu dengan Pengerusi PKM, Haji Abdullah CD dan pimpinan PKM yang lain, termasuk Allahyarham Haji Abu Samah Mohd. Kassim.
Saya juga beberapa ke Kampung Malaysia tempat penempatan anggota komunis Melayu dan berjumpa dengan Allahyarham Haji Rashid Maidin beberapa kali. Tujuannya adalah untuk melihat dan mendapat maklumat kenapa orang Melayu boleh sertai komunis yang kononnya tidak bertuhan.
Saya rasa saya bernasib baik kerana mendapat penjelasan dari empunya diri sama ada dari Rashid Maidin mahu pun Abu Samah sebelum keduanya mati dan saya juga rasa bertuah kerana mendapat penjelasan dari Haji Abdullah CD (Bong Dollah) yang masih hidup.
Bagi saya ramai yang berdosa dan tidak akan masuk syurga jika tidak meminta maaf dan menerima kemaafan dari mereka yang telah tersalah tanggapan, apatah lagi yang menuduh mereka tidak bertuhan.
Yang jelas, kebanyakan pimpinan Melayu RJK10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM beristeikan Cina yang dimuslimkan. Bagi saya mengahwini wanita bukan Islam yang diIslamkan adalah merupakan antara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kerja-kerja menyibarkan Islam. Anggota RJK10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM melakukan kerja yang serupa.
Isteri Haji Abdullah CD, seorang wanita berbangsa Cina yang memeluk Islam, demikian juga dengan isteri Allahyarham Haji Rashid Maidin, seorang wanita Cina yang memeluk Islam. Mereka sembahyang berjemaah dan wirid mereka pun panjang, jauh lebih panjang dari saya sendiri yang bukan sahaja bukan hidup dalam orang komunis tetap juga bersekolah agama. Saya pernah berada di tengah-tengah mereka dengan niat untuk dapatkan maklumat dan saya saksikan segalanya.
Sebagai bekas pelajar sekolah agama, saya belajar tajwid dan juga teknik sembahyang yang betul dan hukum hakam yang lain walaupun ilmu saya tidak sekaya mereka yang berpeluang belajar hingga ke universiti-universiti timur tengah.
Saya dapati bacaan dalam sembahyang tajwidnya betul dan bacaannya lancar. Doa Robbana aatina fid-dunia hasanatan wafil-aakhirati hasanatan waqinna azaa bannr yang merupakan doa utama yang dibaca oleh Allahyarham Dato' Haji Muhammad Nasir (Dato' Biji Sura) yang merupakan mentor saya, adalah merupakan doa yang menjadi amalan anggota RJK10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM
Saya lama juga dalam Pas, malah tidak mustahil lebih lama dari kalangan yang hantar SMS kecam saya dan mencadangkan saya masuk Umno di samping yang menganggap saya sudah dibeli oleh Umno, sudah menjadi pembodek dan penjilat Umno.
Sebenarnya sebagaimana tidak ada harganya saya pada Pas, saya juga tidak ada harga kepada Umno dan kebetulan saya sendiri tidak pernah merasa megah kalau mendapat penghargaan dari mana-mana politik kerana yang saya buru adalah keredhaan Allah, penghargaan dari Allah.
Dengan berpeluang menggauli orang komunis membuatkan saya terfikir, apakah saya sebagai orang Islam pernah berbakti dalam mengislamkan kalangan bukan Islam seperti yang dilakukan oleh orang komunis yang dikatakan tidak bertuhan.
Masa jadi orang yang meminati Pas, saya sering tepengaruh dengan tanggapan bahawa kalangan yang bukan Pas tidak berapa betul Islamnya. Saya yakin orang yang anggap saya ethisme masing-masing bukan sahaja tentunya lebih alim dari imam Masjid Mekkah tetapi sudah tentu ratusan ribu bukan Islam telah berjaya di Islamkan.
Selepas menggauli orang komunis, lama saya berdukacita kerana semasa menjadi peminat Pas, saya bukan sahaja turut sama bersekongkol menganggap orang bukan Pas tidak sempurna Islamnya tetapi juga tidak ada seorang pun yang berjaya diIslamkan, malah tengok orang bukan Islam pun agak menjijikan, apatah lagi untuk makan setalam.
Bagaimana pun dukacita saya hilang apabila menerima surat dari seorang yang mendakwa peminat novel saya berjudul BANJIR DI MATA KEMARAU DI HATI yang memaklumkan bahawa kerana tertarik dengan watak dalam novel saya itu membuatkan peminat berketurunan India dari Seremban itu tertarik kepada Islam dan akhirnya memutuskan untuk memeluk Islam selepas setahun memikirkan buruk baiknya.
Peminat itu kini sudah pun berkahwin dengan Cina Muslim dan sudah beranak pinak. Dia juga dah hafal banyak surah al-Quran.
Walaupun saya bergaul dengan orang komunis, saya tidak pernah berdaftar sebagai anggota komunis pun atau diajak, dipengaruhi, apatah lagi dipaksa agar masuk komunis.
Sebaliknya saya menjadi seorang yang sangat menghormati sesama makhluk dan tidak jijik untuk begaul dan mendampingi dengan sesiapa sahaja, malah saya yang merasa saya yang tidak layak mendampingi orang lain kerana pelbagai kelemahan diri.
