Sunday, June 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (247) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Kisah dan teladan

SAYA tertarik dengna komen Bekas Pelajar Pondok Guar Chempedak said...
Bila Perdana Menteri, dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau tiga (tidak?) ragui keikhlasan Pas berhubung isu kerajaan perpaduan, bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yasin mahukan Dato' Nik Aziz minta ampun dengan Allah dan tidak perlu meminta maaf kepada Umno apabila pemimpin Pas itu menyamakan Umno dengan Komunis dan ajaran seat (sesat?) ayah Pin, bukankan apa yang kedua-duanya nyatakan itu ada unsur-unsur ketasaufan dan kewalian.........

Lantas saya teringatkan beberapa cerita ustaz saya dulu. Antaranya ialah tentang macam mana seorang penjahat yang telah bunuh 100 orang, termasuk seorang yang alim menjadi rebutan antara malaikat penjaga syurga dan neraka.

Bagaimanapun setelah dirujuk kepada Allah, penjahat itu tersenarai sebagai ahli syurga kerana dia mati ketika berlari merentasi padang pasir nan kontang untuk mendapatkan fatwa dan formula bertaubat.

Penjahat itu berlari ke sebuah perkampungan di seberang padang pasir nan kontang untuk bertemu orang yang kononnya boleh menunjukkannya cara untuk bertaubat dari segala perbuatan jahatnya.

Sebenarnya beliau telah diperdaya oleh seorang yang alim yang bimbang jika dikatakan dengan dosa yang telah dilakukan amat sukar untuknya (penjahat itu) bertaubat, dia akan dibunuh oleh si penjahat. Lalu ditunjukkan arah sesedap rasanya sahaja untuk mendapatkan formula bertaubat dari seseorang yang kononnya ada formula itu.

Orang alim itu bimbang dibunuh kerana sebelum itu seorang orang alim telah dibunuh dan merupakan mangsa ke-100 kepada penjahat itu apabila orang alim berkenaan kata sudah tidak ada pintu taubat untuk penjahat itu kerana membunuh adalah antara dosa besar.

Bila ditunjuk arah atas nama muslihat, tanpa sebarang ragu dan prejudis penjahat itu terhadap orang alim yang bermuslihat demi keselamatannya, terus berlari ke arah yang ditunjuk dan akhirnya dia mati di tengah padang pasir bersama harapan untuk menemui orang yang boleh membimbinginya bertaubat.

Juga dicerita tentang bagaimana seorang yang banyak berbuat dosa masuk syurga kerana menggunakan kasutnya bagi menceduk air untuk diberi minum kepada seekor anjing yang sedang kehausan di tepi sebuah telaga.

Satu lagi cerita yang melekat dalam kepala saya ialah apabila seorang yang ingkar pada peringkah Allah merasa sangat pelik macam mana dia terplih sebagai ahli syurga setelah mati. Sepatutnya dia masuk neraka kerana dosa-dosa besarnya.

Rupanya sepanjang hayatnya, dia pernah mengatur dua batu sebagai tempat dia mencangkung untuk berak dan batu itu dibiarkan kekal dalam keadaan begitu supaya ada orang lain boleh gunakan selepas itu.

Kebetulan tempat yang diletakannya batu untuk berak itu akhirnya menjadi tandas awam. Kerana perbuatan baiknya supaya orang ramai mendapat faedah dari apa yang dilakukannya tanpa dia mengharapkan sebarang balasan atau pun mempersohorkannya, penjahat itu mati masuk syurga.

Maknanya dalam beribadah tidak semestinya banyak walaupun kita digalakkan beribadah sebanyak yang mungkin. Macam mana pun ibadah yang banyak tidak akan ada nilai kalau tidak ihklas dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, kalau amal dibuat dalam keadaan manggak.

Untuk melihat unsur-unsur ketasaufan atau kewalian serta ciri-ciri keimanan dan ketaqwaan seseorang itu, pada hakikatnya tidak boleh diukur pada janggut, kopiah, serban, jubah dan petah bercakapnya seseorang tentang hukum hakam, tetapi bergantung kepada keikhlasan dan berteraskan tidak ada kerana lain selain dari KERANA ALLAH bagi setiap amal ibadah yang dilakukan.

