Kes di Kedah bersifat kejutan tidur dari lena buat Pas
Anonymous said...
UJIAN TUHAN KEPADA PAS KEDAH DENGAN ISU BABI....DENGAN MEROBOHKAN PUSAT KERAT BABI...KALAU PAS TUNDUK DENGAN DAP DENGAN MENGANTIKAN PUSAT KERAT BABI YANG LEBIH BESAR.....ITU DAH KIRA DAP MENGUASAI PAS...DAH TAU BABI ITU BAWA MACAM2 VIRUS HENTIKAN SAJA MAKAN BABI.....KALAU BOLEH BERDEBATLAH DENGAN DAP KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI....AJAK DAP BUAT DEBAT......TENTANG BABI...
Membaca komen penyilau-kelih blog saya sebagaimana yang saya salin-garap di atas, secara tidak langsung membuka mata dan pemikiran saya betapa isu Kedah (DAP keluar PR) sebenarnya bersifat suatu kejutan dari tidur lena buat Pas.
Komen berkenaan walaupun mungkin tidak disedari oleh pengomennya, namun ianya adalah sesuatu yang sangat berhikmah dan suatu buah fikiran yang sangat besar dan perlu diambil peduli oleh mereka yang reti dengan nilai sebuah idea atau pandangan berhikmah.
Barangkali komennya sama seperti seorang penjahat yang meletakan dua ketul batu untuk dijadikan tempat bertinggung berak dan dibiarkan tinggal dalam keadaan begitu supaya orang lain boleh turut guna sama tanpa dia mengharapkan pahala atau dianggap sebagai jasa, akhirnya matinya masuk syurga.
Komen yang saya salin-gara di atas bagi saya adalah sesuatu yang patut dijadikan bahan renungan dan pendorong untuk pimpinan, ahli dan penyokong Pas, terutama tokoh-tokoh besar dan sakan ilmu seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang hampir-hampir sestandard dengannya memuhasabah diri.
Saya tak boleh kata ada tokoh lain sama standard dengan Menteri Besar itu, nanti orang Pas fanatik totok akan marah kerana bagi mereka tidak ada orang yang lebih tokoh dan lebih berilmu dari tokohnya Tok Guru Nik Aziz. Orang Umno dan orang atas pagar minta maaflah yerrrrrrrrrr! Anda semua boleh senyum-senyum sendirilah dalam soal penstandardan ini.
Bagi saya apa yang berlaku di Kedah sama ada merugikan Pas atau melabakannya, sama ada akan meleraikan ikatan perpaduan dalam PR atau akan memantapkannya, sama ada akan menyinggung hati mana-mana kaum atau sebaliknya ia adalah bersifat 'pengejut, isu itu adalah tukang gerok Pas dari tidur lena berulitkan mimpi mahu berwacana, bermuzakarah, bermuqabalah, bermujadalah dan macam-macam istilah yang disebut dalam bahasa Arab.
Saya ingin mengulangi kembali kata-kata ustaz saya (Ustaz Abdullah Adam: semuga ustaz dan zuriat ustaz dalam kerahmatan-Nya di dunia dan akhirat.
Saya telah cuba jadi berani dalam menyatakan kebenaran sebagaimana yang ustaz mahukan supaya anak-anak murid ustaz jsupaya angan pernah rasa takut atau ragu-ragu dalam berkata benar walaupun akhirnya kerana itu kita akan bersendirian di dunia ini, tanpa kawan.
Saya ingat kata ustaz: jangan takut bersendirian di dunia kerana menyatakan kebenaran. Ini adalah kerana hakikatnya nampak zahir sahaja kita bersendirian tetapi sebenarnya kita sentiasa bersama Allah dan para malaikat, bersama pokok haiwan dan sekalian unggas yang akan bertasbih untuk kita).
Kata ustaz saya, kebanyakan tok alim, tok lebai, ustaz mengutamakan perkara-perkara ibadah besar dan tidak berapa ambil kisah ibadah-ibadah yang kecil yang boleh mencacatkan ibadah, malah boleh mempunahkan akidah juga.
Sama seperti bila berjalan dalam hutan tanpa memakai sepatu, yang diutamakan ialah supaya tidak melanggar pokok besar tanpa mengambil kira bahaya tunggul-tunggul halus yang akan mencucuk dan menembusi telapak kaki, misalnya tunggul resang, malah sulur lalang juga yang boleh mendatangkan kesakitan.
Ramai yang kemaruk berjemaah di masjid, malah bangga dan mendabik dada sebagai orang paling awal dan paling lewat tinggalkan masjid, paling rajin bersembahyang sunat, paling rajin beristighafar dan berzikir, tetapi anak isteri di rumah tidak dipedulikan. Ramai yang bangga sebagai pendakwah tetapi anak-anak menagih dadah.
