Wednesday, June 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (224)

Nilai nyawa mangsa tidak sama dengan air mata peragut

WALAUPUN dalam menulis, cara dan bahasa yang saya gunakan agak kasar, malah adakalanya agak kurang ajar, tetapi saya sebenarnya seorang yang sangat lembut hati dan sensitif, mudah bersedih dan menangis, termasuk semasa menonton drama atau pun filem-filem Hindustan, juga ketika membaca novel mahu pun laporan-lamporan akhbar dan majalah tentang kemiskinan dan kesedihan.

Namun ketika membaca laporan akhbar tentang seorang peragut menangis teresak-esak kerana gagal membayar wang jaminan RM10,000 yang ditetapkan Makhamah Majistet Kuala Lumpur, laporan itu tidak langsung menyentuh perasaan saya, sebaliknya timbul rasa meluat dan jengkel. Wang jaminan yang dikenakan oleh mahkamah bagi saya masih terlalu kecil jika dinilai dengan nyawa mangsa ragutannya.

Kemiskinan peragut telefon bimbit jenis Samsung E2510 bernilai RM300 milik seorang penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melakukan perbuatan mungkar yang bukan sahaja boleh menyebabkan mangsa akan kehilangan harta benda tetapi juga boleh menyumbang kepada kemungkinan kehilangan nyawa.

Peragut berkaitan kena andaikan macam mana agaknya kalau mangsa ragutannya mengalami kecederaan, malah boleh membawa maut. Kena dibayangkan sebanyak mana air mata ibubapa, suami dan saudara mara mangsa yang akan tumpah kalau mangsa cedera atau mati. Undang-undang tidak membolehkan mangsa ragut yang terbunuh membunuh peragut yang menyebabkan mangsa ragut terbunuh bagi melepas rasa geram dan dendam kesumat.

Kalau peragut berkaitan menangis kerana mengenangkan betapa susahnya ibubapa dan saudaranya untuk mendapatkan wang jaminan kerana kemiskinan, kenapa sebelum melakukannya dia tidak mengambil kira tentang kemungkinan keresahan, malah keaiban ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga gara-gara erbuatan mungkarnya..

Saya kagum dengan seorang pekerja Ah Long yang kini jadi sahabat saya yang menjalani hidup susah apabila dia mengambil keputusan berhenti dari pekerjaannya itu kerana tidak sanggup melihat keadaan peminjam yang terpaksa ditekannya kerana terpaksa ikut arahan pihak atasannya.

Bila diajak makan kerana saya tahu dia tidak berwang, sanggup dia berkongsi sepinggan nasi dan semangkuk sup ayam dengan isterinya. Walaupun dia Cina dan bukan beragama Islam, menitis air mata saya melihat keadaan dan kesusahannya yang mendakwa dia dan isteri hanya makan sekali sahaja sehari kerana tidak mampu untuk makan seperti biasa lagi.

Saya cuba menawarkan sejumlah wang untuknya sementara dia dapat mencari kerja. Bagaimanapun dia menolak kerana dengan wang yang saya tawarkan katanya mungkin dapat menampung keperluannya untuk seminggu atau sebulan. Selepas itu wang itu akan habis dan saya kena berikan dia wang lagi kalau saya ada kemampuan.

Katanya macam mana kalau tiba-tiba saya juga jadi tidak mampu dan akan susah pertinya. Oleh itu dia mahu saya tolonmg dia dengan mencadangkan untuknya membuat suatu pekerjaan yang membolehkannya dapat wang, biar sedikit tetapi berpanjangan.

Bila saya kata kenapa kita tidak pungut kereta buruk yang banyak terdapat di tepi jalan, dipotong dalam bentuk besi buruk dan dijual kepada pusat-pusat pengumpulan besi buruk yang mana mungkin ada bahagian-bahagian yang masih elok boleh dikumpul dan dijual sebagai alat ganti.

Saya kata dengan itu selain dari tepi-tepi jalan tidak lagi menyakitkan pemandangan dengan longgokan kereta buruk, tuanpunya kereta akan mendapat hasilnya hasil jualan sisa kereta mereka, setidak-tidaknya biarlah tuanpunya kereta dengan kita yang memotongnya mendapat hasil pada nisbah 50-50. Jangan ambil tanpa izin tuanpunya, apatah lagi mencuri walaupun hanya besinya cuma sebenar ibu jari.

Idea saya itu diterima pakai, sebuah syarikat didaftarkan atas nama saya dan dia yang uruskan syarikat berkenaan yang kini telah pun memulakan operasinya. Saya menyerahkan segala urusniaga kepadanya kerana saya kena memberikan komitmen kepada pekerjaan dan perniagaan saya yang telah sedia ada. Saya mengeluarkan modal asas.

Maklumat yang saya terima agak memeranjatkan apabila untuk hari pertama operasi sahaja, katanya perolehan bersih adalah sebanyak RM500 setelah ditolak segala kos. Dia merancang akan memotong lima hingga 10 buah kereta sehari yang katanya akan menghasilkan perolehan bersih tidak kurang dari RM1,000 hingga RM3,000 sehari.

Ekoran dari itu timbul persoalan dalam kepala saya knapa mereka yang terpaksa melakukan kerja meragut dan menyamun kerana kemiskinan keluarga tidak mengambil inisiatif mengumpul barangan lusuh, terutama sisa-sisa kereta yang dibuang dan dijual dalam bentuk besi buruk yang mana jenis perniagaan sedemikian sebelumnya ini dimonopoli oleh rakan-rakan kita yang berbangsa India.

Sabut yang dibuang atau dibakar di tepi-tepi rumah kebanyakan kita kalau diceraikan urat dengan abuknya mempunyai nilai yang tinggi. Setamnmetrik bagi urat sabut (fiber) nilainya adalah RM450 dan saya ada menerima permintaan dari Cina untuk dapatkannya pada jumlah 1,000 tan metrik sebulan untuk tempoh lima tahun. Setakat ini saya masih gagal penuh permintaan pelanggan bagi bahan tersebut.

Bagi saya kita patut ubah slogan hidup dari biar papa asal bergaya kepada biar nampak selekeh asalkan tidak ada bank yang tidak ada akau simpanan kita sama ada dalam bentuk fixed deposid, saving atau current sama ada hasil dari jualan besi buruk, akhbar lama, kota, botol plastik, kaca , tahi kelawar, sabut dan sebagainya yang dilihat nampak selekeh.

No comments: