Friday, June 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (214) - KEMASKINI

Ustaz Halim Lembut Tetapi Tegas

PERTAMA-PERTAMANYA saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada antara mentor saya, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman (Ustaz Halim) atas perlantikannya sebagai Pengarah Pilihanraya Pas yang baru, menggantikan Dato' Mustpha Ali yang dilantik sebagai Setaiusaha Agung.

Benarlah kata orang, kalau sudah jenis permata berharga, walaupun cuba ditahok ke dalam 'ca', walaupun dimasukkan ke dalam timbunan kaca, kemilaunya tetap menyerlah.

Sekadar apa yang saya tahu dan diberitahu, pelbagai usaha telah dibuat untuk 'nyah'kan Ustaz Halim dari terus terlibat dalam memainkan peranan kepada parti, apatah lagi dalam Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Saya tetap yakin dengan kata hati saya, bahawa Allah telah menyurat dan mentakdirkan, selepas Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Halimlah yang akan menjadi MB Kelantan.

Ini adalah kerana saya melihat ada sinar pada wajahnya, malah ada ciri-ciri yang mengsung-bangunkan dia untuk menjawat jawatan itu. Sama-samalah kita lihat nanti jika kita sama-sama panjang umur.

Ekoran dari posting Muncul Kembali (212), banyak SMS yang diterima (email pun ada), kebanyakan mengandungi kata-kata kesat, kononnya saya tak habis-habis dengan Ustaz Halim, kononnya saya mempunyai pemikiran politik yang out of date, pemikiran yang sudah monopus.

Saya tidak hairan kalau ada yang marah-marah bila saya katakan bahawa Ustaz Halim adalah tokoh yang paling layak menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kerana ramai yang tidak sukakan beliau itu sendiri tidak tahu kenapa mereka tidak suka, malah tidak ada alasan yang kukuh untuk dijadikan sebab yang munasabah untuk tidak suka.

Ustaz Halim banyak ditimbun dan dikambus dengan pelbagai tuduhan tetapi beliau mengambil sikap tidak menjawab atas alasan Allah lebih Tahu dari apa yang manusia tahu dan Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Daripada menafikan tuduhan, lebih baik serahkan kepada Allah uruskan.

Saya dapat merasakan betapa suci dan luhurnya hati seorang Ustaz Halim, menjadikan syaitan akan mempengaruhi pelbagai orang mewujudkan permusuhan, prasangka dan prejudis terhadapnya tetapi beliau mampu hadapi dengan selamba dan terus yakin bahawa Allah lebih mampu uruskan segalanya dan kerananya maka segalanya diserahkan kepada-Nya, menjadikan hidupnya sentiasa tenang dan jarang ada keredupan pada wajahnya.

Semasa bertugas dengan UPKn, saya ada menghasilkan buku yang diterbitkan oleh UPKn tentang biografi Ustaz Halim dibawah judul 'USTAZ HALIM LEMBUT TETAPI TEGAS'. Ramai yang marah, malah ada yang kata saya diupah oleh Ustaz Halim menulis buku berkenaan. Yang menuduh saya begitu barangkali mengandaikan saya macam mereka, lapar pitih, kalau diupah semuanya akan ditulis. Atas dosa prasangka dan prejudis itu, kena tanggunglah sendiri.

Hakikatnya Ustaz Halim pada mulanya tidak mahu buku mengenai dirinya diterbitkan kerana beliau tidak mahu dilihat cuba bersaing pengaruh dan populariti dengan Tok Guru Nik Aziz.

Beliau lebih suka bekerja di belakang tabir tanpa mengharapkan penilaian/pengiktirafan sesama manusia. Biar Allah yang nilai kerana penilaian Allah mutlak kesaksamaannya.

Samalah seperti alasan yang diberikan kepada pertanyaan kenapa atas nama TMB, beliau tidak memberi Kuliah Jumaat sebagai ganti Tok Guru Nik Aziz bila bossnya itu berada di luar Kelantan atau uzur. Jawapan yang diberikan ilah kerana tidak mahu menyaingi kepopularitian Tok Guru Nik Aziz.

Kononny kena ada hanya satu mentor rakyat untuk suatu tempoh masa kepimpinan, barulah tidak akan berlaku perkadahan. Ada yang tidak faham dengan cara berpolitik pernah mencadangkan beliau isi borang Umno, walaupun yang mencadangkan itu sebenarnya wau buta politik pun belum tentu kenal, malah bau hanyir kerana baru menyertai Pas pun masih belum hilang. Mungkin tali pusat pun belum luruh sebagai jamaah Pas.

Baginya Tok Guru Nik Aziz sebagai boss kena dibantu bagi memudahkan dan melancarkan urusan, biar dia sebagai MB kelihatan cukup hebat sehingga sukar untuk ditandingi tanpa dibantutkan oleh adanya unsur-unsur saingan, apatah lagi oleh orang yang paling dekat sepertinya, barulah kepimpinan akan mantap dan hebat.

Kerana itulah Ustaz Halim berkeberatan perihalnya ditonjolkan, apatah lagi dibukukan. Kononnya beliau hanya ibarat sebiji buah kelapa hanyut di lautan sahaja, kehadirannya tidak menjadikan air laut pasang, ketiadaannya juga tidak akan menyebabkan air laut surut, apatah lagi menjadi kering.

Tetapi apabila dimaklumkan (dengan bantuan Hamid Pendek/Kecik) bahawa tujuan buku itulah adalah untuk rekod sejarah, beliau akhirnya bersetuju dengan syarat jangan dibuat bandingan antara beliau dengan Tok Guru.

Baginya pengaruh dan daya kepimpinannya tidak setanding dengan Tok Guru Nik Aziz sebagai bossnya. Demikian merendah dirinya Ustaz Halim menjadikan saya tertarik untuk terus memerhati jatuh bangunnya dari jauh. Secara hakikatnya, kami tidak rapat.

Ada yang kata beliau ayah saya, maka saya julang ayah sendiri melalui buku USTAZ HALIM LEMBUT TETAPI TEGAS. Yang sebenarnya kami tidak ada apa-apa hubungan. Nama ayah saya sahaja kebetulan sama dengan namanya.

Ayah saya dari Padang Jelapang, titih Tok Padang Jelapang (yang buka Golok sebagai pusat pengajian pondok dan ladang limau atau dikenali dengan Golok Tua sekarang ) dan campuran titih Lebai Akil (sekampung dengan ibu kepada Tok Wali Hassan Lati) dan ada hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Yusoff Abdullah (bekas ADUN Bukit Tuku).

Ustaz Halim berasal dari Kampung Paloh, Bukit Panau, tidak jauh dari kampung ibu saya, Rong Chenak. Ustaz Halim mengaji sehingga ke Mesir dan ada MA dalam bidang Usuluddin. Ayah saya selepas tamat sekolah Melayu, mengaji pondok. Barangkali kalau pun ada persamaan ialah dari segi pegangan politiknya.

Ayah saya (sudah meninggal, umurnya sama dengan Ustaz Halim) adalah penyokong Pas tegar kerana berpegang kepada pesanan tokcik saya (Abdul Latiff Abdul Rahman) supaya anak cucu menyokong Pas selagi Pas kekal pada landasan perjuangan asalnya. Kebetulan tokcik sebelah ibu (Abdullah Sulung, antara anggota API pada zaman mudanya), juga pro Pas.

Saya garapkan itu semua bagi menjelaskan bahawa saya tidak rapat dengan Ustaz Halim, apatah lagi dari sudut perhubungan tali kekeluargaan, kami tidak ada hubungan langsung kecuali hubungan persaudaran atas nama sebangsa, seagama dan senegeri.

Saya yakin staz Halim pun tidak perasan bahawa saya menjadikannya sebagai antara mentor saya selain dari Allahyarham Dato' Haji Muhammad bin Nasir.

Gara-gara menghasilkan buku USTAZ HALIM LEMBUT TETAPI TEGAS, saya dianggap melakukan perbuatan melampau dan telah memprojek Ustaz Halim supaya mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Aziz, malah banyak kawasan Pas mahu saya dinyahkan dari UPKn.

Sepanjang berkhidmat di UPKn dan macam-macam buku mengenai Tok Guru ditulis dan diterbitkan, buku berjudul 'USTAZ HALIM LEMBUT TETAPI TEGAS' itulah satu-satunya buku mengenainya sebagai TMB yang diterbitkan berbanding dengan jasa besarnya yang sudah pun bekerja untuk Pas pada usia belasan tahun lagi.

Ada penghantar SMS dan email bertanya sejauh mana saya tahu tentang Ustaz Halim sehingga saya nampak terlalu mengkaguminya. Untuk jawapannya, saya cadangkan supaya dapatkan buku 'USTAZ HALIM LEMBUT TETAPI TEGAS' berkulit warna merah bertulisan putih dari UPKn.

2 comments:

hasellusiby said...

salam...

tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................

Anonymous said...

molek jugak mu meli. buleh lah mintak projek dengan ustaz halim. lebih kurang dengan mso. makan gu