Thursday, June 25, 2009

MUNCUL KEMBALI (241) - DIKEMASKINI

Saya tidak paksa orang lain terima pandangan saya

Anonymous said...
Adakah anda mengatakan semua, saya ulangi, semua yang di lakukan olih UMNO selama 50 tahun lebih itu memurtabatkan Islam. Buang judi, buang ISA , perbetulkan perjalanan pengurusan negara, mungkin kami ahli akar umbi PAS akan bersedia mendekatkan diri dengan UMNO. MUNGKIN.Saya sarankan kan saudara untuk membaca buku buku sejarah politik Malaysia. Tak perlu PHD untuk memahami sejarah cuma yang perlu ada ialah keikhlasan dan hati yang terbuka. Mahu menerima kebenaran.


Terima kasih kepada Anonymous yang hantar komen. Sebelum saya pergi lebih jauh, sejujurnya saya tegaskan bahawa saya cukup seronok kalau pandangan saya disanggah, kurangkan pro dan banyakkan kontrasme. Dengan itu saya boleh belajar.

Saya sentiasa sedarkan diri saya dan saya mahu penjenguk blog saya sedar bahawa segala apa yang saya tulis terbit dari pemikiran seorang yang serba lemah dan faqir, terutama dari sudut keilmuan.

Ertinya jangan telan bulat-bulat apa yang saya tulis. Kalau ianya selari dengan al-Quran dan Hadis, pakai dan terimalah. Kalau ianya bercanggah dengan al-Quran dan Hadis, tolaklah dan perbetulkanlah saya sesuai dengan tuntutan agar yang alim kena alimkan yang jahil, yang pandai kena mengajar, yang tidak pandai kena belajar.

Sebagai jawapan kepada pertanyaan Anonymous apakah saya mengatakan semua yang dilakukan oleh Umno lebih 50 tahun memertabatkan Islam, jawapan saya tentulah TIDAKKKKK. Orang Umno tidak maksum. Pemimpin Umno bukan suci dari salah dan silap. Saya yakin orang Umno pun akui tentang itu.

Menjadi tugas dan menjadi fardu (kifayah ke 'ain, kena alim ulamak memberikan jawapan) kepada pembangkanglah untuk membetulkan mana-mana kesilapan dan mana-mana yang tidak selari dengan Islam yang telah dilakukan oleh Umno.

Mana yang baik kena kata baik. Jangan kerana terkena kotoran setompok, maka sehelai baju dibakar pula. Cari sabun dan bahan pencuci bagi menghilangkan tompokan kotor itu.

Kalau kita tersentuh dengan anjing atau babi yang merupakan najis mughallazoh, kita disuruh samak bahagian yang tersentuh itu, bukannya disuruh kerat buang atau kita yang yang tersentuh kena dibunuh.

Perintah membersihkan najis mughallazoh itu sebenarnya mengandungi falsafah dan patut kita import ke dalam kehidupan, ke gelanggang politik dan pemerintahan. Demikian juga dalam melihat peranan yang dimainkan oleh Umno sebagai leader kepada pakatan parti pemerintah.

Kalau pun ada yang tidak suci, pada saya ianya hanya satu tompokan pada sehelai baju yang patut dan boleh diberishkan, tidak perlu baju yang ada tompokan kotoran itu dibakar atau diperanyut ke laut ketujuh.

Kecuali jika Umno ibarat sekawah gulai lembu bercampur daging babi, atau seperiuk gulai ayam atau itik yang mampus dipulas tengkok dan bukannya disembelih secara yang dihalalkan oleh Islam, maka gulai daging lembu bercampur daging babi sekawah dan gulai ayam atau itik yang mampus dipulas tengkok seperiuk itu kenalah dilerat-habis-licin.

Bagi saya orang Pas akar umbi tidak boleh mendekati Umno semata-mata kerana ikut-ikutan, orang Umno akar umbi juga tidak boleh mendekati Pas semata-mata kerana ikut-ikutan. Menjadi ahli atau menyokong sesebuah parti hendaklah setelah dikenalpasti parti berkenaan.

Kita kena yakin, kena kaji dan kena ambil peduli untuk kenali apa itu Pas dan apa itu Umno sebelum memberi sokongan, memimpin, menganggotai dan berjuang untuk parti-parti berkenaan.

