Thursday, June 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (229) - DIKEMASKINI

Penulis akan masuk neraka?

CHE MAN @ Deroman Botak rakan lama saya dalam aktiviti pukat memukat, kail mengail dan mencerit/memikat burung. Dia kaki masjid yang kononnya mengutamakan sunnah dan anti bida'ah.

Beliau tidak akan berwirid panjang selepas sembahyang, malah tidak akan mengaminkan doa imam, kononnya bukan sunnah, sebaliknya bagi beliau imam yang berdoa dan mengaminkan doa imam adalah perbuatan bida'ah.

Sembahyang Subuh kononnya tidak boleh baca qunu' kerana kononnya bukan sunnah, sebaliknya perbuatan bida'ah. Menambah sayydidina kepada selawat ke atas nabi dalam sembahyang juga kononnya bida'ah kerana sengaja menokok tambah pada nama nabi.Entah dengan ulamak dan maha pandai hukum hakam mana beliau berguru, saya pun tidak tahu

Baginya melakukan amalan yang bukan sunnah sama seperti menggengam atau memakan bara api. Selesai sembahyang kena cepat-cepat cabut, kena bertebaran di muka bumi, tak payah wirid panjang-panjang, nabi tak buat macam tu.

Yang peliknya, sebut sayyidina untuk selawat ke atas nabi dalam sembahyang dianggap bida'ah tapi bila saya hanya sebut Nik Aziz bagi Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, dia anggap saya kurang ajar dan tidak hormati Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas itu.

Dia sama juga seperti saya, hadir pada kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz setiap minggu, kecuali ada keuzuran atau urusan penting. Apa yang Tok Guru Nik Aziz kata dalam Kuliah Jumaat pasti dia dengar, sama ada apa yang didengar tersimpan dalam dadanya atau tidak untuk dianalisa atau sebaliknya, sukar untuk dipastikan.

Bila saya kata Allah sendiri memberikan 260 gelaran kepada Rasulullah s.a.w. dan antara gelaran itu adalah 'sayyidina' beliau terlopong seketika sebelum akhirnya dia kata penulis macam saya akan masuk neraka, banyak buat fitnah dan sakitkan hati orang, orang macam Tok Guru Nik Aziz pun dirembas.

Orang sepertinya dalam Pas cukup banyak jumlahnya. Kononnya penulis/wartawan akan masuk neraka dan kerja menulis banyak putar-belit, walhal dia sendiri tidak berpengalaman pun sebagai penulis/wartawan, apatah lagi tentang etika dan peraturan menulis, terutama etika sebagai wartawan.

Saya percaya dia beranggapan begitu kerana terpengaruh dengan para pemimpin Pas yang mana bila kenyataan kepada media boleh mendatangkan masalah kepada, maka akan dikatakan pihak media putar belit, salah faham, salah lapor dan sengaja mahu pecah-belahkan parti itu atau menjadi alat pihak-pihak tertentu.

Pada saya dalam ceramah-ceramah tokoh-tokoh Pas sendiri beribu kali ganda lebih putar belit dan sengaja diada-adakan dan ditokok tambah sesuatu perkara, malah sering kali mengecam, menuduh dan menghina lawan. Apakah perbuatan itu tidak berdosa dan tidak akan dicampak ke neraka?

Walaupun audien ceramah barangkali mudah lupa dengan isi ceramah kerana isi kandungan ceramah itu tidak ada dalam catatan berbanding dengan apa yang disiarkan oleh media cetak khususnya, namun Allah tidak lupa dan segala-galanya tidak terpadam di sisi Allah.

Menganggap dan sengaja mempersalahkan pihak media atau penulis, termasuk pengendali blog dengan melabelkan mereka akan dicampak ke neraka rasanya sengaja mepertidakkan kemurniaan kerja dan tugas sebagai penulis yang kadang-kadang disalah faham oleh pembaca yang kuarng ilmu dan menyebabkan pemikiran mereka terkatup dan penuh prejudis terhadap para penulis.

Harus diingat, Nabi s.a.w. sendiri ada bersabda bahawa di akhirat nanti tinta ulama-ulama itu akan ditimbang dengan darah syuhada (orang-orang yang mati syahid). Tinta yang dimaksudkan itu adalah hasil kerja menulis. Nak dapat standard macam syuhada bukan mudah tetapi para penulis ada peluang untuk itu. Lantas wajarkan para penulis dilabel sebagai hamba-Nya yang akan dicampak ke neraka?

Lagi pun penulis atau kerja menulis bukan hanya wujud pada zaman ini sahaja tetapi telah pun wujud pada era hayat Rasulullah s.a.w. lagi. Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Mu'awiyah adalah merupakan antara penulis terkemuka pada zaman Rasulullah s.a.w.

Kerana titisan tinta mereka sebagai penulislah, maka al-Quran dapat ditatap dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kita sekarang. Tanpa mereka al-Quran mungkin hanya akan menjadi ayat-ayat hafalan sehingga sekarang dan bilangan yang dapat membaca al-Quran akan tentulah kecil bilangannya.

Ertinnya penulis dan kerja menulis itu adalah merupakan sambungan kepada kerja-kerja yang telah dilakukan oleh para sahabat yang kerana hasil kerja merekalah maka al-Quran dapat dibaca dalam bentuk tulisan yang diperkitabkan.

Kalau nak dikira Rasulullah s.a.w. tidak menulis ayat al-Quran dan ada yang menuliskan ayat-ayat al-Quran, maka bagi yang berpandangan selapis akan dianggap menulis dan menjadikan al-Quran sebagai sebuah kitab itu adalah suatu bida'ah.

Khalifah Sayyida Abu Bakar As-Siddiq sendiri mengatakan" "kenapa aku akan melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Rasulullah' sebagai respon kepada cadangan Sayyidina Umar Al-Kattab yang berbunyi: "Dalam peperangan Yamamah para ulama yang hafal al-Quran telah banyak yang gugur. Aku khuatir akan gugurnya para sahabat yang lain dalam peperangan selanjutnya, sehingga banyak ayat-ayat al-Quran itu perlu dikumpulkan (dalam bentuk tulisan - buku)"

Sayydina Abu Bakar yang menolak cadangan Sayydina Umar supaya mengumpul al-Quran dalam bentuk tulisan (dibukukan) akhirnya telah menerima cadangan Umar yang telah memberikan alasan berulang kali dengan menyatakan bahawa cadangan menulis/mengumpul ayat al-Quran itu adalah perbuatan yang baik.

Tugas itu diberikan kepada Zaid bin Thabit sebagai penulis wahyu dan telah diresponi oleh Zaid dengan: "Demi Allah! Ini adalah perbuatan yang sangat berat bagiku. Seandainya aku diperintahkan untuk memindahkan sebuah bukit, maka hal itu tidaklah lebih berat bagiku daripada mengumpulkan al-Quran dalam bentuk tulisan seperti yang engkau perintahkan. Mengapa kalian melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Nabi?".

Sayydina Abu Bakar dan Umar hampir serentak membalas: "Demi Allah! Apa yang diperintahkan engkau melakukannya adalah perbuatan yang baik" dan kedua sahabat itu memberikan pelbagai alasan sehingga akhirnya Zaid bersetuju mengumpulkan al-Quran yang ditulis pada daun, pelepah kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan dari sahabat-sahabat yang hafal al-Quran.

Catatan al-Quran yang berjaya dikumpul dalam bentuk tulisan yang tersusun bagi keseluruah ayat al-Quran telah diserahkan oleh Zaid epada Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah yang kemudiannya menjadi simpanan Sayyidina Umar apabila baginda menjadi khalifah setelah Sayyidina Abu Bakar kembali ke rahmatullah.

Pada zaman Sayyidina Usman Affan (yang juga antara penulis wahyu) menjadi khalifah, perintah pembukuan al-Quran telah dikeluarkan demi kepentingan umat Islam agar tidak terpisah dari al-Quran dan kerja itu telah dilakukan oleh sebuah penal khas yang diketuai Zaid bin Thabit dan dianggotai oleh Abdullah bin Zubair, Sa'id bin Asy dan Abdul Rhman bin Haris bin Hisyam.

