Friday, July 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (267) - DIKEMASKINI

Kena bezakan Pas dengan Al-Arqam dan ajaran Ayah Pin

AL-ARQAM dikatakan kumpulan ajaran sesat kerana pemujaan yang melampau terhadap kepimpinan Ashaari Muhammad (Abu Ya). Saya turut bergaul dengan orang Al-Arqam, malah cukup akrab dengan Ustaz Jaafar (sudah terputus hubungan) dan Ustaz Khairul (kini menjadi kontraktor berjaya di KL).

Pemimpin nombor dua al-Arqam dan rombongannya pernah datang ke rumah saya kerana berbincang untuk mengguna-pakai permit penerbitan majalah dan akhbar kepunyaan saya apabila permit akhbar dan majalah kumpulan berkenaan ditarik balik oleh pihak KDN sebagai langkah awal untuk menyekat kebangkitan kumpulan itu.

Saya pernah dibawa melawat ibupejabat penerbitan al-Arqam di Taman Tun Razak Kuala Lumpur. Diberi taklimat tentang kekuatan kewangan pertubuhan itu serta rangkaian perniagaannya. Saya diberi penerangan/taklimat khusus mengenai penerbitan.

Yang amat mengkagumkan saya, ketika dibawa melawat unit rekabentuk majalah, akhbar dan buku: petugasnya (perempuan belaka), bila kita lalu, tidak seorang pun ambil kesempatan memandang saya dan lelaki al-Arqam yang meninjau unit berkenaan walaupun ketika itu saya masih muda dan kalau pun tidak handsome macam filem star pun, rasanya saya tidaklah buruk sangat sebagai lelaki.

Tambah mengkagumkan saya lagi, apabila berkumandangnya azan, maka semuanya meninggalkan kerja masing-masing serta merta dan semuanya menuju ke surau untuk berjemaah.

Saya juga dibawa ke perkampungan mereka di Kulim Pasir Puteh, Kelantan dan terpaksa sertai adat makan setalam (dalam satu bekas besar).

Walaupun sukar untuk ditelan kerana tidak biasa, saya paksakan diri bagi mengohrmati majlis, bila dah masuk kandang kambing kenalah mengembik 'kan.

Macam mana pun rundingan itu terbengkalai apabila pemimpin kumpulan itu yang kalau tidak silap saya Ustaz Mukhtar namanya terpaksa tinggalkan negara berikutan penahanan Abu Ya oleh pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin kanan lain diburu.

Dengan Ustaz Ashaari sendiri saya tidak berpeluang bersua muka. Saya juga tidak pernah didorong untuk menyertai al-Arqam walaupun kawan saya (Ustaz Khairul) ketika itu rasanya berpangkat pegawai penerangan al-Arqam di Kelantan. Dia yang berasal dari Pahang selalu ikut saya menjala ikan.

Dari segi berpakaian dan sistem hidup kumpulan Al-Arqam bagi saya memenuhi ciri-ciri Islam sejati. Dalam pembentukan, penyusunan dan gerakan kumpulan dakwah, Al-Arqam amat berjaya dan tidak ada gerakan lain bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia yang mampu menyainginya.

Mereka juga berjaya dalam bidang ekonomi. Mereka banyak memberi derma dan tidak meminta derma. Sumber perolehan mereka adalah melalui perniagaan. Harta benda kumpulan al-Arqam banyak.

Majalah, akhbar, sos cili, sos tomato dan macan-macam barangan keperluan lagi dihasilkan dan boleh sampai ke mana-mana sahaja, asalkan tempatnya ada orang, maka akan adalah barangan al-Arqam. Saya cuba tiru sistemnya tetapi tidak berjaya, barangan habis duit tak sampai.

Mereka adalah pelopor penerbitan akhbar, majalah, buku dan juga hiburan Islam. Seingat saya kumpulan al-Arqamlah yang mula-mula sekali ada bas dua tingkat di negara ini dan juga Thailand. Anggota lelakinya berjubah dan berserban manakala yang wanitanya pula berjilbab.

Yang lelakinya berpoligami tanpa sorok-sorok atau membohongi isteri yang dah sedia ada, malah rasanya seorang isteri kepada lelaki kumpulan al-Arqam akan rasa malu kalau suaminya tidak mengamalkan poligami.

Rata-rata lelaki al-Arqam mempunyai lebih dari seorang isteri, yang satu isteri kalau ada pun, jarang benar. Seingat saya Ustaz Kahirul, lepasan sebuah universiti dalam negara hanya mempunyai seorang isteri sahaja.

Semasa beberapa kali saya ke Hadnyai (Thailand), dari bilik hotel kedengaran kemundang azan bila masuk waktu. Bila ditanya orang tempatan dari mana datangnya bunyi azan itu, mereka kata azan kumpulan Al-Arqam.