Juga diceritakan macam mana tok lebai dan tok guru besar macam Azazil yang sebelumnya adalah maharaja kepada penghuni syurga akhirnya tersenarai sebagai musuh Allah dan disenaraikan sebagai ketua ahli neraka kerana sikap angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur dengan status kejadian dan kealimannya, maka enggan diperakukannya tentang kehebatan Adam a.s. sebagai ciptaan-Nya yang paling istimewa.

Juga saya tertarik dengan cerita seorang yang sangat alim pada zaman Nabi Musa sehingga Nabi Musa pun merasa baginda tidak sehebat orang alim itu dalam beribadat kepada Allah walaupun beliau seorang nabi, untuk diteladani.

Kerana kehebatan ibadat orang alim berkenaan, maka Nabi Musa mengambil keputusan untuk berjumpa orang alim berkenaan yang menjadikan sebuah bukit yang terasing dari orang ramai dalam beribadat supaya kerja-kerja ibadatnya tidak terganggu.

Hari pertama Nabi Musa pergi, baginda tidak dapat bercakap dengan orang alim berkenaan kerana orang alim itu asyik bersembahyang dan Nabi Musa tidak ada kesempatan untuk mencelah, malah salam baginda pun tidak dibalas, mungkin orang alim berkenaan tidak dengar kerana terlalu khusuk melakukan ibadah.

Setelah beberapa hari pergi dan balik, barulah Nabi Musa berkesempatan bercakap dengan orang alim berkenaan. Nabi Musa terus memberi salam sebaik sahaja orang alim itu memberi salam tanda menamatkan sembahyangnya.

Menyedari bahawa yang datang berjumpanya adalah Nabi Musa, orang alim itu meminta maaf kerana ketidak-perasanannya untuk memenjawab salam dia kena memberi layanan yang sepatutnya, malah kena paling segera diberikantkepada seorang nabi, seorang pesuruh dan utusan-Nya.

Semasa Nabi Musa memohon diri untuk pulang, orang alim itu yang tahu Nabi Musa boleh berdialog dengan Allah secara langsung , meminta agar Nabi Musa bertanya Allah sama ada dia sebagai orang alim dan banyak beribadah akan masuk pada syurga mana.

Nabi Musa lantas memenuhi permintaan orang alim itu. Baginda bertanya Allah pada syurga mana orang alim itu akan ditempatkan nanti. Alangkah terkejut Nabi Musa bila Allah memberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya adalah ahli neraka.

Bila ditanya kenapa orang sealim itu, seorang yang banyak habiskan masa dan usianya beribadah kepada Allah menjadi ahli neraka, Allah menjawab kerana ibadat orang alim itu tidak ikhlas, sebaliknya dia mengharapkan syurga sebagai bayaran kepada kerajinan dan kekemarukkannya beribadah.

Nabi Musa yang datang berjumpa semula orang alim itu kemudiannya telah memaklumkan tentang jawapan Allah kepada pertanyaan orang alim itu yang yang disuruh baginda tanya. Dalam keadaan sedih Nabi Musa memberitahu bahawa dia (orang alim) bukan ahli syurga, tetapi ahli neraka.

Tidak ada kerunsingan atau kegundahan ditunjukkan oleh orang alim itu bila diberitahu sedemikian oleh Nabi Musa, malah kerja-kerja ibadahnya tetap diteruskan dengan rajin kemaruk. Malah kepada Nabi Musa diikrarkan, walaupun disenaraikan sebagai ahli neraka, dia tetap akan teruskan amal ibadatnya hingga akhir hayat.

Bila ditanya oleh Nabi Musa kenapa dia (orang alim) boleh tetap ceria menerima perkhabaran itu, maka dijawab dia redha dengan ketentuan Allah. Kalau Allah dah tentukan dia ahli neraka, maka dia kena redha, dia tidak ada upaya untuk merubah suratan dan takdir-Nya. Namun sebagai hamba-Nya, ibadah tetap akan diteruskan kerana beribadah kepada Allah adalah tugas hamba kepada-Nya.

Nabi Musa kemudiannya diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu yang telah mati selepas tidak lama Nabi Musa memaklumkan tentang dia adalah ahli neraka, telah mati sebagai ahli syurga.

Apabila Nabi Musa tanya kenapa pula orang alim itu yang tersenarai sebagai ahli neraka boleh masuk syurga, Allah menjawab kerana orang alim itu redha dengan ketentuan Allah dan terus juga beribadah walaupun sudah dimaklumkan dia adalah ahli neraka.

