Wednesday, July 29, 2009

MUMCUL KEMBALI (296)

Pusat hiburan: rakyat Selangor lari dari mulut harimau masuk mulut buaya

ANTARA faktor utama kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu ditumbangkan adalah kerana rakyat negara ini mahukan sebuah kerajaan yang kononnya Islamik, kerajaan yang bersih dari kegiatan perjudian dan hiburan yang melekakan.

Retokriksme pihak pembangkang, berjaya mempengaruhi rakyat di berapa buah negeri pada pilihanaya umum ke-12 yang lepas yang memberi mandat kepada pihak pembangkang membentuk kerajaan. Antaranya termasuklah para pengundi di Selangor.

Parti pembangkang yang kononnya mahu membentuk kerajaan dan pentadbiran Islam itu sebenarnya bertanding kerusi parlimen pada setiap pilihanraya pun dengan jumlah yang bersifat mengkelentong, menipu dan memberi harapan palsu kepada pengundi yang berjaya dituba dengan serbut retoriksme.

Sdangkan umlah kerusi parlimen yang ditandingi tidak memboleh dan tidak melayakkannya membentuk kerajaan walaupun semua kerusi yang ditandingi dimernangi dengan majoriti besar sehingga tidak ada satu pun kertas undi untuk BN.

Kerana terkelentong, tertipu dan tergula-gula olh taburan haeaoan palsu, maka tidak hairanlah rakyat Selangor sekarang ibarat cuba lari dari mulut biasa, masuk mulut harimau apabila jumlah tenpat judi, hiburan dan spa bukannya berkurangan tetapi semakin bertambah.

i bawah kerajaan yang terdahulu, tempat seperti itu dihadkan kepada 700 sahaja tetapi sekarang jumlahnya bertambah kepada 4,000, meningkat sebanyak 3,300 dalam tempoh kira-kira setahun yang mana rata-rata ianya beroperasi secara haran.

Jika dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, apa yang sedang berlaku di Selangor bukan bertambah baik, sebaliknya bertambah buruk. Rakyat Selangor ibarat memilih tebu terkena teberau.

Sukar untuk mencari jawapan kepada pertanyaan pada diri sendiri apakah para pengundi yang berebut-rebut mengundi pembangkang bagi mendapat pahala kerana penutupan premis perjudian, premis hiburan, spa dan pelbagai punca maksiat lagi apabila kerajaan bertukar tangan memang boleh pahala atau pun sebaliknya dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang.

Kononnya kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.

Walaupun secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi oleh Kerajaan Selangor sekarang tetapi pusat perjudian, hiburan dan spa kononnya tumbuh macam cendawan di negeri itu, membuktikan bahawa perjalanan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat itu tidak berwajah sebagaimana yang diharapkan oleh pemberi mandat.

Kononnya kewujudan pusat perujidian, hiburan dan spa adalah secara haram, dikendalikan oleh kongsi gelap yang diliundungi yang mana kongsi gelap itu pula bukan sahaja menguasai pusat-pusat hiburan, perjudian dan spa malahan juga menguasai perniagaan melombong pasir.

Macam mana pun yang cukup tahu dengan apa yang sedang berlaku di Selangor adalah rakyat Selangor sendiri yang saya yakin cukup bijaksana untuk membuat penilaian dalam memberi mandat pada pilihanraya akan datang. Mereka tidak akan sanggup dalam mengharapkan pahala memberi undi, sebalik mereka mendapat dosa.

8 comments:

denaihati said...

PAKATAN kata itu hanya propaganda BN nak hancuskan PAKATAN....diaorang ni sedar ke masa bercakap ni!!!!

Anonymous said...

Sila baca Malaysian Insider 30hb Julai, Najib lulus lagi lesen judi.

Hidup UMNO, hidup Najib. Akhirat belakang kira. Yang salah cuma PR

Saudara Meli setuju tak?

Keriis Berulu Kopiah Pak Haji said...