Kalau tinggal di hotel, orang Al-Arqam akan sewa khusus satu bilik untuk dijadikan surau sementara supaya mereka dapat berjemaah dan usrah. Selepas Al-Arqam dilumpuhkan, sudah tidak lagi kedengaran Azan di tengah-tengah kesibukan bandar Hadnyai.

Pada saya selain dari kerana pemujaan dan ketaksuban melampau terhadap Ustaz Ashaari sebagai pemimpin utama al-Arqam, cara hidup kumpulan itu memang selari dengan Islam dan pertubuhan itu mampu mewujudkan kerajaan Islam.

Sekarang ini (selepas al-Arqam diharamkan), untuk dapatkan bahan makanan yang diyakini halal pun agak sukar. Kekuatan ekonomi umat Islam tidak menyerlah lagi sebagaimana ketika kumpulan itu bukan sahaja aktif di negara ini tetapi juga dikebanyakan negara-negara lain di dunia.

Dalam pada itu ajaran Ayah Pin dilihat sesat antara puncanya adalah kerana pendewaan, pemujaan dan ketaksuban terhadap Ayah Pin. Malah pada umumnya kebanyakan ajaran dianggap sesat kerana pemimpinnya dipuja ditaksubi.

Tetapi bolehkah Pas dianggap suatu pertubuhan yang selari dengan Islam sedangkan berlaku pemujaan dan ketaksuban yang melampau dalam parti itu, sehingga ada yang percaya menatap gambar Mursyidul Am pun sudah dapat pahala.

Malah ada yang percaya Pas kuat kerana tokoh tertentu dan Pas akan lemah dan tidak bermaya tanpa tokoh berkaitan. Juga ada yang percaya kalau tokoh berkenaan sembahyang hajat pohon agar turun hujan, maka kerana sembahyang hajat dan doanya turunlah hujan.

Apakah kepercayaan sedemikian dibolehkan dalam Islam? Bukankah ianya bersifat mentaksubi sesama manusia dan boleh mendorong kepada akan bersifat memBERHALAkan sesama manusia?

Alim ulamak dan kalangan mereka yang bertauliah patut mengambil risiko untuk membuat teguran kerana ianya berkaitan dengan akidah. Kalau ianya bertentangan dengan Islam tetapi tidak ditegur atas apa sebab dan alasan sekali pun, bagi saya, yang tahu tapi tidak tegur akan berdosa.

Justeru itu, bagi memastikan bukan sahaja berpahala tetapi Pas akan halal disokong, maka parti itu kena dibezakan dari al-Arqam dan ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat kerana berlaku pendewaaan, pemujaan dan pemBERHALAan tokoh pemimpin utama al-Arqam mahu pun ajaran Ayah Pin.

Maknanya Pas kena bebas dari sindrom taksub dan pemujaan terhadap tokoh-tokoh tertentu supaya tidak akan berlaku semacam pemBERHALAan dalam parti itu terhadap mana-mana tokoh yang dilihat serba perfect dan sering kali pula memperfectkan diri sendiri!

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya rasa artikel ini memang baik untuk pembaca.Saya ingin membawa pembaca mengapakah pertubuhan ini di haramkan.Saya mempunyai jiran yang bersama dengan pertubuhan ini.Saya melihat bagaimana kumpulan ini dapat membentuk satu pakatan yang kuat.Mereka juga berjaya dalam perniagaan.Cuma waktu itu saya rasa memang ada yang tak kena dengan cara mengucap dua kalimah syahadah mereka.Saya bertanya kepadanya mengapa jadi begitu,katanya supaya berbeza dengan syiah.Setahu saya tidak boleh menambah apa -apa didalam mengucap dua kalimah syahadah.Tetapi mereka menambahkan dua kalimah syahadah mereka.Bagi saya pertubuhan ini memang tidak disenangi kerajaan kerana mereka kumpulan yang kuat yang akan menentang dasar-dasar kerajaan yang banyak menyimpang dari ajaran Islam.Sebab itu yang menjadi punca utamanya.Yang saya hairan mengapa semuanya diharamkan walhal mereka boleh dibimbing semula.Hidup mereka amat berjaya sekali dan kuat dalam satu kumpulan.Kebanyakan ahlinya walaupun tidak ada lagi menganggotai kumpulan Al-Arqam tetapi terus berjaya dalam kehidupan.Sebenarnya kita tidak tahu apa yang membuat mereka begitu kuat dalam mengikut kata pemimpin mereka.Kalau boleh kita menggunakan cara pemimpin mereka mentarbiyah supaya sesetengah anak-anak muda kita tidak menjadi seperti yang ada pada hari ini.

