Mansuh PPSMI: para pejuang pemansuhan kena buktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
SEBAGAIMANA yang diperjuangkan oleh para cendekiawan, sasterawan dan pejuang bahasa Melayu, mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.
Pengumuman keputusan Kabinet pada hari Rabu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yasin mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003 bukan sahaja patut digembirakan tetapi kena ada usaha-usaha proaktif bagi membuktikan keupayaan bahasa Melayu selaku bahasa rsami bagi negara ini yang merdeka dan berdaulat..
Cendekiawan, sasterawan dan pejuang bahasa tidak patut terikut-ikut dengan sikap pembangkang yang akan melihat soal pemansuhan PPSMI sebagai kemenangan atau kehebatan perjuangan, desakan dan tekanan mereka, menyebabkan pihak kerajaan terpaksa mengalah dan akur dengan tekanan, semata-mata kerana untuk menyelamatkan kepentingan politik.
Sebaliknya para cendekiawan, sasterawan dan pejuang bahasa kena membuktikan bahawa bahasa Melayu yang pada masa ini dikatakan dituturkan oleh lebih 300 juta penutur dan merupakan bahasa keempat paling banyak penutur sdi dunia elepas bahasa Mandarin, Inggeris dan Hindi/Urdu mampu menjadi bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknkologi dan bahasa maklumat global.
Juga perlu dibuktikan bahawa negara tidak akan mundur dan tertinggal dari sudut pencapaian kemajuan dan kemodenan sesuai dengan perubahan zaman kerana mengutamakan bahasa sendiri, apatah lagi menghalang hasrat menjadikan negara ini yang pada tahap negara membangun pada waktu ini kepada negara maju menjelang tahun 2020.
Lagi pun bahasa Melayu diyakini oleh bangsa lain mampu menjadi bahasa ilmu sehingga diajar pada 115 universiti di 36 buah negara asing termasuk di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa negara yang lain lagi. Di Cina yang merupakan sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai umpamanya, ada stesen radio dalam bahasa Melayu di negara berkenaan.
Dalam pada itu rakyat negara ini patut juga digalakan tetapi bukan diwajibkan mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa terutama bahasa-bahasa utama dunia dalam usaha untuk menjadikan mereka lebih cerdik, lebih berilmu dan lebih bermaklumat.
Kepada umat Islam, pastinya bahasa Arab barangkali sangat penting di samping bahasa utama dunia seperti Mandarin, Inggeris dan Hindi/Urdu. Hakikat yang tidak dapat ditolak kenyataannya ialah orang yang menguasai dua bahasa lebih bijak, lebih berilmu dan bermaklumat dari orang yang hanya menguasai satu bahasa. Semakin banyak bahasa yang dikuasai, maka semakin lebih bijak, lebih berilmu dan lebih bermaklumatlah seseorang itu.
Ertinya dalam kenghairahan mahukan bahasa Melayu didaulatkan di negara ini, pada masa yang sama segala peluang dan ruang untuk warga negara yang berminat menguasai bahasa-bahasa lain jangan sekali-kali ditutup, sebaliknya patut dibuka seluas-luasnya bagi membolehkan mereka dapat belajar untuk menguasai bahasa-bahasa yang pasti akan memberi faedah kepada mereka.
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Pemansuhan PPSMI adalah bijak memandangkan ia telah lama dibantah oleh pembangkang. Dengan pemansuhan ini maka pembangkang sudah hilang satu isu untuk diperhebohkan.
Kerajaan boleh memikirkan perkara lain lagi yang boleh memberi faedah untuk rakyat sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Lagipun keputusan panel penyelidikan PPSMI menampakkan ada banyak kelemahan.
Maka wajarlah ia ditamatkan.
JUSOH KLEWANG SAID...
Semuanya bongok dan bangang, termasuk mung PEMUDACAKNA (CAKNA KEPALA BAPAK), sekali dengan menteri-menteri mung, kalu mung tak paham gak, isu ini telah dipolitikkan,yang rugi dan bodoh adalah generasi kita (termasuk mung) yang akan bengong dan bongok sebab tak reti kecek dan baca omputeh,apa yang Mahathir buat tu memang tepat dan betul, Walau pun kadang-kadang idea dia sewel sikit (serupa meli penulis blog ini)tapi dengan ajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris memang langkah yang bijak dan tepat, sepatutnya semua subject diajar dalam bahasa inggeris. Kalu mung tak tahu gak meh sini aku explain. Semua anak-anak menteri mereka hantar sekolah luar negara sebab dia ada pitis, begitu juga bangsa cina mereka hantar berbagai jenis tuisyen bahasa inggeris, mereka ada banyak pitis. Yang akan bodo anak-anak melayu yang tak reti dan ketinggalan, lepas tu mung suruh jangan belajar bahasa inggeris, biar mung jah la bodo dan bongok nya. Hujung jatuhnya yang akan jadi menteri dan orang besar puak-puak anak menteri dan anak orang kaya-kaya dan berada, anak-anak melayu di kampung akan bodoo dan bongok, isap gam, telan pil kuda, isap tukil, dll. Puas hati?