Maknanya kerana redha dengan ketentuan, maka balasannya adalah syurga selagi tidak berputus asa dan bertindak berhenti dari melakukan amal ibadah sebagai tanda kecewa dan putus asa dengan suratan dan takdir-Nya.

Saya juga teringatkan cerita ustaz saya tentang bagaimana seorang lagi orang alim yang bukan sahaja alim tetapi doanya sangat mustajab telah mati masuk neraka kerana mendoakan agar bala menimpa Nabi Musa.

Orang alim itu telah didatangi oleh orang suruhan Firaun supaya mendoakan agar Nabi Musa sesat di padang pasir. Beliau ditawarkan 15 kati emas sebagai upah berdoa.

Bagaimanapun orang alim itu menolak kerana baginya bukan sahaja mendoakan kemudharatan ke atas seseorang itu perbuatan terkutuk, laknat dan berdosa, tetapi orang yang mahu didoakan agar ditimpa musibah itu adalah seorang nabi.

Firaun membentuk satu pasukan khas mencari apa kelemahan orang alim itu apabila diumpan dengan 15 kati emas pun dia tidak mahu melakukan satu perkara yang sangat mudah, yakni berdoa. Hasil siasatan mendapati beliau lemah dan kalah dengan kemahuan bininya.

Maka Firaun menyuruh orang-orangnya merasuah orang alim itu melalui bininya dengan menghulur upah 15 kati emas dan janji pelbagai keistimewaan lain jika doa orang alim itu berhasil.

Kalau doa tidak berhasil, upah 15 kakti emas tidak akan diambil balik asalkan terbukti orang alim dan bermulut masin itu sudah berdoa sebagaimana yang dimahukan oleh Firaun.

Jerat Firaun kali ini mengena. Bini orang alim itu bukan main seronok dapat hadiah emas 15 kati. Hidup sebagai bini tok guru tidak mewah, malah akan segalanya dalam keadaan sederhana kerana soal halal haram dalam mendapatkan rezeki diberi keutamaan, bukannya asal melintas depan mata bedal belaka.

Bila suaminya balik, dia ceritakan tentang kedatangan orang suruhan Firaun. Kepada suaminya dinyatakan bukan saja seumur hidupnya, tetapi juga dalam sejarah keluarganya, belum pernah ditengok, apatah lagi untuk memiliki 15 kati emas.

Terkejut biawak orang alim itu dibuatnya bila bininya menceritakan tentang dia telah mengambih upah 15 kati emas dari Firaun. Isterinya nampak sangat gembira dan kemaruk dengan emas yang diberikan oleh Firaun.

Disuruh bininya pulangkan emas itu tetapi bininya enggan kerana Firaun dikatakan hanya mahu orang alim itu berdoa sahaja, sama ada Nabi Musa akan ditimpa musibah atau tidak, 15 kakit emas itu tidak akan diambil balik. Kalau doa makbul, lebih banyak hadiah akan diberikan.

Demi kerana bininya, orang alim itu sanggup melakukan apa yang dimahukan oleh Firaun. Dengan bersaksikan orang suruhan Firaun, dia memilih berdoa dalam kandang kuda.

Harapannya agar bila berdoa pada tepat yang dikotori taik kuda, doanyanya tidak akan makbul. Bagaimanapun doanya tetap makbul dan Nabi Musa telah tersesat di padang pasir untuk tempoh yang agak lama, ada bari kata 40 hari 40 malam.

Kerana doanya itu, orang alim berkenaan mati sebagai seorang alim yang sesat di hujung nyawanya dan dia tersenarai sebagai ahli neraka bersama firaun dan koncu-koncunya.

Pasangan suami itu dibunuh oleh orang suruhan Firaun yang tidak mahu segala janji ditunaikan jika dibiarkan terus hidup. Padahnya bukan sahaja hadiah dan sumbangan tambahan kerana doa dimakbulkan tidak diperolehi tetapi keseronokan hidup sebagai orang kayan dengan mimiliki 15 kati pun cuma sekejap apabila keduanya dibunuh.