Jangan kerana bunyi orang takbir maka kita pun takbir tanpa diketahui kenapa kita bertakbir supaya tujuan untuk memuji kebesaran Allah akan akan secara langsung atau tidak langsung bersifat 'menganyin' pula jadinya.

Yakinlah bahawa bertukar-tukar parti, melompat masuk dan keluar parti politik tidak membawa kepada murtad sebagaimana kita akan murtad kalau keluar dari Islam.

Malah bagi saya kalau didapati sesebuah parti dirasakan sudah tergelincir dari landasan, terutama kalau parti yang mendakwa berjuang berlandaskan Islam sudah menyongsang dari perjuangan asalnya, maka ahli dan penyokong parti berkenaan kena lompat, kena mufarakah sehingga parti kembali ke landasan asal.

Saya menerima pendedahan awal dunia parti politik dan politik dari pemimpin Pas, yakni Allahyarham Dato' Haji Muhammad bin Nasir yang juga guru terawal saya dalam bidang penulisan dan karang mengarang.

Ketika Pas dalam keadaan tenat dan tidak begitu diminati ramai untuk tempoh 1978 -1990, saya penyokong Pas yang kemaruk. Ketika itu orang akan merasa aib untuk mengaku sebagai ahli Pas atau penyokong Pas, kecuali di kalangan mereka yang benar-benar muka 'keghan'.

Pada awal Tok Guru Nik Aziz jadi MB, saya masih menjadi penyokong Pas yang kemaruk. Tetapi apabila saya masuk ke dalam Kerajaan Pas Kelantan secara langsung selama kira-kira lapan tahun, minat saya terhadap Pas menjadi luntur.

Saya yakin saya tahu lebih dari apa yang ahli dan penyokong Pas yang tidak pernah berada dalam kandang kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam, tahu mengenai Pas dan perjalanan kerajaan Pas.

Selama lapan tahun berada dalam gelup kerajaan yang berslogankan Membangun Bersama Islam, saya boleh merasakan betapa wajah Pas nampak molek kerana make-up, kalau dibuang make-up di muka, akan nampak dengan banyak kurap dan panaunya.

Jangan diambil kira mereka yang taksub dan berpolitik secara fikiran terkatup (lazimnya terdiri dari pak-pak turut dan mek-mek angguk), mereka akan kata moleh belaka. Macam bila dah terpikat dengan seseorang gadislah, bila diktakan punggung tonggek, kononnya bukan tungek tapi cara jalannya macam ganis mat saleh.

Bagi yang wanita pula, bila lelaki pilihan dikatakan tidak lawa, sudahlah kepalanya botak dan perutnya buncit, saiz badannya pula kecik (saiz ayam serama), maka keana gila kemaruknya akan dikatakan jenis lelaki macamlah lah yang terbaik kerana tidak ramai sepertinya. Kononnya bila botak licin berkilat, boleh jimat kos tak payah beli cermin, kepala suami yang botak boleh jadi cermin.

Antara faktor lain yang menyebabkan minat saya terhadap Pas buat masa ini semakin lunut apabila pemimpin Pas boleh tukar Islam dengan raja misalnya, pemimpin Pas lebih takutkan pihak istana dari Allah.

Dalam menghadapi masalah yang membuatkan rakyat tertekan oleh angkara pihak istana, pemimpin kerajaan Pas tidak berani untuk tegur istana, apatah lagi untuk membantah demi menjada reputasi dan kedaulatan istana di mata rakyat jelata.

Bila rakyat mengadu, akan diberi alasan kononnya kerenah 'orang dalam pagar' untuk lepaskan dari memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang menerima mandat rakyat.

Cuba tanya orang sekitar Pantai Mek Mas, apa kata mereka terhadap istana dan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam. Kawasan itu wakil rakyatnya adalah Tok Guru Menteri Besar sendiri.

Apakah tindakan sedemikian mendatangkan pahala atau sebaliknya, kenapa mesti takutkan istana melebihi dari takutkan Allah? Bukankah tugas kerajaan menasihatkan istana supaya reputasi dan kedaulatannya sentiasa terpelihara.

Kalau pun sembahyang Jumaat kena dilangsungkan pada pukul 2.00 atau 3.00 petang kerana raja lambat datang, kerajaan yang kononnya berteraskan Islam tidak tegur dan tidak memperingatkan pihak istana bahawa melambat-lambatkan sembahyang Jumaat suatau amalan dan tabiat yang tidak molek.

