Sunday, June 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (233)

Pas jadi leader kepada PR atau bina kekuatan sendiri

PAS yang mula ditubuhkan pada tahun 1951 ekoran dari persidangan ulamak bagi menubuhkanmya secara resmi yang diadakan pada 24 November 1951 dengan Mudir Madrasah ad-Daeratul Ma'arif al-Wataniah di Butterworth, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim (ayahnda kepada Tun Abdullah, mantan Perdana Menteri Ke-5) bertindak sebagai tuan rumah kepada persidangan itu, kini sudah pun berusia 55 tahun.

Usia 55 tahun bagi manusia dikira sudah lebih dari usia matang, malah berdasarkan kepada hayat Rasulullah s.a.w (63 tahun), maka hanya untuk yang berusia 55 tahun hanya tinggal lapan tahun sahaja bagi tempoh hayat yang masih berbaki untuk setiap umat baginda.

Kalau ada yang masih hidup selepas angka hayat itu, kebanyakannya sudah 'kucar taik ttikar', malah boleh ttukar antara ulu dengan gobek dan antara bulu dengan rambu, hijau dengan biru, ilir dengan ulu, kicap dengan budu, kerbau dengan lembu, bapak dengan ibu. Kalau ada pun yang masih cergas dan masih tidak nyanyuk, jumlahnya sedikit benar.

Maknanya Pas sudah patut dewasa dan patut menjadi orang tua atau leader kepada kerjasama dengan parti-parti lain, termasuk dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kalau parti itu masih terpaksa berleaderkan parti lain, apatah lagi parti yang pada status budak belum luruh pusat di arena politik negara, ianya adalah sesuatu yang pelik dan dangkal.

Bila parti lain yang menjadi leader atau peneraju utama kepada sesuatu pakatan, maka Pas tidak boleh memandai-mandai dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan sebelum menerima izin/persetujuan laeder.

Orang tua atau leader bermakna parti-parti lain kena mengutamakan Pas dalam membuat sesuatu tindakan dan keputusan kerana dalam PR Pas adalah parti tertua dan paling banyak pengalaman. Pas patut jadi sebagaimana dalam Barisan Nasional (BN) yang mana yang menjadi leadernya adalah Umno.

Kerana Umno menjadi leader, maka dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelbagai keistimewaan untuk kaum Bumiputera yang tidak dapat dinikmati oleh bangsa lain dapat diwujudkan kerana kedudukan dan power Umno sebagai leader.

Tetapi dalam PR, nampaknya Pas yang lebih berusia dan lebih matang serta lebih berpengalaman bukannya leader kepada PR dan Pas tidak seberkuasa Umno dalam mencorakkan BN untuk Pas mencorak dan mewajahkan PR.

Sebenarnya tindakan yang sedang Pas lakukan umpama suatu bentuk perjudian apabila Pas pada pemerhatian saya menjadi parti kelas nombor tiga selepas DAP dan PKR dalam PR. Ianya suatu kesilapan Pas yang sangat ketara.

Seandainya PR berjaya tumbangkan BN pun, yang akan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bukan dari Pas, sebaliknya antara orang DAP dengan PKR, yakni parti yang menjadi leader kepada PR.

Maknanya dengan jumlah kerusi parlimen yang dimiliki Pas dan dengan kedudukannya dalam PR sekarang, Pas tidak mungkin akan dapat merealisasikan wajah dan bentuk kerajaan yang dimahukan, malah kalau Pas mahu lebih diisalmikkan kerajaan berbanding dengan kerajaan BN, DAP pasti akan mengulangi kata berupa amaran supaya langkah mayat orang DAP dulu.

Sebenarnya penyertaan Pas dalam PR lebih menjurus kepada Pas menuju jalan mati atau bersifat menggali lubang untuk menimbus Pas sendiri atau memasang bom jangka pada diri sendiri.

Pas sebenar diperalat dan dibonekakan oleh DAP dan PKR yang mana wakil rakyat DAP tidak ada seorang pun orang Melayu tetapi dalam PKR wakil rakyat Melayu dengan bukan Melayu dan bukan Islam tidak ada jauh beza dari segi jumlahnya.