Apa yang berlaku kepada orang alim dan suaminya itu jelas membuktikan bahawa janji orang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan negara dan pentadbiran secara Islam tidak ditunaikan, janji orang yang tidak beriman dan tidak bertaqwa TIDAK BOLEH DIPEGANG.

Moral dari cerita-cerita yang saya garapkan itu ialah kita jangan terlalu yakin bahawa dengan membawa imej Islam, maka secara otomatik kita akan masuk syurga dan dengan imej keisalaman secara luaran yang kita pamerkan, maka kita boleh tengok orang lain yang barangkali tidak reti pakai kopiah, apatah lagi serban dan jubah sebagai orang yang jahil dan jauh dari Islam dan Allah belaka.

Sayugia diketahui bahawa tidak semestinya untuk orang yang banyak beribadah, yang pakai pakaian berimejkan Islam atau yang pandai bercakap tentang Islam dan berhujjah dengan hujjah hukum hakam serta dalil al-Quran dan Hadis tetapi penuh dengan karat riak, sombong, bongkak, angkuh dan takbur, hidup selari dengan Islam dan akan mati masuk syurga.

Manakala orang yang nampak tidak banyak beribadah dan tidak menunjuk-nunjukkan kekemarukkannya beribadah kerana tidak berpeluang belajar banyak tentang Islam, hukum hakam dan al-Quran serta hadis, jangan pula merasakan peluang untuk masuk syurga tertutup.

Selagi ada usaha untuk belajar dan setiap apa yang dilakukan adalah dilakukan secara ikhlas, tanpa riak, sombong, angkuh dan bongkak serta tidak ada kerana lain selain dari kerana ALLAH, maka harapan untuk ke syurga tetap ada, dan peluang tetap terbuka.

Demikian juga dalam berpolitik, kita jangan yakin gara-gara parti politik yang kita pimpin, yang kita menjadi ahli dan menyokong kononnya perjuangannya berteraskan Islam, maka kita boleh maki dan labelkan lawan kita ikut sedap mulut kita.

Kena ingat kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa, malah kerana mulut juga tidak mustahil kita yang yakin akan masuk syurga tetapi boleh dicampak songsang ke neraka.

Sepatutnya kalau kita rasa kita alim dan banyak ilmu amal, maka kita kena dakwah orang yang jahil dan kurang ilmu dengan penuh hikmah, kena memberi harapan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka, kena doa agar orang yang jahil diberi hidayah.

Jangan sekali-kali kita tamak mahu hakmilikkan syurga untuk kita dan orang kita saja kerana syurga adalah hak mutlak Allah. Kita hanya boleh ikhitar untuk ke syurga tetapi sama ada akan ke syurga atau ke nerakannya kita, Allah yang tentukan.

Yakinlah dan peganglah kepada kyakinan bahawa sama ada siapa yang layak masuk syurga atau sebaliknya, bergantung kepada ihsan-Nya dan bergantung kepada sebanyak mana amal ibadah yang kita lakukan secara ikhlas.

Cuma antara syarat untuk masuk syurga adalah segala amal ibadah kena dilakukan tanpa jemu, tanpa putus asa dan secara tulus dan tidak kerana lain selain dari KERANA ALLAH, di samping dalam beribadah atau dalam kehidupan, kita kena bersih dari riak, sombong, angkuh, bongkak dan takbur!

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah satu lagi artikel Meli yang telah berupaya menitiskan air mata keinsafan aku. Orang lain aku tak tau tapi bagi aku seorang insan yang sentiasa berdosa ini sangat-sangat memberi kesan menusuk terus ke hati terutama sekali dua para terakhir itu. Siapo dio Tok Guru mu Meli?? Tolong lah ghoyat aku nok tumpang gi belajar ghetek.Tok soh dok susut lah bendo hok molek tuh..

Tokpandai..

pakmuda said...