Bila raja perempuan tidak memakai tudung kepala dengan sempurna, tidak ada pun yang berani tegur sebagaimana celuparnya teguran yang dibuat bila bini Perdana Menteri tidak bertudung.

Tidak tegur itu sebenarnya adalah kerana takutkan istana melebihi dari takutkan Allah. Bini Perdana Menteri ditegur kerana berkepentingan politik dan bukannya kerana tuntutan agama sangat pun.

Jadi apa lebihnya Pas berbanding dengan Umno? Kononnya Pas berjuang dan berparti politik serta berpolitik berteraskan Islam tetapi bila berdepan dengan tuntutan raja dengan Allah, maka diplilih tuntutan raja untuk dipenuhi.

Terus terang saya katakan bahawa saya kurang meminati Tok Guru Nik Aziz akhir-akhir ini kerana mulutnya. Saya ikuti Kuliah Jumaatnya saban minggu. Perkataan 'menatang' dan bahasa-bahasa kesat lain sering diucapkan yang sepatutnya tidak diucapkan oleh tokoh sepertinya.

Seingat saya bahasa-bahasa kesat itu mula menjadi mainannya sehingga kini (menjadikan para penyokong seronok) apabila timbul isu Allah pun mencarut dan Tuhan pun samseng.

Rasulullah s.a.w. sebagai Utusan Allah mendoakan agar mereka yang menentang Islam dan kerasulan baginda diberikan hidayah, yang kafir merdeka dari kekafiran dan masuk Islam.

Tetapi Tok Guru Nik Aziz sering mendoakan kemusnahan kepada lawan politiknya dan juga individu tertentu, terutama sepanjang anak lelakinya ditahan dibawah ISA.

Sebagai penulis yang kena sensitif dengan suasana sekitar, saya bukan sahaja dengar apa yang dicakap/disyarah/dikuliah oleh seseorang tokoh dengan teliti, tetapi saya mencatatkannya untuk dijadikan rujukan bila perlu.

Melihat kepada keadaan semasa, saya merasakan saya tidak boleh menyokong Pas dan kena berkecuali dalam berparti politik dan berpolitik.

Malah pada waktu ini saya melihat Umno lebih menepati ciri-ciri berparti politik dan berpolitik secara yang patut menerima sokongan majoriti rakyat.

Umno lebih banyak menyumbangkan kepada perkembangan syiar Islam tetapi tidak mendabik dada, bukannya macam Pas, besar bunyi dari gedut, malah walaupun bila dipersendakan oleh Pas dengan gagasan kerajaan perpaduan (mungkin Pas nak tunjuk Umno pelahapkan kerjasama Pas), pemimpin utama Umno sanggup lupakan status sebagai parti yang mempunyai bilangan ahli terbesar untuk menyambut gagasan itu tanpa meragui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat gagasan itu.

Rakyat akan menilai semuanya ini, terutama bagi tempoh masa yang panjang kerana rakyat cerdik dan berpelajaran belaka sekarang ini. Manusia Malaysia jenis saya (belajar setakat 4 thanawi) sudah tidak banyak lagi jumlahnya, sistem berparti politik dan berpolitik umpama menyorok sampah di bawah karpet, menyembunyi ubat di sebalit pewarna rambut sudah tidak sesuai lagi.

Selepas Pulau Pinang, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan PR, malah ketika Perak dibawah kerajaan PR saya kunjungi negeri-negeri berkenaan.

Keadaannya tidak banyak berbeza berbanding dengan sebelumnya, menjadikan saya semakin nampak bahawa apa yang Pas warwarkan lebih bersifat retorik semata-mata.

Kenapa negeri-negeri yang dikuasai PR tidak hapuskan premis perjudian dan hiburan? Bukankah hapuskan judi dan pusat-pusat hiburan menjadi antara matlamat perjuangan Pas?

Tentang saranan supaya saya membaca buku sejarah, sebenarnya saya adalah antara peminat sejarah. Pelbagai buku sejarah yang ditulis dalam bahasa yang saya faham saya baca beruang kali.

Sejarah Pemeliharaan Kemurniaan Al-Quran, Sejarah Rasulullah s.a.w., sejarah khalifah ar-rasyidin, sejarah 25 rasul, sejarah Sallahudin al-Ayubi, Sejarah Penubuhan Umno, Pas, MIC, MCA, PKM, S46, DAP, PKR, HAMIM, BERJASA, API, AWAS dan sebagainya bukan sahaja saya baca tetapi saya menulis mengenainya.

