Suruh Timbalan Presiden sertai Umno: bidang kuasa apa Nik Aziz gunakan?
SEBAGAI orang Pas yang nilai yurannya sama mahal sahaja dengan yang kena dibayar oleh ahli Pas lain, termasuk Mursyidul Am, perkembangan terkini dalam parti itu masih lagi menarik perhatian saya untuk dipedulikan walaupun kini saya memilih untuk tidak berparti politik dan memberi sepenuh komitmen sebagai pengamal media kerana bagi saya adalah lebih baik saya dalam keadaan saya sekarang.
Cabaran Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan supaya Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa letak jawatannya termasuk sebagai Ahli Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus menyokong kerajaan perpaduan pada pendapat saya adalah merupakan tambahan kepada siri berpolitik secara emosianalnya dan menampakkan kurang matangnya beliau walaupun kedudukannya ibarat bapa kepada seluruh pimpinan dan ahli Pas.
Saya tidak yakin, kecuali di Kelantan, jumlah penyokong Pas yang berpihak kepada Nik Aziz melebihi jumlah penyokong Nasaruddin pada waktu ini, terutama ekoran dari sikap dan kenyataan terkini beliau yang menggambarkan seolah-olah Pas adalah hak mutlaknya dan orang lain kena ikut beliau dan tidak boleh bersuara apa-apa sehingga sesiapa yang menyanggahnya dianggap tidak layak untuk terus berada dalam Pas lagi.
Sebagaimana juga saya, sudah tentu ramai di kalangan ahli, pendukung dan penyokong Pas yang tidak fanatik terhadap ketokohan Nik Aziz akan bertanya apa hak dan kuasa mutlak beliau untuk mencadangkan supaya mana-mana pimpinan dan ahli Pas yang tidak selari pendapat dengan beliau, kena keluar parti itu, malah disuruh masuk Umno.
Menyuruh seseorang masuk mana-mana parti, apatah lagi dengan menamakan parti yang kena disertai itu bukamkah bersifat mencampuri hak peibadi seseorang untuk memilih cara hidup sendiri, sekaligus semacam meletakkan seseorang yang dicadangkan itu tidak mampu dan tidak layak membuat keputusan sendiri tentang apa yang perlu diakukan. Ianya bersifat suatu bentuk penghinaan sebenarnya.
Apakah kepimpinan yang macam itu yang menjadi harapan para pengasas Pas yang terdiri dari kalangan mereka yang berpendidikan agama dalam Umno pada asalnya, termasuk ayahnda kepada mantan Perdana Menteri Kelima, Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi, yakni Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim.
Kalau beberapa pengasas (termasuk Haji Ahmad Badawi) dan kalangan yang paling awal menyertai Pas boleh pun menyertai Umno, apakah apabila menyuarakan hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno, maka ianya dilihat sebagai suatu kesalahan yang hukumannya kena keluar dari Pas. Bukankah Pas itu sendiri asalnya adik @ serpihan Umno?.
Apakah tujuan penubuhan kerajaan perpaduan boleh menyebabkan negara ini akan menjadi padang jarak padang terkukur atau masjid, surau dan madrasah akan bertukar menjadi kelab malam dan pusat-pusat perjanjian kerananya atau matlamatnya adalah untuk menamba-baikkan lagi nasib negara dan bangsa serta demi kepentingan Islam.
Berapa buah masjid, surau dan madrasah yang Pas buat di negara ini, malah di negei yang Pas perintah? Apakah jumlahnya mengtasi bilangan yang dibuat oleh Umno yang dikatakan tidak Islamik.
Berapa orang Pas telah mengislamkan orang bukan Islam selain dari asyik mempertikaikan kualiti keislaman sesama Islam kerana berbeza fahaman politik? Umno dianggap tidak Islam tapi orang Umnolah yang mengidea dan mengasaskan PERKIM, malah OIC juga.
Apakah berdosa besar parti yang kerananya umat Islam di negara ini boleh beribadat dengan selesa, malah telah mengislamkan ratusan ribu melalui PERKIM, malah kerananya negara-negara Islam meniti di bibir masyarakat dunia dengan kewujudan OIC tidak layak untuk membincangkan gagasan kerajaan perpaduan sedangkan dengan parti DAP Pas boleh pula berbaik sedangkan kalau diselidik secara jujur, akan diketahuilah hujung jatuh sebenar DAP itu.
Kalau kerana membincangan tentang gagasan kerajaan perpaduan (berbincang belum tentu akan jadi kenyataan pembentukkannya) masjid, surau dan madrasah bertukar status kepada menjadi pusat maksiat, maka bagi saya perbincangan atau rundingan untuk penubuhan kerajaan perpaduan wajib ditentang tetapi kalau sebaliknya, menentangnya bagi saya adalah tidak berphala kalau pun tidak berdosa.
