Hormati keputusan Zaid
KERANA dipecat dari Umno, pengamal undang-undang yang dikatakan turut memiliki firma guaman di luar negara, Zaid Ibrahim yang sempat menjadi senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk suatu tempoh yang singkat, akhirnya memilih menyertai PKR.
Penyertaan Zaid ke dalam PKR diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PR. Sama ada lawan atau kawan kena hormati keputusan Zaid itu kerana amalan demokrasi membolehkan beliau berbuat demikian.
Atas sifat sedar diri siapa beliau agaknyalah, maka Zaid nampaknya memilih menyertai PKR, bukannya Pas. Seandainya beliau memilih menyertai Pas, saya yakin Pas akan tetap ucapkan Ahlam-wasahlam birobbikum kepada Zaid, segala keji nista akan bertukar dengan puji dan puja.
Tentulah penyenaraian nama Zaid sebagai ahli neraka pada kacamata orang Pas kerana pernah menyaman hudud akan terpadam dan namanya akan tersenarai pula sebagai ahli syurga jika beliau sertai Pas.
Sesungguhnya sukar untuk dipastikan sama ada Pas akan jadi lebih akrab dengan PKR ekoran kemasukkan Zaid ke dalam PKR atau akan menjadi antara faktor Pas-PKR-PR boleh berada dalam keadaan retak menunggu belah.
Kalau orang yang banyak melakukan dosa bertaubat nasuha terhadap dosa-dosa yang dilakukan, ianya akan menjadi sesuci bayi yang baru lahir walau sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan.
Apakah Pas boleh anggap Zaid yang menyaman hudud bersih dari dosa apabila menyertai PKR yang merupakan rakan Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Kalau Pas masih tak boleh terima Zaid, macam mana nanti jadinya hubungan Pas dengan PKR? Apa akan jadi kepada PR?
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Berilah peluang Zaid Ibrahim membetulkan kesilapan lamanya (.. iaitu.. berjuang menegak kefasikan UMNO & saman Undang2 Hudud Kelantan dari sudut Perlembagaan Malaysia acuan penjajah!)
Usahlah terlalu prejudis, sangka buruk, su'u dzan. Berdoa dan bertawakkallah kepada Allah semoga beliau diberi ampun, taufik & hidayahNya. Semoga Zaid Ibrahim akan memperjuangkan hak kebenaran, keadilan dan rakyat sejajar dengan kehendak Allah nanti. Semoga di akan membantu memberi kekuatan baru kepada perjungan rakyat dan Islam. Bagaikan Islamnya Khalid Ibnu Walid, panglima musyrikin Makkah semasa perang Uhud, akhir menjadi aset utama dalam Islam dan disebut Nabi SAW sebagai gelaran "SaifulLah"- beliau bukanlah "dalam kategori ulamak hebat dizamannya"!
Betullah tu...bila mirip kepada yang untungkan Pas/PR terus samakan dengan Khalid Al-Waled.
Dulu Pokjab Abbas Khalid Al-Waled, sekarang ni Zaid Ibrahim pulak.
Kalau betul-betul bawa kebaikan kepada perjuangan takapalah, takut jadi apa yang sedang berlaku kepada Pas sekarang kerana penerimaan ahli guna sistem pukat kokok, semua bawa masuk belaka, termasuk hasil laut yang hanya layak dibuat baja, busuknya semacam.
Dah ada kumpulan prolib mislanya yang sepatutnya Pas hanya ada satu jamaah sahaja yang tidak timbul perbalahan sesama sendiri sama ada secara terang atau tersembunyi.
Kalau dalam Pas pun ada kumpulan, ada balah, apa bezanya lagi dengan Umno, dengan Barisan Nasional.
Kualiti ahli kena diutamakan, pendukung parti kena dibezakan dengan penyokong. Nasib baik Zaid tak masuk Pas kalau tidak beliau pasti akan dianggap suci macam bayi yang baru lahir.
RAMLI MENYERTAI UMNO
JUN 14 - Seorang penulis ciber terkenal iaitu Ramli telah menyertai AMENO kerana tidak lagi yakin dengan perjuangannya untuk bersihkan Pas dari segala cacat cela. Penyertaan beliau mendapat liputan meluas dari Akhbar VELLUYATHAMTAHMBINANDRE yang berpusat di Tamil Nadu.Datuk Paduka Ibrahim Ali memuji kemasukan beliau ke AMENO
Kenapa buat fitnah? Kenapa mempersendakan Meli. Macam mana kalau Meli sakit hati dan tidak memberi maaf, sembahyang leper dahi kerana banyak dan lama sujud pun tidak akan dapat masuk syurga.
Saya peminat setia blog kapak jangan. Seingat saya Meli acap kali tulis dalam blognya dan mengatakan dia tidak berminat kepada parti politik tetapi bukan baru dan jahil berpolitik.
Kalau Meli tidak jadi ahli parti politik, tidak ada sebab untuk dia tidak yakin dengan perjuangan Pas dan menyertai Umno.
Saya rasa Encik atau Cik Anonymous mengalami sakit jiwa dan pusing kepala kronik.
Lepasan Pondok Pasir Tumboh,
Sememangnya Zaid tak lah sehebat kualiti PAS Lepasan Pondok Pasir Tumboh. Ilmu agama tak tinggi. Sijil Azhar tak dak. Tapi tak le terlalu teruk sampai tak boleh beri peluang baru dalam PKR?
Lagipun takkan PAS nak tutup pintu kepada semua orang yang BUKAN dari Lepasan Pondok / Lepasan pengajian agama/ Ustaz pulak? Sekurang ustaz2 PAS boleh bersyarah kepada ahli2 PAS yang jahil2 ni supaya tak sesat. Atau ahli PAS yang jahil2 ni boleh disuruh2 angkut pengundi ke, tampal poster ke, cuci markaz ke, kawal trafik & keselamatan masa ceramah ke, masak gulai kawah masa muktamar, dll jika perlu.
Kalau yang jahil2 lagi busuk ni tak layak masuk PAS, susah jugak kalau mereka ni ramai2 PANGKAH DACING! Payahle jugak nanti Ustaz2 PAS nak jadi YB, MB, exco, ahli majlis PBT, pengerusi tu, pengerusi ni , dll....
Hasrat Zaid atau mana2 pihak yang ingin kembali kepada kebenaran ... pada saya tiadalah jadi kesalahan dan bebanan .. timbangan dosa-pahala yang lepas2 tu terserahlah kepada Allah. Sayyidina Umar AlKhattab sebelum Islam, lagi teruk, sampai nak bunuh Nabi SAW! Lepas dia insan yang baik dan tergolong dari 10 sahabat diperakukan masuk syurga semasa hidup lagi.
.. bukakanlah minda, jernihkanlah hati ... benamkanlah nafsu ammarah.
Banyak sungguh bersangka-sangka.. Islam itu mudah !! hanya kita sahaja yang cuba menyemakkan kepala otak.
Kenapa tidak pernah kita redha dengan apa yang telah ditakdirkan ? Dan berusaha mengubah sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik...
Post a Comment