Jusoh Keleweng ni hak babuk terlepas mari mmano. Agas dan gedebe teh. Boleh ko Abe Meli buwi identiti sebenar Jusoh mabuk tuak masam ni, ambo nak buwi kentut kepal atas muka, nak jekal muko
Sebenarnya hak kata orang bongok, bangan dan sewel tu la seribu kali lebih bongok bangang dan sewel.
Tak ccaya acu try cuba tanya pak had ceton tembus.
Lapar nak jjadi orang puteh teh, baso jenis kelweng tupul geledek, boklai nak takel taik pun tak lut
Kita semua maklum BI tu bahasa ilmu. Kalu nak rakyat kita ni berilmu jadikanlah bahasa kebangsaan adalah bahasa inggeris dan jadikanlah bahasa melayu bahasa kedua, baru lah semua rakyat pakat nak belajar bahasa inggeris. Budak kecik hok baru nak kecek pun buleh berbahasa inggeris. Signboard jale semua tuka bahasa. Barulah Melayu Hilang Di Dunia, sebab bahasa Melayu dah hilang. Kulit orang Melayu sama je macam orang Siam, Cina, India dan Mat Salleh...
Kalau tak mampu nak terjemahkan buku sains dan mathematic dari bahasa lain kebahasa melayu...Buku perubatan, kejuruteraan dan lain-lain buku akademik kedalam bahasa melayu....Pejuang bahasa melayu tok sah dok syok sendiri nak berhuang masuhkan PPSMI......, Buat sajak untuk syok sendiri dua tiga perenggan boleh la....
Kita amat sedih la.... orang yang mengajar tak protes pun ni ali-alih orang yang bukan guru yang sibuk....Dah la kita ditarik BISP nanti....., lost income kita...
GURU_GURU PPSMI yg keciwa.
Orang Perancis,
Orang German,
Orang Itali,
Orang Belanda,
Orang Sepanyol,
Orang Rusia,
Orang Jepun,
Orang Korea,
Orang Iran ....
Maju dalam matematik, sains & teknologinya ... canggih sampai ada nuclear bomb masing2 ..... TAK BELAJAR BAHASA INGGERIS DISEKOLAH RENDAH PUN. .... Bahkan pelajar2 Universiti Jepun belajar kejuruteraan, kedoktoran, peguam dalam bahasa Jepun. Termasuk pelajar2 Malaysia kesana. Boleh maju & canggih, kaya..
Sebab mereka tu tak suka tipu rakyat. Jujur bangun dan modenkan rakyatnya. Kurang rasuahnya. tak cekap berenti. beri kat orang lain yang pandai. negara mereka maju, terbuka, adil berdaulat.
Malaysia, masih curut dari segi rasuah & integriti. Gaya politik feudal & autokratik. Bolot kuasa & harta rakyat. Ikut budaya dinasti, nepotisme, kronisme ...... perhambakan rakyat..... biar mereka bodoh asal aku kaya berkuasa.....
MAJU MUNDUR NEGARA & RAKYAT BUKAN KERANA BAHASA ....
Rasulullah tak pandai bahasa inggeris pun dapat bangunkan bangsa arab yang mundur, beliau bina iman, amal, akhlak, jihad dan akhirnya generasi arab Islam menjadi bangsa ilmuan dan membina tamaddun dunia yang hebat.
Bahasa Arab pada satu ketika menjadi bahasa ilmuan agama, matematik, sains, teknologi, perubatan, pelayaran, astronomi, dsb.
KALAU PEMIMPIN MELAYU YANG AMANAH, JUJUR, BERJIHAD UNTUK MANGUNKAN BANGSANYA TANPA PENYELEWENGAN ... seperti penyelewengan DEB, Tabung Haji, Petronas, MARA, KWSP, bank Bumiputra, Harta zakat & wakaf, tanah rezab Melayu, tanah2 kerajaan negeri, Felda, Felcra, Kesedar, qouta & penjumudan pelajar2 universiti... SUDAH PASTI MELAYU/ISLAM AKAN MAJU SEPERTI KOREA, JEPUN.
Dosa2 para pemimpin UMNO yang khianat dalam isu2 diatas terhadap Agama, Bangsa dan Tanah Airnya amat besar ...... yang akan menjadi SUMPAHAN kepada generasi akan datang!
pemikiran sempit Abuzar...... Bangsa lain tu bijak pandai bahasanya mampu buat keja terjemahkan buku-buku ilmu dalam bahasa inggerisnya kedalam bahasa ibundanya...., bijak pandai bahasa tempat kita tak buat keja tapi buat protes je yang dia tau .... Macam kamu la abuzar pandai mengomen je tak tau berfikir...., macam umat islam sekarang lah kagum dengan kejayaan bijak pandai yang dulu2....spt Al Farabi dan lain-lain tu.... TAPI MANA BIJAK PANDAI ISLAM MELAYU MASA SEKARANG YANG AKAN DIKENANG DIMASA DEPAN...PEROSAK BANGSA MACAM NUAR ADALAH..
cikgu ppsmi
Anonymous 10.02 said... ".... Macam kamu la abuzar pandai mengomen je tak tau berfikir..."