Bukan ke hak luluskan premis milik kerjaan negeri. Di Kelantan dan Terengganu tidak ada premis TOTO atau ppun 4D. Memang ada orang yang ada lesen TOTO dan 4D tetapi mereka tidak boleh buka kerana pengeluaran premis tidak dikeluarkan. Kenapa tak tiru Kelantan.
Soal orang nak berjudi secara haram itu urusan dialah. Tugas kerajaan dikira sudah selesai. Tujuan Umno/BN ditentang supaya kerajaan penggantinya tidak akan buat apa yang telah Umno/BN buat. kalau kerajaan PR yang di dalam ada Pas tidak berbeza dengan kerajaan Umn/BN, pertukaran kerajaan tidak berbaloi.
Tentang asyik salahkan PR kerana PR sendiri asyik salahkan Umno/BN, tapi bila diberi ujian dengan menubuh kerajaan di beberapa buah negri, mana molek dan lebiohnya dari Umno. Rakyat perhati dan nilai semuanya ini.

Anonymous said...

Bukan PAS saja Abe Li kita ketuk. Pakatan di Selangor jadi seleranya pulok. Wah! Sayang betul ko Khir Toyo nampaknya.
Saya nak cerita sikit kisah laporan salah guna kuasa Khir Toyo yang dilaporkan oleh Lutfi tidak ada tindakan, sedang Lutfi beri lengkap dengan penama-penama yang digunakan oleh Khir Toyo.
Baru ni ada kisah oghe jabatan agama tangkap orang muslim di premis judi. Katanya lepas buat intipan tangkapan dibuat. Terfikir juga kalau tutup terus premis tu kuranglah kerja jabatan agama dan boleh buat kerja dakwah. Ini sampai dua muka surat siar keputusan lumba kuda dan spot toto.
Comel sekali kalau Najib melalak suruh tutup kilang judi dan arak. Berani ko? Cukai nilah yang mengukuhkan UMNO. Jangan ingat Allah takleh tarik benda macam ni dalam sekelip mata.
Lepas tu kalau baca dalam Malaysia Today ada tersiar akuan bersumpah polis tentang adanya bos2 mereka melindungi gangster. Ulaslah sikit Abe Li woi. Jangan kelabu mata dengan PAS, PKR dan DAP saja. Kena cerah butir mata juga. Tulisan biarlah antarabangsa sikit.

Anonymous said...

BAYANGKAN KALAU 4000 PREMIS HARAM TU MEMBAYAR WANG PERLINDUNGAN RM1000 BAGI SATU PREMIS SEBULAN. BUKANKAH 4 JUTA DIPUNGUT UNTUK SEBULAN MENGALIR KE KONGSI GELAP. WOW BANYAK TU.... AGAKNYA WANG INI LAH BUAT BELANJA PILIHANRAYA?

Gomol Sampai Kerekok Jari Tangan Dan kaki said...

UMNO dah termasuk dalam kategori tak masuk kira kerana perjuangannya bukan berteraskan Islam. Saya pernah dengar pimpinan Pas kata, dengan Umno tak perlu bercakap tentang Islam kerana Umno bukan parti Islam.
Nak berjudi ke nak buat apa kerja haram ke peduli apa, bila bukan parti Islam tidak ada tuntutan hukum Islam ke atasnya.
Yang Meli dok skru Pas kerana Pas mendabik dada parti Islam dan penyokongnya mahu Pas benar-benar jadi parti yang berjuang atas landasan Islam.
Saya yakin kalau diberi maklumat, bukan setakat Khir Toyor Meli boleh balun, Najib pun Meli keronyok. Cuba baca buku-bukunya, Tun Mahathir pernah Meli gomol.
Sumber Lutfi susahlah kerana belum tentu tepat, ko guano Meli.

DIARI PKGMEN said...

Ampu jangan tak ampu MEli.Muga dapat sikit-sikit dari Khir Toyo lebihan buat rumah 24 juta.

DIARI PKGMEN said...

Lesen judi kerja kerajaan persekutuan.Kerajaan persekutuan PR punya tu pun lepas PRU 13