Sunday, June 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (234)

Sekat kenaikan pangkat perokok patut dimulakan di sektor awam

BAGI tujuan mengeluarkan rakyat negara ini termasuk dalam bilangan satu bilion penduduk dunia diancam maut dan juga termasuk dalam bilangan 650 juta kematian setahun akibat menghidap penyakit berpunca dari tabiat merokok, saranan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan supaya semua pengusaha pasaraya di negara ini tidak menaikan pangkat pekerja yang didapati mengamal tabiat merokok patut diambil cakna.

Saranan supaya diberikan insentif tahunan kepada pekerja yang tidak meokok dan seterusnya mengutamakan pengambilan pekeja yang tidak merokok sahaja juga patut disahut, bukan sahaja oleh pengusaha pasararaya tetapi juga oleh semua majikan dalam pelbagai sektor.

Saya bersetuju jika saranan-saranan Saravanan itu direalisasikan, ianya mampu mewujudkan kesedaran kepada semua pekerja pasar raya supaya behenti merokok, sekali gus menjadi menjadi contoh kepada pelanggan supaya tidak meokok. Bagaimanapun pada saya sasaran seruan itu mencangkupi ruang libngkup yang telalu sempit.

Pada pendapat saya saranan itu perlu merangkumi ruang lingkup yang lebih luas dan kena mencangkupi pelbagai sektor. Malah ianya patut dimulakan pada peringkat sektor awam dengan tidak menaikan pangkat merokok dan memastikan hanya yang tidak merokok sahaja diterima sebagai kakitangan perkhidmatan awam pada semua peringkat perjawatan.

Kalau saranan itu memerlukan perealisasian hanya pada peringkat pasaraya atau sektor swasta sahaja, usaha-usaha untuk mengurangkan, apatah lagi untuk membasmi tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini yang dikatakan kini berjumlah 4.6 juta orang yang menghisap 33 juta batang rokok bernilai RM8.59 juta sehari tidak mungkin menjadi kenyataan.

Sayugia dimaklumi bahawa seandainya pengusaha pasaraya sahaja yang diminta merealisasikan saranan supaya menyekat kenaikan pangkat pekerja yang merokok dan dipastikan hanya kalangan yang tidak merokok sahaja diambil berkeja, ianya akan umpama seorang penjual ubat kurap yang bersyarah dan bersumpah tentang kemujaraban ubat yang dijual sedangkan badan penjualnya sendiri penuh dengan kurap.

Kalau mengharapkan majoriti rakyat menerima apa yang disarankan oleh pimpinan kerajaan, terlebih dahulu kena dipastikan ianya telah diparktikkan dengan jayanya di sektor awam, malah kena dipastikan anggota kabniet serta wakil-wakil rakyat pada keseluruhannya bersih dari tabiat merokok.

Malah walaupun penanaman dan urusniaga tembakau dan rokok memberi hasil yang besar kepada kerajaan dalam bentuk duti, penanaman tembakau, penjualan rokok dan apa-apa juga urusniaga yang melibatkan penggunaan tembakau perlu dimansuhkan sama sekali.
Jika tembakau terus ditanaman dan dijadikan antara komoditi negara serta rokok pelbagai nama dan kualiti pula memenuhi pasaran dan mudah diperolehi di mana-mana sahaja, termasuk di kawasan pedalaman, kempen anti merokok hanya akan berbentuk retorik semata-mata, malah mahu tidak mahu jumlah perokok akan terus bertambah didorong keinginan mahu mencuba.

2 comments:

Anonymous said...

Hamid Pendek Ex-Penyelia Dun Tendong Said...
Weh meli, amba isap sebatang sebatang jah weh, bukan 2 batang skali sumbat. Tu pun 3 bungkus jah sehari, bukannya banyak. Appolaaa...

Ni amba nak pantun:

Tembakau bangkok tembakau khayal
idung belok mata liar...

keh keh keh

Orang dekat rumah Cikgu Seme said...

Pantan kawe:

Tembakau bangkok
tembakau khayal
Kepala botak
bersinar bana.

Tembakau bangkok
tembakau khayal
Makan sampai betok
Lepas tu gi mmeda

Tembakau bangkok
tembakau khayal
demo nak isap berapa kotak
ddoli gi la mugo demo bayar

Tembakau bangkok
tembakau kayar
mari ppakat minta balak
ko Cina kita ppakat jual