Suruhan agama agar anak-anak hendaklah disuruh mula bersembahyang pada usia 7 tahun dan dipukul kalau tidak sembahyang bila berusia 10 tahun tidak dipraktikkan, malah isteri atau isteri-isteri ponteng sembahyang pun tidak disedari kerana sebagai bapa dan suami, kita terlalu utamakan masjid.
Jarang yang mempraktikkan bahawa dalam kemaruk berjemaah di masjid, setidak-tidaknya sehari dalam seminggu atau dalam lima waktu, satu waktu hendaklah bersembahyang di rumah mengimamkan sembahyang jemaah anak isteri.
Tujuannya adalah membuka peluang kepada anak isteri untuk bertanya tentang formula untuk meningkatkan kualiti sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain atau apa-apa juga amal ibadah yang dirasakan kurang sempurna dan tidak meningkat kualitiya.
Dengan demikian barulah bukan hanya diri sendiri sahaja lebai dan mendapat ganjaran 27 kali ganda pahala sembahyang jemaah sedangkan anak isteri di rumah entah sembahyang entahkan tidak untuk turut sama mendapat syer pahala meredhakan kita ke masjid.
Lagi pun kalau anak isteri sembahyang, apatah lagi bagi isteri yang tidak menerima pendidik agama secukupnya sembahyang, apakah betul cara sembahyangnya atau apakah semakin meningkat kualiti sembahyangnya atau kekal juga pada tahap lama dalam usia yang sudah meningkat.
Malang sangatlah kalau sebagai suami dan bapa kita kemaruk beribadah di masjid, anak isteri pula berkubang airmata melihat penyingkiran peserta Akademi Fantsia atau kerana tersentuh hati doleh tangisan watak-watak dalam filem atau drama Hindustan.
Samalah seperti yang berlaku kepada Pas: kemaruk, gigih dan ketagih kasyik mahu berdebat, asyik mahu dianggap dan diterima sebagai Pas 'lah parti Islam manakala Umno adalah parti anti Islam.
Tetapi untuk Islamkan yang bukan Islam tidak diusahakan pun, Umno yang kononnya anti Islam jugalah yang wujudkan PERKIM. Yang Pas wujudkan untuk yang bukan Islam masuk Islam mana badan dan organisasinya pula?.
Untuk peringkat antarabangsa pun, Umno yang dianggap anti Islam oleh Pas jugalah yang asaskan OIC, malah tokoh yang dilabel sebagai kaki minum arak dan kaki judi jugalah (Almarhum Tunku Abdul Rahman Petra Al-Haj) yang memainkan peranan menubuhkan Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan Almarhum Tunku dari Umno 'lah yang jadi Setiausaha OIC pertama dan paling lama.
Sejak tahun 1990-an kemari Pas paling kemaruk, gigih dan ketagih mahu mengislamkan orang-orang Umno yang sudah sedia Islam semata-mata kerana menganggap Pas adalah Islam dan Umno anti Islam walaupun dalam kerajaan berleaderkan Umno, ada menteri khusus, jabatan dan agensi khusus untuk kembangkan Islam diwujudkan, malah masjid dibina di mana-nama, tetapi Umno tetap dianggap anti Islam kerana berpakat dengan MIC dan MCA dalam Barisan Nasional (BN).
Dengan izin-Nya, maka akhirnya Pas sendiri bergelumang dan makan setalam dengan DAP. Kalau difikirkan secara rasional dan tanpa bersulamkan sistem berparti politik dan berpolitik fanatik totok, maka Pas kini boleh makan setalam dengan DAP itu adalah bersifat 'pulang paku buah keras'.
Banyak yang asalnya Pas kata tak boleh akhirnya menjadi boleh. Apa yang Umno buat dulunya dan ditentang hebat oleh Pas, kini menjadi amalan Pas, termasuk bagi sesuatu yang Umno anggap yang dibuatnya dulu sudah tidak releven lagi.
Dalam keadaan Pas mendesak Umno supaya berdebat denganya, tiba-tiba berlaku kes DAP bertindak keluar dari PR berpunca dari masalah babi, kesen meruntuh tempah sembelih, kerat dan lapah babi.
Saya tulis ulasan mengenai dan secara kebetulan ada pula penyilau-kelih yang membuat komen terhadap usalasan saya itu yang sebenarnya saya sendiri, malah saya yakin orang lain pun tidak terfikir mengenai intipati ulasan yang sangat besar dan kena dipedulikan. Segalanya itu berlaku pasti ada hikmah dan tujuannya.
Ya kenapa Pas tidak anjurkan perdebatan dengan DAP atau tajuk atau tumpuan fokus kepada Kenapa Kerajaan Pas Kedah mengambil tindakan yang menyebabkan DAP naik marah dan DAP Kedah/Perlis sanggup isytihar keluar dari DAP.
