Saturday, July 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (256) - DIKEMASKINI KALI KE-2

Betulkan 'sentuh' Tok Guru Nik Aziz Untungkan Pas?

UNTUK pilihanraya umum ke-9, ke-10 dan ke-12 serta pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum pilihanraya kecil Manek Urai saya boleh terima dengan kepercayaan tindakan Umno 'Sentuh' Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen lebih menguntungkan parti itu yang kononnya berparti politik dan berpolitik berteraskan Islam.

Apatah lagi yang melahirkan keyakinan itu adalah Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu selaku Penasihat Pilihanraya Pas Kelantan, seorang peramal dan penganalisa yang sering tepat dan perancang strategi yang sering menjadi sejak tahun 1990.

Tetapi untuk pilihanraya kecil Manek Urai dan pilihanraya selepasnya saya tidak yakin 'sentuh' yakni membalas dan mematah serangan Tok Guru Nik Aziz oleh Umno akan menjadi umpama memijak mata 'cok cangkul' yang akan memgandas dahi pemijaknya atau umpama menggali lubang bagi menimbus diri sendiri.

Sebaliknya yang disuarakan oleh Wan Rahim itu dalam konteks pilihanraya kecil DUN manek Urai membukikan bahawa Pas sedang sakit tenat gara-gara sikap dan sifat Tok Guru Nik Aziz yang agak celupar dan kurang menjaga mulut seseuai dengan dia labelkan sebagai 'tok guru' oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang fanatik.

Pada pendapat saya saya kalau ibarat ubat, Tok Guru Nik Aziz 'sudah dawas', kalau diibarat makanan dalam tin Tok Guru Nik Aiz sudah luput tarikh, dari sudut ketokohannya, kalau diibaratkan hari Tok Guru Nik Aziz sudah pun di ambang senja dari segi pengaruhnya, kalau diibarat pemain bola, Tok Guru Nik Aziz sudah jadi macam Dali Omar pada waktu ini dari sudut kehebatannya.

Ini adalah kerana Tok Nik Aziz terlalu sangat dieksploitasi dan dimanipulasi menjadikan beliau terpaksa memikul harapan Pas yang telalu berat dan besar, sekaligus telah kekeluar dari mulut dan lidahnya kenyataan-lenyataan yang tidak sepatutnya menjadikan antara faktor kepada kedawasan beliau.

Menaruh harapan dan keyakinan tinggi terhadapnya menjadikan secara tidak langsung menyebabkan molikul riak, takbur, sombong dan bongkak dengan ketokohan dan kehebatannya mebelukari Tok Guru Nik Aziz sehingga beliau merasakan apa pun yang dicakap, disyarah dan dikuliahkan akan diterima dan kena diterima. Kalau tidak diterima bermakna jahil dan tidak sempurna nilai keislaman, iman dan taqwa seseorang.

Kemajuan teknologi IT pula menyulitkan pasukan gerak saraf Pas untuk mengamalkan tradisi limpar batu sembunyi tangan, yakni untuk mewayangkan orang ramai, terutama pemimpin, ahli dan penyokong fanatik Pas bahawa media arus perdana sengaja memutar-belitkan dengan niat jahat apa yang Tok Guru Nik Aziz cakap sebagaimana yang menjadi amalan, strategi dan gerak saraf politik Pas sebelum ini.

ebanyak blogger/pengendali laman web sama ada yang pro Pas atau yang anti Pas, malah yang tidak berpihak dan tidak menentang atau menyokong mana-mana parti menyediakan YOU TUBE yang menyiarkan sepenuh ucapan atau kenyataan Tok Guru Nik Aziz, bukannya sebagaimana yang disiarkan oleh stesen tv kerana faktor masa dan garis panduan yang kena dipatuhi.

Misalnya bila Tok Guru Nik Aziz menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin, bila beliau mahukan Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa meletak jawatan, ianya disiarkan dalam bentuk YOU TUBE. Walaupun kemudiannya Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat kenyataan bahawa anggapannya terhadap Umno bersifat kiasan dan marah seranahnya terhadap Nasaruddin ada alasannya, namun sukar untuk majoriti rakyat negara ini, malah di kalangan orang Pas sendiri untuk mempercayainya.