Kerana itu ianya perlu dibincang dengan dada yang lapang, hati yang sejuk dan kepala yang dingin tentang buruk baiknya gagasan itu, bukannya melihat gagasan itu umpama 'najis mughalazzoh', dengan ditentang dalam bentuk mahu tunjuk bengkeng kononnya atas nama baka Raja Jembal, titih bengkeng dan tidak gerunkan sesiapa belaka.
Harus diingat belum tentu lagi tidak ada orang yang lebih bengkeng dan lebih tidak gerunkan sesiapa melebihi keturunan Raja Jembal selain dari takutkan Allah dan cuba berusaha untuk memastikan apa yang dilakukan akan selari dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Kalau meletakkan kita sahaja yang hebat, sentiasa betul, ada ketokohan, mulut masin, paling ramai penyokong dan tidak mungkin buat silap, sampai bila pun setiap masalah berbangkit tidak akan dapat diselesaikan kerana kita tidak akan adil dalam menilai diri sendiri. Yang boleh nampak silap kita adalah apabila orang lain yang membuat penilaiannya sebagaimana kita menilai orang lain.
Saya melihat cabaran, cadangan atau apa-apa perkataan pun yang bermaskud mahukan Nasaruddin tinggalkan Pas dan menyertai Umno kerana menyokong gagasan kerajaan perpaduan adalah merupakan bibit kekejunaman pengaruh Nik Aziz, malah ianya bersifat baldi tembus patat yang akan menyebabkan air di dalamnya akan kering dan sudahnya baldi akan dibuang sebagai barang buruk.
Sebenarnya itulah hakikatnya bila kita jadi pemimpin atau tokoh dan setiap pemimpin atau tokoh bersedia untuk menghadapi hakikat itu yang tidak semestinya bila kita ada di puncak maka kita akan selamanya berada di sana, tiba masanya kita akan jath. Yang penting kita kena jatuh dalam keadaan yang menyebabkan orang bersedih, bukannya berkenduri besar kerana terlalu gembira.
Sama ada kejatuhan kita akan ditangisi atau sebaliknya begantung kepada kita, termasuk cara kita mengawal mulut kita yang sentiasa dinilai dan diperhatian sebagai pemimpin atau tokoh!
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Isu Kerajaan Perpaduan bagi saya akan tamat dalam masa 30 hari dari sekarang.
Sebabnya tak kala awal moral cerita ini sebenarnya Tok Guru Nik Aziz Masuk campur akibat Husam kalah melawan Nasaruddin dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS yang 2 minggu.
Pepatah ada menyebut Rumah Sudah Pahat Berbunyi. Husam mangambil kesempatan yang baik ini mencucuk Tok Guru NiK Aziz agar pemilihan untuk isi jawatan di peringkat PAS Pusat dan Perigkat PAS Negeri Kelantan berjalan sebagaimana agendanya.
Iaitu menyikirkan orang yang tidak sebulu dengannya. Memilih orang yang sebulu dan dikemukakan kepada Tok Guru Nik Aziz. Apabila beberapa orang yang tidak sebulu dengan Husam... berjaya disingkirkan. Cerita Kerajaan Perpaduan akan tamat.
Budaya menghalalkan cara. Kalau macam ni aku pun turut berbulu dengan perangai dan budaya politik orang PAS macam ni.
Dengar kata kerna DENGKI, Setiausaha perhubungan PAS Kelantan dah bertukar dari TAKI kepada ZAKI.
Kalau benar kerana DENGKI, memang buruk HATI.
Lebih baik MATI
assalamualaikum
tq atas komnetar saudara, cuma saya perhatikan telahan politik saudara akhir-akhir ini byk x tepat. apakah sudah hilang sentuhan firasat politik saudara? saya x kisah kalau hilang pun kerana saya tetap mengikuti perkembangan dan idea saudara. cuma saya bmbang kalau2 perasaan emosi, atau benci dam meluat kepada seseorang atau puak menghilangkan gah saudara selama ini. maaf kalau terkasar bahasa. saya hanya memberi pandangan.
demo tulis molik skit meli,kalau orang kata ko mu,mu mesti marah...baik duk diam la pada duk wak doso,jgn jadi batu api nereko!
Demo sapo nak suruh Meli duduk diam. Tuhan buwi bakat dan kebolehan bukan ke untuk menulis. Kerja penulis adalah penulis.
Demo boleh nampok ko bila Meli tulis lagu ni, nama Meli masuk dalam senarai pembuat dosa dan senarai ahli neraka?.
Lagu mano kalu hak Meli tulis tu sebenarnya perbuatan ahli syurga, hak tok guru demo buat tu pula kerja ahli neraka?