Abuzar said...

Sdr MKJ,

Bila masa Nik Aziz disembah macam berhala oleh orang PAS ....? Ada bukti ke perbuatan syirik ini? Atau pertuduhan orang PAS syirik? ..jangan jadi orang2 usung tilam bawa bukti dimahkamah pada tahun2 1998-1999! kes linggan ....feel budaya politik UBN .. fitnah, konspirasi ..hukum dimahkamah. rasuah & penyelewengan diam dilindungi mahkmah.

Apa salah kita hargai & hormati ketokohan- pejuang agama, pejuang rakyat, pejuang kebenaran, pejuang keadilan, ... jika tidak bercangggah dengan syarie?

TGNA seorang tokoh - ilmunya, pegangannya, amalannya, akhlaknya, tindakannya, seruannya, perjuangannya, kebijakannya, keberaniannya, ketegasannya, kezuhudannya, kegigihannya, kesabarannya, ....... ulamak kontemporari Malaysia .. yang layak dihormati sebagaimana tuntutan Islam sendiri .....walau bagaimanapun sebagai manusia biasa beliau & kita semua tak terlepas dari silap-salah -- kita sama2 tegur, kritik dan nasihati dengan hujjah ..tapi bukan menolak, menghina beliau secara perlakuan budaya politik UBN ...utk tegak benang basah!

Mahfuz Al-Machangi said...

Pokok pangkalnya bolehkah Tok Guru Nik Aziz ditegur? Apakah mulut dan lidahnya cukup murni sebagia seorang bergelar Tok Guru?. Macam mana Nasarudin diperhina dan dihalau semata-mata kerana Nasarudin setuju dengan gasasan kerajaan perpaduan, dari mulutnya keluar perkataan 'menate, Umno sama komunis sama dengan ajaran sesat ayah pin hanya kerana Umno tidak terima Pas sebagai parti paling betul lesin dengan Islam. Soalnya benarkah beliau (bukan Pas lag)sendiri betul lesing dengan Islam dengan sikap dan tindak tanduknya itu?
Orang datang minta sedekah pun kita kena layan dengan baik, bukannya kena halau dan seranah. Nabi sendiri ditegur dan disindir oleh Allah melalui surat Abasa kerana memandang leleh kepada Ibnu Maktum yang buta. Tak 'kan Tok Guru Nik Aziz tak tau kisah itu.
MemBERHALAKAN bukan bermakna sembah tungge-tungge, menganggap sseorang itu perfect, percaya kerananya maka akan berlaku sekian-sekian boleh termasuk dalam memberhala.
Saya boleg agak saudara MKJ risau kalau-kalau apa yang disangkakan perbuatan ahli syurga sebenarnya peuatan ahli neraka dan sebaliknya. Kita perlu rujuk al-Quran dan Hadis sama ada cara Pas dan tokoh-tokoh Pas berpolitik, berparti politik, bercakap dan bertingkah laku benar-benar selari dengan Islam atau sebaliknya. Tidak salah kita membuat bandingan dan bukan jadi tukang angguk.
Saya yakin bukan sia-sia Allah munculkan orang macam saudara MKJ dan MSO juga. Mereka muncul dari dalam Pas, bukannya muncul dari Umno. Kena tengok dari sudut hikmahnya. Mereka tidak akan dirubah hati dan pemikirannya kalau bukan untuk tujuan memberi faedah kepada rakyat negara ini dengan bakat menulis yang mereka ada. Mereka tidak mampu pun untuk gerakan sebatang jari kalau bukan dengan izin-Nya. Justeru ambil apa yang baik dan buang apa yang buruk dari pandangan mereka.

pemudacakna said...

Apa yang saya tahu, SYIRIK ada banyak jenis. Antaranya SYIRIK YANG NAMPAK DENGAN MATA KASAR (JALI) dan SYIRIK YANG ADA DALAM HATI (KHOFI). Yang ditakutinya adalah SYIRIK DALAM HATI.
Orang tak nampak kita SYIRIK tetapi ALLAH mengetahuinya.
Yang ditakuti lagi, orang itu sendiri tak tahu bahawa dia SYIRIK terhadap ALLAH.
Beratlah kalau gitu gak?
oleh itu muasabahlah diri agar kita dijauhkan dari sifat sebegitu.
Dosa besar weh .... Silap-silap tergelincir IMAN!
Nauzubillah himin zalik .....

Abuzar said...

Yg dok puja perlembagaan sekular lebih dari hukum tuhan tak syirik ke?

Yang dok junjung pimpinan berfahaman sekular yang memisah2kan agama ikut selera tu tak syirik ke?