Perdebatan DAP-PAS tentang isu babi menjadi sepekara yang terdesak supaya DAP dan masyarakat bukan Islam benar-benar faham kenapa babi haram di sisi Islam.
Kerana tidak faham DAP anggap tindakan kerajaan Kedah bertindak dengan mengenepikan soal keadilan sosial. Sebagai rakan dalam PR, Pas tidak boleh membiarkan DAP terus dengan tidak fahamnya. Sebagai orang yang tahu, Pas berkewajipan memberitahu.
Debat itu nanti selain dari membabitkan tokoh dari Pas dan DAP, patut jugalah melibatkan sama pakar-pakar kesihatan dan stesen radio dan tv semua saluran patut mengadakan siaran langsung.
Selepas debat mengenai babi, DAP-PAS kena debat tentang pelbagai isu lagi sehingga akhirnya DAP benar-benar faham dan tidak akan ada tokohnya yang sanggup bersumpah 'langkah mayat dia dulu sebelum mahu tubuhkan negara Islam atau pentadbiran secara Islam'.
Terima kasih kepada penyilau-kelih yang memberi komen yang sangat beermakna. Saya yakin jika debat DAP-PAS diadakan dengan segera dan akhirnya DAP boleh terima hakikat, maka anda pasti akan diberikan ganjaran pahala yang berkekalan oleh-Nya, Insyaallah!
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
PAS dan DAP adalah rakan kongsi, kenapa berdebat. Berbincanglah! Jangan terikut ikut dengan keadaan semasa, sikit sikit debst. Apa salahnya berbincang, kalau debat ada kalah menangnya, kalau berbincang, sekurang kurangnya setuju untuk berbeza pendapat
Dengan DAP berbincang, dengan Umno debat?. Kalau Pas tersepit (Meli sebut terkapit), rasanya DAP ke atau Umno yang akan benar-benar benar bantu Pas?
Pas ditubuhkan oleh orang-orang yang hebat, pernah dipimpin oleh orang-orang yang hebat. Sepatutnya Pas hebat.
Tetapi macam mana Pas boleh tunduk menguku kepada PKR dan DAP.
Saya kagum dengan MB Kedah, beliau bagi saya adalah sisa-sisa kepada pimpinan Pas yang hebat.
Pas mampu berdikari tanpa bantuan DAP dan PKR untuk meneruskan matlamat penubuhannya.
Tokoh-tokoh Pas macam MB Kedah yang akan mampu meneruskan matlamat penubuhan.
Pas tidak perlu dinajisi kerana terpaksa menjaga hati PKR, apatah lagi ditampal kulit babi kerana menghormati persahabatan dengan DAP.
Tanpa tokoh-tokoh macam MB Kedah, Pas tidak akan ada bezanya dengan PKR dan DAP, kecuali dari sudut namanya saja.
Kerajaan Melayu/Islam memerlukan pembangkang Melayu/Islam yang mantap dan hebat.Bila pembangkang mantap dan hebat kerajaan juga akan mantap dan hebat.
MB Pahang, YB Bentong, bila kasino & pelacuran terbesar di Asia Tenggara di Genting Highland nak tutup? Ladang BABI terbesar di lukut & Melaka, bila MB NSembila & MB mulut besar Melaka nak bertindak? Bakpa 50 tahun UMNO takut menguku kepada MCA, Gerakan, MIC.....? UMNO kuda tunggang towkey2 Cina & India ke? Dahlah timah, balak, minyak dikebas habis ... UMNO dok cakap besar lagi ....merekalah yang telah gadai, jual, lelong tanah air & hasil mahsulnya.
Yang ramai anak melayu dipusat serenti ... sebab apa? nak mengaji agama lebih sikit tak lawan umno ..... ngajilah lebih kurang ... kemudian adakan majlis khatam alqur'an, cukup ...biar melayu jahil & bodoh ...senang nak tipu, beli undi ...umno kekal berkuasa, negara semakin lesap!
Melayu dah mula ternganga, kedai & kilang milik orang... kita jadi kuli saja. cakap politik berdegar2, kerja tak boleh diharap! ... inilah produk UMNO.
UMNO, buat masjid boleh,tubuh OIC boleh, perkim ada, Universiti Islam ada, tapi nak tutup aurat & nak sekat maksiat tak ghat ccetong, tak boleh...
UMno sudahlah ... pikul dosa2 lama diri sendiri pun tak cekat,banyak. ni pulak dosa2 baru orang lain........
yANG DAH ROBOH TU ROBOH LAH PUSaT KERAT BABI.....KALAU DAP MINTA TEMPAT... ELOK RASANYA DIBUAT BERDEKATAN RUMAH PENGERUSI DAP KEDAH TU .... SEBAB BAU BABI ADALAH HARUM BAGI DIA ORANG
Post a Comment