Dalam membaca sejarah itu bukan sahaja saya ikhlaskan hati tetapi saya juga cuba membuat perbandingan. Bagaimanapun sebagai manusia biasa, barangkali adakalanya saya silap pemahaman dalam membuat sesuatu penafsiran dan dalam memberi pandangan serta teguran.

Kerana itulah dalam saya memilih untuk bekecuali dalam berpolitik dan berparti politik, saya tidak pernah memaksa orang lain menerima pandangan saya. Hak dan tahap pemahaman orang lain terhadap sesuatu perkara saya hormati.

Dalam saya tidak lagai menyokong Pas atas sebab-sebab yang telah saya jelaskan, bini saya sendiri terus cergas sebagai aktivis Pas dan saya izinkan kerana menghormati pendirian dan pilihannya dan saya juga mahu dia menghormati pendirian saya kerana manusia hanya kepala sahaja sama hitam tetapi hati lain-lain!.

Di rumah kami tidak bercakap hal-hal politik tetapi kalau ada urusan yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan membabitkan orang ramai, saya lazimnya akan berikan pendapat dan cadangan supaya penyokong Pas/PR berpuashati dengan tindakannya manakala orang Umno/BN pula tidak berkecil hati.

15 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan saudara. Tiada parti lain yang memperjuangkan Melayu seperti UMNO. Tolong tulis tentang itu

Anonymous said...

Saya minta kepada saudara anonymous tu tengok dan dengar ceramah tentang saat kewafatan nabi MUHAMMAD S.A.W. Apa intipati tentang kewafatannya, apa yang diwasiatkan oleh baginda sebelum pemergiannya.

Jika benar PAS adalah parti yang memperjuangkan ISLAM, kenapa LIDAH mereka tidak pernah dijaga dengan sebetulnya. Ada penceramah PAS yang menggelar mufti BAPAK SETAN hanya kerana mematuhi arahan tuannya.

PAS mungkin boleh berjaya sekiranya benar landasan yang ingin dibawa dan disampaikan. Namun apa yang berlaku tidak seperti apa yang digambarkan. Sangat hina sekali pemikiran dan pembawaan ISLAM cara PAS ini. Mulut penuh dengan kejian, doa memusnah saudara seagama.

UMNO itu hanya parti, pembela, pelindung kepada orang melayu seterusnya pendimding kepada kesucian agama ISLAM yang kita anuti.

Kenapa harus dihukum hanya UMNO sahaja ? PAS maksumkah ? PAS itu suci dari dosakah ? PAS itu benar-benar parti ISLAM kah ?

Jangan jadikan alasan UMNO kerjasama dengan MIC dan MCA dikira sebagai kafir. Ukur diri PAS sendiri. Apa makna kerjasama dengan DAP yang terangan menolak negara ISLAM ? Apa makna PAS jika pemimpin PAS sendiri tidak konsisten dengan cara perjuangan dan pertuturannya ?

Apa beza UMNO dan PAS ? Jawapannya sama sahaja. Jangan melebihkan antara satu dengan yang lain. Kita patut berjuang atas landasan yang sama.

Hapuskan ISA, hapuskan JUDI, perbetulkan pengurusan negara... apa itu sahajakah yang PAS nampak ?
Apakah itu sahaja yang membuatkan PAS ini suka menghentam UMNO ?

Jangan terlalu ego la wahai pengikut PAS. Jangan sombong dengan hanya atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA. PAS hanya sekadar nama sahaja. Aku berani kata. PAS dah hilang kesuciannya.

Jangan ahli PAS hentam penulis blog ini. Beliau hanya mengutarakan pendapat, pendapat ini sangat baik. Cuma kepada pembaca pandai2 la nak menilai tulisan pengarang ini. Jangan hentam, nampak sangat PAS ini berminda cetek. Baca sikit, terasa, hentam. Itu je yang PAS tahu.

PAS seharusnya menjadi pengimbang dalam politik Malaysia bukan pemusnah. Kerajaan melakukan sesuatu, PAS harus menjadi penasihat dalam apa yang kerajaan lakukan. Bukan dengan mewnghentam dan mencerca atas apa yang kerajaan lakakukan.

Ceramah tiap minggu, penuh dengan cacian, makian terhadap pemimpin negara. Jijik nak dengar, malu nak dengar. Baca selawat pembuka kata tapi perjalanan kata penuh dengan kata-kata hitam. Mencemar kesucian selawat !!!