Demikian juga apabila beliau kata rogollah wanita yang dedah aurat, biar padan muka dengan muka dia, ianya disiarkan dalam bentuk YOU TUBE, mana boleh dianggap salah lapor oleh media massa arus perdana bertujuan mengkhianatinya. Menyuruh wanita yang tidak menutup aurat dirogol tidak disuruh pun oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya.

Keceluparan Tok Guru Nik Aziz sendiri menjadi antara faktor yang menyebabkannya menjadi 'dawas' dan Pas tidak boleh lagi beranggapan dan percaya serta menggantungkan harapan bahawa 'menyentuh' atau memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz akan melabakan Pas, sebalik Pas kena terima hakikat bahawa ulasan balas Umno boleh menjadi ibarat luka dicurah cuka yang akan menyebabkan sakit kerana luka akan bertambah perit.

Tindakannya menolak gagasan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Hadi Awang, malah marah dan seranah melampaunya terhadap Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang sokong gagasan Presiden tetapi pada masa yang sama beliau mencabar Perdana Menteri berdebat tanpa terlebih dulu memaklumkan cabarannya itu kepada Presiden Pas menjadikan orang Pas yang tidak berapa taksub kepadanya mula menilai hati budinya dalam berparti politik dan berpolitik.

Nampak sangat beliau mahu menjadi leader bagi segala leader sehingga idea dan buah fikiran orang lain, termasuk Presiden Pas sendiri ditolak mentah-mentah, yang dikira paling molek, paling patut, paling perfect hanya idea dan buah fikirannya sahaja walaupun banyak buah bicaranya bersifat merapu dan melalut.

Lantas ramai yang melihat beliau ada unsur riak dan Pas yang kononnya kembali kuat kerana auranya selepas mengalami kemerosotan sokongan sejak tahun 1978 hingga 1990, Pas juga akan lumpuh, tepak, tepan dan akan mengalami kemerosotan sokongan kerananya. Dalam sejarang politik Malaysia, sesebuah parti politik tidak kuat dan tidak lemah kerana lawan, tetapi oleh ianya berlaku angkara dari dalam parti itu sendiri.

Kalau Pas kalah di Manek Urai pun, pada saya saya adalah kerana mulut dan lidah Tok Guru Nik Aziz. Pada saya ekoran perkembangan terbaru dalam Pas sendiri, ditambah-padah, kerenah dan petaka serta bencana yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang, pula sukar untuk Pas menang pada pilihanraya Manek Urai. Bagi saya kalau Pas kalah memang sepatutnya, kalau Pas menang adalah seperkara yang luarbiasa.
Bagaimanapun menang atau kalahnya Pas di Manek Urai sudah pun sedia terskrip dalam suratan dan ketentuan takdir. Parti-parti yang bertanding hanya mampu setakat berusaha sahaja dan kena bersedia untuk terima keputusan dengan penuh, rasional, profesional dan redha, jangan rosakan akidah kerana percaya Umno menang kerana pengundi hantu atau orang mati pun mengundi sebagaimana yang lazimnya Pas jadikan alasan bilah kalah.

3 comments:

Anonymous said...

Nik aziz TAK DAWAS. Allah & rakyat bersamanya.

orang lain yang kena "suntikan NikAziz", itu yang mengelupur. macam cacing kepanasan. cakap meracau, "terlebih alim" dari pak alim, mufti, qadhi, ustaz, ..... mereka itu para pemimpin UMNO & balaci2nya. Anak bini, kepala tak tutup auratpun, nak hurai agama.... MENDABIK DADA , AKULAH PALING ALIM & WARAK!! he...he...he ...kelakar!

pemudacakna said...

Orang yang mendabik dada bahawa dia adalah ALIM, WARAK, dan dialah yang berhak MENGHURAIKAN HAL-HAL AGAMA dan orang lain tidak boleh sentuh adalah orang yang RIAK.
Adakah ISLAM ini milik puaknya saja?
Ingatlah, ALLAH sangat benci orang yang riak tak kira puak.
Sekadar mengingatkan diri sendiri agar ALLAH jauhkan diri ini dari RIAK, mugo ambo ni oghe kemaca jah.

Ahli Pas Sejak Tahun 1968 said...