Rasanya menyedari tentang bahaya yang sedang dihadapi Pas itulah, maka Presiden Pas menggagaskan sesuatu yang boleh menyebabkan rakan-rakan dalam PR mula mengkaji kedudukan Pas dalam PR.

Tentulah Pas akan lebih bermoral dan akan lebih disimpati umum jika ditendang keluar dari PR berbanding dengan Pas sendiri bertindak keluar dari PR. Apa yang dilakukan Presiden Pas itulah politik namanya.

Tetapi sayangnya ada di kalangan orang Pas sendiri gagal menyelami pelan, rangka, kerangka dan saraf politik Presiden menyebabkan tujuan gagasan itu dapat dicium dengan mudah oleh rakan-rakan dalam PR gara-gara ada yang melenting giler kerana gagasan itu.

Sebenarnya demi kepentingan Pas dan sesuai dengan pendekatan dan matlamat perjuangan asalnya, adalah lebih baik jika Pas bergerak solo dan tidak menjalin ikatan dengan PR.

Bagi saya berada dalam PR menjadikan Pas umpama ayam yang disembelih secara halal dicampur dalam kumpulan ayam yang dimatikan dngan cara dipulas dan dipatahkan tengkoknya serta turut bergaul dengan daging babi dalam satu bekas.

Selama mana ahli dan penyokong Pas boleh menerima dakawaan, pandangan dan kepercayaan bahawa DAP lebih baik dijadikan rakan kerjasama Pas berbanding dengan Umno? Orang Umno tu siapa dan orang dalam DAP pula siapa?

Juga sejauh mana PKR yang cacamarba status wakil rakyatnya boleh perpihak kepada Pas yang mahu menjadi barisan pembangkang atau pun jika ditakdirkan menjadi kerajaan, secara yang dituntut oleh Islam?

Kalau kerjasama Pas-Parti Melayu (S46) yang sesama sebangsa dan seagama pun boleh punah ranah dalam tempoh yang singkat, masakan Pas boleh bertahan lama beerjasama dengan parti-parti yang lauknya tidak boleh digulai seperiuk untuk hidangan bersama.

Pas patut bermati-matian mempertahankan PR kalau yang menjadi leadernya adalah Pas. Tetapi hakikatnya dalam pembentukkan kerajaan di negeri-negeri yang dimenangi PR pun hanya Kelantan dan Kedah sahaja yang berleaderkan Pas manakala di Pulau Pinang dan Selangor Pas bukan leader.

Semasa berkerajaan di Perak pun leader sebenar bukan Pas apabila wakil rakyat Pas dilantik menjadi MB hanya kerana perlembagaan negeri menetapkan MB kena berbangsa Melayu dan beragama Islam, bukannya kerana Pas ada kerusi majoriti berbanding dengan DAP dan PKR. Kalau bukan kerana halangan perlembagaan, yang jadi MB di Perak adalah dari DAP, bukan PKR, apatah lagi Pas.

Dalam pada itu walaupun MB bagi Kerajaan PR Perak dulu dari Pas tetapi majoriti exconya adalah dari DAP dan PKR yang mana dari PKR itu pula bukan Melayu, bukan beragama Islam semuanya.

Tetapi nampak sangat betapa tidak kenang budinya dan 'tak reti basonya' bekas MB yang dapat pengalaman menjadi MB Perak walaupun sekejap kerana undang-undang tubuh negeri, telah bertindak membedil dan mengembom giler pihak yang memberikannya pengalaman itu.

Kerana tidak nampak bahawa Pas sedang dibonekakan oleh DAP dan PKR yang akan menjadikan Pas terpaksa terus menjadi budak-budak pada usia 55 tahun, maka gagasan yang dibuat oleh Presiden Pas telah dibangkang giler oleh pimpinan Pas sendiri.

Bukan sahaja tidak sokong tetapi telah menganggap penyokong gagasan itu adalah boneka Umno tanpa disedari bahawa pihak yang membuat tuduhan itulah sebenarnya sedang dibonekakan oleh DAP dan PKR.

8 comments:

Anonymous said...

mu meli kalu kata bodo mu marah. Ginilah.. aku malas nak ajar lebih2. ajar benda basic dulu.
ayat dalam tulisanmu tu jangan panjang sangat. ayat pertama td bukan main panjang. nak sapa ko titik banyak benda mu nak royat. buat 10-15 perkataan dalam satu ayat barulah tak belit. ni gak srupo ular lidi belit. satu point satu ayat baru kemas tulisan kito.
ore tengok pado tulisanmu tuh tau dah setara mana cerdik mu.