..............................................
Kalau tak tau berfikir macam mana nak komen tulisan/ isu yang mereka yang berjiwa penjajah, tiada jatidiri dan tak nak berdikari ... sama dengan golongan bermentaliti subsidi, ... asyik dok tadah tangan harap ehsan pemimpin2 kerajaan saja. rakyat yang berhak ternganga. puak2 kroni & proksi kenyang membutal ....
Tak yakin dengan bangsa, budaya dan identiti sendiri .... mendewa2kan budaya kuning penjajah berlebihan ..... BAHASA sendiri pun nak dihaprakkan(pinjam kata2 madey).
Mentaliti inferiority complex, berfikiran kontang, jiwa pengecut. bercakap saja nasionalis & agama tapi haprak, penyagak besar, khianati amanah bangsa & "no backbone". Golongan jenis ini akan disumpah 7 keturunan.
Mana pegi fungsi Dewan Bahasa Pustaka(DBP). Kerajaan yang menubuhkan DBP, kenapa kerajaan tidak memperkasakan fungsi DBP.
"Mentaliti inferiority complex, berfikiran kontang, jiwa pengecut. bercakap saja nasionalis & agama tapi haprak, penyagak besar, khianati amanah bangsa & "no backbone". Golongan jenis ini akan disumpah 7 keturunan."
-----------------------------------
Tengok abuzar sendiri guna bahasa asing kalau pejuang bahasa sejati mengapa guna bahasa lain untuk ayat diatas......
Tu la orang tua kata... cakap berdegar-degar....tahi lekat celah gelegar..... habis tu cam mana tuan abuzar.
guru PPsmi
Anom 2.49am,
Maaf le guna sikit2 bI kerana masa belajar sekolah dulu ..
.. Khir Joharii telah HAPUSKAN tulisan JAWI ... sampai ari ni tak mahir jawi.... gagap2 ...
.. bahasa melayu pun bercampur2 Bi ... kerana Pendita Zaaba dah tiada ...
... DBP tak bermaya kerana kediktatoran UBN .. kena sembah idea Madey (matan Pi EM} ....
... Pengerusi2, KP2, pegawai2 DBP pengampu, takut, pentingkan diri,habuan gaji dari duit rakyat ... bak kata peribahasa baru = BIAR HILANG BAHASA, ASAL JANGAN HILANG JAWATAN.
Bandingkan dengan pertubuhan bahasa2 Cina, Tamil, .... mereka pertahan & perjuangkan ... sehingga TV Malaysia terpaksa tambah slot bahasa mereka .. sedangkan Bahasa Melayu,... disebut dalam perlembagaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa nusantara, bahasa tamadun melayu, ...semacam dibakulsampahkan oleh UMNO! Tiada nilai perundangan, politik, sosial dan ekonomi ....tak seperti taiwan, cina, thailand, indonesia, veitnan, jepun, korea, .....
1957 merdeka dari penjajah Inggeris.Bila le pula melayu nak merdeka dari cengkaman anak2 didik jiwa penjajah nih..
BANGKITLAH .. MARILAH KITA BINA JIWA MERDEKA!
Jusoh Kelewang said....
Weh mamut parang bong, mung apo tahu? lebih kurang man botok jah mung. Sign chek pun pulah galah serupo ulat kekkek. Mugo tak sekolah, kecek melayu bor bor bulih, omputeh jauh sekali, kalu siam mungkin bulih sikit-sikit sebab che wol dia siam terbok.
Nih abuza pun yolo jugok, nasionalis kepala bapak, acu mung cek tengok budak keluar u lorr nih, berapa kerat kah reti kecek omputeh. Bahasa omputeh tu bahasa ilmu, kita kena akui. Yang dia reti baca kok melayu jah, kalu suratkobar, utusan malaysia, berita harian, harakah, hak lain tak reti lah sebab omputeh.
Nih pisau tumpul bengong lajoop, apo melayu hilang di dunia, memey melayu sudah lama hilang, selop kroll, anak anak melayu jadi mangsa experimen puwok-puwok yang ada kepentingan dalam kerajaan. Koho lamo kohor sewel, dan satu hari nanti gila 100% serupa mamut parang bong. Sekali tukar menteri sekali tukar ubah dasar pendidikan. Cadangan aku biar Meli penulis blog ni weh jadi penasihat peribadi no 1 Datuk Najib, baru kelas... Banyak perubahan yang akan berlaku. Antaranya kelas mengaji dipendekkan, kita banyakkan sesi luar kelas dengan mengail ikan bbuluh, memukat ikan, memikat burung, cari kecal (siput) termasuk etak kera. Mengaji tinggi buat gapo? kalu tubit u jadi tukang naik nyor serupo boss berok. Che Wol aku tag gi u pun bulih jadi che gu berok, sekarang dia conduct class ajar berok naik nyor sampai level phd. mung tahu apo?
Post a Comment