Kalau parti UMNO dituduh kafir dengan kerjasama bukan ISLAM, jawab soalan saya kepada pembukaan ahli kepada yang bukan ISLAM. Itu kerjasama apa pulak namanya ? Kerjasama menuju syurga kah ?

Bila bukan ISLAM baca ayat Al-Quran bukan main gah pertahankan, bukan nak bagi teguran malah dipertahan. Apa cerita ?

Tu lagi sorang mamat PAS yang sekarang dah macam cina buta. Melalak dalam dewan BUBAR DUN, apa punya pemimpin macam ni ? Tak ada sifat sabar langsung. Tak malukah Nik Aziz punya ahlu begini. Nizar tu patut jadi ahli DAP je.

Anonymous said...

demo duk sebut pasal raja kan,gano kiro TM(tengku mahkota) loni,demo xada dgr cerita ko pasal TM kita ni,kawe nampak demo berani nak tegur raja kan,klu demo berani sgt,demo tulis la atikal pasal TM,apa yg dia duk buat loni2 ni???

Anonymous said...

Apa le bezanya orang PAS dengan orang UMNO...tak ada beza sikit pun......., smuanya bukan pasal nak membela rakyat sangat....syok untuk bermegah dengan kuasa yang dipinjamkan Allah saja....tu pun ada yang dah lupa diri....Ada setengah tu fikir golongan dia je yang tau hukum hakam....tapi yang ditegah dibuat jugak....Apa nak jadi manusia melayu yang berperang sama sendiri,,, sampai mengatakan saudara seagama denganya komunis..firaun...dan macam-macam PERUMPAMAAN yang di pakai...
Apa nak jadi dengan org melayu... yang tak mahu berjuang untuk melayu. Tak ada melayu yang diberi tanah boleh miliki selama 999 tahun. Tapi kat orang bukan islam bagi lak....tak faham ambo. WAHAI PEMIMPIN BERSATULAH AMBO DAH BOSAN TENGOK DEMO BERCAKARAN.

Anonymous said...

Bukankah tanah reserve melayu tu lebih dari 999 tahun?

UMNO you are the best. Tiada UMNO tiada Melayu. Pemimpin UMNO adalah yang no 1 di dunia. Semuanya bijak bijak belaka. Mereka sentiasa mementingkan rakyat. Rakyat didahulukan, pemimpin sentiasa sudi berkorban asalkan rakyat sejahtera.

Saya tulis memuji UMNO ni boleh dapat upahkah?

Orang Pas akan pangkat Umno di Manek Urai said...

Bila buat sesuatu kerja jangan asyik fikirkan upah. Allah dah tentukan rezeki untuk setiap hamba-Nya. Kerja manusia hanya berusaha.
Kalau menulis pasal Umno dah dapah dapat upah, ramai orang kayalah atas muka bumi Malaysia ni. Setahu saya (saya bergaul dengan ramai penulis walaupun saya bukan penulis) mereka ni bukan jenis pemburu kebendaan. Kalau ada pun barangkali seorang dua, yang pasik. Bukankah di akhirat nanti titisan tinta penulis akan ditmbang dengan titisan darah para syuhada, maknanya orang yang dibei bakat menulis adalah merupakan golongan istimewa.
.....demo duk sebut pasal raja kan,gano kiro TM(tengku mahkota) loni,demo xada dgr cerita ko pasal TM kita ni,kawe nampak demo berani nak tegur raja kan,klu demo berani sgt,demo tulis la atikal pasal TM,apa yg dia duk buat loni2 ni???.....tegur raja bukan kerja Meli, itu kerja dan tanggungjawab kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Orang macam Meli boleh peringatkan sahaja, dia tidak diberi mandat oleh rakyat untuk kerja-kerja macam tu.
Tapi saya yakin kalau ada kes, tidak kira TM ke bapa bagi segala TM ke, Meli akan tulis. TM tu apa ke benda? Telekom Malaysia ke?

pemudacakna said...