Saya juga mencampuri kumpulan taiko atau samseng, termasuk para ah long. Tapi saya tidak pernah jadi samseng dan rasa samseng pun walaupun saya diberi jaminan kalau ada yang kacau U, beritahulah. Kita akan bantu U. Kita macam adik abang.
Sehingga sekarang saya tetap jadi seorang yang penakut. Dalam masa yang sama, para samseng pula tidak penah samseng dengan saya. Bini saya pada mulanya kurang senang bila samseng yang badan mereka penuh dengan tato dibawa ke rumah, dimesrai dan dsahabati, apath lagi bila diketahui yang dibawa ke rumah adalah ah long.
Bila kami ke mana-mana, lazimnya bila masuk waktu saya akan berhenti di masjid dan meminta samseng/ah long tunggu sekejap kerana saya kena sembahyang.
Ada yang tanya buat apa saya sembahyang, asyik tunduk bengah sedangkan tidak ada sesiapa pun di depan.
Saya tegaskan pada pandangan mata kasar memanglah tidak ada sesiapa tetapi sembahyang itu sebenarnya adalah masa bagi hamba-Nya berkomunikasi secara langsung dengan Allah. Bila dibaca al-Fatihah, Allah akan menjawab/membalas untuk setiap ayat yang dibaca.
Kenapa Allah tidak boleh dilihat? Jawapan saya adalah kerana Dia adalah Allah, bukannya Makhluk. Kalau Allah pun nampak dilihat, maka Dia tidak akan ada bezanya dengan makhluk.
Allah mampu melihat setiap apayang manusia lakukan, termasuk apa yang terkandung dalam hati manusia kerana Dia yang mencipta manusia.
Samseng/ah long anggap saya seorang yang cukup tenang dan selamba. Mereka tanya apa rahsianya. Saya jawab segalanya saya serah pada Allah kerana saya hak-Nya. Allah yang akan tentukan apa akan jadi pada saya saat demi saat.
Alhamdulillah kerana tertarik dengan cara saya, ada seorang ah long berasal dari Melaka dan agak lama menjalankan kegiatan ah long di Kelantan memilih memeluk Islam dan berhenti jadi ah long.
Sekarang dia sedang mendalami Islam di Melaka, malah sudah pun berkahwin dengan gadis Melayu yang mampu mengajarnya tentang hukum hakam. Saya sendiri tidak pun jadi ah long atau samseng. Saya tetap Meli macam Meli yang dulu juga.
Saya garapkan ini semua agar kita tidak terlalu mudah prejudis. Misalnya bila saya tegur Pas dan puji Umno, jangan mudah nampak saya bodek Umno atau kerajaan pusat dan sudah kena beli.
Kena cuba lihat dari sudut positif tetang tujuan yang mungkin tidak diketahui sebagaimana yang saya tahu tentang apa yang saya buat.
Jangan samakan kita, jangan andaikan kita dengan orang lain kerana bila nampak sesuatu buah itu merah, bukan secara otomatik isinya manis, bila tengok sesuatu buah itu hijau, tidak semestinya kelat atau masam.
Samalah juga bila saya tegur Husam misalnya, jangan mudah menganggap saya atau pun MSO berniat busuk, apatah lagi kononnya kami ada pakatan untuk leburkan Husam sedangkan tidak ada keperluan bagi kami untuk hancur atau leburkan beliau.
Sebagai penulis apa yang kami nampak tidak sama dengan apa yang orang bukan penulis nampak walaupun bukan bermakna apa yang kami penulis nampak jauh lebih molek dari apa yang orang bukan penulis nampak.
Sepatutnya ambillah yang baik dari teguran yang dibuat sebagai teladan dan apa yang tidak baik sebagai sempadan.
Kena diingat bahawa ubat yang paling mustajab adalah yang paling pahit manakala benda-benda yang manis rata-rata boleh menyumbang kepada pelbagai punca penyakit.
Sahabat yang ikhlas adalah yang banyak menegur kesilapan bukannya membodek dan bermuka-muka, apatah lagi bersikap mulut manis jubur masam.
Orang yang tidak mahu menyiksakan orang sekeliling oleh busuk banga kentutnya akan lepaskan kentut dalam bentuk tembakan kuat supaya orang sekeliling sempat tutup hidung tetapi bagi yang ada kepentingan diri, kentutnya akan dilepaskan perlahan-lahan, membiarkan orang sekeliling menghidu dan menelan bau kentutnya dengan dia yang berkentut buat muka selamba, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Orang Pas kena mengelak dari kemungkinan kelancaran perjalanan ke syurga terbantut gara-gara ada hati yang sakit dan terguris oleh prejudis, persepsi dan andaian liar yang dibuat yang belum tentu tepat dan bila mati tidak sempat pula memohon maaf atau kalau pun memohon maaf tidak akan dimaafkan kerana memberi maaf adalah hak mutlak pemberinya sama ada mahu maaf atau tidak.
Mengaji banyak pun tak guna kalau tak amal kerana itu ilmu perlu disemabunkan dengan amal barulah orang berilmu tidak akan menjadi rambai jantan yang hanya bebunga teapi berbuahnya tidak!
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment