Saturday, June 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (231) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Ustaz Nasaruddin biarkan Si Luncai terjun dengan labunya

SECARA tulus saya mahu menyatakan pengakuan bahawa semasa saya masih berkecenderungan berparti politik walaupun sekadar pada tahap melukut di tepi gantang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah antara tokoh yang tidak saya minati di samping Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Mustapha Ali di samping tokoh-tokoh yang saya kategorikan sebagai mu'alaf Pas, yakni yang dulunya Umno tetapi menyertai Pas setelah peluang untuk mereka dalam Umno terkatup atas beberapa faktor.

Selain dari Pas dan Umno, saya tidak pernah melihat penubuhan parti-parti lain menjadi satu keperluan kepada orang Melayu di negara ini, terutama di Semenanjung. Bagi saya kalau tidak yakin dengan perjuangan Umno masuk Pas dan kalau tidak berkenan pada Pas, masuk Umno. Kalau kedua-duanya tidak memikat hati, jadi orang atas pagar.

Kewujudan parti lain hanya akan menyumbang kepada memecah-belah dan melemahkan orang Melayu sahaja, apatah lagi kalau parti yang ditubuhkan itu pula bersifat untuk membantu seseorang indivdu mencapai impiannya untuk menjadi perdana menteri dengan mengeksploitasi dan memanipulasi ketaksuban pengikut yang panjang akal politiknya barangkali tidak lebih dari sejengkal, sekali gus menjadi amat dangkal.

Semasa saya merasa seronok jadi orang parti politik pada tahap sekadar umpama segenggam gula yang dicampak ke laut yang tidak mungkin akan menukar rasa air selautan dari masin kepada menjadi manis, saya lebih mendewa-dewakan tokoh dari Kelantan, terutama Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Banyak juga wang saya habiskan menerbitkan buku yang saya tulis kerana mahu memastikan tokoh-tokoh yang saya dewakan sentiasa berada di puncak.

Tetapi setelah saya tidak lagi ada kecenderungan untuk mengkagumi Pas selepas saya rasa lebih kenal Pas dari sebelumnya setelah menimba pengalaman bekerja dengan di antara organ Kerajaan Pas Kelantan yang 99.9 peratus kakitangannya adalah dibawah perlantikan politik selama kira-kira lapan tahun, persepsi saya terhadap tokoh-tokoh berkaitan mulai berubah, malah pendewaan yakni menganggap tidak ada tokoh lain yang lebih hebat dari tokoh yang didewakan telah terkikis terus dari terus bersarang dan berkerak dalam kepala dan sanubari saya.

Secara kebetulan saya ditakdirkan menerima pendidikan sekolah agama dan berminat membaca kitab-kitab/buku agama termasuk bebrapa terjemahan al-Quran dan terjemahan hadis sahih menjadikan akhirnya saya rasa adalah lebih baik saya menjadi orang atas pagar dari berparti politik supaya apa yang betul saya boleh kata betul dan yang kurang betul boleh saya tegur tanpa mengira ianya parti mana: sama ada parti pembangkang atau parti kerajaan .

Bagi saya parti pembangkang atau parti kerajaan sama-sama memainkan peranan yang penting dengan agama bangsa dan negara. Pembangkang yang kuat akan membentuk kerajaan yang kuat juga, bila pembangkang lemah kerajaan juga akan 'patah reng'.

Tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan atau atas nama individu calon-calon yang bertanding, saya melihat pertandingan perebutan jawatan pada Muktamar Agung Pas Ke-55, terutama bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden dengan penuh minat walaupun dari jauh. Sebagai penulis saya kena ambil peduli bukan sahaja apa yang berlaku setiap hari dan jam, malah kalau boleh kena setiap saat, setidak-tidaknya apa yang berlaku di sekitar kehidupan sendiri.

Setelah keputusan pertadingan diketahui, saya sebenarnya gagal untuk mencari punca kenapa Ustaz Nasaruddin Mat Isa boleh menang dengan majoriti selesa sedangkan lawan utama beliau yang telah menggunakan pelbagai kekuatan untuk menumbangkan beliau, memperolehi undi yang tidak bertikah jauh dengan jumlah undi yang diraih oleh seorang lagi calon yang sejak awal-awal lagi tidak diyakini akan memenangi jawatan berkenaan kerana beliau bergerak secara solo.

Untuk sedapkan hati sendiri, maka saya memutlakkan kepercayaan saya bahawa kemenangan Ustaz Nasaruddin memang sudah diskripkan oleh suratan dan takdir Allah. Dalam pada itu saya masih mencari punca kenapa beliau disuratkan serta ditakdirkan menang atas keyakinan tidak akan berlaku sesuatu tanpa sebab dan musabab sebagaimana matinya seseorang manusia, mesti ada sebabnya, paling tidak pun disebabkan oleh ajalnya sudah tiba, tempoh masa kontrak nyawa bersatu dengan jasad sudah tamat.

Kemenangannya pula nampaknya tidak begitu diterima sebagai sememangnya suatu kemenangan yang telah sedia diskripkan dalam suratan dan takdir Allah oleh di kalangan pimpinan tertentu dalamPas, sebaliknya beliau macam didendami sedangkan beliau diberi kemenangan oleh majoriti perwakilan, sepatutnya pemberi majoritilah yang dimarahi atau diprejudisi.

Apabila beliau mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak membuat komen balas terhadap serangan yang secara terang-terang menghina dan memperlekehkan beliau dengan menggunakan bapa bagi segala bapa senjata pemusnah milik Pas untuk meleburkannya, barulah saya dapat melihat hikmah di sebalik kenapa beliau ditakdir dan disuratkan menang dalam pertandingan yang banyak pihak meramalkan beliau akan kalah itu.

Bagi saya beliau mempunyai ciri-ciri kesengotian sebagai tokoh kerana beliau tidak cepat melatah atau mudah membuka langkah bila gendang silat dipalu atau semboyan perang dibunyikan, beliau bukan dari jenis 'angin tohol', apatah lagi 'makan alok' atau 'makan pong'.

Beliau nampaknya mengambil sikap 'BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA'dalam menghadpi orang yang menyerang dan memusuhinya (saya tidak yakin penyerangnya dianggap musuhnya), beliau seakan membiarkan penyerang kehabisan peluru. Semuga Allah memberikannya pahala berganda.

Barangkali beliau sebagai orang akademik (bekas pensyarah) berpegang kepada prinsip semakin banyak seseorang itu bercakap secara tidak langsung akan menampakkan cula sebenar sikap dan keperibadian seseorang.

Bodoh-cerdik, berilmu atau jahil, hebat atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada apa yang dicakapkan pada jumlah 10 patah pertama, yang selebihnya akan banyak yang melalut, malah barangkali sampai kepada mencarut walaupun seilmu dan seprofesional mana pun seseorang itu.

Kerana itulah agaknya dia berdiam diri dan tabah menghadapi serangan dengan penuh redha yang sebenarnya tindakan, langkah dan sikap sedemikan adalah lebih baik sebagai seorang tokoh yang segala cakap, feel perangai dan tingkah lakunya secara otomatik akan diperhati dan dinilai oleh orang ramai.

Bagi saya Ustaz Nasaruddin berparti politik dan berpolitik dengan ilmu, bukannya berparti politik dan berpolitik dengan perasaan, beliau berpolitik dengan kewarasan bukannya bersultankan perasaan berajakan bengkeng tidak tetu-kalu, beliau berpolitik dan berparti politik dengan kepala berakal, bukannya berpolitik dan berparti politik dengan kepala lutut.

Saya yakin taktik dan teknik berparti politik dan berpolitik Ustaz Nasaruddin yang sangat profesional itu amat mengkagumkan 480 perwakili yang memberi undi kemenangan kepadanya. Semuga taktik dan teknik berpolitik sedemikian menjadi pegangannya sampai bila-bila walaupun jika diskrip oleh suratan dan takdir beliau tidak lagi bersama Pas kerana dirasakan hidung sudah tidak mancung perlu apa pipi nak tersorong-sorong oleh majoriti pemimpin, ahli dan penyokong Pas.

Manakala sebahagian dari 281 + 261 perwakilan yang memberi undi kepada dua pencabarnya barangkali akan tercium keharuman keprofesionalan Ustaz Nasaruddin dalam berparti politik dan berpolitik, kecuali bagi yang lubang hidungnya sudah tersumbat oleh ketaksuban dan keBERHALAan melampau terhadap tokoh tertentu.

Walaupun dia cuba dilabelkan, malah dihalau macam 'anjing/kucing kurap buruk kepala' tentu dengan tujuan untuk merendah nilai ketokohan dan keperibadiannya, tetapi nilai sebenarnya cukup mahal sehingga beliau ditawarkan menyertai Umno oleh Umno. Kalau beliau bukan aset berharga kepada agama, bangsa dan negara, masakan beliau segera ditawarkan masuk Umno setelah walaupun hanya hanya seorang individu dalam Pas yang menghalaunya, bukannya keputusan parti pun sebagai sepatutnya kalau dilihat tingkah laku dan butir bicaranya melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

Kalau beliau jenis tokoh yang berpolitik menggunakan kepala lutut dan bukannya menggunakan kepala berakal, barangkali beliau akan tinggalkan Pas setelah beliau diperhinakan sedemikian rupa dan saya yakin kerusi menteri akan disediakan untuknya sebagai harga kemasukan ke dalam Umno kalau beliau terima pelawaan Umno yang saya tidak prejudis langsung Umno hanya ajak-ajak ayam demi untuk menangguk di air keruh.

Tetapi kerana beliau orang berilmu dan profesional, halauan itu tidak langsung disambut dengan sepatah kata pun walaupun pada hakikatnya beliau boleh berhujah bahawa halauan terhadapnya itu bermakna 480 perwakilan yang memberikan kemenangan majoriti kepadanya turut dihalau, malah Presiden sendiri turut dihalau kerana gara-gara beliau menyokong gagasan Presidenlah, maka beliau dihalau dan diperhinakan.
Kalau beliau juga jenis tohol ilmu dan tidak profesional, lalu ditunjukkan sikap 'pongoh tidak berkira' seperti penghalaunya, pasti beliau sudah panggil press dan buat sidang akhbar untuk bertanya bila masa dan dalam mutamar mana keputusan dibuat bahawa Pas telah dijadikan hakmilik sebagai pesaka makbapa penghalaunya, bila masa dan ketika penghalau/penghinanya diberi kuasa veto sehingga boleh menghalau Timbalan Presiden yang menang dalam pertandingan, jawatan yang disandangnya bukannya atas ihsan perlantikan, sedangkan jawatan penghalaunya adalah dalam bentuk ihsan.

Bayangkan betapa besarnya tsunami yang akan melanda Pas jika beliau mengenepikan keilmuan, kebijaksanaan dan dan keprofesionalannya dengan menyahut serangan, bedilan dan pengeboman ke atasnya dengan bedilan dan pengebomannya juga untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa, termasuk dari sudut perlembagaan parti.

Nampaknya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang juga merupakan orang akademik dan profesional telah membuat pemilihan yang bijak menarik masuk Ustaz Nasaruddin ke dalam Pas.

Allahyaram telah membawa dan mempesakakan sesuatu yang amat berharga dan tinggi nilainya kepada Pas yang sepatutnya dijaga dan dipulihara dalam keadaan apa sekali pun. Memperhina pesaka peninggalan Allahyarham, bermakna secara tidak langsung Allhyarham diperhinakan.

Tindakan, langkah dan sikap penuh keilmuan dan keprofesionalan Ustaz Nasaruddin terbukti membuahkan hasil ke arah menyelamatkan Pas yang kini ibarat berada dalam sebuah bangunan yang berkomponenkan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja.

Hasil positif itu mula menampakkan sinarnya apabila kalau ibarat ular berbisa, penyerangnya sudah mula boleh dijadikan ular dalam pertunjukkan jual ubat oleh penjual ubat kaki lima kerana bisanya dan taringnya telah terbuang gara-gara oleh sikap tidak profesional, sempit dan terkatup segala lubang rasional dan toleran.

Dalam keadaan bisa sudah lagi tidak berapa berbisa, maka kini baru disuarakan keinginan untuk mengatur pertemuan yang sepatutnya langkah seperti itu dilakukan ketika kata-kata kesat dan berbentuk penghinaan belum dihemburkan, maka kualiti hasil dari pertemuan yang kononnya akan penuh muhibbah sukar untuk diramalkan kemantapan keputusannya.

Walaupun mungkin dianggap budak hingusan Pas yang membuat sampah dalam parti serta walaupun dalam berilmu dan profesionalnya , harus diperakkan hakikat bahawa Ustaz Nasaruddin tetap manusia biasa yang ada hati dan perasaan yang tidak mungkin mati rasa apabila dihina dan diperbudakkan, dengan mengenepikan tahap akademik dan keprofesionalannya.

Harus diingat beliau orang akademik dan profesional yang sebenarnya tidak patut dihina sedemikian rupa kerana keakademikkan dan keprofesionalannya. Pun begitu mudah-mudahan Ustaz Nasaruddin mampu membiarkan dan menganggap bahawa segala hemburan hinaan terhadapnya itu keluarnya dari mulut dan lidah orang yang mengapo kerana diserang deman panasa sahaja. Jangan simpan dalam hati supaya Ustaz Nasaruddin dapat pahala.

Biarlah segala penghinaan dan tindakan memerendahkan martabatnya hanya tinggal sebagai parut kenangan yang tidak mungkin akan berdarah kembali dalam keadaan apa sekali pun demi kepentingan Pas untuk menjadi parti yang menjadi harapan orang Melayu dan Islam selepas Umno. Orang Melayu kena pastikan kedua-dua parti kena sentiasa kuat sama ada sebagai pembangkang atau parti kerajaan.

Sesungguhnya pemaaf adalah merupakan hamba-Nya yang mulia di sisi Allah walaupun orang yang menyebabkan kita sakit hati dengan rasa segala eonya tidak memohon maaf manakala orang yang paling dibenci-Nya adalah yang tidak menjaga lidahnya. Renung-renungkanlah dengan dada yang lapan, kepala yang sejuk dan fikiran yang serba terbuka!

10 comments:

PRU12 Pangkah Pas PRU13 Tengok Dulu said...

Hujah yang kemas, mantap dan profesional.
Saya pelik macam mana orang macam Encuk Meli boleh tidak disambung kontrak dengan UPKKNN ke apa atau diberikan post khas.

serupasekala said...

Tulis lagu ni baru amo kene.

Politik dan perasaan kena digabungkan terutama menambat hati pengundi dan ahli.

Manusia tidak semua sempurna ada cacat cela nya.

kesilapan dan kesalahan dapat diatasi dengan taubat.( bermakna taksir buat doh lain kali )mungkin kita telah dicemburui oleh syaitan yang cuba sedaya upaya menghasut dan memperdayakan manusia.

sesat dihujung jalan kembalilah kepangkal jalan.

abis cerita dan kena terima hakikat kebenaran.

SayangMelayu said...

Lidah itu lebih tajam dari mata pisau, silap berkata-kata memang padah jawabnya. Anda sebagai penulis sangat berani mengutarakan pendapat, sangat bagus demi memperbaiki kesilapan parti.

Setiap tulisan harus dinilai oleh pembaca dengan nilaian yang tinggi bukan dengan memaki hamun kembali penulis. Kita sebagai pembaca harus pandai menilai dengan sebaiknya.

Saya menyokong kerajaan, benar kerajaan itu ada yang rasuah, ada yang tidak adil. Tetapi melihat kepada PAS sekarang, apakaah mampu PAS tadbir negara jika masalah PAS sendiri orang lain yang uruskan ?
Dan apakah PAS mampu uruskan negara jika hanya dengan satu idea, habis punah semua ? Apa lagi jika beratus-ratus idea.

Apakah PAS ini terlalu memerlukan DAP mahupun PKR untuk hidup ? Jawapannya tentu tidak bukan ?

Kenapa dahulu PAS boleh teguh tanpa DAP mahupun PKR ? Kenapa kini PAS seperti hilang nafas jika bantuan dari DAP dan PKR PAS tidak terima ?

UMNO tidak mahu melihat PAS tumbang, UMNO tidak mahu melihat PAS hancur. Semahunya UMNO terus jadikan PAS sebagai PEMBANGKANG utama kepada negara. Bukan hanya membangkang, tetapi bersama membantu negara kita. Bukan sahaja dari segi pembangunan malahan moral.

Saya sebagai anak yang lahir dari keluarga UMNO melihat perkara ini amat meruncingkan. Saya dah masak jika orang kata saya kafir, saya munafik, saya makan babi, saya sekian...sekian...sekian... Hakikatnya saya masih melafazkan DUA KALIMAH SYAHADAH...

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

Jika PAS kata saya kafir tak mengapa, ALLAH lagi mengetahui keislaman saya. Tetapi kita harus sedar bahawa kita sesama ISLAM, SATU SYAHADAH yang sama, membaca kitab AL-QURAN mulia yang sama, SOLAT 5 waktu yang sama. Kenapa mesti ada pertuturan menuduh kafir terhadap orang lain ?

Beginikah sikap orang PAS yang mahu menarik rakyat untuk menyokong PAS ? Saya malu untuk sokong PAS kerana perkara begini, LAFAZ tutur KATA TUAN GURU itu sedari dahulu tidak menggambarkan apa yang diucapkan.

PAS boleh berdiri tanpa bantuan parti lain, kenapa harus bekerjasama dengan DAP yang terangan membantah pembentukan negara ISLAM ? Kenapa masih menyokong PKR yang tidak pernah menyatakan agenda penyatuan MELAYU ?

Jangan diambil ringan perkara politik ini. Nilaikan kembali, apakah kita berpolitik mengikut aturan agama atau kita berpolitik menyesuaikan agama dengan cara kita ?

Kita bukan bodoh untuk menilai sesuatu perkara, asalkan jangan terlalu emosi dalam memperkatakan sesuatu. Jangan terlalu radikal dalam menyampaikan sesuatu.