Bilo ambo baco cerita hok Abe Meli ghoyat tu, rasa nok tupah air mato.
Takut-takut jjadi ko ambo.
Mintok jauhlah daripado sikap RIAK dan TAKABBUR tu kerana sikap itulah yang menjauhkan kita dari SYURGA Allah.

tukang taip said...

satu artikel yang amat sesuai untuk ditatapi oleh orang islam di malaysia, penuh sinis dan amat sesuai untuk direnungi dan dikaitkan dengan keadaan semasa.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Betul apa yang diceritakan.Allah hanya akan melihat hati manusia samada iklas atau tidak.Tetapi....tetapi..
manusia itu disuruh berbuat kebaikan dan meninggalkan larangannya.Digalakkan memberi contoh yang baik untuk diikut.Rasul pun menunjukkan contoh dahulu sedangkan dijanjikan syurga.Kalau contoh baik banyak menjadi ikutan akan mendapat pahal orang itu.Teatapi kalau contoh yang tidak baik berdosalah orang itu.Jadi kita tidak tahu Allah hendak menerima amalan kita atau tidak .Tetapi sifat-sifat baik mesti diteruskan juga walau kita tidak tahu dimana akhirnya kita.Banyak didalam ayat Allah kalau buat jahat balasannya neraka dan kalau buat baik balasannya syurga.Yang ditakuti tengah buat maksiat atau kejahatan tak sempat bertaubat...
Wassalam

Bekas Pelajar Pondok Guar Cempedak said...

"Kerana itulah saudara-saudara sebangsa dan seagamaku, berpada-padalah dalam berpolitik. Jaga lidah, jaga perlakuan, doakan supaya rakan, lawan kita yang sudah Islam semakin kukuh iman dan taqwanya, yang melakukan dosa dan kemungkaran biarlah insaf dan bertaubat manakala yang belum Islam kita doakan semuga dibukakan pintu hati menerima Islam.
Elakkan dari kita merasa keislaman, keimanan dan ketaqwaan kita sudah cukup sempurna, maka kita memperjahilkan orang lain ikut kacmata kita. Dakwahilah mereka yang jahil secara berhikmah. Ingatlah tutur kata adalah cermin jiwa raga kita.
Lebih baik kita sentiasa merasa diri kita jahil, kurang ilmu dan sempit pengetahuan, barulah akan sentiasa merendah diri dan akan sentiasa berusaha untuk bebaskan diri dari kehalinan serta menambah ilmu dan pengetahuan.
Paling penting kurangkan bercakap kalau tidak perlu, sebaliknya banakan berisytighafar dan bertasbih kepada Allah. Ada baiknya juga kita menjadikan menanam pokok dan menternak haiwan sebagai hobi, daripada duduk di kedai kopi memakin hamun para pemimpin negara yang terpaksa pendekkan masa tidur, kurangkan masa rehat, hadkan masa bersama anak bini dan jira tetangga demi memberi tumpuan kepada tanggungjawab memastikan negara makmur dan rakyat hidup sejahtera serta harmoni. Menjadi kerajaan tidak semua pembangkang. Memaki hamun pemimpin tanpa tujuan, apatah lagi berdasarkan andaia dan prejudis tetap berdosa dan suatu pelakuan yang hina.
Oleh itu isi masa dengan hobi menanam pokok dan menternak binatang peliharaan. Setiap pokok yang kita tanam, yang kita bajai dan sirami serta setiap ekor ika dan keuturunan, setiap ekor kucing dan keturunannya atau apa sahaja haiwan yang kita pelihara dengan penuh redha dan sabar, akan bertasbih untuk kita dan keturunan kita".
Terima kasih Encik Ramli yang sudi menerima panggilan saya dan sanggup berbual panjang yang mana apa yang saya catatkan tadi adalah merupakan antara kata-kata Encik Ramli yang terlekat pada fikiran saya.
Ilmnu sebegitu mungkin tidak diajar di skolah, malah semasa saya memondokpun, saya tidak diberitahu tentang itu, kami lebih banyak menadah kitab yang Encik Ramli kata kebanyakan kita ghairah menumpukan ibadah-ibadah berskala besar dan meremehkan yang berskala kecil. Kalau ibarat berjalan dalam hutan tanpa sepatu, kita asyik memerhati dan berjaga-jaga takut terlanggar pokok yang besar walhal telapak kaki boleh tembus dan kita akan menanggung kesakitan oleh tusukan tunggu resang, duri, malah walaupun hanya sekadar sulur lalang.
Rasa tak puas berbual dengan Encik Ramli, setiap patah ada unsur-unsur falsafah. Sebagaimana yang dijanjikan melalui telefon, saya akan ke Kota Bharu khusus untuk berjumpa muka dengan Encik Ramli. Semuga Allah izinkan pertemuan kita nanti. Salam anak anak isteri dan teruskan perjuangan Encik Ramli!