Friday, July 3, 2009

MUNCUL KEMBALI (255) BERTEMU RABU DENGAN KHAMIS!!!!!!!

TUN Dr Mahathir dan juga Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menjadi mangsa pemindaan gambar-gambar sama ada dalam bentuk melucukan, mengerikan dan menghinakan.
Yang melakukannya adalah petugas-petugas unit gerak saraf Pas dan individu yang pro pembangkang.
Mungkin pimpinan utama parti tidak melarang, kerana itulah maka pemindaan gambar tokoh-tokoh berkenaan berleluasa.

Kini nampaknya wabak itu mula menyerang tokoh-tokoh Pas yang asalnya dianggap suci yang sebenarnya tidak ada yang berani untuk berkata sesuatu yang buruk kepadanya, apatah lagi meminda gambarnya sebelum ini.

Kenapa keadaan itu berlaku?. Jawabnya kerana orang mula hilang hormat. Kenapa hilang hormat? Tepuk dahi tanya hati, tepuk dada tanya selera.

Dulu Tun Mahathir dan Tun Abdullah ditertawakan, kini pimpinan Pas pula mengambil alih tempat kedua-dua Tun.

Rupanya benarlah kata orang, rabu tetap akan bertemu dengan khamis.
Dulu kita ketawakan orang, kini orang ketawakan kita, dulu kita ajak orang bencikan orang yang kita tak suka, sekarang mungkin orang yang kita ajak dulu adalah antara orang yang tak sukakan kita kerana sikap kita. (Minta maaf pemilik asal kepada peminda gambar kerana saya petik dan posting gambar pindaan anda. Sebagaimana yang telah saya kata, dalam sekeping gambar ada beribu cerita dan beribu makna yang tersirat).

5 comments:

Anonymous said...

Itu tandanya mereka ini orang yang terkenal. Orang seperti saudara dan saya tidak menarik minat pelukis kartunis.

pemudacakna said...

Yang peliknya, kalau terkena dengan puak lawan, percaya BULAT-BULAT tanpa berfikir panjang tetapi kalau terkena dengan puak sendiri bermati-matian menolaknya tanpa membuat PERTIMBANGAN dengan sebaik-baiknya.

Tok Ggawa Ku Sin said...

Weh meli, acu mung suruh dia repair gambar man botok, aku rasa hensom tuh

Anonymous said...

Nik azis & puaknya "jahat2" belaka. Yang dok berzina, tuggang arak, berjudi, telan rasuah, kebas setiap projek kerajaan, belasah duit petronas, tabung haji, baitul mal, felda .... tuu "baik2" belako... mrupakan tokoh2 utama bagi kaum yang seiras dgn watak ABDULLAH BIN SABA' yahudi pura2 Islam dizaman Khalifah Othman & Khalifah Ali. Tugasnya cerca semua sahabat Rasul kecuali Ali. tujuan - fitnah dan pecahbelah kesatuan ummah. hasilnya-pembunuhan Othman, perang aljamal, perang siffin, wujud syiah, khawarij, pembunuhan Ali, pembunuhan Hassan, Husin, dll ...
Kerja2 penaburan fitnah, konspirasi & penghinaan kepada orang2 alim & soleh Islam ini semakin menjijikkan akal yang sihat. ... budaya yahudi, jugak warisan Abdullah bin Saba' ini. Melayu hari ini mengikut jejak yahudi, dari sejengkal demi sejengkal .... walaupun hatta kelubaag biawak sekalipun mereka akan ikuti ... disangkakan kerja dakwah dan kebijakan. Sebenarnya pembohongan terhadap diri sendiri demi nafsu & dendam kesumat ....

Anonymous said...

setelah meneliti gambar-gambar ini saya rasa kesan daripada gambar ini akan menjatuhkan maruah bangsa sendiri dan wajah yang menjadi ketinggian masyarakat malaysia.Kemungkinan bangsa asing pun tidak akan berbuat begini.Cuba buat foto yang menunjukkan keadaan yang harmoni sesama kaum dan bangsa di Malaysia.Tiada sesiapa pun yang merasa kecil hati.Bila melihat gambar sebegini tafsiran yang pertama sekali menggambarkan betapa masyarakat berada didalam keadaan yang tidak stabil.Tiada faedahnya yang kita dapat hanya memusuhi sesama sendiri..