Ahli PAS akan marah jika ahli UMNO memperkatakan sesuatu tentang PAS, begitu juga ahli UMNO, mereka akan marah jika ahli PAS memperkatakan sesuatu tentang UMNO. Macam roda, takkan berhenti selagi roda tidak rosak.

Fikirkan, nilaikan. YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA SENDIRI.

MAASSALAMAH.

Anonymous said...

1. ya..pelik juga pada fikiran ambo yang tak pandai ni kenapa Naib Presiden saja yang kena bantai habis sedangkan. Presiden sendiri yang menyuarakan dalam Muktamar. ..harap Meli ko sapo-sapo hok pandai boleh jelaskan
2. Apa pun.. langkah TGNA mengatur langkah utk berjumpa dan ber mesyuarah itu rasanya amat comel dan masih belum terlambat. Moga Allah membuka pintu hati masing-masing untuk sanggup menerima kesilapan masing-masing dan di tunjuki Nya jalan penyelesaian yang terbaik…sementara nih kita pakat-pakt dok ddiam lah dulu..ikut kaifiat Ust Nash…

Takpandai

Anonymous said...

bakpo tak suroh presiden letak jawaTan?????
sebab hok punca sebenarya presiden!!1

ni kes berat, ore lain bcuri ore lain kena lokap

ko ado benda lain cik meli?
ko bokte budok dok salor tu kaloh baru ni ya jadi GEGE SATU MELAYA ni?
ACU CEK MELI ULAS GAK SIKIT

Anonymous said...

Walaupun Husam cuba menutup kekecewaannya dan cuba berlakon yang beliau menerima dengan hati yang terbuka, tetapi hakikatnya Husam bukanlah pelakon yang hebat. Ini dapat dilihat apabila beliau dengan nada kecewa terus menyalahkan pimpinan PAS yang tidak memahami beliau sebagai punca kekalahannya.
http://muktamarpas.blogspot.com/

Anonymous said...

Elok juga sekiranya dicadangkan kepada Tok Guru Nik Aziz supaya mengambil cuti yang panjang untuk berehat dan bermuhasabah dan juga memikirkan hikmah disebalik penolakan perwakilan muktamar ke atas kepimpinan beliau.
Mungkin sudah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz menumpukan masanya untuk menjaga kesihatan jantungnya. Mungkin juga sudah sampai masa Tok Guru Nik Aziz untuk memberikan lebih masanya kepada keluarga dan anak cucunya.Mungkin juga sudah sampai masanya untuk beliau melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih muda dan berkelayakan.

Fikirlah wahai Tok Guru yang kami sayangi sebelum secubit sisa-sisa hormat yang ada pada perwakilan sekarang ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Fikirlah sebelum terlambat...sebelum nasi menjadi bubur.

http://muktamarpas.blogspot.com/

Anonymous said...

Begitulah langkah-langkah golongan terdesak untuk menyelamatkan ketua mereka yang telah tersungkur di medan perang dan terkulai layu. Mengharapkan sisa-sisa ihsan Presiden untuk menerimanya kembali walau ditolak oleh majoriti perwakilan.Kasihan Husam.

Kalau dalam UMNO, Shahrir Samad bila tewas terus meletakkan jawatan sebagai Menteri bagi menunjukkan sikap gentlemannya setelah ditolak oleh perwakilan UMNO. Kalau dalam PAS, sanggupkah Husam menunjukkan sikap gentlemannya dengan meletakkan jawatan EXCO Kelantan setelah ditolak oleh perwakilan? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerana Husam bukan Shahrir Samad, Husam bukan gentleman, Husam tidak ada maruah diri. Mana mungkin Husam akan meletakkan jawatan EXCO Kelantannya, sedangkan jawatan dalam Dewan Harian dan AJK Pusat pun beliau terkial-kial merayu budak suruhannya seperti Mahfuz Omar meminta bagi pihaknya.

Abuzar said...

Sdr MKJ,

Lambung tinggi sangat "keilmuan" dan "kebijakan politik" Ustz Nasharuddin Mat Isa nih, sampai yang bergelumang berpuluh tahun dalam PAS pun politik rendah belaka.

Jangan jadi kisah Ulamak Bal'am sudahlah .................

Haji Saat Pasir Mas said...

Kalau pun Meli lambung...waspada sikit....jangan beraso sedap mandi basah, selimut lindo tidur lena. Silap langkah. Bila Meli lambung kena polish mmolek feel perangai. Silap gayung sumbang langkah hak dia lambung akan disugun. Kawe tau peangai Meli.