Mat said...

kepada kekanda Meli

Apa yg terjadi dalam senario politik selepas PRU12 adalah sgt penting sbg momentum untuk meneruskan halaju yang bakal merempuh BN pada next PRU. maka apa yang telah tersurat wajar di pikirkan. Allah swt telah mentaqdirkan stakat ni, seolah2 Allah nak bagitau kalau nak perintah malaysia ni kalau Pas nak perintah, xleh sore..tgk UMNO sudah lah...kena ada BN..gabungan dgn parti2 lain. Maka apa pelik sgt dgn gabungan PR..pandangan kuat, xkuat sebenarnya tidak signifikan. Masing Pas, Dap, PKR krusinya tidak bertingkas. MAka, jika salah satu parti menarik diri, maka majoriti tadi telah lebur. Ko guana be? PAs nak jadi prti peneraju, maka kena brusaha utk menang@merampas kerusi UMNO. Tu je. Just that simple..

Pas x boleh takut dgn bayangan hantu, perasaan koya ssore..matlamat pertama, jatuhkan BN dulu..lepas tu sambil2 perkasakan Pas...agak dah bleh makan sore2..baru blah dari PR...kalau kebersamaan dgn PR menghalang perlaksanaan Islamic State yg jadi cita2 PAs...tu pun kalau PAs masih ada cita2...kut2 dah terpesona dgn jawatan dan kuasa xtau ler pulak.

ngee22

Mat said...

kepada anymous...

kekanda meli bagi pandangan@ hujah dia..yang demo tulis
" ore tengok pado tulisanmu tuh tau dah setara mana cerdik mu."...tu bukan hujah..hehe...nampaknya level demo kawe xreti nak letak kat mana....

patutnya hujah di balas hujah...forum di balas forum..pedang dibalas pedang...

ore buat blogger ni bukan utk mencarut..utk berkongsi pandangan, hujah, forum...

sila upkan level anda...ngee222

Haji Saat Pasir Mas said...

Selalunya orang yang mudah memperbodohkan orang itulah seribu kali lebih bodoh.
Sebagai pengamal media berpengalaman, kawe yakin Meli bukan tak reti apa yang ditegurAnonymous babuk tu.
Mu ada berapa suratkahabar, majalah, blog maka mudah sangat nak memperbodohkan orang.
Jangan nak samakan penulisan dalam blog dengan tulis dalam suratkhabar dan majalahh.

Anonymous said...

aku yakin meli tak sebodo ho demo kato,mu cridik staro mano,meli tulis lagu ni sebab nak layan jgk ore-ore bodo ho srupo demo la bui mudoh gheti......kalu bodo jgk jgn dok glewak sini......BODOOOO!!!

Mat said...

PADA PENJENGUK BLOK NI...SILA UPKAN LEVEL ANDA KE TAHAP SEPATUTNYA...PERKATAAN MENCARUT BEGITU TIDAK LANGSUNG DI PERLUKAN..KITA SEDANG BERTUKAR PANDANGAN..KALAU DEMO RSA DEMO BETUL SILA BAGI HUJAH ANDA...SAMAADA DEMO PENYOKONG MELI ATAU PENYANGGAH MELI...SILA KEMUKAKAN HUJAH ANDA....

Anonymous said...

budak meli belako. berapo kali mu belanjo nasi belauk alik pagi.

susah. bodo x leh nak ajar. tp kawe tengok cara meli tulis kemas doh sikit. jd gak cerdik kawe pade dio.

tu baru bab nulis. bab lain tak buka lagi tuh.

Anonymous said...

ambo ni dok diLabuan dan tak pernah jjupo Meli pun..mace mano Meli nok belanjo nasi belauk. demo sedar lah sikit tulisan Meli org suko kerana ia mudah di fahami dan yang pentingnya buah pikiran yang bernas dan berani...tak serupo demo dan kawe sediri pun yang nak pakai nama sendiri pun takut,,pakai anonymous. Demo tuh patut gi belajar ngan Meli..jangan lupo bawak pisang ggalo ssikat.