ALLAH dan rakyat bersama Dato' Nik Aziz kalau beliau belum disemak-samunkan oleh riak dan takbur, gara-gara termakan ampu dan bodek orang sekeliling yang pernah dianggap berotak kementot oleh anak Dato' Nik Aziz sendiri, Utaz Nik Abduh.
Mempercayai Pas itu Islam dan Islam itu Pas sudah rosak akidah. Terlalu percaya Pas berjuang betul-lesing atas nama Islam, maka menganggap orang Umno yang juga beragama Islam sama dengan komunis yang tidak bertuhan dan samakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah merupakan dosa besar.
Menuding kata seeorang lafir kata kafir pun dilarang, menuding Umno juga tentulah sesuatu yang terlarang. Dalam Umno tokoh yang alim dan mengaji lebih tinggi dalam hukum hakam berlambak-lambak.
Dato' Nik Aziz bukan terima wahyu untuk kata Umno serupa komunis dan ajaran sesat Ayah Pin, sebaliknya diucapkan sendiri yang tidak mustahil kerana terikut-ikut dan tumpas dengan bisikan syaitan yang mahu merosakkan iman dan taqwanya dan para iblis membuka ladang riak di hati dan perasaan Dato' Nik Aziz.
Kalau betul-betul sayangkan Dato' Nik Aziz, jangan takut kena marah atau dianggap mengajak itik berenang menegurnya. Kuat dan kuat iman dan taqwanya pula boleh diukur bila ditegur dia akan marah atau tidak.
Saya yakin Dato' Nik Aziz keliru dengan apa itu Pas, malah mungkin tidak disedari sejarah penubuhan Pas itu sendiri. Baca sejarah Pas, baca buku sejarah Pas yang arwah Cikgu Mat Amin tulis. Pas diluluskan pendaftarannya oleh pegawai pendaftaran pertubuhan beragama Hindu (saya semak buku berkenaan lepas baca satu posting Meli melalui blognya ni).
Apakah sebuah pertubuhan parti politik yang pendaftarannya diluluskan oleh seorang yang beragama Hindu boleh sesuci Islam yang mana Islam itu kesempurnaannya digezet oleh Allah sendiri. Macam mana Pas boleh dianggap lebih suci dari Umno walhal rata-rata yang mengasaskan Pas itu sendiri asalnya adalah dari Umno, malah ramai yang kembali semua ke pangkuan Umno selepas mengasas penubuhan Pas dan memimpin parti itu.
Saya berterima kasih kepada Meli kerana banyak menyedarkan saya, mulanya saya anggap Meli karut dan sesat kerana tolak Pas. Tapi setelah melihat tulisannya dan mencari fakta-fakta dan maklumat, Meli pada saya banyak menyumbang kepada pemulihan dan pencegahan ketaksuban yang terlarang dalam Islam. Walaupun beliau mengaku bukan penyokong Pas, saya dapat baca betapa sayangnya Meli pada perjuangan Pas dan Dato' Nik Aziz.
Biasalah orang yang ada banglo besar lazimnya akan mengajak orang ke rumahnya dengan menyebut, marilah ke pondok atau marilah ke bangsa buruk saya, kita minum air sejuk tanpa dengan megah menjelaskan identitinya yang sebenar.
Orang Pas patut bersyukur kerana kemunculan Meli dengan blognya ketika orang Pas semacam memBERHALAkan Dato' Nik Aziz yang saya yakin Dato' Nik Aziz sendiri tidak seronok kalau beliau dijadikan KERANA yang sepatutnya DIKERANAKAN ALLAH. Sealim mana pun Dato' Nik Aziz beliau adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan salah faham.
Meli muncul menjelmakan watak si tempang yang menegur Umar Al-Khattab sambil menusuk mata pedang ke leher khalifah ar-Rasyidin itu. Saya sering baca Meli ambil konsepo itu, barangkali kerana sedar dia tidak ada ilmu yang banyak kerana tidak belajar sampai ke Mesir.
Tetapi ilmu yang banyak sahaja tetapi tidak istiqomah dari sudut amalannya tidak memberi makna. sepatutnya orang Pas yang ada masters, yang ada Ph D kena membuat teguran Dato' Nik Aziz, jangan biarkan beliau terus dengan keceluparannya.
Soal mengaji tak banyak ni, kita boleh rujuk Pakcu Haji Hassan Lati. Beliau tak belajar sampai ke Mesir pun tetapi beliau istiqomah dengan mengamalkan ilmu yang kebanyakan diperolehi dari Pondok Lati.