Jangan dok yakin sangat, buleh ko sokong tokl guru gat berasa masuk syurga selalu, macam ada senarai nama doh dalam syurga. Kena ambil kira tok guru hak lagu mana boleh bawa kita ke syurga. Jangan lupa ada juga tok guru jenis TOK GARU
Demo ingat Meli tak mengaji agama ko? Sepatutnya suruh Meli tulis banyak-banyak, buka pemikiran, ambik hak mana molek, tohok hak tak molek. Demo ni boleh penyakit tok guru demo, nak sekat hak kebebasan orang. Kalau doh kita dok alik betul gat, bakpo takut hak mMeli tul;is mengarut, KALAU BETUL MENGARUT LA. Tulis Meli. Kalau demo kena saman dan takdok pitih nak bayar denda, kita pakat kutip derma, macam Pas dok tadah supek sokmo-sokmo.
1. ambo berasa pelik sekarang ini kerana ramai benar orang PAS dah jadi asabiyyah.fanatik tak tentu pasal.kata kuat ugama, belajar kitab tapi sayang tak turut ilmu yang ada.duduk ralik dengar hak pemimpin kata jah, walaupun belum tentu lagi ianya kena dengan apa yang kitab kata. Islam suruh bersatu padu semua umat Islam tapi puak kita nampaknya duduk nak berbalah jah sari dua nih.
2. kalu ada orang tegur mula melenting selalu padahal orang tegur tu ikut nas Quran dan Hadith.Islam tidak kenal tok guru atau tok jahil, kalau salah, salahlah.tapi kesalahan tok guru lebih berat lagi dari tok jahil sebab tok guru tahu, tapi tok jahil ni tak tahu.nama dah jahil..
3. ambo minta sangat-sangat supaya tok-tok guru hak sebenar tampil dalam masyrakat untuk beri penjelasan mengenai isu-isu yang timbul.duduk di mana tok guru pondok sungai durian, pasir tumbuh, lubuk tapah, berangan, pondok moden dan lain-lain?mereka ni lah yang layak bermuzakarah kerana benar-benar tok guru yang mengajar kitab, ada anak murid, dan anak murid khatam kitab dengan mereka.bukan hak baca dua tiga patah ayat Quran atau Hadith atas state, atau hak mitak orang suruh panggil tok guru kepadanya.wallahua'lam.
Ada bibit dan ciri-ciri ketulusan, keluhuran dan kewalian dalam dalam seruan tuan.
Mudah-mudahan lebih ramai oang Pas akan terbuka minta macam tuan, bukan hanya mengharapkan Meli dan sekali sekala Mat Sayuti Omar untuk gasak Pas bagi tujuan kebaikan.
Tokpanda kata: semalam ada dengar TGNA kata dia nok panggil jumpa dgn pihak yang mencetuskan idea UG...molek benar lah tuh..ambo doh kata dulu lagi cara terbaik dengan duduk semeja mesyuarah...Tapi apa yang telah berlaku nih gi hentam dulu depan-depan orang adalah satu lagi ketidakcanaan cara seperti Meli kata macae nak tunjuk pongoh dan bekeng tak bertempat bakali..
batu api sungguh set2 ni,isk2...,fitnah situ,fitnah sini,m'gata situ,m'gata sini,mari2 la kita pakat muhasabah diri sendiri,jgn asyik mcari salah org lain jah,tok guru ko sapo ko dia tu manusia biasa jah,biasa la klu dia ada wak saloh,tok leh wak saloh sikit nah,klu wak saloh gak habis keno...demo ni meli asyik dok tgk salah jah,fikiran demo asyik negetif jah ko?xada ke benda yg baik hok dia buat?oyat la juga benda hok molik,
hati manusia ni kan...klu slalu buat doso,lama2 akan jadi hitam bkarat,klu nak basuh hati ni,kena la cuci dgn zikir kpd Allah,klu hati dah gelap...apa2 kebenaran pun xkan boleh terima,yg betul kata salah,yg salah kata betul...
meli,demo mmg bagus tulis blog2 ni,bagus tegur pmimpin,kawe sokong...tapi seblum nk tegur org,kita betulkan diri kita,demo chek solat 5 waktu demo mcm mana,bacaan quran demo mcm mana,betul ko dok bacaan fatihan tu...ok meli?teruskan usaha demo.
Meli tu bukan ke bersekolah agama, tak 'kan baca fatihah tak betul kot.
Semayang lima waktu tu 'kan wajib. Bakpo Meli tak semayang ko?.
Dia berani tegur tu moleklah, kalau dok gat, sapo nak tegur silap salah tok guru, harapkan ko bijak pandai hak kelik dari Mesir hak dok dalam kerajaan Pas (termasuk tok wakil) godan mampus pun tak 'kan tegur, muga demo ada kepentingan.
Soal niat Meli tu biar Tuhan nilailah, tak 'kan dia pilih nak masuk neraka.
Rasanya kalu dia tak sayangkan ke Pas dan Tok Guru, dia tak akan ambik ddoli. Kawe rasa kawe tau feel perangai Meli, dan la juga kawe ssaing dengan dia...dia ni jenis rela mampus katan.
bahasa baku .... yang baca bukan orang kelantan or ganu je dalam ni.....
Post a Comment