Maknanya kerana peranan para penulis bernama Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Zubair, Sa'id bin Asy serta Abdul Rhman bin Haris bin Hisyam 'lah, maka wujudnya kitab suci al-Quran dalam bentuknya sekarang yang mengaundungi 6,236 ayat, 30 juzuk, 114 surat dan kira-kira 1-2 juta huruf .

Kepada yang melihat dan menilai dalam bentuk selapis akan menganggap menulis an membukukan al-Quran akan disifatkan sebagai suatu bentuk bida'ah kerana Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya.

Hakikatnya macam Rasulullah s.a.w. mahu menulis dan membukukan al-Quran atau pun Hadis baginda kerana baginda ditakdirkan tidak boleh membaca dan menulis kerana ada hikmahnya, antaranya supaya al-Quran tidak akan dianggap dianggap hasil karangan baginda sendiri.

Pun begitu baginda sangat menekankan supaya umat baginda pandai membaca dan menulis sehinggakan tawanan perang di kalangan musuh Islam yang ada kebolehan menulis dan membaca telah disyaratkan mengajar umat Islam membaca dan menulis sebagai syarat pembebasan.

Ertinya menjadi penulis dan kerja menulis adalah sangat penting sehingga titisan tintanya akan ditimbang dengan darah syuhada. Oleh itu menganggap penulis/wartawan akan masuk neraka semata-mata kerana apa yang ditulis tidak berlaga angin dan tidak melabakan kita adalah suatu anggapan yang tidak tepat, malah penganggapnya kena bertaubat!

3 comments:

Sedia Dedah Demi Memelihara Imej Islam said...

Meli! Mu gi tengok dan ghoyat ko Nik Aziz guano yang boleh wujud restoran pelik di Jalan Zainal Abidin, sebelah asrama jururawat.
Patutnya Nik Aziz tumpukan kepada usaha-usaha untuk memastikan kewujudan tempat-tempat macam tu dari duk tunjuk bengkeng nak perambat orang yang tak sebulu dengannya dalam parti.
Kena ingat sebagai MB, bila mati dia akan ditanya kenapa biarkan benda macam tu wujud. Kuasa ada sebagai MB kenapa tak sekat, nak nyahkan orang yang tak sebulu dengannya dalam parti kalut ribut.
Acu try cuba menyamar masuk dalam kedai makan bercermin gelap tu, apa sebenarnya yang ada di dalamnya, macam Golok.
Kalau nak suruh kawe senarai tempat-tempat kegiatan pelacuran di Kota Bharu pun, kawe boleh tolong pukul gambar buwi ke demo. Berani ko demo siar dalam blog demo?
Nik Aziz patut guna kuasanya sebagai MB untuk jaga imej Kelantan sebagai Serambi Mekah, biar ada beza negeri yang bermenteri-besarkan tok guru dengan negeri yang kononnya diperintah oleh orang selular yang jahil agama.
Bbo la duk tunjuk bengkenang dan bbadi tunjuk kuasa sesama sendiri dalam Pas, takut bisa ular tedung selornya akan dawas jadi macam ular air.

Dokla said...

Ghoyat ko Meli jadi bergapo. Dia bukannya ada pasukan penguatkuasa. Bakpo tak lapor ke MPKB. Kalu bendo lagu tu pun nak suruh Tok Guru menyamar sendiri masuk restoran yang macam bar tu, apa gunanya ada MPKB

Woris jauh-jauh tokguru nik aziz said...

Meli tokleh ke tolong try bongkar perihal MPKB, buat kerja ke tidak. Kalu betul ada restoran serupa bar di Kota Bharu, akhirnya akan diletak atas ppalo Tok Gutu.
Demo tokleh lok. Bunyi kaba orang gengstar pun Meli boleh jinakkan, malah ada yang telah diislamkan, tak 'kan mu takut nak dedah kalau betul MPKB benarkan restiran ala bar beroperasi dalam kawasannya, Meli.