Ambo pun berasa was-was dengan kenyataan tok guru kita di Manek Urai. Kenyataan yang pertama, rela bertumpah darah bila melawan UMNO dan yang kedua UMNO pertubuhan sesat.
Dua kenyataan ini kalau ahli PAS ikut-ikut bulat-bulat hok tok guru kata, beratlah.....
Ambo tok pandai nok menghukum, tapi kalau sesama Islam sanggup bertumpah daroh tu rasonya tok molek...., Tuduh UMNO ajaran sesat adalah tidak wajar kerana UMNO bukan pertubuhan agama. Orang-orang UMNO adalah orang Melayu/ peribumi yang rata-ratanya beragama Islam (mengucap dua kalimah syahadah).
Maaflah kalau pendapat ambo ni tok betul muga ambo ni orang kemaca jah.

Anak Jadi Pantai Mek Mas said...

Kes Pantai Mek Mas berat wei. Kita orang Pantai Mek Mas takdok tempat nak garu.
Tanah diambil balik betul dibuwi pampasan. Tapi dengan pitih yang yang tak seberapa kami nak cari beli mmano.
Payah kita hak dok dengar ombak sejak halir nak bertukar dengan bunyi kakoh dan lutung kalau berpindah ke ulu negeri.
Molek benar kalu Encik Meli buat pendedahan, kalu ada hak marah, kalau ada yang ugut Encik Meli, gohyat buwi mari, kami akan bedal dengan pelepah nyior mamba biar sampai bertukar rabu dengan khamis.
Kami harap Tengku Mahkota Kelantan yang kononnya akan mengembalikan harta rakyat yang diambil menggunakan nama istana akan dikembalikan semula kepada rakyat benar-benar akan kota apa yang dikata.

Haji Tutuh Ering said...

Tidak mustahil orang yang mudah kata orang lain sesat dia yang lebih sesat, seruapa orang yang muda kata orang bodoh, dialah yang bodoh sebenarnya.
Banyak bari (sirah) tentang alim ulamak zaman dahulu kala yang mati dalam keadaan sesat. Kalau dulu ada alim ulamak sesat di hujung nyawa, sekarang pun perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku.
Kerana itu tok-tok alim sekarang jangan telalu yakin macam nama dah ada senarai dalam syurga. Cakap kena cermat, jangan mudah tutuh orang macam-macam, takut dahan yang ditutuh akan timpa kepala penutuh

Mamat Butuk Kedai Kopi tepi pagar SUK said...

MAMAT BUTUK Tepi pagar SUK said...

Weh haji li.. kuwat kecek PAS / UMNO bila nak order tey-o nya? kalu nak kecek panjey hj sila gi pindah duduk bawah pohon kerkut tuh, bulih kecek sampai pukul 7 petey nihh.

Anonymous said...

ore PAS tak soh duk bimbe la lagi mugo puok2 dia ni ada jaminan dah masok syurga. tok guru nik ajis sedia bas doh ko puok2 PAS kelantan nak masok syurga.

ko puok2 PAS manik urai, tok guru sedia gambar dia doh. petat gambar dia tu gak, cunnnnnnn masok syurga selalu doh kalu ikut kata wan rohim speaker kita.

jadi gak nak rusing gapo dia lagi?

MAT DAUD GRUGREH

Haji Ali Markoko Pulau Melaka said...

Jange lupa bendera tu kena pasang bendera Pas MAT DAUD GRUGREH ooi, takut malaikat jaga syurga tak kenal bas rombongan Pas masuk syurga.
Kena bawa nombor ahli Pas dengan gambar Tok Guru Nik Aziz getek, takut ada orang Umno menyamar tumpe bas Pas masuk getek.

Orang Sebelah Rumah TGNA said...

".....PAS maksumkah? PAS itu suci dari dosakah ? PAS itu benar-benar parti ISLAM kah ?...."
Saudara Anonymous, pegawai pertubuhan yang luluskan pendaftaran Pas itu sendiri beragama Hindu.
Kalau tak silap saya, Meli pernah tulis mengenainya.
Boleh ke Meli tolong tulis semula dan postingkan dalam blog Kapak jangak ni?

Ya Bukan Jamoh Kotsir said...

Bo la wei duduk ppecah tempayan budu tengah ramai nyooooo pasal Pas. Kawe orang Pas ni rasa malu. Tok Guru Nik Aziz lepas ni kena jangan mulut sikit, jange banyak lambung bola dan hantar bola taunggung untuk mudah lawan dan agennya smish

bekas Penyokong Pas Manek Urai Lama said...

Kalu Pas kalah di Manek Urai bukan kerana lain, boktan mulut TGNA, bekecek ktsir kotdan