Yang dok terkebil2 tengok umat murtad dan maksiat depan mata tak berani ambil tindakan walaupun 50 tahun kuasa ditangan bagaimana?

Banyak lagi le kalau nak bincang pasal ..... syirik khafi ni....

Yang murtad berat lagi dari syirik. Dah nampak syirik jallinya .. ada bukti, fakta, saksi, setengahnya ikrar, qarinah, dan yang bersumpah2 pun ada ..... perlu proses undang2 syariah ( termasuuk hudud) ...

Manakala yang tuan2 bimbang tentang syirik khafi .. terhadap nik aziz tu ... masih dalam bentuk persepsi ... agakan saja. tak boleh nak hukum lagi ... hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagai peringatan kepada ahli2 PAS mungkin betul ... supaya tidak taksub dengan benda salah seperti puak2 melayu dok taksub dengan AMNO. "Kalau tak dak UNMNO melayu hancur."- mana kuasa tuhan?

Tapi orang PAS hargai nik aziz ada jugak asas. Ulamak, politik Islam! Berbanding yang taksub & fanatik dengan Tun Madey --- sampai sekarang tempat yang banyak duit rakyat dia nak kawal... petronas ... proton .... dsb... tabug haji, kwsp, felda, mara, ..sapa dok pulun saya tak tau ... bank bumiputra bankrap, pernas lesap, bahasa melayu melukut, deb, ...dek kerana "kepintaran" mamak perdana mntri dulu. tp masih ada yg menyembah-nyembah restunya bila nak buat sesuatu... tak tau le syirik jenis apa tuu?

.... bila le nak jiwa merdeka & semangat berdikari ...

Ahli Pas Sejak Tahun 1968 said...

Kalau Umno (kononnya tak tau agama) syirik, kita yang Pas nak ikut lakukan perbuatan syirik buat apa.
Umno era Mahathir mungkin banyak warna syirik. Macam mana dengan warna Umno pada era Pak Lah dan Najib sekarang.
Kalau Pas lebih betul dengan agama, kenapa Allah tak menangkan Pas tetapi dimenangkan Umno juga. Umno tak boleh menang tanpa izin-Nya. Kemenangan Umno itu sendiri ada hikmahnya.
Apakah tidak mungkin Pas memiliki pemimpin, ahli dan penyokong yang umpama buih sabun? Kalau Umno buat kerja syirik Pas pun ikut sama, jadi di mana ada beza keduanya?

Abuzar said...

MENANG-KALAH bukan ukuran BENAR-SALAH.

Nabi kalah lawan kafir diUhud & Hunain, nabi bawa ajaran salah ke? Para sahabat Nabi SAW berperang lawan kafir (Rom, Parsi, Monggol, ..dll), ada menang, ada kalahnya. Tapi mereka tetap berjuang untuk syariat Allah!
Nabi Isa dihukum salib (yang kena salib pengikut munafik nabi isa, Nabi Isa diangkat kelangit), nabi Isa salah ke?

Nabi Ibrahim terpaksa lari dari Iraq ke Palestin. Nabi Zakaria digergaji dikepalanya sampai mati, Nabi Yahya dibunuh. Nabi noh dakwah 900 tahun, 83 orang pengikut saja! dll .... apakah tuhan tak tolong mereka yang soleh ini? Asyik kena tribulasi saja. Ujian untuk digandakan nikmat mereka diakhirat nanti, jika ianya diterima Allah. Insya Allah.

Begitu juga dengan Israel/Yahudi dok menang memanjang sekarang. Apakah tuhan terima Yahudi berbanding Islam Palestin?

Hujjah, UMNO menang, PAS asyik kalah, bukanlah melambangkan benar atau salah! Kecuali mereka2 yang dangkal agama. Wallahu 'alam.

Mahfuz Al-Machangi said... said...

Pokoknya para nabi adakah berdakwah dan berjuang guna mulut uduh. Mereka memang sudah tau mereka adalah nabi dan rasul, dah sah ahli syurga,
Yang kita orang Pas nak anggap orang lain tolak Islam, apakah kita yakin Pas dah betul lesing dengan Islam atau kita rasa betul kerana kita orang Pas?
Nabi-nabi berperang dan berdakwah memang dakwah dengan betul, dengan kerana Allah. Mereka tak bayar pengundi/orang yang didakwah sebanyak RM150, mereka tak guna cara yang tidak murni seperti makin hamun dan menganggap orang yang bersyahadt menolak Islam.
Kalau Pas buwi wang kerana kononnya Umno pun beri wang, jadi apa bezanya antara Pas dengan Umno selian dari Pas asyik burukkan lawan untuk tutup buruk sendiri. Itu bukan perjuangan Islam namanya.